Kedai Terbuka Aidilfitri oleh Nur Muhd Cafe 2010

Saya (baju hijau) bergambar dengan pemilik Nur Muhd Cafe iaitu abang Rafi

Salam sejahtera...

Adakah dari kalangan blogger dan bloggie masih mempunyai "mood" raya?.  Kemungkinan ghairah terhadap raya betul-betul hangat tahap "gaban" ialah pada minggu pertama.  Selepas itu ia mulai surut seperti surutnya "stock" kuih muih dalam balang-balang (bukan balan-balan tau...ish..seriau saya..) kaca dan plastik di rumah masing-masing.  Rumah terbuka di kalangan orang awam juga rancak diadakan.

Kebiasaannya apabila tiba penghujung minggu ke dua Aidilfitri dan menjelangnya minggu ke tiga, pihak koporat ataupun agensi kerajaan serta swasta pula "mengambil alih tugas" mengadakan "rumah terbuka" bagi meneruskan kesinambungan jamuan hari raya Aidilfitri.  Wah.., jika bulan Ramadhan ada yang kata "bulan pesta makanan dan minuman", maka layaknya bulan Syawal ini dilihat seperti "bulan jamuan makanan dan minuman.  Alangkah indahnya jika nikmat seperti ini dikongsi oleh rakyat yang susah seperti di Afghanistan ataupun Palestin.

Saya telah pergi ke kedai terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh Nur Muhd Cafe pada 26 September 2010 (Ahad) selepas solat maghrib.  Kedai makanan dan minuman yang dimiliki oleh "Abang Rafi" terletak di kawasan lapang yang bersebelahan dengan tapak lama Pasar Besar Melaka dan berhampiran dengan asrama UiTM Bandar Melaka.

Suasana ketika majlis berlangsung :

"Keyword" pada blog

Walaupun pelawat sikit sangat hari ini, namun blogging tetap diteruskan.


Lihat pada jadual kata kunci yang digunakan untuk sampai ke blog ini.  Bagi kata kunci "waktu solat Melaka" ianya agak selalu dicari sejak bermula Ramadhan yang lepas.  "Cabaran dunia perniagaan" juga menjadi kata kunci yang popular untuk ke blog ini (dah lama dah dok perhati...).

Tetapi bila dilihat pada kata kunci terakhir, apakah ini tanda keprihatinan rakyat pada keselamatan jalan raya atau mereka suka melihat sesuatu gambar kemalangan yang kadangkala mengerikan...?

Pada blog anda pula, apakah kata kunci yang aneh, menarik lagi mengejangkan minda anda, yang digunakan oleh pelawat siber yang lain untuk ke blog anda...?

Pengunjung luar negara ke blog Malaysia


Gambar di atas merupakan pecahan peratusan pelawat yang berkunjung ke blog saya pada hari ini.  Ada pula "orang putih" bertandang ke blog Melayu ni ye.... ke student Malaysia di United Kingdom?

Harap anda semua memberikan komen mengenai pelawat blog anda pula...  Dari negara mana mereka hadir.. (dalam hari sebelum atau semasa ini). Ada tak datang dari negara yang jarang kedengaran namanya ataupun dari negara Zionis ke...

Stuxnet, virus yang terkini dan terhangat

Stuxnet merupakan ancaman yang menggunakan "sijil digital" yang sah dari pihak pengeluar perisian dan mengambil kesempatan dari "bug" (ralat perisian)  yang tidak diketahui dalam Windows. 

Apa yang saya difahamkan, "domain" yang melancarkan virus (worm) ini dikatakan dihoskan melalui "server" yang berada di Malaysia.  Worm yang juga dikenali sebagai "W32.Stuxnet", mengambil alamat IP, nama komputer, dan nama workgroup atau domain dari komputer yang dijangkiti. 

Komputer yang dijangkiti merangkumi pelbagai organisasi dan virus W32.Stuxnet mensasarkan komputer yang menggunakan perisian dan sistem SCADA. 

SCADA adalah singkatan bagi Supervisory Control And Data Acquisition kawalan pengawasan dan pengambilalihan data. Hal ini biasanya merujuk pada sistem kawalan industri: sistem komputer yang memantau dan mengendalikan industri, infrastruktur, atau proses berasaskan kemudahan seperti berikut : 

1.  Proses Industri termasuk yang perkilangan, pengeluaran, loji kuasa dan fabrikasi, serta boleh berjalan secara berterusan atau mod diskrit. 

2.  Proses Infrastruktur awam atau swasta, dan termasuk pemprosesan air dan pengagihan, koleksi dan rawatan air sisa, minyak dan paip gas, penghantaran dan pengedaran tenaga elektrik, "Wind Farms", sistem siren pertahanan awam, dan sistem komunikasi besar. 

3.  Memberi kesan pada kemudahan awam dan yang swasta, termasuk bangunan, lapangan terbang, kapal, dan stesen angkasa. sistem ini memantau dan mengendalikan HVAC, akses dan pengambilan tenaga. 

Setakat ini, worm tersebut hanya mengjangkiti komputer di negara yang bermula dengan huruf "i" seperti India, Indonesia dan Iran.  Tetapi kemungkinan juga ianya akan berevolusi dan menyerang sistem komputer di Malaysia. 

Untuk pengetahuan para pembaca, saya sudah sedaya upaya untuk menterjemahkannya mengikut pemahaman saya terhadap maklumat yang asalnya dari bahasa inggeris.  Jika ada silap pada mana-mana bahagian harap dimaafkanlah ye..

Terima kasih untuk blogger's & bloggie's

Salam sejahtera semua..,

Saya ingin mengucapkan "berbakul-bakul" terima kasih atas komen dan teguran beberapa "blogger" dan "bloggie" pada saya sama ada berkenaan dengan artikel yang disiarkan mahupun berkenaan dengan "widget" yang saya gunakan dalam blog ini, kerana ada kalangan mereka merasakan terganggu semasa membaca artikel mahupun ketika hendak menghantar mesej melalui Cbox.

Mesej dari Mangga Ad - masalah malware



Walaupun dalam blog ini saya menggunakan Nuffnang, namun saya ingin juga berkongsi berkenaan mesej dari pengurusan Mangga Ad mengenai masalah "malware".  Saya ada memasang iklan dari Mangga Ad pada blog yang lain.



Mesej dari Mangga Ad :

Salah satu daripada ad network partner kita dikesan oleh Google mengedarkan "malware". Pengguna web browser Google Chrome, Safari atau Firefox mungkin mendapatkan mesej dari Google bahawa website itu ada "malware" dan tidak selamat untuk digunakan.

Selama tempoh itu, kod untuk ad network partner telah dimatikan untuk sementara waktu supaya "malware" tidak menyebabkan masalah untuk pengguna kita. Masalah "malware" ini telah diperbaiki dan sila pasangkan semula widget iklan ManggaAd. http://network.manggaonline.com.my/publishers/quick-start/

Blog inipun takde malware jugak...


 
Terima kasih pada "bloggies" Teratak Usang kerana dengan artikelnya berkenaan penggunaan Webmaster Tool dari Google untuk mengimbas blog bagi mengesan kehadiran malware (termasuk dalam kategori virus) telah mengingatkan saya berkenaan fungsi berkenaan yang saya terlepas pandang.

Setakat ini blog saya tidak dijangkiti apa-apa jenis virus @ malware.  Sama-samalah kita semua berdoa agar "penyakit" yang sedang melanda dunia blog ini segera berakhir.

Pendapatan dari blog, terfikirkah anda tentang berzakat?

 Contoh kiraan zakat automatik di dalam laman web Pusat Zakat Melaka.


Sudah agak heboh diperkatakan mengenai blogger-blogger yang memperolehi pendapatan mencecah ribuan malah puluhan ringgit melalui pengiklanan di blog.  Pasti mereka ini dapat hidup senang dan selesa dengan pendapatan sebanyak itu, boleh beli macam-macam, dapat melancong dan soal makan di luar rumah tidak menjadi masalah, sebut saja restoran mana yang teringin nak pergi, hotel mana yang tergerak nak jejak...

Namun dalam keghairahan memperolehi pendapatan lumayan dari pengiklanan di blog sama ada melalui Nuffnang, Mangga Ad dan pelbagai lagi program yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu, adakah para blogger berfikir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat?.  Atau terlupa dan tak teringat langsung..? Ataupun fikir ia tidak berkaitan dengan zakat?

Walaupun pendapatan yang diperolehi dari iklan di blog bukan pekerjaan tetap, yang pastinya ia termasuk dalam kategori "Zakat Pendapatan. Ianya wajib dibayar apabila jumlah pendapatan sudah sampai tahap yang wajib dibayar.  Zakat bukan untuk memberi "buta-buta" duit pada orang miskin, tapi ia sebagai tanggungjawab seorang Islam dalam memberi sumbangan pada rakyat yang memerlukan pembelaan.


Bersihkan harta, sucikan jiwa


Islam didahulukan, Keimanan diutamakan

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 September 2010

 

Kumpulan A
PKNS FC
Kelantan
1 - 2
3 - 3
N.Sembilan
KL Plus

Kumpulan B
Sabah
Terengganu
2 - 0
0 - 1
Pahang
Kuala Lumpur

Kumpulan C
ATM
Johor FC
1 - 1
2 - 0
Kedah
Perak

Kumpulan D
Felda United
Selangor
1 - 2
1 - 0
T-Team
Perlis

Booth keIslaman di Jom Heboh sepi

Bila hal berkaitan agama, tak ramai yang nak ambil tahu., kurang sangat sambutan. Tapi bila tiba tang hiburan, bukan main berasak-asak, berpusu-pusu pergi tengok, tak panggilpun ramai yang datang, sanggup berhujan dan berpanas. Tidak kurang juga yang beraba-raba dalam "kesesakkan" lalu lintas lalu lalang di Jom Heboh.

Hal ini diyakini berlaku di mana-mana dalam dunia, khususnya di  Malaysia.  Ia menunjukkan kesalahan dan kelemahan pemimpin sekarang dalam membudayakan ilmu pada kalangan rakyatnya.. Dah lama dah....  Nak hiburan boleh tapi berpada-padalah dan perlukan keseimbangan dengan ilmu keagamaan.


Dah le hukum / undang-undang Islam tidak sepenuhnya digunapakai, hiburan pula yang terlampau dipilih oleh sesetengah masyarakat.  Bila negara kita nak berubah?  Islam ajaran dan wahyu dari Allah S.W.T pada Nabi Muhammad S.A.W adalah ubat yang sebenar-benarnya bagi masalah yang sedang melanda Malaysia ketika ini.  Undang-undang sedia ada tidak dapat membendung kes jenayah, buang anak, bunuh dahulu tanya soalan kemudian dan lain-lain... Orang jenayah macam tak gentar pula dengan undang-undang...

Dodol Melaka di Aidilfitri

Salam sejahtera...

Seperti yang telah dijanjikan dalam artikel yang lalu, saya "muat naik" beberapa gambar berkaitan dengan keadaan semasa pembikinan dodol sehari sebelum hari pertama raya Aidilfitri.  Ini aje yang sempat saya sajikan dalam artikel kali ini. Saksikanlah...

Gambar menunjukkan dodol yang telah siap dikacau secara manual dan dipindahkan ke dalam talam beralaskan daun pisang yang telah dibersihkan serta dilayur dengan api.

Tumbuhan hutan ini ialah Pokok Senduduk. Digunakan bagi membersihkan sisa-sisa dodol yang melekat pada permukaan "kuali kawah".  Jika nak buang dodol yang melekat setakat guna berus & sabun, "berjanggut" le korang nak sudahkan. Kuali kawah tu dimasukan air dan dinyalakan api bagi memanaskannya sehingga berwap. Sesudah itu sapukan pokok senduduk sehingga sisa-sisa dodol tertanggal dari permukaan kuali kawah.

Selain dodol, kueh raya yang buat sendiri ialah kueh ros atau nama lain ialah kueh goyang (tiada kaitan dengan goyang Inul Daratista mahupun goyang Shafiq tau...).

Laman web Gengblogger masih bermasalah?

Salam sejahtera,

Saya memeriksa di enjin carian Google berkenaan dengan laman web Gengblogger dan ini yang saya dapat :



Cuba perhatikan pada gambar di atas pada bahagian yang saya tandakan dengan garis hitam. Ini menunjukkan bahawa laman web Gengblogger masih lagi menghadapi masalah malware. Ada pihak yang menyarankan bahawa semua laman web atau blog perlu membuang sebarang bentuk pautan dari laman web / blog mereka ke laman web Gengblogger kerana dikuatiri masalah tersebut akan memberi kesan negatif pada proses "index" dari Google, Yahoo ataupun mana-mana enjin carian yang lain.

Ini boleh menjejaskan aliran trafik ke laman web / blog masing-masing. Saya menyarankan pada rakan-rakan sekalian pada yang belum berbuat demikian agar segera membuang pautan (link) pada laman web Gengblogger.

Yang menjadi persoalannya, masalah ini berlaku selepas berita komuniti Gengblogger yang membuat perjumpaan ahli disiarkan dalam surat khabar Kosmo.  Adakah masalah berlaku kerana hasad dengki pihak tertentu sama ada dari luar atau dalaman komuniti Gengblogger? Sampai bila masalah ini akan berakhir? Apakah tindakkan yang diambil oleh "admin" Gengblogger?  Setakat ini mereka hanya senyap sahaja, tiada sebarang maklumbalas yang dikeluarkan oleh "kepala" Gengblogger pada ahli komuniti ini...

Lagi cerita "paku dulang paku serpih.."

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN PKMB (ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو) menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, Selangor yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian PKMB - National Line dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad


Kini, apa pula yang ingin dikutuk dan dikatakan oleh mereka yang "kaki ampu" demi menjaga "periuk nasi" politik mereka?


"Paku dulang paku serpih, Kata orang, mereka lagi berlebih-lebih..."


~artikel asal :  KLIK SINI

Keputusan perlawanan Piala Malaysia (Malaysia Cup) 17 September 2010

 


Selangor PKNS  0  -  1  Kelantan

Sabah  2  -  2  Terengganu

Kedah  2  -  0 Perak

T-Team  4  -  0  Perlis

ATM  1  -  1  Johor FC

Felda United  1  -  4  Selangor


**Perlawanan antara Pahang dan Kuala Lumpur ditangguhkan berikutan masalah kerosakkan lampu limpah stadium.











Anak polis main bunga api dalam rancangan 999 TV3


Pada malam 16 September 2010, saya menonton TV3 rancangan 999.  Pengambaran di buat di salah satu balai polis di Pahang, berlatarbelakangkan jamuan makan hari raya.  Dengan tidak disangka-sangka, terlihatlah anak-anak polis bermain bunga api...

Eh.., bukan ke beberapa tahun dahulu pihak polis (pihak berwajib) telah mengeluarkan "statement" mengatakan mercun dan bunga api adalah barangan yang dilarang. Tapi kenapa ada "anak polis" membakar bunga api..? depan balai polis pula tu...  (tolong betulkan saya jika saya tersilap ingat pada "statement" tersebut)

Itu yang terlihat serta terakam oleh mata dan kamera, belum lagi yang "off record".  Sebelum ini saya ada dengar cerita dari sebilangan masyarakat yang mengatakan pagi mercun dirampas, petang anak-anak diaorang dok pi jual.. (diaorang yang kata bukan saya tau).

Rokok & perkaitan Yahudi Zionis (Israel)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik. 

Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


~petikan artikel asal dari http://www.hmalaysia.com/2010/08/satu-muhasabah-kenapa-yahudi-bijak.html

Penerangan kempen CPC, CPM & MCPM Nuffnang

Assalamualaikum,

Ramai juga yang telah mula memahami sistem yang digunakan oleh Nuffnang bagi pengagihan pendapatan melalui pengiklanan di blog.  Namun bagi yang belum memahami istilah tertentu yang digunakan dalam Nuffnang, berikut adalah keterangan mengenai CPC, CPM & MCPM :


~* utk maklumat yang lebih mendalam, rajin2lah "explore" website Nuffnang


      
      CPC
Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.

Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.

Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.
 

CPM
Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.

Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.

Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.

Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.


MCPM
Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.

Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk (terkumpul) sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.


 

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 14 September 2010


Saingan Liga Malaysia kini kembali menghangatkan lanskap bola sepak negara dengan bermulanya perlawanan pertama dalam Piala Malaysia selepas Liga M bercuti. Berikut adalah keputusan perlawanan yang berlangsung pada Selasa 14/09/2010.

Kelantan   0 - 1   Negeri Sembilan
KL PLUS   0 -   PKNS
Terengganu   1 - 3   Pahang
Kuala Lumpur   0 - 0   Sabah
Johor FC   1 - 1   Kedah
Perak   2 - 2   ATM
Selangor   3 - 1   T-Team
Perlis   3 - 2   Felda United

Pelayar internet popular sehingga musim perayaan.



Dengan bantuan pelayar internet seperti Internet Explore, Mozilla Firefox, Opera, Google Chrome dan beberapa lagi "jenama" yang agak asing bagi pengguna di Malaysia, dapatlah kita menziarahi blog sahabat-sahabat kita pada bila-bila masa.  Sekiranya kita tidak dapat untuk berkunjung ke rumah mereka, maka blog boleh juga dijadikan alternatif persinggahan kita.  Inilah keistimewaan blog jika berbanding dengan laman web rangkaian sosial yang lain.  Berlainan dengan Facebook yang dikhabarkan pengguna setianya terutamanya di Malaysia sudah ada yang mula kebosanan, media blog boleh diberi imej yang lebih bersifat peribadi, seolah-olah melawat ke rumah sahabat blogger kita.

Dengan meninggalkan komen yang berkaitan dengan artikel di blog yang kita lawat, ia merupakan teknik yang mudah tetapi berkesan untuk "blogging" serta ia amat baik untuk menjalinkan "silaturrahim" yang berpanjangan.

Berbalik kepada tajuk artikel, saya telah meneliti jenis-jenis pelayar internet yang digunakan oleh pelawat untuk menziarahi blog ini.  Berikut adalah susunan mengikut jumlah peratusan populariti pelayar internet ( pelayar web ) :


Firefox  -  45%

Internet Explore  -  26%

Google Chrome  -  18%

Opera  -  3%

Java   -  3%

Simple Pie  -  1%

Jakarta Commons  -  <1%

Safari  -  <1%

Bunga api, mercun masih lagi memeriahkan suasana lebaran

Assalamualaikum...

Salam Syawal buat semua rakan-rakan blogger.  Macam mana raya kali ini?  Dapat balik kampung?   Saya balik kampung selepas solat Jumaat.  Balik lambat sebab nak uruskan hal kedai yang dah 5, 6 hari saya tinggalkan.

Pada malam raya pertama, suasana kampung menjadi gegak gempita kerana sanak saudara, anak cucu yang pulang beraya di kampung berlawan-lawanan membakar mercun dan bunga api.  Ada kalanya bungai yang cantik cahayanya dibakar dan ada juga mercun yang mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga menggegarkan lantai rumah pada bahagian anjung, iaitu tempat saya on line menggunakan laptop pinjam.  Anak-anak buah juga tidak ketinggalan bermain bunga api pelbagai jenis, yang saya sendiripun tak tahu di mana mereka dapatkannya.  Namun pada pendapat saya, mercun dan bunga api boleh dimainkan asalkan dengan cara yang normal dan dipantau oleh orang dewasa.

Maka "pesta" membakar bunga api dan mercun mewarnai "ruang udara" kampung saya iaitu Tanjung Rimau Dalam (Melaka), dua tiga kilometer ke Pusat Perlancongan Air Panas Gadek dan 6 kilometer ke pekan Tampin, Negeri Sembilan.  Nak ambil merakamkan suasana tersebut terasa malas dan "poyo" je rasanya. Jadinya saya cuma memerhatikan seketika warna-warni yang tampak menyerikan malam hari raya pertama.  Nanti saya akan upload gambar masak dodol dan suasa membakar bunga api (kalau mereka masih lagi "sudi" membakarnya malam esok).


(Gambar hiasan)
Gambar di atas bukanlah suasana di kampung saya tapi bunga api seperti inilah yang dibakar oleh "orang kampung"...

Bila Intan Berlian BUAT CONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP..!


Dialog :


Situasi berlaku semasa waktu kudapan pagi di Hotel Sri Costa, Melaka semasa Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA Peringkat Zon Selatan yang melibatkan bekas pelatih GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan sendiri.  Kelihatan di gambar, kumpulan yang mewakili Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sedap enak menyantap makanan dan minuman...

Wan (1)  :  "Wei Naz.., hang tengok la kueh ni, bukan main sedap sungguh aku dok balun, kat kampung aku pun tak da sedap macam ni... hang tengok la, tengok la ooii..."

Nazri (2) : "Bang oii.., jangan la hang suruh aku pandang hang makan kueh tu... Aku tahu perasaan hang bang, ni aku tengah menghayati kesedapan karipap ni,  mangaii.. punyelah sedap, hang tak nampak ke bang..?

Aini (3) : "Korang ni, agak2 le, group lain tak le macam korang berdua... Kesian pun ade jugak aku tengok. Terpegun dan terkesima sejenak diriku ini... korang nak lagi ke karipap tu..? agak2 sebakui lagi cukup kaa...?

~ yang lain buat tak tau je, sibuk dok ligan apa yang ada kat pinggan memasing... tak ambek port, biasa dah diaorang berdua buat perangai, dah lama dah...



Slogan :

SAYA PALING SUKA ENTRI INTANBERLIAN YANG berkaitan dengan iklan raya dari TV3 KERANA ianya sealiran dengan artikel saya yang juga berkaitan dengan isu yang telah menjadi suatu fenomena di dunia blogSelain itu, dengan kemunculan artikel berkenaan membuktikan bahawa pemilik blog INTANBERLIAN termasuk dalam golongan yang prihatin dan serius dengan isu bersangkutan dengan kepentingan agama.

Tarik iklan sebab bantahan, bukan kerana kesedaran memelihara kesucian Islam


Kalau diikutkan isu ini sudah selesai dengan penarikkan semula iklan yang mencemar kemuliaan agama Islam dan permohonan maaf secara terbuka telahpun dibuat.  Namun apabila difikirkan semula, yang memohon maaf secara terbuka itu bukan dari orang yang bertanggungjawab membikin iklan dan meluluskan iklan tersebut tetapi ia cuba dibacakan oleh pembaca berita yang naif.  Dari awal lagi sebelum pembikinan iklan tersebut, hal seperti ini tidak boleh terjadi kerana "kepala" di TV3 dan Media Prima dikuasai oleh orang beragama Islam.

Iklan ini diterbitkan oleh pengarah kreatif yang bernama Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3. Beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai".

Anda fikirkanlah maklumbalas yang dibuat olehnya.  Apakah yang dia maksudkan tentang "Melayu millenium"?  Apakah yang dia tahu tentang kumuliaan ajaran suci agama ISLAM?  Ini membuktikan bahawa Kementerian Penerangan dan Jabatan Agama Islam tidak menghantar wakil untuk memantau atau menapis iklan yang dibuat sebelum disiarkan? Adakah bermakna TV3 menyiarkan iklan tanpa kelulusan Kementerian Penerangan?.  Kalau nak buat iklan hanya sebab nak nampak menarik dan kreatif, kenapa masukkan unsur-unsur agama lain dalam perayaan umat Islam?. Kenapa tulisan jawi atau arab di dalam buku dalam iklan itu terbalik? Kenapa ada awan yang menyalib pada menara masjid? Kenapa titik-titik air boleh mewujudkan lambang Zionis? Kenapa ada api pelita dalam bunga teratai? Bukankah itu semua adalah unsur mewakili dakwah agama lain? Semuanya kebetulan? 

Pengarah kreatif yang berbangsa Cina itu adalah bukan seorang Islam yang tahu kemuliaan dan kesucian Islam, jadi kenapa dia nak buat sesuatu tentang Islam tanpa minta bantuan serta pendapat dari orang Islam sendiri yang berkelayakkan memberi nasihat dalam proses pembikinan iklan tersebut.  Nampaknya beliau memandai-mandai  sahaja buat iklan ikut sedap akal pendeknya tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.  sudah tiada lagi orang Islam yang mampu buat iklan untuk TV3 ke? (iklan untuk orang Islam)

Hal seperti ini berlaku kerana orang Islam sendiri tidak cuba berdakwah kepada orang kafir.  Ada pemimpin politik yang cuba menjauhkan orang kafir yang cuba mengenali dan mendekati ajaran Islam kerana jika orang kafir telah mengenali dan mendalami ajaran Islam, strategi politik dan kelangsungan hayat politik mereka akan tergugat.  Mereka ini ada agenda tersirat disebalik pelbagai slogan yang diperkenalkan.  Mereka seolah-olah masih mengamalkan dasar "pecah perintah".  Unsur-unsur seperti inilah yang wajib kita semua bersatu membersihkannya dari negara kita.

10 tahun kebelakangan ini, dilihat orang bukan Islam (yang tertentu) dilihat telah mula tertarik untuk mengenali Islam yang sebenar.  Kebanyakkan mereka ketika berucap ada merujuk kepada nasihat dari tuan guru mahupun ustaz-ustaz yang berkemampuan untuk memberi nasihat berkenaan isu semasa yang ada kaitan dengan ajaran Islam.  Mereka juga sudah menghafal beberapa istilah atau perkataan dalam Islam.   Jika dibandingkan dengan "puak" yang satu lagi, mereka cuma mahu meneruskan hayat politik masing-masing dan tidak ikhlas berkawan dengan kita.

Tarikh untuk menentukan Hari Raya Aidilfitri-Syawal 2010 di Malaysia


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Puasa tahun ini ialah pada esok hari 8 September 2010.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja di Malaysia.  Ia akan dilakukan di 30 tempat yang bersesuaian di seluruh negara.  Majlis Raja-Raja sepakat bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2010 adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
Kawasan yang terpilih di Melaka untuk melakukan pencerapan anak bulan Syawal ialah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi - MITC, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara.  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah dipersetujui oleh ahli pencerap anak bulan di semua stesyen yang terpilih.
 
Tetapi kebiasaannya tarikh masuknya bulan Syawal telah dinyatakan dalam "kalendar kuda" kerana sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali, semua para ilmuan ahli kaji bintang, falaq, dan ahli sains dari pelbagai kumpulan, cabang bidang dan agama akan berkumpul bagi mengkaji dan memperbincangkan kiraan tarikh 5 atau 10 tahun akan datang. Tarikh yang dinyatakan dalam kalendar ialah 10 hb 9 2010.  Setiap tahun sememangnya tarikh yang dinyatakan adalah tepat kerana ia telah dikira lebih awal.

Dapat award yang kali pertama

Terima kasih pada pemilik blog cahayawanita.blogspot.com iaitu Cik Nur Hawa kerana memberikan award yang buat pertama kalinya saya perolehi sepanjang berblogging selama ini.  Walaupun ada yang berpendapat award seperti ini tiada nilai atau unsur-unsur penting, bagi saya ia sebagai penghargaan pada blogger dan bloggie yang datang melawat sesuatu blog, juga sebagai pengerat persahabatan melalui media blog ini. 

Sebelum memberi award ini, cik Nur Hawa mengalami "kekejangan" kerana confius dengan susunan serta kiraan follower yang ada pada blogspot ini. Jadi untuk mengelakkan dari kesilapan kiraan dan berlaku adil, beliau telah memberi 3 award pada 3 pengunjung yang berlainan. Baik sungguh hati budi cik adik kita ni, layak jadi ketua kelas macam ni... :-)

TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam

TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam


Akhirnya setelah bertimbun-timbun kritikan dan kutukan yang diterima pihak TV3 atas keprihatinan masyarakat berkenaan iklan lebaran yang mengandungi unsur-unsur yang bercampur aduk dengan imej agama lain pada perayaan suci umat Umat lslam (dah macam ais batu campur & rojak pesemboq).  Semata-mata nak tunjukkan "1Malaysia", sanggup melacurkan kesucian Islam dalam pengiklanan.

Ada yang menganggap ini hal kecil tetapi hal kecil yang mempunyai kesan yang besar seperti inilah yang digunakan musuh Islam secara halus bagi merendah-rendah dan menghina Islam.  Ia juga dapat merosakkan pemikiran kanak-kanak Islam dan mereka yang cetek pengetahuan agamanya.  Lihat sahaja filem-filem barat dan dari China / Hong Kong (hanya sebilangan sebagai contoh), pasti ada sebabak dua yang menghina Islam secara halus dan tidak disedari oleh penonton yang tidak menafsir dengan teliti apa yang mereka tonton itu.

Kreatif tak salah tapi cara dan pengisian iklan tersebut yang menjadi kemudaratan pada agama Islam.  Jangan disalahkan mereka yang memberi teguran walau apapun niat mereka kerana teguran mereka kena pada tempatnya, bak kata orang Jawa " The right plase in the right time...".  Walaupun mungkin yang menegur tu kurang bersolat ataupun buat perkara lain yang tidak mendatangkan pahala, namun sekurang-kurangnya mereka ini telah membuat kebaikkan yang berpanjangan kesannya. Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk memberi teguran yang sepatutnya.

Sepatutnya pihak stesyen penyiaran ada bahagian yang diwujudkan untuk menapis iklan-iklan yang diterbitkan bagi mengelakkan kesalahan seumpama ini.  Di mana peranan FINAS dalam isu penapisan iklan dan filem? Apakah kali ini ada pengecualian khas atau TV3 sendiri lupa nak hantar sample iklan pada FINAS? JAKIM juga perlu diberi peranan yang lebih dalam isu penapisan iklan dan filem di Malaysia.

"1Malaysia, Islam didahulukan, Keimanan diutamakan"

Iklan raya Aidufitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah




Assalamualaikum,

Pasti ramai antara blogger mahupun bloggie yang dah lihat iklan baru di stesyen tv yang banyak bersedekah dan menolong orang susah.  Namun yang anehnya, apakah motif yang tersirat disebalik cahaya yang keluar dari gambar beca, langsung ke luar tingkap.  Selepas itu membentuk imej beca dari jenis yang popular di Pulau Pinang. Ada pula seorang tua yang memanggil kanak-kanak lelaki untuk naik becanya.  Terdapat juga seorang budak perempuan di atas beca berkenaan.  Nak dijadikan cerita, kebetulan lalulah beca terbang ala-ala Santa Clous berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong serta berimejkan bulan di sudut sebelah kanan penonton.

Saya berpendapat bahawa ia mempunyai unsur-unsur khurafat dan syirik mahupun yang seumpama dengannya.  Ini juga menghina Islam kerana seolah-olah agama Islam sekarang sudah mengikut dan meniru budaya agama lain.  Amat jelas sekali iklan itu untuk perayaan suci umat Nabi Muhammad S.A.W yang membawa ajaran Islam yang tiada had harinya, bukannya iklan mempromosikan dakwah atau perayaan Kristian.

Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam yang semakin layu dan leka dengan pelbagai slogan, apatah lagi kanak-kanak yang menonton iklan tersebut.  Apakah kerana ingin menunjukkan rakyat Malaysia bersatu serta menyahut seruan "1Malaysia", makanya pihak stesyen televisyen mengampu dengan membuat iklan yang memaparkan orang Islam menyatukan budaya agama lain ke dalam agama pilihan Allah S.W.T ini ?. Apakah banjir di beberapa buah negeri serta ribut di bazar ramadhan, perkarangan Stadium Jasin, Melaka tidak mendatangkan pengajaran pada semua lapisan masyarakat? Jangan kerana salah cara nak tunjuk kreatif, takut nanti mendatangkan"1Bala" atau "1Azab" pada negara kita. Bunga teratai  unsur popular dalam agama Buddha.  Kalau tak percaya, cuba tengok patung dewa di tokong, terutamanya "dewa quan yin" dan pelita dalam bunga teratai merupakan unsur agama Hindu.  Apa motifnya "mengacau dodol" dalam bunga teratai? Makanan dihidangkan juga dalam bunga teratai?.

Mungkin juga ianya ada unsur-unsur sindiran politik yang bertopengkan iklan perayaan.  Dapat khabar, mengatakan iklan ini bukan dibuat oleh pihak dalaman TV3 sendiri sebaliknya iklan dari produksi luar yang kerap bekerjasama dengan TV3 (Media Prima).  Yang paling penting siapa yang jadi "kepala" membenarkan iklan begini diluluskan? Dan siapakah pengarah video iklan yang telah membuat video yang penuh provokasi ke atas umat Islam?  Ini soal kepentingan dan imej agama, bukannya alat politik sesiapapun.  Walauapapun alasan, kenapa perlu marah pada orang yang cuba mempertahankan agamaNya?

Lain pula halnya di mana YB yang merupakan seorang berbangsa Cina, bukan Islam masuk ke dalam surau dengan memakai baju serta kain panjang untuk memberi penerangan mengenai kemajuan dan gerak kerja yang dijalankan oleh kerajaan negeri.  Dengar cerita dari orang di negeri berkenaan, ia mendapat persetujuan dari para kariah surau berkenaan.  Ada juga salahnya ajk surau itu kerana terlepas pandang dengan situasi yang sentiasa dicari-cari oleh seteru politik parti tertentu untuk dimanipulasikan dengan rencah pedas yang jahat dan tidak memberi kain penutup rambut pada YB itu, tetapi apahalnya dengan isteri-isteri VVIP, VIP serta ketua pergerakkan sayap parti tertentu yang beragama Islam yang masuk masjid / surau memakai selendang sahaja tapi nampak rambutnya, telinga serta baju yang ketat, ada juga yang baca AlQuran tapi baju berlengan jarang. Siap lagi dengan guna surau untuk jadi tempat solek pertunjukkan solekkan pengantin, yang juga terlibat orang kafir dalam persiapan solekkan itu.

Jangan kerana yang menganjurkan majlis itu berlainan puak dengan pemerintah, terus aje nak ikut hukum agama dan menidakkan kesalahan yang serupa oleh isteri para pemerintah dan suku sakat mereka?. Kenapa tak bermuzakarah secara terangan mengenai isu berat sebelah ini?  Jika bermuzakarahpun, jangan cari ahli agama yang mempunyai kepentingan politik dan yang gunakan agama untuk pekerjaan. Kenapa pula bila tiba tuduhan ke atas orang Islam dari "puak" berbeza tidak ikut undang-undang serta mahkamah Islam?

Web "Geng Blogger" dieksploitasi jadi tapak penyebaran Trojan?

Assalamualaikum...

Mungkin ada yang dah sedar, apa bila nak masuk ke laman web Geng Blogger, akan dipaparkan seperti di bawah :


Mengikut dari keterangan yang terdapat pada paparan berkenaan, web Geng Blogger mengandungi pautan dari blog atau laman web tertentu yang mengandungi perisian automatik yang berbahaya kepada komputer para pelawat (Malware). Malware ini akan memasang dengan sendirinya perisian yang boleh dikatakan dari suku sakat / jenis virus iaitu "Trojan" berkenaan tanpa pengetahuan serta kebenaran pemilik komputer @ pelawat "Geng Blogger".  Oleh itu para blogger dikehendaki berhenti seketika melawat laman web Geng Blogger sehingga keadaan kembali pulih.

Berikut adalah keterangan dari pengurusan Google mengenai hal ini :

Diagnostic page for gengblogger.com

What is the current listing status for gengblogger.com?
Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer.
Part of this site was listed for suspicious activity 2 time(s) over the past 90 days.
What happened when Google visited this site?
Of the 642 pages we tested on the site over the past 90 days, 356 page(s) resulted in malicious software being downloaded and installed without user consent. The last time Google visited this site was on 2010-09-01, and the last time suspicious content was found on this site was on 2010-09-01.Malicious software includes 3 trojan(s), 1 exploit(s). Successful infection resulted in an average of 2 new process(es) on the target machine.
Malicious software is hosted on 1 domain(s), including 74.81.73.0/.
This site was hosted on 1 network(s) including AS2042 (ERX).
Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
Over the past 90 days, gengblogger.com did not appear to function as an intermediary for the infection of any sites.
Has this site hosted malware?
No, this site has not hosted malicious software over the past 90 days.
How did this happen?
In some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.
Next steps:

    Isu konfrantasi rakyat Indonesia terhadap Malaysia : Apabila rakyat terlalu miskin, ketirisan ekonomi semakin membarah...













    Assalamualaikum...

    Kemungkinan ada benarnya rakyat di Indonesia diupah untuk berkonfrantasi dengan Malaysia oleh pihak yang mungkin juga berkepentingan politik di sana.  Memang ianya menjejaskan keharmonian serumpun di Asia Tenggara ini, namun fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya.., kenapa perkara seperti ini boleh berlaku di zaman ketamadunan manusia semakin maju.

    Walaupun dikatakan graf ekonomi di Indonesia semakin baik, namun sebenarnya mereka masih lagi susah dan sukar untuk mencari sesuap nasi.  Yang miskin bertambah papa, yang kaya makin menggila membina dan membolot kekayaan untuk diri mereka semata.  Namun apabila ada pihak yang menawarkan upah yang agak lumayan pada rakyat yang miskin, mereka tidak berfikir panjang kerana dalam fikiran mereka hanyalah untuk membeli bahan makanan untuk diri sendiri serta keluarga.  Ditambah lagi kemungkinan pihak berkepentingan politik di Indonesia mempergunakan semangat nasionalisme rakyat Indonesia untuk memprovokasikan hubungan serumpun Malaysia - Indonesia.

    Saya menyarankan pada sahabat-sahabat sekalian agar merenung dengan dalam sambil bermuasabah diri atas perkara yang mendukacitakan ini.  Sesuatu yang berlaku itu, janganlah terlalu cepat kita membuat kesimpulan dan hukuman, tetapi fikirkanlah sebab-sebab ianya terjadi.  Adakah semua rakyat Malaysia betul-betul sayangkan Malaysia sedangkan kapal dagang dari negara Yahudi Zionis boleh memasuki perairan Malaysia dan berlabuh di dermaga negara kita?. Bagaimana pula dengan APCO? Undang-undang negara kita digunakan sepenuhnya dari ajaran Islam..?  Adakah dengan mengibarkan bendera Malaysia sudah menandakan semangat kebangsaan yang tulin rakyat negara ini?

    Promosi

    Babab.net