Keputusan perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs China Taipei (Taiwan)

 
Pemain Malaysia, Badrol Bahtiar (kanan) melepasi kawalan pemain Taiwan, Lo Chi En dalam perlawanan 
Kelayakan Piala Dunia 2012 peringkat Asia di stadium Nasional Bukit Jalil.


Assalamualaikum...

Malaysia memenangi perlawanan pertama, pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi menewaskan China Taipei a.k.a Taiwan dengan jaringan 2 berbalas 1.  

Malaysia bermula agresif mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-28 menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.  Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng.

Pada minit ke-55, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak yang kembali menyarung jersi kebangsaan pada kali ini selepas pulih daripada kecederaan, menceriakan lebih 45,000 penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq Rahim.  Pada ketika ini para pemain Taiwan sebenarnya sudah nampak goyah dan kurang motivasi akibat dua gol ketinggalan, namun jurulatih Taiwan Lo Chih Tsung mula membuat percaturan baru dengan menukarkan beberapa pemain bagi cubaan merapatkan jurang jaringan tersebut.  

Usaha Taiwan tampak berhasil dengan gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan "pintu gol" dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76.

Kesimpulan
Berdasarkan pengamatan saya, Taiwan memberi tentangan sengit pada 20 minit pertama separuh masa pertama dengan menyayingi baik setiap gerakan yang dilakukan oleh skuad "Harimau Malaya".  Malaysia yang masih dilihat mengalami sindrom "lambat panas" hanya mampu membelah pertahanan Taiwan apabila perlawanan menghampiri 30 minit.

Sekurang-kurangnya Malaysia mampu mencipta jaringan 4 gol ke atas Taiwan, namun setelah mendapat gol kedua, Malaysia dilihat "melonggarkan" kawalan permainan dan ini dapat dilihat dengan jelas pada pada 15 minit terakhir perlawanan, kawasan pertahanan Malaysia agak terkehadapan dan membiarkan banyak ruang di belakang mereka ketika pemain Taiwan mengambil kesempatan menjaringkan gol pertama.

Ketua jurulatih, K.Rajagobal nampaknya "menyimpan kuku" bagi skuad Harimau Malaya dengan meletakkan beberapa "key player" di bangku simpanan.  Semoga segala taktik yang direncana oleh saf jurulatih pasukan Malaysia akan sekali lagi berkesan dalam menghadapi perlawanan ke dua pada 3 Julai 2011 (Ahad) di Taiwan.

Sukan Bola Sepak dan Martial Art

Nampak bersungguh-sungguh mereka sampai tak jejak tanah...


Assalamualaikum...

Lihat gambar di atas dengan perasaan yang sama ketika anda sedang menonton filem "Karak" pada 25 minit pertama.

Aksi bola sepak ini adalah dilakukan oleh mereka yang berjiwa kental, berani dan "bersungguh-sungguh..."?, errmmm.... 

Agak mengerikan kerana seolah-olah sukan bola sepak kini diaduni dengan seni mempertahankan diri a.k.a martial art.  Ada pemain bola sepak yang kakinya patah dua pada bahagian keting kerana terjahan jurus keras.  Maka, dia masih boleh bermain "bola sepak" tetapi yang menggunakan tanganlah...

Gubahan lagu zaman kanak-kanak



Assalamualaikum...

Masih ingat lagu-lagu zaman kanak-kanak anda?  Lagu-lagu seperti "enjit-enjit semut", "rasa sayang", "Anak itik Tok Wie", "Bangau oh bangau", "Assalamualaikum" dan "Malam yang Sepi".  Entah siapalah yang menjadi "pencipta" lagu-lagu berkenaan.  Agaknya mereka itu terdiri dari "kanak-kanak" nakal @ hyper aktif  + kreatif.

Saya masih ingat lirik lagu yang diubah suai menjadi lagu versi lawak iaitu lirik dari lagu "Segalanya ku terima - Illusi". Liriknya begini :

"Aku yang kehilangan,
Kaki dan juga tangan,
Terlibat dalam kemalangan,
Ku pergi ke hospital,
Ku minta ubat gatal,
Ku balik naik kereta kebal
..."

Dan lirik lagu yang diubah dari lagu "Aduhai Seribu Kali Sayang - Iklim" :

"Seribu kali satu,
Cikgu menyoal aku,
Aku jawab tak tahu,
Cikgu tempeleng aku,
Aku jatuh ke simen,
Aku jadi ultraman,
Aku pergi ke planet,
Aku jumpa minah senget...
"

**p/s (untuk pengetahuan semua, minah senget itu ialah satu watak atau gelaran yang menjadi fenomena yang berpunca drama bersiri di TV1 suatu ketika dahulu dalam tahun 1990-an, lakonan Salleh Yaakob,Aby Yus, Jasmin Hamid dan lain-lain... minah senget tu Jasmin Hamid la pelakonnya yang membawakan watak "Minah" tu)

**artikel ini diterbitkan akibat dari "terangsang" setelah membaca artikel dari "Kotak Bulat"

Jozan memperlawakkan sejarah keagungan bangsa Melayu (video disertakan)

 
Tahniah pada kumpulan Jozan yang memenangi tempat ke dua Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum...

"Musuh-musuh" Melayu sudah lama mempersendakan dan menegelakkan orang Melayu atas setiap perlakuan orang-orang Melayu yang membuat perkara bodoh yang memalukan bangsa sendiri.

Yang paling utama dengki ialah sesama bangsa, yang merosakkan Melayu bangsa sendiri dan yang memfitnah orang Melayu paling banyak dari kalangan Melayu juga.  Di mana nilai sejarah orang Melayu yang patut dijadikan pengajaran untuk generasi kemudiannya menjadikannya sebagai pendorong bagi memperkasakan orang Melayu.  Sanggup gelakkan dan memperlekehkan bangsa sendiri?.

Contoh terbaik ialah dalam perhimpunan agung sebuah parti politik beberapa tahun sudah, semasa Tun Dr. Mahathir membaca rangkap sajak "dulu bangsanya haprak..".  Masa itu satu dewan gelak sakan...  Bila orang lain kata bangsa Melayu "haprak", yang gelak dalam dewan tu siapa, bangsa apa...?.  Pernah keluar tv beberapa kali sebelum rakaman video berkenaan ditarik semula dari siaran.  Dan kali ini, sejarah berulang lagi...  Di sini tidaklah saya kata elemen sejarah tidak boleh digunakan untuk melawak, namun ianya perlu ditangani dengan sewajarnya agar kita tidak dilihat mempersendakan bangsa sendiri.

Ada yang mengatakan ianya sekadar lawak dan Jozan ada beri nasihat, namun "matlamat tidak menghalalkan cara".  Cuba kita renung dan fahamkan dengan teliti, apakah kesudahannya pada persembahan kumpulan Jozan yang dimaksudkan itu?  Adakah si pencuri itu insaf setelah diberi nasihat oleh "Hang Tuah"?.  Lagi nak dijual dengan bingkai gambar dan Hang Tuah sekali adalah...

Hang Tuah lakonan Johan pun siap kata "jangan beritahu Hang Jebat" apabila dengar "cerita" juta-juta ringgit.  Kerana duit orang Melayu semakin tamak, ada yang sanggup memfitnah bangsa sendiri.  Ini permasalahan halus dalam lawak, masalah besarpun ada orang kita yang buat tak tahu je...  Tiada masalah bagi yang "akal panjang".  Mereka boleh memahami dan menapis baik atau buruk perkara yang ditonton.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai corak pemikiran yang masih "muda" ataupun yang tak faham maksud tersirat?.  Biarkan sahaja ke mereka dengan tanggapan yang salah?

PERHATIAN
Saya menerbitkan artikel ini sekadar berkongsi pemikiran dan pengetahuan saya pada yang sudi membacanya dengan fikiran yang terbuka.  Saya tolong anda semua berfikir di sisi atau sudut corak pemikiran yang berbeza.

Video persembahan kumpulan Jozan

Nabil dapat tempat ke 3 Maharaja Lawak Akhir 2011

 
Nabil dengan dua persembahan yang menggarapkan idea-idea beliau dari persembahannya yang terdahulu, 
menjadi persembahan yang baru dan segar.

Tahniah pada Nabil yang berjaya meraih tempat ke tiga dalam siri pertandingan Maharaja Lawak peringkat akhir.  Dari segi pencapaian keseluruhan, persembahan Nabil tidak mengecewakan memandangkan dia adalah peserta tunggal yang bergerak secara solo, sedangkan peserta lain mempunyai "partner".

Dari segi bahasa, perkataan "maharaja" adalah merujuk kepada seorang individu, bukannya berkumpulan.  Maharaja, raja, ketua kampung, hatta ketua darjah sekalipun hanya ada seorang sahaja untuk setiap tempat.  Satu kapal hanya ada satu nakhoda sahaja.  Jadinya walaupun Nabil dapat tempat ke tiga, namun dialah Maharaja Lawak yang sebenarnya, tetapi masih belum mencapai tahap seperti yang dilakukan oleh arwahyarham Din Beramboi.  Nabil memperolehi wang kemenangan berjumlah RM150,000.00 beserta dengan trofi Maharaja Lawak.
 
Untuk pertandingan edisi Maharaja Lawak 2011 ini, kumpulan Sepah berjaya memenangi Maharaja Lawak dan merangkul hadiah berupa mahkota maharaja lawak, wang berjumlah RM350,000.00 dan trofi.  Di tempat kedua pula adalah kumpulan Jozan membawa pulang wang berjumlah RM 250,000.00 serta trofi. Manakala kumpulan Jambu menduduki tempat keempat membawa pulang wang ganjaran berjumlah RM 50,000.00 dan trofi. 

**p/s :  siapakah indentiti misteri "spiderman" itu?.  Dari segi gayanya, nampak macam Zizan je tapi ketinggiannya nak sama macam Yasin...

Keputusan bola sepak perlawanan kedua pusingan ke dua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 - Malaysia & Lubnan

 

Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.  Namun pada masa separuh kedua, Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-61 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah (kad kuning kedua) kira-kira 10 minit sebelum itu.

Aksi perlawanan Malaysia dan Lubnan :

Pemain Malaysia, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) berebut bola di udara dengan dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


**sumber dari Berita Harian Online

Segmen Satu Gambar Bercerita : Katil dan Tilam

 Assalamualaikum....
Para pembaca sekalian biasanya tidur atas apa? Jika ada katil dan tilam, saya suka tidur di atas katil @ tilam yang luas agar selesa untuk "menggeliat" dan "bergolek-golek" sebab saya ni kadang-kadang tidur lasak.  Tapi itu tidak bermakna saya begitu cerewet untuk memilih keadaan tempat tidur. Paling tidak dan paling kurangpun biarlah tempat itu bersih, selamat dan mempunyai alas tikar dan toto.

Tetapi andainya katil seperti gambar di atas ini diberikan atau dibelikan untuk anda..., apakah anda akan tidur di atasnya?

Segmen mengejut dari Kotak Bulat

 

Assalamualaikum...

Sedang saya merayau-rayau di internet, berjumpalah sebuah blog yang diberi nama "KOTAK BULAT".  Pemilik blog ni buat peraduan "bikin dialog" pada gambar yang disediakan.  Memandangkan tarikh tutup peraduan ialah pada hari ini juga (15/06/2011), terus je cepat-cepat saya bikin dialog pada gambar tersebut (gambar di atas).

Dialog pada gambar berkenaan menggunakan sedikit loghat percakapan "Negeri Sembilan".  Harap boleh fahamlah ye...

Segmen Satu Gambar Bercerita : Kucing & Anjing


Assalamualaikum....

Kucing dan anjing adalah asalnya dari spesis yang sama, "berkeluarga" dengan suku sakat harimau.  Namun kucing dan anjing ini selalunya akan bermusuh dan menjadi kepantangan jika berjumpa mesti akan "berperang".  Dalam sesetengah laporan, ada juga kucing dan anjing yang boleh bergaul mesra.  Mungkin haiwan berkenaan sudah saling mengenali sejak kecil lagi.

Seperti gambar di atas, memperlihatkan keberanian seekor kucing yang melintas di hadapan 15 ekor anjing yang biasa digunakan oleh pihak polis dalam melakukan tugasan-tugasan tertentu.  Sempoi dan "selamber" je kucing tu melintas...  Anjing-anjing tu pula "cool" aje memandang...  Tapi disebabkan ianya adalah sebuah gambar, kita tak tahu apa yang berlaku selepas itu...

Belia Benci Pencuri

 

Assalamualaikum...

Antara para pembaca mesti ada yang pernah mengalami kehilangan selipar atau kasut ketika singgah bersolat di masjid ataupun surau, sama ada solat Jumaat, solat fardu ataupun solat hari raya.  Saya sendiri pernah alami masalah kehilangan kasut yang baru di beli.  Berlaku lebih 10 tahun lalu.  Tak sampai 24 jam dari tarikh pembelian, dah hilang.  Kaki ini masih belum puas "menikmati" kasut berkenaan.  Beli di karnival jualan di Bukit Jalil, hilang di Muar.  Hilang semasa saya singgah bersolat Jumaat di masjid Bandar Maharani,  Muar ketika dalam perjalanan balik beraya di Kampung Tengah.  Dan selepas solat Jumaat tersebut, buat pertama kali dalam sejarah, saya "menapak" di bandar dengan "berkaki ayam", menuju ke kedai kasut @ selipar.  Glamour seketika... tetapi orang di Bandar Maharani tu faham situasi saya...

Namun ada penyelesaian tertentu yang boleh diambil bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.  Antara cara yang boleh diguna ialah dengan :
  • meletakkan kedua-dua belah kasut atau selipar anda di tempat yang berasingan dengan harapan si pencuri kasut berputus asa untuk mencari yang sebelah lagi.
  • menyorokkan kedua-dua belah di bawah kereta yang di parking berhampiran dengan tangga masuk ke masjid.
  • kaki anda langsung tidak menyarung apa-apa. (apa2 hal boleh cuci kaki di tandas..)
Tetapi ada satu kaedah yang mungkin tidak ramai yang terfikir mengenainya.  Caranya adalah seperti dalam gambar di bawah :



 

Atau anda ada cara lain...? Sila nyatakan di sini....

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 - Terengganu lawan Kelantan

 

Assalamualaikum...
Perlawanan Akhir Piala FA bagi tahun 2011 ini dimenangi oleh pasukan bola sepak negeri Terengganu dengan jaringan kemenangan di separuh masa kedua dalam masa tambahan yang berpunca dari sepakan sudut yang diperolehi oleh pasukan bola sepak negeri Terengganu.

Sebelum itu pasukan Terengganu mendapat gol penyamaan hasil dari tandukkan ke arah gawang sendiri oleh pemain pasukan Kelantan iaitu Daudsu Jamaluddin.

Berdasarkan pemerhatian saya, masih lagi terdapat pancaran laser dalam perlawanan ini iaitu yang dipancarkan kepada penjaga gol Terengganu (Mohd Sharbinee Allawee) pada separuh masa pertama semasa tendangan sudut diperolehi oleh pasukan Kelantan.  

Namun sehingga ke wisel penamat, ianya tidak mengganggu rentak permainan pasukan Terengganu yang bermain berhabis-habisan untuk menyayingi reputasi pasukan bola sepak Kelantan yang sebelum itu telah mengalahkan mereka dalam perlawanan Liga Super beberapa hari yang lalu.

Perlawan berlanjutan sehingga ke "masa kecederaan" pada separuh masa tambahan yang ke dua dan keputusan muktamad Piala FA musim 2011 untuk Liga Malaysia menjadi milik Terengganu yang menewaskan Kelantan dengan jaringan 2 berbalas 1.

Sejarah dan Rahsia Kesihatan Dalam Solat


 Assalamualaikum...

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk "memandu" manusia ke arah jalan kebenaran. Umat nabi Muhammad yang juga dikenali sebagai umat akhir zaman, telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad yang perlu direbuti, dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.

Di bawah ini saya nyatakan sejarah tiap satu waktu solat yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada Umat Islam untuk dikerjakan serta rahsia kesihatan yang tersirat disebaliknya:

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


 Terdapat beberapa kelebihan atau kebaikkan mengerjakan solat, antaranya ialah seperti dinyatakan dalam keratan artikel di bawah ini :

 
** keratan artikel ini diambil dari surat khabar Utusan Malaysia

Telefon eTouch :Touchberry Series, asal "berry" sudah...


Assalamualaikum...


Ini merupakan "handset phone" yang ke lima dalam sejarah hidup saya, menggunakan alatan elektronik ini. HP saya sebelum yang di atas ini ialah Nokia 1110 sesekali mengalami masalah kegagalan "membaca" kad sim. Jika dihantar ke kedai baiki hp pun, rasanya kos baikpulih mungkin hampir akan dapat membeli sebuah telefon baru.  Harga pasaran "telefon tangan" untuk kategori baru, yang paling murah setakat yang pernah saya jumpa ialah RM68.00.

HP di atas ini yang menggunakan jenama eTouch (bukan skrin sesentuh ye...) dihasilkan oleh Wireless Solution Limited (sebuah syarikat Malaysia yang pernah menjadi syarikat sokongan Samsung, seperti yang diceritakan oleh jurujual berkenaan) serta diedarkan oleh Matrix Calibre Sdn Bhd yang beralamat di Subang Jaya, Selangor.  HP yang saya beli ini merupakan model terbaru iaitu 212 Pro, dengan jalur kuning disekelilingnya.

Bagi pandangan saya setelah dua minggu menggunakannya (dah dua kali terjatuh dalam hari yang sama baru-baru ini), telefon siri "Touchberry" ini adalah sebuah telefon yang "compact", comel dan rekaannya menarik, setanding juga dengan saudara mara "berry" yang lain dengan disertakan kekunci "QWERTY ".  Paling best baterinya menggunakan bateri standart Nokia, malah selain dari charger nya yang asal, kita boleh guna charger Nokia juga.  Charger asal hp ni boleh juga mendapatkan bekalan elektrik dari port usb di komputer.

Ciri-ciri eTouch 212 Pro adalah seperti berikut :
  1. Dual SIM dual standby
  2. Dual band 900/1800
  3. Stereo earphone
  4. Hand free
  5. MP3/MP4 Playback
  6. FM Radio
  7. Audioa Recorder
  8. BL-5k battery compatible
  9. Memory Card
Lama juga saya duduk di kedai tu memikirkan hp mana yang patut dibeli kerana berlakunya "perang harga dan perang fungsi" yang ditawarkan oleh beberapa model, dah la tu bajet yang tak seberapa...  Akhirnya saya membeli model di atas setelah memikirkan bahawa hp ini boleh menggunakan kad memori, dua kad sim yang boleh dipasang dan digunakan serentak, rupa macam keluarga berry yang lain serta paling mustahak, bajet yang bersesuaian. "Asal nampak macam blackberry sudah...."

Ulasan peribadi filem "KARAK" - KRU Studios

    


Assalamualaikum...

Semalam (03 Jun 2011), atas pelawaan kawan, saya keluar mengikut mereka pergi menonton filem "KARAK" yang diterbit oleh KRU Studios.  Kami bertiga menonton filem berkenaan yang bermula pada sesi pukul 9.40 malam di Golden Screen Cinema ( GSC ), Jusco AEON Bandaraya MelakaKami ambil "seat" nombor 7, 8 dan 9.  Saya duduk di kerusi nombor 9.

Bagi saya filem ini tak seram sangat cuma kebanyakkan orang akan terperanjat dengan sistem bunyinya dan ada antara babak yang ditunjukkan ( hampir-hampir ada persamaan ) saya pernah alaminya.  Jadinya saya kuranglah terperanjat cuma mulut ini "mengomel", kenapa la budak ni buat macam ni, cakap macam tu...  Malah keadaan kenderaan tanpa pemandu pernah dilihat oleh makcik saya, yang ketika itu bersama-sama suaminya serta ibu bapa saya dalam perjalanan yang entah mana destinasinya..lupa dah lebih kurang 15 tahun dulu agaknya...

Babak yang paling saya rasa bernilai dalam filem ini ialah ketika "Tok Malam" menegur Zura tentang hanya tahu dan hafal saja bacaan surah Yassin, tapi maknanya tidak tahu dan kurang diamalkan.  Memang benar, sebilangan orang Islam kini hanya pandai membaca tapi tidak tahu maksudnya apatah lagi mengamalkan segala isi kandung AlQuran dalam kehidupan, contohnya negara kita ini. Hanya gah dengan muzaqarah Al Quran saban tahun tapi undang-undang pemerintahan ikut undang-undang mana...?  Agama digunakan untuk meraih undi orang Melayu / Islam dalam pilihanraya sama ada yang kecil atau besar.

Perlawanan Akhir Pertandingan Liga MAFA 2011

Syarikat Air Melaka Berhad menjadi pemenang dalam Pertandingan Liga MAFA anjuran 
Persatuan Bola Sepak Melaka.
Assalamualaikum...

Pada 1 Jun 2011, saya berkesempatan untuk hadir di Stadium Hang Tuah (dahulunya dikenali dengan nama Stadium Kubu) yang berhampiran dengan Jalan Hang Tuah, Melaka bagi menyaksikan perlawanan akhir Pertandingan Liga MAFA 2011.  Dalam perlawanan akhir ini menemukan pasukan dari Alai FC dan Syarikat Air Melaka Berhad.

Tempo perlawanan boleh dikatakan agak pantas dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan gerakkan untuk menggempur gol pihak lawan dengan menyaksikan pasukan SAMB mendahului Alai FC dengan gol pembukaan sebelum disamakan kedudukan oleh pasukan Alai FC.

Perlawanan ini berlanjutan ke sepakkan penalti setelah tamat 90 minit masa perlawanan sebenar serta 30 minit masa tambahan.  Kedudukan makin menjadi dramatik apabila penjaga gol dari Alai FC gagal menyempurnakan sepakkan penalti yang berjaya ditepis oleh penjaga gol SAMB.  Namun selepas itu, penjaga gol Alai FC menebus kesilapannya dengan menolak keluar sepakkan penalti dari pemain SAMB bagi melanjutkan lagi perlawanan ini.

Akhirnya perlawanan tamat dan kejuaraan menjadi milik pasukkan SAMB apabila salah seorang pemain Alai FC yang gagal menyudahkan dengan sempurna sepakan penalti apabila penjaga gol SAMB melayangkan badannya bagi menepis bola dari sepakan tersebut ketika perlawanan berada pada kedudukan 8 berbalas 7 gol.

Berikut merupakan sebahagian suasana ketika perlawanan berlangsung :

 Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan bekas jurulatih pasukan Negeri Melaka, G.Torairaju yang berjaya melatih pasukan SAMB menjadi juara kejohanan kali ini.

 
Pasukkan Alai FC yang menjadi Naib Johan Pertandingan Liga MAFA



*p/s : mohon kemaafan atas kualiti gambar yang kurang baik kerana ketika ini bateri kamera dah nak habis "power".

Promosi

Babab.net