Keputusan akhir bola sepak Newspaper Cup 2012 : Malaysia - Vietnam


Pasukan bola sepak "Harimau Muda" yang dibimbing oleh Ong Kim Swee telah mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup, sekali lagi mengulangi kecemerlangan itu dengan menewaskan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut. Perlawanan telah bermula pada jam 7.00 malam tadi (21 Oktober 2012).

Gol kemenangan Malaysia dijelmakan oleh Hazwan Bakri pada minit ke 57.

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia : 20 Oktober 2012

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang menemukan pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor. 


KEPUTUSAN AKHIR

ATM  2 - 3  KELANTAN

Pasukan bola sepak Kelantan berjaya menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia edisi tahun 2012 dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Walaubagaimanapun Kelantan hanya mampu untuk menamatkan perlawanan dalam masa tambahan kerana tentangan dan semangat juang yang hebat oleh para pemain pasukan ATM.

Keputusan Separuh Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia 2012 : Selangor - Kelantan

 

Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Red Giant' (Selangor) dan 'Red Worrior' (Kelantan) di Stadium Shah Alam, Selangor. 

Pada perlawanan separuh akhir pertama, pasukan Kelantan beroleh kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1 - 0, dalam perlawanan yang berlangsung di Kelantan.

KEPUTUSAN PENUH

Selangor  0  -  2  Kelantan
(Pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu dengan pasukan ATM dengan kemenangan agregat 0-3)

Keputusan Separuh Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia 2012 : ATM - Singapore XII


Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Tentera' (ATM) dan 'Singa' (Lion XII) di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur. Pada perlawanan separuh akhir pertama, pasukan ATM beroleh keputusan seri dengan Lion XII dengan jaringan 1 - 1, dalam perlawanan yang berlangsung di Singapura.

KEPUTUSAN PENUH

ATM  1  -  1  Lion XII (Singapore)
(Pasukan ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan kemenangan penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan jaringan 5 berbalas 4 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2)

Misai dan janggut berfesyen


Semasa zaman kanak-kanak atau remaja, orang bermisai 'melenting' @ melentik digambarkan sebagai seorang yang garang dan kebetulan pada zaman-zaman tertentu orang-orang yang mempunyai misai sebegitu mempunyai karektor yang tegas dan muka yang 'ketat'.

Ditambah lagi dengan janggut panjang yang dilihat bercantum dengan misai tersebut... Namun janggut sering dilihat sebagai 'aksesori' bagi pada ustaz atau guru agama.

Rasullullah SAW ada bersabda mengenai misai dan janggut.  Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
  • "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
  • "Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
Namun, apakah yang anda fikirkan apabila melihat bentuk misai dan janggut seperti pada gambar di atas?. Gambar tersebut adalah daripada gambar peserta pertandingan misai dan janggut yang pernah dianjurkan di negara Perancis.

**walauapapun fesyen seperti janggut diwarnakan menggunakan inai, kebersihan perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan dari bakteria merebak.

**hati-hati, jangan sampai misai atau janggut anda tercelup dalam minuman atau sup anda...

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 : Kelantan - Selangor

 

Perlawanan bola sepak separuh akhir pertama bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Red Warrior' (Kelantan) dan 'Red Giant' (Selangor) di Stadium Sultan Mohammed Ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Kelantan hadir dengan "misi 3" dan Selangor berkeyakinan dengan "misi 33".

KEPUTUSAN AKHIR

KELANTAN  1  -  0  SELANGOR
minit 61 - Kelantan

Antara 'Kosong' Najwa Latif dan Astrid


Memiliki irama lagu yang 'simple' dan lirik yang mudah diingati menjadi pilihan peminat muzik hari ini. Dan dalam pada itu, terdapat juga beberapa lagu yang mempunyai tajuk yang sama tetapi dinyanyikan oleh penyanyi yang berbeza dan pastinya lirik serta susunan muzik yang berlainan.

Lagu yang dimaksudkan ialah "Kosong" yang dinyanyikan oleh Najwa Latif dan Astrid (popular dengan lagu ' Tentang Rasa '). Nikmatilah video klip mereka di bawah ini... Enak didengarin saat bersantai sih.. :-)



Najwa Latif - Kosong



Astrid - Kosong

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan