Tarikh untuk menentukan Hari Raya Aidilfitri-Syawal 2010 di Malaysia


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Puasa tahun ini ialah pada esok hari 8 September 2010.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja di Malaysia.  Ia akan dilakukan di 30 tempat yang bersesuaian di seluruh negara.  Majlis Raja-Raja sepakat bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2010 adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
Kawasan yang terpilih di Melaka untuk melakukan pencerapan anak bulan Syawal ialah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi - MITC, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara.  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah dipersetujui oleh ahli pencerap anak bulan di semua stesyen yang terpilih.
 
Tetapi kebiasaannya tarikh masuknya bulan Syawal telah dinyatakan dalam "kalendar kuda" kerana sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali, semua para ilmuan ahli kaji bintang, falaq, dan ahli sains dari pelbagai kumpulan, cabang bidang dan agama akan berkumpul bagi mengkaji dan memperbincangkan kiraan tarikh 5 atau 10 tahun akan datang. Tarikh yang dinyatakan dalam kalendar ialah 10 hb 9 2010.  Setiap tahun sememangnya tarikh yang dinyatakan adalah tepat kerana ia telah dikira lebih awal.

Related Posts:

  • Pertandingan Instagram Merdeka Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka ‪#‎im57‬.Pertandingan ini terbuka kepada… Read More
  • Buka booth promosi di Konsert Rockers Kasi Gegau Pada 15  November 2014 telah diadakan Konsert Rockers Kasi Gegau di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.  Ia adalah sebuah konsert amal dari gabungan tiga band otai rockers iaitu LELA, PUTRA & SYJ SOF… Read More
  • Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 - PESAKA Melaka Pada 20 Ogos 2014, Pesaka Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan kejayaan atlit silat Sukma serta Putrajaya. Beberapa guru silat dan wakil perguruan serta p… Read More
  • Senaman Pinguin : kreatif atau memalukan?     Jika senaman ini dibuat di kawasan tertutup dari pandangan ramai ia tidak mengapa.  Dipercayai ia dihasilkan dan dirakam videonya di negara seberang iaitu Indonesia.Nampak kelakarpun ada juga ni.... … Read More
  • Sesi wawancara bersama DYAM Brigadier Jeneral TMJ Dua sesi wawancara untuk wartawan media serta penyokong bersama DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang akan diadakan bertemp… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan