LIKE WARRIOR : membantu usahawan blogger & Facebook


Kini Sudah Terbongkar!!!
Dengan menggunakan LIKE WARRIOR Pada Platform Blogger Untuk Mendapatkan Potensi 1000 Likes Dalam Masa Sehari! Tidak Perlu Lagi Mengeluarkan Modal Satu Sen Pun Untuk Sewa Servis Tambah Like Atau Merayu Kepada Rakan Untuk Like Facebook Page Anda!

KENAPA ANDA PERLU PILIH LIKE WARRIOR?
  • Hanya memerlukan blogger untuk berfungsi – memiliki blogger adalah percuma!
  • Langsung tidak memerlukan modal – hanya pasang skrip yang diberi
  • Jumlah like fb page anda bergantung kepada jumlah pelawat blogger anda – tidak kisah apa jenis blog sekalipun!
  • Anda sudah mempunyai blogger yang mempunyai traffik yang tinggi – pasang like warrior, terus melambung naik total likes fb page anda!
  • Jualan anda meningkat setelah pasang like warrior – total likes di fb page bisnes anda telah mencecah 15000 like dalam tempoh singkat
  • Anda kini mampu menjual servis likes untuk siapa yang berminat – hanya ubah url pada script blogger dengan mudah dan dapat buat duit!
  • Anda mempunyai banyak blog – semua menggunakan script yang sama dan hasil likes anda boleh buat anda kagum!
  • Anda tak perlu bekerja cari likes – biar sahaja orang lawat blog anda sudah memadai
  • Dan banyak lagi! 
Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian, sila klik link di bawah :


Segmen BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL by Wada Harun



Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Pada hari ini, semasa saya "blogwalking" yang entah mana arah tuju, terjumpalah blog ada seorang adik ni. Nama panggilannya Wada.  Beliau ada membuat satu segmen iaitu "SEGMEN BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL". Disebabkan ingin merasai sekali lagi kemeriahan bulan Ramadhan dan Syawal di dalam dunia blog, maka sayapun menyertai segmen ini. Saya adalah merupakan pengikut blog Wada yang ke 1517. Anda juga dipelawa untuk sama-sama menyertainya.  Gambar di atas telah disertakan bersama pautan untuk ke blog Wada.

Syaratnya buat satu bloglist di tepi blog korang dengan tajuk Bloglist Ramadhan Syawal. Selepas itu masukkanlah URL blogger yang anda exchange itu. Blog ini wajib letak bloglist berkenaan sebab si Wada pun akan letak semua blog yang join segmen ini dalam bloglist khas itu.
Kata si Wada lagi, tempoh segmen ni bermula dari Hari pertama bulan Ramadhan sampai Hari terakhir bulan Syawal.  
Caranya, ikut je arahan kat bawah ni :)

1. Follow blog Wada Harun. Wajib ! 
2. Buat satu entry bertajuk Segmen BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL by Wada Harun dan linkkan ke entry ni. 
3. Letak banner kat atas ni dalam entry.
4. Nyatakan anda Follower ke berapa dalam entry.Kalau dah follow lama dulu pun bagi tau dah follow zaman dulu.
5. Dah siap ? Post URL korang kat ruangan komen entry ni.

Paling penting !
1. Sediakan bloglist dengan tajuk BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL seperti gambar di bawah ini :

 


2. Pilih blog-blog yang anda berminat nak exchange blog list. Wada akan buat satu list nama nanti. untuk memudahkan segmen ini.

3. Pergi ke entry mereka dan komen

SUDI TAK EXCHANGE BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL DENGAN SAYA ?
Jangan lupa letakkan sekali link entry korang untuk memudahkan lawatan.

Dan jika setuju, komen dengan ayat ni ;

YA, SAYA SUDI. SALAM RAMADHAN
Jangan lupa letakkan sekali link entry anda untuk memudahkan lawatan.
 
4. Setelah termeterai perjanjian, jangan lupa masukkan alamat blog blogger tersebut dalam bloglist anda.

Bloglist anda mestilah kekal setidak-tidaknya sehingga hari terakhir bulan Syawal. Seepas itu terpulanglah kepada anda untuk mengekalkannya atau tidak.

Teknik untuk berubah menjadi lebih positif di sisi Allah



Perubahan masyarakat ke arah yang lebih baik harus dimulakan dari dalam diri sendiri terlebih dahulu.  Setelah sekian lama hidup ini di dalam keadaan yang serba tak menentu dan bercampur halal haram dalam setiap pernuatan kita, maka sangatlah dituntut untuk kita berubah menjadi yang lebih positif pada pandangan Allah SWT.

Ingat perubahan adalah perlukan keikhlasan serta dilakukan demi Allah SWT.  Marilah kita mengaudit qalbu masing-masing, memperbaiki fikiran, amalan dan akhlak dengan melakukan perkara seperti berikut :

- Bertaubat
- Mengerjakan solat secara berjemaah. 
- Mendekatkan diri dengan masjid dan surau.
- Mendengar kuliah agama. 
- Belajar ilmu agama. 
- Membaca Al-Quran.
- Berkawan dengan orang alim.
- Mengurangkan percakapan yang lagha (sia-sia)
- Mengurangkan ketawa
- Mengelak bercakap tentang orang lain.
- Mempelajari sesuatu yang baik, mengamalkannya serta menyampaikan kepada orang lain.

Nora Danish berlatih Kick Boxing


Mempelajari seni mempertahankan diri, seni beladiri atau "martial art" menjadi suatu aktiviti sampingan yang penting pada masa kini. Lebih-lebih lagi apabila masyarakat sering dikhabarkan di media massa berkenaan kes jenayah terutamanya yang melibatkan wanita.  

Malah penglibatan saya dalam dunia martial art ini juga dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu antaranya ialah kejadian saya diperas-ugut oleh sekumpulan lelaki di laluan tepian sungai di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.  Lantas, selepas kejadian itu, terbuka hati saya untuk mendaftarkan diri dalam Kelab Tae Kwon Do, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Jalan Pahang Barat (ITTAR KL). Saya juga meminati drama dan filem-filem silat, kung fu dan lain-lain jenis martial art terutamanya filem yang dilakonkan dan diarahkan oleh mendiang Bruce Lee.  

Sewaktu tamat pelajaran di dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat di ITTAR KL, saya menjalani latihan industri di syarikat Jalur Citranusa (M) Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menerbitkan majalah Seni Beladiri.  Di sini, minat dan pengetahuan saya dalam dunia seni beladiri semakin bertambah dengan peluang saya berjumpa dengan tokoh-tokoh terkenal dalam dunia persilatan dan seni yang lain.

Kini penglibatan artis dalam dunia seni beladiri semakin bertambah.  Salah seorang artis yang mengisi masa lapangnya dengan kegiatan ini ialah Nora Danish. Selain dari melatih diri dengan gerakkan beladiri tertentu yang dijadikan sebagai riadah, berlatih seni beladiri juga boleh menjadi tempat "melepaskan geram" oleh para artis.  Segala tekanan kerja boleh dibuang dan disalurkan melalui tumbukan dan tendangan.

Di bawah ini saya sediakan video yang menunjukkan artis kecil molek, Nora Danish dengan tekun dan giat berlatih seni mempertahankan diri "kick boxing".  Video ini dimuat-naik oleh Desperado Des di laman perkongsian video YouTube :


Membuat ayat yang terbalik tulisannya


Adalah sangat menarik jika perkataan atau ayat yang kita taip kelihatan lain dari kebiasaannya. Mungkin ia boleh dijadikan bahan gurauan di facebook, twitter atau di laman blog atau web.

Di bawah ini,saya sediakan satu aplikasi ringkas bagi membolehkan anda membuat ayat-ayat yang mungkin akan melambatkan masa bagi rakan-rakan anda untuk membacanya secara normal. Setelah dapat menghasilkan tulisan terbalik, anda boleh "copy" dan "paste" di facebook, twitter, blog mahupun di Microsoft Word.  Sila taip perkataan atau ayat anda di ruangan "Tulisan Asal"...



Membuat Ayat Dengan Tulisan Terbalik




Ayat Dengan Tulisan Terbalik

Tulisan Asal:




Tulisan Terbalik:


Disiarkan semula oleh Gedung Buku E-book

10 perkara asas dalam pembentukan peribadi muslimah



Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan. 

Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Dalam artikel ini, lebih difokuskan kepada muslimah (perempuan) kerana mereka adalah salah satu kunci kejayaan dalam pembentukan masyarakat yang mengikut syariat Islam.  Berikut adalah perkara -perkara yang membentuk keperibadian muslimah sejati :


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar. Iaitu yang diyakini ketua pengajarnya dan hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan Al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Liga FAM : Shahzan Muda - Melaka


Dengan berbaki lagi dua perlawanan dan perlawanan terakhir di gelanggang lawan. Semoga skuad Melaka dapat beraksi cemerlang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang serta berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke negeri "Hang Jebat" ini pada 30 Jun 2013 nanti. 
Ayuh, anak-anak Melaka yang berada di perantauan, datanglah memberi sokongan kepada pasukan kita ini. Moh kite gegaukan stadium...!
 
DEMI KEBANGGAAN MELAKA

Biodata Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar (Kartunis Ubi)

 

Pernahkah anda membaca Majalah Ujang (versi awal)?. Saya mula membacanya dan menjadi peminat majalah berkenaan, kalau tidak silap dalam tahun 1995.  Semasa itu watak "Din Beramboi" amat terkenal dan majalah berkenaan sering mengadakan pelbagai peraduan untuk para peminat dan pembeli.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang ( Ibrahim Anon) selaku pemilik dan pencipta asal Majalah Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai,kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. alah seorang dari pada mereka ialah Ubi.


 
salah satu watak ciptaan kartunis Ubi yang popular


Berikut adalah maklumat mengenai kartunis Ubi, yang diambil dari laman web beliau :

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Beliau membesar bersama ibunya dan 3 orang lagi adik beradiknya di Taman Tas Kuantan Pahang. Sejak beliau kecil lagi, ibunya yang penyayang lagi tabah tersebut sering membeli majalah kartun Gila-Gila (dan beberapa majalah hiburan lain lagi) sebagai bacaan santai mereka seisi keluarga. Kerana terpengaruh dengan majalah tersebut dan juga ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan, Ubi telah menjadikan melukis kartun sebagai satu cara untuknya mengisi masa lapang dan juga untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam sukan.

Ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan terus dikekalkan sehingga ke sekolah menengah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila akademiknya juga turut merosot. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, beliau dengan terdesaknya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kerjaya kartunis yang kononnya glamour itu sebagai cara untuknya berjaya dalam hidup, dan juga sebagai batu loncatan untuknya berkenalan dengan artis-artis atau model-model yang cantik lagi glamour.



Berkat semangat model dan artis, Ubi telah berjaya menempatkan diri dan karyanya di Majalah Ujang pabila tamat persekolahan. Boleh dikatakan beliau adalah kartunis yang terbudak di situ pada ketika itu. Sepanjang penglibatannya di majalah tersebut, Ubi telah berjaya menipu ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Penipuannya itu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya.

Pada hari ini, selain daripada membuang masa dengan bermain PS2, menonton DVD cetak rompak, Ubi juga adalah seorang kartunis, pelukis komik, karikatur dan lelaki bebas sepenuh masa. Dan pada hari ini juga, ketika artikel ini ditulis, Ubi masih lagi menggunakan kartunnya untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam arena sukan serta masih lagi berusaha untuk dapat berkenalan dengan mana-mana artis atau model yang cantik lagi glamour….

Ebook "RAHSIA BISNES DI KAMPUS"

Adakah anda :
  • Sedang mencari pendapatan sambilan?
  • Ingin mencari wang sampingan?
  • Sedang mencari lubuk wang yang paling MENGUNTUNGKAN?
  • Sedang mencari wang untuk berkahwin? (opssss..hehe..)
  • Sedang mencari wang untuk membayar hutang-hutang!! 
  • Sedang pening kepala memikirkan soal kewangan yang tiada kesudahannya?

Persoalan yang lebih tepat lagi, ADAKAH ANDA KINI SEDANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN??

Jika jawapan anda adalah "YA!" , maka ebook ini bakal membongkarkan kepada anda bagaimana anda boleh keluar daripada situasi krisis kewangan yang tiada kesudahan tersebut!
Ebook ini akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik rahsia berbisnes di kampus yang sebenar KHAS untuk para mahasiswa / mahasiswi yang sedang berusaha mencari sumber pendapatan sampingan di kampus.
Seperti biasa, klik link di bawah untuk maklumat lanjut dan pembelian :

Celaan Allah SWT kepada manusia


Celaan dalam pengertian moden adalah bermaksud kritikan.  Maka celaan Allah SWT kepada manusia adalah kritikan atau teguran Allah SWT kepada hambaNya yang menzalimi diri sendiri dengan mengamalkan sikap atau moral yang tidak baik dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah sikap dan kelakuan manusia yang mendapat celaan dari Allah SWT :

Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia

Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Contoh terbaik ialah semasa kenduri atau jamuan majlis perkahwinan.

Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah SWT. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.  Memikirkan segala kejayaan yang dikecapi adalah hasil usahanya sendiri tanpa memikirkan bahawa semuanya adalah atas izin dari Tuhan yang Maha Esa...

Boikot barangan tokey Cina DAP?. Kalau Cina MCA & Gerakan pula?



Saya bukanlah penyokong parti politik yang sangat tegar. Mana-mana perkara yang saya fikir ianya betul, selagi ia selari dengan kehendak syariah Islam, maka saya akan menyokongnya. Janganlah kita jadi hipokrit dan menyokong tak tentu hala.  Berfikir dahulu sebelum sokong dan jangan memberi sokongan buta-buta saja tanpa melihat hakikat sebenar sesuatu perkara itu.

Apabila terbaca dalam blog dan facebook mengenai boikot barangan atau perkhidmatan dari Cina DAP, timbul pula persoalan "kalau Cina MCA atau Gerakan bolehlah ye sokong?. Bagaimana pula barangan dari negara China?. Sudah terang lagi disuluhkan, negara itu menerima fahaman komunis sebagai ideologi dalam pemerintahan mereka.  Boleh pula berdagang dengan negara komunis berkenaan.

Pusat peranginan Genting Highland (Kota Keringan) yang telah nyata dikatakan ia antara pusat judi terbesar di Asia Tenggara, malah dilihat menyokong parti pemerintah semasa di Malaysia.  Mengapa pula tiada kempen besar-besaran di blog, facebook atau di media massa untuk diboikot?.  Bagi saya ia bukanlah kota keriangan tetapi kota kemaksiatan. Ramai yang pergi ke sana selain dari melancong dan berjudi, ada yang ke sana untuk bersetubuh tanpa ada ikatan yang sah. Dan istilah "maksiat" itu sebenarnya lebih luas lagi maksudnya, tidak hanya tertumpu pada hubungan tidak sah lelaki dan perempuan.

Semenjak ianya dibuka di atas puncak gunung itu pada 27 April 1965, entah berapa ramai anak-anak Melayu yang hilang maruah dan imannya.  Mengapa Cina seperti ini tidak diboikot? Adakah kerana Cina ini sokong BN, makanya tak payah boikot, walaupun apa yang diniagakannya menjadi punca dan membuka peluang kerosakan iman orang Islam di Malaysia?.

Kalau nak kata Melayu di Pulau Pinang merana dan merempat disebabkan DAP memerintah, fikirkan semual sebelum itu bangsa apa dan parti apa yang mentadbir negeri Pulau Pinang?.  Masalah masyarakat Melayu di sana bermula sejak bila?  Yang pastinya sebelum DAP memenangi pilihanraya dan mentadbir Pulau Pinang, Melayu di sana memang dah parah dan banyak tanah tergadai.  Tapi atas nama BN, semua senyap, tak ada bising-bising. Ustaz entah ke mana, ulama entah ke mana.  


**Sila rujuk artikel berkenaan dengan sejarah Genting Highland.  Klik DI SINI

**Nilaikan sendiri sama ada ia benar atau sebaliknya...

Nilaikan pula gambar di bawah :

 
Buat malu je "title" haji pada nama tu...

 

 

Tunku Abdul Rahman merasmikan pembukaan kilang arak pertama di Malaysia pada tahun 1966.

"Incorporated in December 1969, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad began brewing Carlsberg Green Label beer locally in 1972. Since then, the brand has become part of everyday life and is the undisputed market leader in the Malaysian beer market...."
(petikan dari laman web Carlsberg Group Malaysia) 



Keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari UMNO Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Surat ini telah yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.






 Lagi berita mengenai sejarah judi di Malaysia :  Klik DI SINI


**Rujukan dari beberapa buah laman web dan blog. Sudah terang lagikan bersuluh...


Melaka kembali berasap (berjerebu) : beserta gambar

 

Maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Melaka dan Johor mempunyai kadar jerebu tertinggi di Malaysia setakat ini kerana pembakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia yang dibawa oleh angin.

Pada hari ini, jerebu kembali melanda negeri Melaka. Pagi-pagi lagi saya dah terbau kayu terbakar.  Keadaan seperti semasa saya membakar sampah di kampung. Kalau negara kita yang buat hal macam ni, bukan main bising lagi negara-negara jiran.

Masalah yang dibuat oleh penduduk di Sumatera menyusahkan orang lain.  Semasa dahulu dalam tahun 1990-an, pernah juga berlaku hal sebegini, malah lebih dasyat.  Semasa itulah topeng-topeng keselamatan telah popular dan dijual di mana-mana kedai.  Bermacam warna dan jenis.  Kali ini topeng-topeng itu kembali laku.

Berikut adalah gambar yang saya rakam semasa waktu pagi di sekitar Jalan Tun Ali dan Jalan Hang Tuah, Melaka  :


 
Jalan Tun Ali


 
Pemandangan Stadium Hang Tuah (a.k.a Stadium Kubu)


 
Jalan Hang Tuah

Model kereta Kancil dikeluarkan semula secara rahsia: design baru,paling mesra alam

Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada Ogos 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada model Perodua Kelisa.

Namun kini dengan secara rahsia, ada usaha pihak tertentu untuk mengembalikan kereta kancil ke dalam pasaran Malaysia.  Kereta ini dikatakan paling mesra alam berbanding dengan model yang sedia ada dalam kategori yang sama.  Berikut adalah salah satu gambar model Kancil yang diubahsuai yang dapat "dicuri" :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 


 
Ceria Selalu.....

Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - YBU Perak (23 Jun 2013)



Ayuh anak-anak Melaka yang masih setia menyokong skuad bola sepak negeri, agar datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad (23 Jun 2013), bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma. 

**Pastikan anda dah solat terlebih dahulu sebelum datang. Di stadiumpun ada surau... Semoga sokongan anda lebih diberkati Illahi... amin..


Keputusan Perlawanan :

Melaka FA 2 - 1 YBU Perak

Mengapa ada batu kerikil di landasan keretapi?


Sama ada anda perhatikan atau tidak, hampir di sepanjang rel kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada samping kanan dan kiri rel kereta api. Batu kerikil ini memang sengaja disebar di sekitar rel keretapi tersebut. Dan ternyata batu kerikil ini mempunyai fungsi yang sangat penting untuk menunjang keberadaan rel kereta api yang berdiri di atasnya.

Berikut adalah sebab-sebab batu kerikil banyak diletakkan di sekitar landasan keretapi :

1.Sebenarnya
batu kerikil pada sekitar rel keretapi adalah sebagai penyendal/penyokong. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini struktur rel dapat menjadi lebih stabil agar keretapi yang berjalan di atasnya dapat berjalan dengan baik.

2.Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang terjadi ketika kereta api sedang melalui landasan. Maka gegaran yang terjadi ketika keretapi melintas dapat dikurangkan dan landasan keretapi pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

3.Fungsi berikutnya iaitu untuk memperlambatkan air hujan dari terus mengalir ke tanah. Fungsi ini berperanan untuk mencegah terjadinya pengikisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel keretapi. Dimana bila hal ini terjadi maka boleh menyebabkan kemalangan serius bagi kenderaan yang melintasinya.

4.Batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhan menjalar di sekitar rel. Tumbuhan menjalar di sekitar rel secara langsung atau tidak langsung boleh menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Hal ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api dan struktur rel akan tercabut dari tempatnya.

Superman sekarang dah tahu cara betul pakai seluar dalam


Superman: Man of Steel adalah sebuah filem superhero Amerika Syarikat berdasarkan watak DC Comics dengan nama sama yang diarahkan oleh Zack Snyder dan diterbitkan oleh Christopher Nolan. Filem versi terkini mengenai superman ini secara asasnya masih mengekalkan beberapa watak-watak lama yang telah bersama dengan siri filem Superman.  Namun sebelum versi terbaru filem ini dicipta, Superman menjadi mainan dan cemuhan sebilangan masyarakat di seluruh dunia. 

Bukannya tidak menghargai "pertolongan" dan "jasa baik" Superman dalam membantu orang ramai, sebaliknya dia dicemuh kerana imejnya yang menampakkan kejanggalan dan kebodohan iaitu memakai "seluar dalam" (yang sepatutnya berada di dalam) di luar seluar panjangnya.

Kini untuk siaran tahun 2013, pihak penerbit atau pengarah filem ini telah membuat beberapa ubahsuai pada pakaian adiwira ini iaitu struktur fabrik pakaian (baju & seluar panjang) kelihatan lebih berelastik dan bersisik. Dan paling penting seluar dalam Superman tidak kelihatan di luar.  Cuma yang tak berubah ialah seluarnya yang ketat menampakkan bentuk bahagian sulitnya... adoi...!


Perbezaan adiwira "Superman" tahun 1980-an (kiri) dan tahun 2013 (kanan)

Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?

 

Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih terhormat dan membimbing ke arah yang di redhai Allah SWT.  Harta pusaka yang di maksudkan ialah Al Quran, Hadith dan segala tingkah laku baginda semasa hidup yang disampaikan dari generasi ke generasi. 

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan tersebut. Ternyata dalam penelitian sains, karbondioksida (CO2) yang dihembuskan dari mulut manusia bertemu air panas (H2O) akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 dan jika bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia maka ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit jantung.  Hal ini boleh juga digunapakai pada makanan yang berkuah atau bersup.

Sungguh beruntungnya umat Islam kerana Allah SWT melalui Nabi dan RasulNya telah disalurkan ilmu pengetahuan sains yang sebelum ini tidak diketahui oleh para sainstis barat atau kafir,  Namun atas kelekaan bangsa yang menganuti agama suci ini, makanya musuh-musuh yang ingin "membunuh" Islam pula yang bersungguh-sungguh mengkaji dan menggali ilmu-ilmu Tuhan ini yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith.

Umat Islam pada hari ini (terutamanya di Malaysia) terlalu sibuk dengan mempersiapkan dan mengejarkan kekayaan di dunia dan meninggalkan persediaan untuk kehidupan di akhirat.  Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam filem-filem di Malaysia.  Pengarahnya beragama Islam tetapi atas tangannya dia menghalalkan maksiat antara para pelakonnya atas alasan mengikut kehendak skrip. Sedangkan skrip paling utama yang wajib dipatuhi  adalah dari Allah SWT sebagai dijadikan panduan di atas pentas hidup di dunia ini. 

Itu belum lagi termasuk kegilaan belia kini menyertai pelbagai pertandingan untuk menjadi artis dan ibu bapa mereka merestui anak-anak mereka terutamanya anak perempuan berpakaian tetapi telanjang dalam pertandingan berkenaan. Apabila pertandingan sebegini disiarkan pula di televisyen, yang jadi penontonnya bukan hanya setakat golongan remaja dan ibu bapa malahan kanak-kanak juga turut mengikutinya. Ini akan merosakan pemahaman kanak-kanak terhadapan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah SWT.  Maka dosa berangkai akan terus menerus bersambung sehingga tibanya hari terakhir kematian Dajjal yang dijanjikan Allah SWT akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S.

Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG



Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih baik dari perempuan.

Artikel kali ini saya kongsikan serba sedikit "kemungkinan" yang berlaku membawa kepada berlakunya penipuan ibu @ mak  kepada kita. Namun jangan disalahertikan perkataan "pembohong" yang saya gunakan.  Sila baca habis artikel ini agar anda faham maksud yang nak saya sampaikan :

1.Waktu makan, dia selalu menyisihkan daging ikan atau lauk pauk yang lain untuk anaknya atas alasan "mak tak suka makan lauk ni, kau makanlah..."

2.Jika simpanan makanan semakin kurang, dia akan memberikan bahagiannya kepada anaknya dan berkata "makanlah.., mak tak lapar lagi..."

3.Apabila sampai waktu tidur, dia masih berjaga kerana ingin menjaga anaknya yang sedang sakit, lalu berkata : "Tidurlah nak.., mak temankan... lagipun mak belum mengantuk..."

4.Setelah anaknya tamat sekolah dan mendapat pekerjaan, lalu mengirimkan sejumlah wang untuk ibunya, lalu ibunya berkata : "takpe, simpanlah untuk keperluan kau.., duit makpun masih ada lagi..."

5.Apabila anak semakin berjaya, hidup senang lalu mengajak ibunya untuk tinggal bersama-sama di rumah besar, ibunya membalas pelawaan itu dengan berkata : "Mak lagi suka tinggal kat rumah kampung ni, selesa lagipun tak ada siapa yang nak jaga ayam yang mak bela tu..."

6.Namun yang sepatutnya anak-anak tak boleh terima adalah apabila ibu mengalami masalah kesihatan dan sakit kuat, lalu si anak menangis, lantas dalam keadaan masih boleh tersenyum dia berkata : "Jangan menangis nak, mak tak apa-apa... Mak cuma kena berehat kejap, letih agaknya..."


**
-saya menaip dan mengolah artikel ini dalam keadaan air mata bergenang.

-saya terkenangkan arwah nenek saya yang menjaga saya sejak dalam bedung lagi. Waktu itu mak ayah saya bekerja di tempat lain dan ekonomi keluarga waktu itu tak berapa baik.

-kini di kampung ada makcik saya yang pernah menjaga saya dahulu. Diapun dah semakin lanjut usia. Pun saya terkenangkannya.

-mak kandung saya masih ada dan tinggal bersama ayah di Petaling Jaya. Insya Allah saya akan menjaga mereka sebaiknya apabila saya diperlukan.

Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya


Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi mentarbiahkan minda kita untuk menghargai jasa ibu atau bapa kita dalam proses "membela" kita.

Kisahnya begini :

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut
mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Rasulullah SAW juga punyai sifat kelakar


Rasulullah SAw adalah manusia teragung dan mulia di kalangan manusia akhir zaman.  Sifat-sifat keperibadian Baginda dan akhlaknya sangat terpuji.  Bagindalah yang perlu diidolakan dalam hati setiap manusia terutamanya pada umat Islam.  Baginda amat tegas tetapi berhemah dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan agama dan kehidupan seharian umatnya.  Namun disebalik itu, Baginda juga mempunyai sifat kelakar atau dalam bahasa orang kita "pandai buat lawak". 
Berikut adalah kisah yang menceritakan cara Rasulullah SAW bergurau :
Pada suatu ketika, Rasulullah pernah memperlawa Saidina Ali Bin Abi Talib makan kurma bersama-sama. Sewaktu ini Saidina Ali masih kecil lagi.. Setiap kali Rasulullah SAW dan Saidina Ali makan kurma, biji-biji kurma akan diletakkan di tempat masing-masing. Beberapa ketika kemudian, Saidina Ali sedar yang dia makan terlalu banyak kurma berbanding dengan Rasulullah. Saidina Ali perasan sebab biji-biji kurma dekat bahagian beliau lebih banyak dari biji-biji kurma yang ada pada bahagian Rasulullah SAW.

Maka, Saidina Ali pun secara senyap-senyap memindahkan biji-biji kurma yang beliau makan ke bahagian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali kata pada Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah, kau makan kurma lebih banyak daripada aku? Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu....”

Bila Rasulullah SAW dengar kata-kata
Saidina Ali, Rasulullah SAW tak dapat nak tahan ketawa, dan Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih meninggalkan biji-bijinya. Sedangkan kau, memakan kurma dengan biji-bijinya sekali.....” :-)

Jualan jersi ASLI (ORIGINAL) Kelantan dan Johor Darul Takzim sempena Final Piala FA 2013



Debaran Piala FA 2013 akan sampai ke tarikh keramat bagi para peminat kedua-dua pasukan yang lawak ke pentas akhir ini.  Bagi kelab penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim, pastinya sudah merancana segala keperluan semasa kehadiran mereka dalam memberi sorakan dan sokongan moral sebagai peranan pemain ke 12 pada pasukan bola sepak masing-masing.

Selain dari mafla dan sepanduk, jersi atau t-shirt juga adalah barangan yang menjadi keutamaan untuk dipakai semasa menghadiri stadium. Pelbagai rekabentuk dan variasi corak terdapat pada jersi dan t-shirt para penyokong.

Sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2013 ini, saya mempelawa para penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim untuk membeli jersi pasukan masing-masing sebagai tanda sokongan anda kepada para pemain bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim.  Jersi ini adalah jersi original dan terjamin kualitinya dari pengeluar.  Juga terdapat khidmat tambahan untuk meletak nama dan nombor pada jersi tertentu. Sila klik gambar di bawah untuk membeli jersi berkenaan secara online.  


Poslaju Percuma
Untuk pembelian 2 helai jersi ke atas dalam Malaysia


Koleksi Jersi Johor Darul Takzim :

Jersi Johor DT 2013 Away

Jersi Johor DT 2013 Home


Koleksi Jersi Kelantan :

Jersi Kelantan 2013 Home

Hasil Latihan 1 Malaysia : Asas Sulaman Manik 3D di Melaka


Pada 08 / 06 / 2013 hingga 09 / 06 / 2013 yang lalu, saya telah menyertai program Latihan 1 Malaysia iaitu bagi kursus Asas Sulaman Manik 3D. Sebelum ini saya dah biasa dengan benang dan jarum kerana saya membuat dan menjual keychain berasaskan fabrik felt cuma jahitan yang berkenaan dengan manik saya belum pernah belajar.

Kursus ini adalah dianjurkan melalui landasan GIATMARA Kota Melaka dengan kerjasama usahawan dari Kelab Usahawan GIATMARA Melaka iaitu syarikat  I Sha Creative Centre, yang bertempat di Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Saya "join" kursus ini dengan matlamat untuk "upgrade" kan produk felt saya kerana di masa akan datang saya akan cuba untuk membuat produk-produk "free gift" atau "door gift" yang bersesuaian dengan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan atau majlis ulang tahun.  Lebih menarik lagi, dalam kursus ini, saya merupakan peserta lelaki tunggal yang menyertainya.

Berikut saya kongsikan beberapa gambar suasana semasa kursus :


 

 


 Inilah hasil kraftangan berasaskan manik yang saya buat semasa menyertai kelas Asas Sulaman Manik 3D

Punca kerosakan hati manusia


Penyakit yang dihidapi manusia pada masa kini adalah lebih kepada gaya hidup individu berkenaan, keadaan persekitaran dan tabiat pemakanan.  Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai kesan sampingan yang akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi seseorang.

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati. Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.

Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.  Berikut adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kerosakan hati :

1 - Tidak buang air kecil di pagi hari.

2 - Tidak mengambil sarapan.

3 - Terlalu banyak makan.

4 - Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan

5 - Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6 - Tidur lambat dan bangun lewat

7 - Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

8 - Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika jika anda seorang yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi (terutamanya mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan atau pelajar universiti yang mengulangkaji pelajaran lewat malam ).



**rujukan dari HarianIslam.com

Adab laki ketika bini mengandung


Alam perkahwinan adalah alam yang sangat membahagiakan bagi pasangan yang berkahwin dengan niat yang suci. Perkahwinan adalah melibatkan perkongsian dalam kehidupan seharian seperti makan minum, perasaan, tempat tinggal hatta tempat tidur dan bilik mandi.

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.


**rujukkan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus

Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - PB Melayu Kedah (9 Jun 2013)



Sudah lama pasukan bola sepak Melaka tidak "mencetak" kejayaan di atas pentas liga bola sepak negara kita ini. Saban tahun prestasi merudum dan suram. Pelbagai usaha yang dibuat dilihat kurang meyakinkan dan tidak berjaya untuk menarik semula "anak Melaka" untuk kembali bermain semula di dalam pasukan ini.

Pelbagai spekulasi yang muncul dalam persatuan yang menguruskan pembangunan bola sepak negeri Melaka menyebabkan sebahagian besar peminat "menjauhkan" diri dari mengambil tahu perkembangan bol sepak Melaka. Apatah lagi sebelum ini ada kemungkinan individu yang dilantik untuk menjadi peneraju bola sepak negeri Melaka bukan "kaki bola".

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih ada saki baki peminat dan penyokong bola sepak negeri Melaka setia mengikuti dan memberi galakkan serta sokongan setiap kali ada perlawanan melibatkan Melaka, walaupun prestasi ibarat yoyo.

Kelompok penyekong ini sanggup "menyewa" bas untuk memberi sokongan sekiranya pasukan bola sepak Melaka menghadapi perlawanan di luar negeri Melaka.  Mereka ini masih lagi berdoa dan mengharapkan agar tahun 2013 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Melaka sekaligus mensasarkan agar Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka dapat menjayakan misi ke Liga Perdana 2014.

Ayuh anak-anak Melaka, datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad ini iaitu pada tarikh 9 Jun 2013, bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma.


** Kemaskini :  Melaka 3 - 2 PB Melayu Kedah

S Shamsuddin (Pelakon era 1950-an) telah meninggal dunia pada hari ini

 

Pelakon veteran popular filem Melayu era tahun 1950-an (era P.Ramli) dan pelawak S Shamsuddin (84 tahun) telah meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi hari ini, seperti yang dinyatakan oleh salah seorang anak arwah yang bernama Noredah kepada agensi berita BERNAMA.

Allahyarham terkenal melalui lakonannya trionya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Nujum Pak Belalang serta siri filem iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura. Al-Fatiha untuk arwah dan semoga beliau berada dalam rahmat Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.


 
Babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok


 
Isteri arwah (kiri) dan Seniwati Sarimah ketika menemani arwah berehat di hospital

Al Quran Tanah Melayu (Malaysia) dan senapang milik bangsa Melayu dari abad ke 19 dilelong




Sejarah Malaysia (Tanah Melayu) yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah kebanyakkan pada hari ini adalah menyimpang dari perihal yang asal. Beberapa bahagian penting dalam sejarah tamadun Tanah Melayu, malah mengenai bangsa Melayu itu sendiri telah digelapkan oleh pihak tertentu bagi mengelakkan kebangkitan semula "bangsa istimewa" ini dalam akhir zaman.

Sewajibnya para pemimpin di negara ini perlu berusaha untuk menggali, mencari dan mengambil semula sejarah kita yang telah lama hilang dari tanah air sendiri.  Daripada membeli kapal selam buruk dengan menghabiskan berjuta ringgit semata-mata diletakkan di tepi pantai untuk dijadikan pameran dan membuat tugu yang tiada apa faedahnya untuk pembangunan bangsa, lebih baik "kita" membeli bahan-bahan sejarah bangsa kita sendiri yang telah bertebaran di pelusuk Eropah dan Amerika serta membuat kajian terhadapnya. 

Ia amat penting untuk akal-akal generasi bangsa Melayu sekarang yang makin lemah dan terasuh dengan acuan budaya penjajah.  Mereka tidaklah menjajah kita (belum lagi setakat masa artikel ini ditulis) secara fizikal tetapi sejak merdeka, mereka sudah menjajah negara kita dengan cara "menguasai" fikiran rakyat di negara ini dalam pelabagi sektor seperti hiburan dan teknologi pembuatan.

Apakah bangsa kita kini sudah malas untuk membuat kajian dan mengambil tahu perihal sejarah sedangkan bangsa lain dari barat terutamanya berketurunan Yahudi berlumba-lumba membuat cari-gali dan kajian terhadap artifak-artifak sejarah yang telah dijumpai sepanjang pencarian mereka. 

Sebagai makluman, generasi kita dimomokkan dengan cerita bahawa orang Melayu dahulu berperang dengan penjajah seperti Portugis dengan bersenjatakan keris dan tombak semata-mata.  Padahal, bangsa Melayu ketika itu sudah mahir membuat ubat bedil, meriam dan senapang.  Malah sejak Portugis merampas senjata api milik orang Melayu, orang Jepun mula mengkaji dan mencuri teknologi orang Melayu dalam penciptaan senjata api (seperti yang diceritakan dalam beberapa laman web lain).

Sehingga ke hari ini (tarikh artikel ditulis), saya dapati ada sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah membuat lelongan barangan seperti Al Quran dari Malaysia (Tanah Melayu) dan senapang ciptaan / milik bangsa Melayu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat laman web berkenaan :

QUR'AN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

A MALAY MATCHLOCK LONG GUN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

Promosi

Babab.net