Video sejarah tragedi Highland Towers


Dalam kejadian runtuhan bangunan Blok A Highland Tower yang berlaku pada 11 Disember 1993, Shizue Nakajima warga negara Jepun dijumpai terlebih dahulu tetapi akhirnya meninggal dunia dalam proses rawatan sehari selepas dia diselamatkan. Mangsa kedua yang dijumpai adalah bayi serta ibunya. Bayi itu berumur 16 bulan bernama Nur Hamidah tidak cedera sedikitpun, kelihatan tenang dan tidak menangis. Ibunya berjaya dikeluarkan dari runtuhan selepas 15 minit kemudian bernama Umi Rashidah. Beliau adalah orang gaji dari negara Indonesia.

Pada ketika itu pihak berkuasa mempercayai bahawa terdapat lebih 36 orang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Negara yang menghulurkan bantuan atas hasil usaha mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad dan timbalannya ketika itu iaitu Dato' Sri Anwar Ibrahim ialah Jepun, Perancis dan Singapura.  Malah Britian dan Amerika Syarikat juga turut menghantar pasukan penyelamat untuk membantu

Antara mayat yang pertama dijumpai sebaik sahaja sesi mencari kemungkinan mangsa hidup bertukar kepada mencari mayat ialah mayat seorang wanita memeluk kitab suci Al Quran dan mayat wanita memeluk seorang kanak-kanak dengan kedua belah tangannya.

Kajian mendapati kontraktor yang membina kondominium itu ada menipu dalam struktur bangunan tetapi itu bukanlah penyebab utama ia runtuh.Ia dikatakan berpunca daripada aliran air yang beserta dengan keledak hasil dari pembangunan di bukit antarabangsa, yang mana air dari kawasan berkenaan disalurkan ke arah paip dan longkang yang sama untuk kegunaan persekitaran highland tower. di tambah dengan hujan lebat yang luar biasa pada musim bulan berkenaan, menyebabkan tanah cerun bukit kawasan "belakang" Highland Tower terutamanya berhampiran dengan Blok A mengalami gelunsuran tanah yang sangat teruk. Ini menyebabkan struktur bangunan berkenaan semakin lemah dan menumbangkan kondominium tersebut.

Pihak berkuasa mengesahkan angka rasmi mangsa yang terlibat termasuk warganegara Jepun yang dijumpai serta seorang ibu dan anaknya berjumlah 50 orang. Angka kematian rasmi ialah seramai 48 orang. Kita sedekahkanlah pahala membaca Al Fatihah kepada umat Islam yang terlibat dalam tragedi ini... Moga dosa-doa yang telah dan sedang mereka lakukan ketika kejadian itu berlaku diampunkan  oleh Allah SWT.  Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang.

Di bawah ini merupakan empat siri rancangan History Channel mengisahkan berkenaan dengan Tragedi Highland Tower yang telah divideokan :

Tragedi Highland Towers - Bahagian 1

 

Tragedi Highland Towers - Bahagian 2
 

Tragedi Highland Towers - Bahagian 3

Tragedi Highland Towers - Bahagian 4

 


**
-walau bagaimanapun teknologi yang digunakan, walau berapa ramai orang yang datang membantu, namun kejayaan atas kehendak Allah SWT.  Ada sebab Allah SWT mentakdirkan kejadian ini berlaku.  

-Ia sebagai peringatan kepada manusia yang sering alpa atas nikmat dunia dan kepada mereka yang bertanggungjawab seperti kontraktor dan para pembuat keputusan.

Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net