Suami sedih isteri "makan luar"



Perkongsian kisah dari seorang yang mengalami masalah dalam perkahwinan sehingga menyebabkan isteri keluar rumah dan "makan luar" :

Kisah ini diceritakan oleh seseorang yang berjumpa seorang kenalan lamanya bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan kisah isterinya telah buat 'hal'. Suraya ( bukan nama sebenar ) telah kantoi kerana 'makan luar',  akibat pergaduhan di dalam rumah tangga mereka.

Aman 31 tahun (bukan nama sebenar) menceritakan, kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.

" Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk.." Aman memulakan cerita.

" Pada malam itu aku baru balik dari kedai selepas membeli rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. Aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. 

Tidak dinafikan, bahawa penampilan isteriku yang cantik membuatkan lelaki mana yang melihatnya pasti akan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu.." cerita Aman lagi.

" Setelah 30 minit mengekori kereta isteri dengan motor EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di hadapan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya."

" Eh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?" tambah si Aman.

" Setelah menunggu hampir 10 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup."

" Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera."

" Sampai hati dia makan tak mengajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi. Maklumlah, seminggu bergaduh, lauk satu apa pun aku tak beli. Padan dengan muka aku.." Kata si Aman dengan muka selamba.

Video serangga berbahaya pada pokok mangga


Ia merupakan salah satu serangga yang berbahaya, biasanya ada kelihatan di daun pokok mangga.


Orang yang gigitan serangga ini akan alami dehidrasi yang dahsyat. Sangat berbahaya, mohon sebarkan, terutama kpda saudara-mara kita yang mendekati pohon mangga.

Dalam fisiologi dan perubatan, penyahhidratan atau dehidrasi (hipohidrasi) ialah kehilangan air berlebihan dari badan beserta gangguan proses metabolisme. Penyahhidratan kulit dan membran mukus boleh menyebabkan kekeringan.

Video yang menunjukkan taktik penyamaran yang dibuat oleh serangga berkenaan :


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan