Yussry Bin Edoo meninggal dunia, disahkan oleh Zamatul Amri Zakaria


Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria juga salah seorang ahli kumpulan Jambu / Virus, menerusi laman Instagram miliknya dengan status berikut :
Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,

Difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program "Raja Band" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini pernah menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada tahun 2001 sebelum mula menyerlah namanya dalam bidang komedi apabila diumumkan juara program Raja Lawak, terbitan Astro musim pertama pada tahun 2007.

Jenazah Yus dikatakan telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

 

Antara rakan artis dan kenalan yang datang ke Hospital Selayang bagi menziarahi jenazah arwah Yus.


Sumber berita : Instagram Tauke Jambu
Sumber gambar : Google Image

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2015


Perlawanan bola sepak, Suku Akhir Pertama Piala Malaysia, 24/11/2015 :

Pahang 4 lwn 1 Lions XII
Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 mlm (Live TV3)

Felda United 1 lwn 1 JDT
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm (Live TV9)

Sarawak 1 lwn 2 Selangor
Stadium Negeri, Kuching, 8.45 mlm

Kedah 1 lwn 1 PKNS FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar, 8.45 mlm (Live TV2)



Resipi Ayam Masak Merah




Bahan-bahan (untuk makan 5 orang)

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara penyediaan :

  • Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  • Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  • Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • Jika mahu kurangkan pedas, gunakan hanya sedikit cili kering dan boleh tambah 3 helai daun limau purut untuk aroma yang mengasyikkan.


OneXOX di Tanjung Rimau Dalam



OneXOX kini telah berada di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka. Ia berhampiran dengan Gadek, Padang Sebang, Bukit Merchat dan Pulau Sebang. 

Untuk pembelian kadsim OneXOX ini, boleh hubungi saya melalui maklumat berikut :

*Ahmad Zaki (DYSD21131)
-No.tel : 0l2 3l2 3705 (Whatsapp / Telegram / Wechat)

Klik pautan di bawah untuk ikuti maklumat semasa OneXOX :

Resipi Apam Beras



Bahan-bahan :

-3 cawan tepung beras (360g)
-1 cawan tepung gandum (120g)
-2 cawan gula pasir (400g)
-1 paket mauripan (11g)
-2 cawan nasi
-3 cawan air (700ml)
-pewarna yang digemari
-kelapa parut secukupnya digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :

-Satukan nasi dan air di dalam 'blender' lalu dikisar hingga betul-betul hancur.

-Satukan semua bahan lain dan gaul sebati didalam mangkuk.

-Kemudian tuang kisaran nasi dalam adunan tadi dan gaul sebati kesemua bahan.

-Perap adunan selama 1 jam atau lebih.

-Selepas 1 jam, tuang adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit.

-Setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa bergaram.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan