Auta dalam filem arwah P.Ramlee (Tiga Abdul)


Tiga Abdul adalah filem komedi yang diterbitkan dalam tahun 1964 di Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon "layar perak" Malaysia, arwah P. Ramlee. Antara tunjang utama dalam filem ini ialah arwah Haji Mahadi sebagai Abdul Wahab (anak sulung), arwah S. Kadarisman sebagai Abdul Wahib (anak tengah) dan arwah P. Ramlee sebagai Abdul Wahub (anak bongsu)

Ia menceritakan kisah tiga adik-beradik yang terperangkap dalam tipu muslihat yang dirancangkan oleh licik Sadiq Segaraga (lakonan arwah Ahmad Nisfu) yang menggunakan tiga orang anak perempuan beliau untuk menipu kekayaan tiga saudara berkenaan.

Filem ini merupakan satu penghormatan kepada rakyat secara tradisional dengan unsur pendidikan moral yang diterjemahkan ke dalam filem dan digambarkan suasananya di sebuah negara timur tengah yang bernama Isketambola, yang asalnya berdasarkan Istanbul, Turki.

Pasti selain dari jalan cerita, lagu-lagu yang dinyanyikan di dalam filem berkenaan menjadi perhatian malah menjadi ikutkan pemuzik zaman semasa, sama ada dimainkan dalam bentuk muzik asal mahupun yang digubah semula.

Namun ada sesuatu yang kita semua pasti tidak menyangka ada penipuan dalam salah satu babak di dalam filem Tiga Abdul ini.  Ianya pada babak dalam kedai muzik Abdul Wahub iaitu ketika ada tiga orang pemuda sedang mencuba-cuba peralatan muzik. Saksikan video di bawah :

video


**Komen :

-Anda yang bijak pandai mesti cepat dapat faham dan sedar apa perbezaan video di atas dengan babak filem yang asal.

-Jika masih tidak faham, maka saya sarankan anda menonton filem Tiga Abdul dan perhatikan apabila tiba babak seperti keratan video di atas.

Marcel Desailly berminat melatih Harimau Malaya


Marcel Desailly lahir di Accra, Ghana, pada 7 September 1968 dengan nama Odenke Abbey adalah mantan pemain sepak bola asal Ghana berkebangsaan Perancis. Desailly biasa bermain sebagai bek tengah. Ia pernah bermain untuk Nantes, Marseille, Milan, Chelsea, Al-Gharafa, dan Qatar SC sebelum pensiun sebagai pemain profesional. 

Ia meraih gelar juara Liga Champions UEFA saat membela Marseille dan A.C. Milan. Desailly memperkuatkan pasukan kebangsaan Perancis sejak 1993 hingga 2004. Beliau cemerlang semasa berada di dalam pasukan kebangsaan Perancis saat memenangkan Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. 

Seluruh anggota pasukan kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998 di anugerahi "L├ęgion d'honneur". Ia menjadi kapten pasukan bola sepak kebangsaan Perancis saat menjuarai Piala Konfederasi FIFA 2001. Setelah bersara, Dessailly menjadi komentator sepak bola pada beberapa media massa Inggeris

Bekas ketua pasukan Perancis Piala Dunia ini bersedia dan sanggup untuk melatih skuad bola sepak negara. Beliau berkata ianya terserah pada Persatuan bola Sepak Malaysia ( FAM) untuk membuat keputusan sama ada mengambilnya sebagai ketua jurulatih mereka.

"Saya sudah memberitahu mereka kemampuan saya dan menyerahkan kepada pihak  yang bertanggungjawab di Malaysia untuk membuat keputusan beberapa bulan yang lalu.

Andre Villas Boas, Marcel Desailly dan Mick Doohan bergambar dengan trofi Laureus
 
"Saya telah mendapat lencana kejurulatihan saya dan membawa dengan saya sepanjang pengetahuan saya tentang permainan dan falsafah bimbingan, " kata beliau pada majlis penamaan calon-calon untuk Anugerah Sukan Dunia Laureus di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Kerja jurulatih nasional itu masih terbuka selepas calon utama yang disenarai pendek , Philippe Troussier , gagal mencapai persetujuan dengan FAM bulan lepas.

Kedudukan ini menjadi kosong apabila FAM tidak memperbaharui kontrak Datuk K. Rajagopal pada bulan Disember. Selain Troussier dan Desailly calon-calon yang disenarai pendek yang lain adalah pengurus Roma Zdenek Zeman dan Bob Houghton .

Pasukan negara kini dikendalikan sementara oleh caretaker coach Datuk Ong Kim Swee. Desailly menambah bahawa beliau mempunyai idea apa yang perlu dilakukan untuk bola sepak Malaysia dan dia mampu untuk mengendalikan tugas jika diberi peluang.

"Bola sepak adalah bola sepak di mana-mana, ia adalah permainan universal yang diterima . Jadi tidak ada isu jurulatih di mana-mana bahagian dunia. Ia adalah mengenai penguasaan kemahiran dan mengajar asas-asas yang betul dan memastikan struktur perkembangan yang baik, "katanya.

Petua elak nyamuk dari bayi


Jika dilihat dan dikaji disekeliling kita, terdapat bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk melindungi kesihatan dan pencegahan penyakit. Bahan-bahan sebegini agak mudah untuk diperolehi dan digunakan secara tradisional dalam kehidupan seharian tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakannya

Dalam artikel ini saya kongsikan cara yang selamat dan tidak memudaratkan kesihatan untuk menghalau atau menjauhkan bayi dari gangguan nyamuk.  Malah ia juga sesuai digunakan oleh ayah bayi, mak bayi, adik beradik bayi atau ahli keluarga bayi yang lain :

Potong separuh limau nipis dan tekan beberapa biji cengkih padanya. Buatkan seperti ini dalam beberapa biji lagi limau nipis (mengikut keperluan).

Liga Terbuka Melaka - Astro Liga Super Fantasi 2014

http://fantasy.arena.my/league.aspx?page=league&id=17775

Kerancakkan Liga Super Malaysia 2014 disemarakkan lagi dalam alam siber dengan Astro Liga Super Malaysia Fantasi. Permainan pengurusan pasukan bola sepak ini pastinya bersandarkan kepada aksi sebenar para pemain di dalam Liga Super musim 2014. Anda boleh "mencipta" pasukan impian anda dengan membeli para pemain yang ada dalam liga ini dengan bajet yang disediakan berjumlah 12 juta ringgit.

Tiap pencapaian pemain di alam nyata mempunyai markah tertentu yang mempengaruhi prestasi pasukan fantasi anda.  Untuk lebih lanjut, silalah klik gambar di atas untuk ke laman web berkenaan.  Pendaftaran adalah percuma dan anda berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah 15 ribu ringgit serta pelbagai hadiah sampingan yang lain.

Saya ada mencipta liga fantasi yang diberi nama Liga Terbuka Melaka. Kata laluannya ialah tamingsari2014. Anda dijemput untuk bersaing dalam liga ini serta memeriahkannya. Sila klik di sini untuk penyertaan.

Berikut adalah carta Liga Terbuka Melaka :


Liga Terbuka Melaka :
Pos.  Team Manager Mn. Pts.
Last Updated: 08/03/2014 16:07:24
http://fantasy.arena.my/
1  Prestige FT Syahrul Shamsuddin 0 167
2  CHENG MELAKA FC MUHAMMAD ZAIDEE BIN MOHD KAMAL 0 147
3  MELAKA UNITED SA muhammad ikram 0 128
4  Boychester United Ahmad Zaki Abdul Rahim 0 15
5  oldtimes bistro fc mazlan minhat mazlan9020 0 0
6  Pernu Hebat Mohd Raduan Jaapar 0 0

Bergambar dengan penjaga gol MU

 
Pada pukul 8.07 malam (22 Februari 2014), ketika saya sedang membeli makanan di salah satu kios yang ada di Restoran El Ezzat's, Jalan Hang Tuah, Melaka, saya terpandang susuk tubuh yang tegap, tinggi dan berkulit gelap.. Wajahnya nampak "mesra alam" dan tersenyum sambil mengangkat tangan.. 

Bila difikirkan baru saya teringat, rupanya individu itu adalah Khairul Izwan iaitu penjaga gol Melaka United (MU). Bersama dengannya ialah seorang kawan beliau (bukan pemain bola sepak) dan Wan Azwari (pertahanan MU) iaitu abang kepada Wan Zack Haikal.

Mereka semua sangat peramah. Banyak perkara yang kami bualkan seperti sejarah bola sepak Malaysia, lanskap bola sepak di Melaka termasuklah juga isu-isu yang dibangkitkan di arena Facebook.

Setelah mendengar sendiri luahan hati Khairul Izwan, saya semakin faham kedudukan sebenar dalam beberapa isu yang ada... Kepada semua pemain Melaka United.., teruskan perjuangan anda berusaha dan berdoa serta istiqamah dalam setiap kebaikkan yang anda buat...!

Saya tidak akan maki dan mencarut.., sebaliknya saya akan terus berdoa untuk kejayaan dan kebaikkan Melaka United khususnya dan bola sepak Malaysia amnya...


*Komen :

-daripada maki dan cerca FAM dengan pelbagai panggilan carut, lebih afdal kita mendoakan kebaikkan untuk sebarang perubahan positif yang diinginkan. Dari pada dapat "dosa kering" dengan  maki hamun, lebih baik berzikir semasa tengok bola sepak.

Sejarah Blogger - Blogspot

Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translate dan saya sendiri.

Blogger telah dimulakan oleh sebuah syarikat kecil di San Francisco dipanggil Pyra Labs pada bulan Ogos 1999 . Ini adalah di tengah-tengah ledakan "dot-com". But we weren't exactly a VC-funded, party-throwing, foosball-in-the-lobby-playing, free-beer-drinking outfit. (Unless it was other people's free beer.)

Kami tiga serakan, yang dibiayai dengan melakukan kontrak projek web yang menjengkelkan untuk syarikat-syarikat besar , cuba untuk membuat pintu masuk yang besar kita sendiri ke atas landskap Internet. Apa yang kita telah cuba lakukan tidak kira begitu banyak sekarang. Tetapi semasa melakukannya , kita mencipta Blogger, lebih kurang pada sesuka hati , dan berfikir - Hmmm ... yang agak menarik.

Blogger took off, in a small way, and eventually a bigger way, over a couple years. We raised a little money (but stayed small). And then the bust happened, and we ran out of money, and our fun little journey got less fun. We narrowly survived, not all in one piece, but kept the service going the whole time (most days) and started building it back up.

Perkara yang telah berjalan dengan baik sekali lagi pada tahun 2002. Kami mempunyai beratus-ratus ribu pengguna , walaupun masih hanya beberapa orang. Dan kemudian sesuatu yang tidak diharapkan terjadi : Google mahu membeli kami. Ya, Google.

Kami menyukai Google. Dan mereka suka blog. Jadi kami bersetuju dengan idea tersebut. Dan ia berlangsung dengan baik.

Sekarang kami adalah sebuah pasukan kecil (tetapi lebih besar sedikit daripada sebelum ini ) dalam Google, yang memberi tumpuan kepada membantu pengguna agar mempunyai suara mereka sendiri di web dan mengatur maklumat di dunia dari perspektif peribadi.

Gambar Neelofa tak pakai seluar dibongkarkan?



Artis yang sedang "meletop" dan masih lagi "bergas" iaitu Neelofa dilihat sering mengekalkan asetnya pada tahap terbaik agar releven dengan pasaran dunia hiburan semasa di Malaysia. Apa sahaja mengenainya pasti akan menjadi tumpuan peminat terutamanya yang berkait terus dengan peribadi dan "peribodynya".

Pada artikel kali ini saya senang hati sekali berkongsi gambar Neelofa yang cun dan lawa tetapi tidak memakai seluar. Bagaimana rupanya ya.....? erm.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

 

Cun kan...? Lawa kan...?. Dalam gambar di atas, beliau tak pakai seluar luar sebaliknya memakai kain baju kurung atau berjubah. Harap beliau akan menjadi semakin baik luar dan dalam dirinya serta lebih menepati ciri seorang gadis muslimah yang sejati. 

Islam memuliakan perempuan, sebab itu segalanya perlu dijaga iaitu dari segi tingkah laku, pakaian, percakapan dan hatta senyuman sekalipun.  

Ia bukan untuk mengongkong kebebasan mereka tetapi mahu mengelakkan perempuan dari "dihurungi lalat".  

*Komen :
-"Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa....."

Karnival Pekerjaan & Night Career Fair 2014

Karnival Pekerjaan dan "Night Career Fair"
Azam Kerja 1Malaysia 2014

Anjuran :
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Tarikh :
22 Februari 2014 (Sabtu)

Masa :
9.00 pagi - 9.00 Malam

Tempat :
Dewan Penjara Sungai Udang, Melaka

Golongan Sasaran :
Pesara
 Pencari kerja
Pelajar tahun akhir IPTA / IPTS


Aktiviti :
Temuduga Terbuka
Pendaftaran Online


Maklumat lanjut sila hubungi :

Jobs Malaysia Centre, UTC Melaka
06-288 0001 / 2 / 3

Bawa bersama dokumen berkaitan
Berpakaian kemas dan sopan

Resepi apam polkadot gebu & comel



Bahan-bahan :
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
3 sudu teh baking powder - diayak sekali
3 biji telur sejuk yang disimpan dari peti ais
150 ml susu segar atau susu cair
220 gm gula halus
275 gm tepung gandum
Perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna adalah terpulang kepada anda asalkan ianya halal dan menyihatkan

Langkah Pembuatan :
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kannya dengan warna atau cara letak pilihan anda.
10. Kukus  selama 10 hingga ke 15 minit sehingga masak.
Pesanan : 
-Baca doa serta selawat sebelum, semasa dan selepas membuat apam polkadot ini ataupun jenis makanan yang lain agar makanan menjadi terpelihara dan diberkati Allah SWT.
-Tidak gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam jadi merekah atau pecah. Gunakan api yang sederhana bagi pengawalan suhu.
-Anda sangat digalakkan untuk membalut tudung periuk dengan kain yang bersih untuk mengelakkan titisan air dari wap kukusan jatuh ke atas apam dan menyebabkan kerosakkan pada struktur apam polkadot.

Ringkasan cara buat duit melalui blog

http://gedungbuku82.blogspot.com 
Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi masakan. Kini ia menjadi landasan bagi sesetengah dari kita sebagai "alat menjana wang" yang ampuh dengan strategi-strategi tertentu. Jika dilakukan dengan cara yang betul, insya Allah.., rezeki datang berlipat kali ganda melaluinya.

Paling penting dalam dunia blogging dan cari duit online, pastikan isi kandungan blog kita mempunyai kualiti yang baik seperti mempunyai maklumat penting dan bermanfaat untuk pembaca, mempunyai perkara positif dalam tiap artikel yang ditaip dan cuba untuk menerbitkan bahan bacaan yang ramai orang nak tahu. 

Apabila aliran trafik ke blog dah stabil serta melebihi 100 klik unik sehari, barulah sesuai masanya untuk kita memilih program pengiklanan blog / website yang dirasakan berbaloi untuk blog kita. Tetapi ini hanyalah cadangan. Jika blog anda baru satu jam "dilahirkan", anda masih boleh meletakkan kod-kod iklan di dalam blog berkenaan. Tiada halangan.  

Konsep yang penting untuk berblogging sambil berduit ialah lagi banyak aliran trafik menuju ke blog kita, adalah lebih baik kerana itulah sumber duit iaitu "trafik yang banyak".

Dalam artikel ini saya memaparkan cara-cara untuk membuat atau mendapatkan duit secara online. Mungkin anda yang sedang membaca kini sudah mengetahuinya tetapi saya yakin masih lagi ada yang belum mengetahuinya.

Cara buat duit melalui blog a.k.a online :

1. Jual barang.
 - Sama ada barang fizikal seperti pakaian, kasut atau jam tangan ataupun bentuk digital seperti ebook dan kod aturcara komputer serta laman web.

2. Jual perkhidmatan.
 - Membawa maksud anda mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan yang datangnya dari anda sendiri seperti khidmat menjahit pakaian, membuat kraftangan dan menerima tempahan makanan serta minuman.

3. Menjual ruang dalam blog untuk tujuan pengiklanan
- Biasanya cara ini sangat berhasil pada blog yang mempunyai kadar trafik yang tinggi setiap hari  bagi menarik para pengiklan membeli ruang iklan di blog anda.

4. Menyertai program affiliate kaedah 1
- Dengan kata lain menjadi ejen berdaftar dengan mana-mana syarikat penganjur. Tugas peserta program affiliate ialah mengiklankan barangan atau perkhidmatan pihak lain dengan menggunakan bahan iklan yang telah disediakan bagi tujuan promosi. Pastikan anda mendaftar dengan penganjur program yang sah bagi mengelakan sebarang penipuan berlaku. Ada pendaftaran jenis percuma dan berbayar.

5. Menyertai program affiliate kaedah 2.
- Anda boleh mendaftar melalui "orang tengah" yang berperanan sebagai sistem affiliate berpusat. Ia menjadi hub kepada pengumpulan syarikat-syarikat yang menawarkan program affiliate. Program affiliate melalui orang tengah ini biasanya telah ditapis bagi memastikan keselamatan dan hak peserta terjamin. Ada pendaftaran secara percuma dan ada juga yang berbayar.

Antara yang percuma dan boleh sertai ialah :
-Ashadee (untuk penyertaan klik: DI SINI)
*anda disarankan untuk menyertai webinar (seminar melalui internet) terlebih dahulu bagi membentuk pemahaman yang baik.

-Klikjer (untuk penyertaan klik: DI SINI)

6. Menyertai program pengiklanan.
- Ianya hampir sama konsepnya dengan program affiliate. Anda akan dibekalkan dengan kod atau link promosi untuk anda letakkan di laman web sosial ataupun di blog dan laman web milik anda. 

Antara program yang boleh anda sertai secara percuma ialah :
-Nuffnang (klik DI SINI)
-ChurpChurp (klik DI SINI)
-8share (klik DI SINI)


*Komen :
 -ada pelbagai kaedah untuk anda mencari rezeki melalui internet dan blog.
-ia bergantung kepada kreativiti anda untuk mempromosikannya secara berhemah.
-melakukan promosi secara spam atau penipuan adalah sesuatu yang tidak bermoral bagi komuniti di internet.

Keputusan Piala FA Malaysia : 18/02/2014



KEPUTUSAN SEMASA 

PIALA FA MALAYSIA 2014
SUKU AKHIR KE 2


Tamat

Kedah vs JDT (Siaran Langsung di Arena 801)
0  -  2

Pahang vs PDRM
2  -  1

PKNS FC vs Kelantan (Siaran Langsung di TV1)
3  -  3

Sarawak vs Felda United
1  -  1


*Johor DT, Pahang, Kelantan dan Felda United mara ke peringkat separuh akhir

Liga Super Fantasi 2014 : Menangi hadiah lumayan!


Astro Malaysia Super League Fantasy Football 2014 adalah PERCUMA untuk bermain.
Jika anda pernah mendaftar sebelum ini untuk memainkan permainan Liga Super Fantasi, anda tidak perlu mendaftar akaun baru, anda boleh menggunakan maklumat anda yang sedia ada.

Liga Super Fantasi 2014 berdasarkan "Malaysia Super League musim 2014". Permainan akan bermula dengan set pertama perlawanan musim ini dimainkan pada 17 Januari 2014 dan akan berjalan melalui ke set terakhir perlawanan dimainkan pada 25 Jun 2014.

Anda akan menerima Fantasy Bajet RM 12 juta untuk mewujudkan sendiri
Pasukan Fantasy Football anda yang terdiri dari pemain 12 pasukan dalam 2014 Malaysia Super League. Pasukan anda akan menerima mata ganjaran untuk prestasi Fantasy kehidupan sebenar pemain yang anda pilih.

Setiap peserta hanya boleh memasukkan satu (1) Pasukan dalam Tempoh Peraduan. Mana-mana Peserta yang didapati telah memasuki lebih daripada 1 pasukan akan dibatalkan dan dikeluarkan daripada Peraduan ini. Anda boleh menyertai Peraduan pada bila-bila sepanjang Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun anda tidak akan mendapat mata sehingga pasukan fantasi anda didaftarkan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan, sila klik "link" berikut :   http://fantasy.arena.my.
  
Anda juga dijemput untuk menyertai Liga Mini (Mini - League) yang dicipta oleh saya. Maklumat liga mini berkenaan adalah seperti berikut :

Nama Liga :  Liga Terbuka Melaka
Password :  tamingsari2014

Sesudah log-in, klik pada "Mini Leagues" , klik "Join a Mini Leagues". Masukan nama liga dan password yang di atas ini.

Video : Apabila budak bola jadi penjaga gol


Inilah akibatnya jika "budak bola" memainkan peranan lebih dari sekadar tukang kutip bola. Lantaran itu beliau dikejar oleh pemain dan beberapa orang pegawai pertandingan di dalam suatu perlawanan bola sepak di luar negara. Beliau baik kerana berjaya melarikan diri selain dari kawalan pidak keselamatan yang turut ada di stadium berkenaan.

Untuk melihat kejadian luar jangka dan agak kelakar ini, sila tonton video di bawah :

video


Keputusan Liga Super Malaysia 15/02/2014


KEPUTUSAN PENUH

ATM  1   -   2  Lions XII
4' ATM
47' Lion XII
92' Lion XII

Sarawak  1   -   0  Perak
9' Sarawak

Terengganu  2   -  0   Pahang
21' Terengganu
71' Terengganu

Johor DT   4  -   1  Selangor
13' Johor DT
33' Johor DT
52' Johor DT
59' Johor DT
67' Selangor (penalti)

Kelantan  3   -   0  T-Team
 32' Kelantan
45' Kelantan
85' Kelantan

Destinasi Pelancongan : Tanjung Rhu, Langkawi


Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim (Kilim Natural Geopark).



Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.



Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa . Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam dan semasa air surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.



Gunung Kelud meletus, debu meliputi Yogyakarta & Surabaya


Letusan Gunung Kelud, Kediri , Jawa Timur , menimbulkan hujan debu beserta batu . Hujan abu gunung berapi, kesannya juga dirasakan warga Yogyakarta dan Surabaya yang berjarak ratusan kilometer dari Kediri.

Di dalam bandar Kediri debu gunung berapi dan batu menutupi aspal sampai ketebalan 10 sentimeter . Seperti yang dikicaukan oleh @ bentangwaktu , badan Jalan Raya Plosoklaten - Wates menjadi lautan abu gunung berapi ketebalan 5 hingga 10 sentimeter.

Dalam lini masa @ infoKEDIRI , terpantau hujan debu gunung berapi kesan dari erupsi Gunung Kelud menyambangi Yogyakarta , Wonogiri , Sidoarjo , Jawa Tengah . Selain menghampiri wilayah Jawa Tengah , debu gunung berapi ini turut sampai hingga Batu , Malang , Surabaya .

 

Hujan debu gunung berapi sudah mulai reda sejak pukul 03.30 WIB khususnya di Kasembon , Malang . Hal yang sama juga berlaku di Kediri , hujan abu gunung berapi mula berkurang . Namun kini ketebalan pasir abu di Kediri merata hingga 15 sentimeter , untuk warga sekitar dijangka menggunakan topeng .

Jika mempunyai bayi dan kanak-kanak, pastikan mereka memakai topeng. Sekiranya tidak ada topeng gunakan kain rangkap yang telah dibasahi terlebih dahulu . Selain dihujani debu gunung berapi , kini bau belerang pun dengan mudah dihidu .


Masyarakat diketahui telah menjadi pelarian sejak jam 18.00 secara peribadi , dan digalakkan terus agar tidak panik dan tertib , diharapkan tetap berada di dalam bilik . Sudah sejak dua minggu terakhir , warga sudah mulai mengemas barangan dan dokumen penting . Warga dari desa Wates , mengungsi hingga sejauh 27 kilometer.

*Sumber dari Metrotvnews

Fenomena Aneh - Pokok Petai Menangis


Pokok Petai Menangis ?. Itu yang menjadi tajuk perbualan orang ramai di Kelantan apabila sebatang pokok petai di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas didakwa mengeluarkan air mata dan tangisan seakan-akan kanak-kanak menangis.

Lebih mengejutkan fenomena pelik yang dipercayai berlaku sejak malam Jumaat lalu (06/02/2014), hanya terjadi pada sebelah malam iaitu selepas waktu maghrib sehingga awal pagi. Keadaan itu menggemparkan penduduk kampung sehingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar daerah untuk melihat sendiri ‘keaijaibannya’. Kejadian aneh itu turut menarik perhatian kru RTM yang turut membuat tinjauan ke kawasan itu untuk mencari kepastian.

Ketika wartawan RTM berada di lokasi sekitar jam 11 hingga 1 pagi mendapati, seakan-akan hujan renyai-renyai turun dari pokok petai terbabit namun tidak pula mendengar tangisan kanak-kanak seperti didakwa.

Menurut penduduk Abdul Razak Manaf, dia mula menyedari keadaan pelik pada malam jumaat lalu selepas terjaga dari tidur kira-kira jam 3 pagi apabila mendengar suara kanak-kanak menangis.

Namun sangkanya, tangisan itu datang dari rumah jiran, bagaimanapun selepas bertanyakan kepada jirannya mereka menafikan.

Menyedari malam berikutnya tangisan itu berulang lagi, beliau mengambil keputusan untuk mengesan arah bunyi tangisan itu.Sementara itu bagi Pengerusi JKKKP kampung Bechah Semak,Shaari Ali beliau berharap anak mukimnya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut sehingga membawa khurafat.

Wartawan- Maisarah Shapiin.



**Komen :

-Segala yang berlaku merupakan kehendak dan ketentuan Allah SWT.
-Pokok petai berkenaan terlebih air, maka melalui sistem perkumuhan pokok itu, lalu dikeluarkan air laksana sedang menangis.

Destinasi Pelancongan : Pantai Kemasik, Terengganu


Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih.

Pantai Kemasik terletak di persisiran Kampung Kemasik, Kemaman. Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai. Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang datang ke sini. 

Di kawasan pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah pamah bagi mereka yang ingin melaksanakan aktivti pertanian. Paling menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan sekitarnya.


Di sekitar Pantai Kemasik dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tapak meletak kenderaan, wakaf untuk berehat, taman permainan kanak-kanak, kiosk jualan pelbagai barangan, tandas awam, papan tanda, tong sampah, jalan berturap dan surau.

Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit berbatu.



Di situ ada sebuah batu besar yang boleh dipanjat dan membolehkan anda melihat panorama Pantai Kemasik dari sudut berbeza tetapi di nasihatkan supaya berjaga-jaga dan memakai pakaian serta sepatu yang sesuai. Berhampiran pantai ini terdapat perkampungan nelayanyang aktif.

Sekitar pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil tangkapan mereka yakan di jual secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan dan pasti harganya lebih murah berbanding di pasar-pasar tertentu.


Pantai ini juga menjadi tumpuan pengunjung untuk merakamkan suasana matahari terbit di samping mengabadikan pemandangan setempat dalam kamera digital seperti aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda.




Inai Di Jari - S.Jibeng (versi asal)


Allahyarham Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng, merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan KuGiRan (Kumpulan Gitar Rancak)
Beliau meninggal pada 7 Februari 2006.

Antara lagu beliau yang popular sehingga ke hari ini (selain dari lagu raya) ialah "Inai Di Jari", namun mungkin ada yang tidak sedar bahawa ianya mempunyai dua versi yang berbeza. 

Versi yang sering dimainkan di radio tatkala ini ialah versi yang telah diubah terutamanya dari segi lirik (seni kata) kerana dalam versi asal, dikatakan oleh sesetengah pendengar bahawa ada rangkapnya mengandungi kata-kata kiasan yang agak lucah. Anda nilaikan sendiri apakah sungguh bagai dikata oleh mereka...

Berikut adalah lagu versi asal dengan muzik yang juga muzik asal :

video


 Yang ini adalah versi ubah-suai :



**Al-Fatihah....

Dah cuba Look Back dari Facebook?


Anda dah cuba "A Look Back" dari Facebook?. Ia sebenarnya bukanlah fungsi terkini yang terdapat dalam Facebook tetapi merupakan video ringkas yang dibuat oleh Facebook khas untuk pengguna mereka bagi melihat kembali sejarah pengguna ketika mereka mula-mula mendaftar di Facebook dan memaparkan semula aktiviti pengguna secara rawak.

Antara segmen yang dibuat untuk anda dalam video berkenaan ialah "Your first moments", "Your most liked posts" dan "Photos you've shared".  Facebook membuat video ini bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke 10 pada 3 Februari 2014.

Anda dapat menonton video sejarah anda di Facebook dengan log-in terlebih dahulu akaun Facebook anda, kemudian klik pautan berikut :   A look back

Promosi

Babab.net