Bergambar bersama Dr.Azimuth (Dr Abdul Aziz Azimullah)

 

Tak sangka pula secara berturut-turut saya dapat berjumpa dan bergambar dengan "orang-orang terkenal".  Jika sebelum ini saya dapat beramah mesra dengan "Helmi Gimmick" di Pasar Tani UTC Melaka, kali ini saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan  Dr Abdul Aziz Azimullah atau lebih dikenali dengan panggilan Dr.Azimuth.

Beliau merupakan pakar terulung nutrisi, pakar terapi naturopati, naturopathic demotology, pakar terapi komplementari serta Islam.  Selain itu Dr Azimuth pernah menulis artikel-artikel motivasi berkaitan perniagaan di beberapa media cetak antaranya ialah Majalah Wanita.

Peluang berjumpa dengan Dr.Azimuth saya perolehi semasa saya menyertai "Lab Pra Seminar Koperasi Kebangsaan IPMa ke 3, pada tarikh 20 hingga 22 Februari 2013 di Puteri Resort Melaka.  Saya merupakan wakil merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad.


 
 Bergambar ketika mencuba salah satu rawatan dari kaedah Dr. Azimuth

Helmi Gimmick di Pasar Tani UTC Melaka

 
Helmi Harun (Helmi Gimmick) bergambar dengan saya di hadapan 
gerai saya yang bernombor 41 di Pasar Tani UTC Melaka


Pasti sudah ramai kenal "Helmi Gimmick" atau nama sebenarnya Helmi Harun Bin Tahir. Beliau mula dikenali di persada hiburan tanahair melalui rancangan Famili Ceria : "Apa kata survey?" yang pernah disiarkan di TV3, pada musim kedua penyiaran rancangan berkenaan iaitu pada tahun 2009.

Pada tarikh 14 / 02 / 2013, beliau dan beberapa orang rakan, singgah ke Medan Selera Pasar Tani UTC Melaka sementara menantikan masa bermulanya tugas beliau selaku pengacara di Majlis Jamuan Rakyat 1 Malaysia, sempena Tahun Baru Cina.

Walaupun beliau dikira sudah mempunyai nama yang agak "gah" di dalam dunia hiburan Malaysia, namun beliau tetap kelihatan mesra dan ramah menyapa para peniaga.  Kebetulan saya berada di gerai makan minum yang beliau singgah, jadinya saya terus meluru dan mengalu-alukan kedatangan beliau serta rakan-rakannya. 

Beliau juga telah sudi menyanyikan dua lagu dari kumpulan Alleycats di Pentas Budaya Pasar Tani UTC Melaka.  Kedatangan beliau juga turut dialu-alukan oleh Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka, merangkap Pengerusi Pasar Tani UTC Melaka iaitu Encik Jamaluddin Bin Mohd. Arshad, yang juga menjadi DJ tetap di Pentas Budaya Pasar Tani UTC Melaka.

 
Aksi bersahaja Helmi Gimmick ketika menyanyikan lagu kumpulan Alleycats


 
 Abang Helmi  juga telah sudi menyempurnakan hajat rakan seperniagaan saya 
iaitu Kak Lela agar beliau menandatangani "bunting" perniagaannya.



**TERKINI (13/02/2014)  :-

-Saya sudah tidak berniaga di Pasar Tani UTC Melaka. Tarikh akhir saya di sini ialah pada bulan Mei 2013. Kini "maintain" di Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah (Arked Jalan Hang Tuah), Melaka.

-Saya sudah lebih kurus berbanding dalam gambar di atas.

Promosi

Babab.net