Bunga api, mercun masih lagi memeriahkan suasana lebaran

Assalamualaikum...

Salam Syawal buat semua rakan-rakan blogger.  Macam mana raya kali ini?  Dapat balik kampung?   Saya balik kampung selepas solat Jumaat.  Balik lambat sebab nak uruskan hal kedai yang dah 5, 6 hari saya tinggalkan.

Pada malam raya pertama, suasana kampung menjadi gegak gempita kerana sanak saudara, anak cucu yang pulang beraya di kampung berlawan-lawanan membakar mercun dan bunga api.  Ada kalanya bungai yang cantik cahayanya dibakar dan ada juga mercun yang mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga menggegarkan lantai rumah pada bahagian anjung, iaitu tempat saya on line menggunakan laptop pinjam.  Anak-anak buah juga tidak ketinggalan bermain bunga api pelbagai jenis, yang saya sendiripun tak tahu di mana mereka dapatkannya.  Namun pada pendapat saya, mercun dan bunga api boleh dimainkan asalkan dengan cara yang normal dan dipantau oleh orang dewasa.

Maka "pesta" membakar bunga api dan mercun mewarnai "ruang udara" kampung saya iaitu Tanjung Rimau Dalam (Melaka), dua tiga kilometer ke Pusat Perlancongan Air Panas Gadek dan 6 kilometer ke pekan Tampin, Negeri Sembilan.  Nak ambil merakamkan suasana tersebut terasa malas dan "poyo" je rasanya. Jadinya saya cuma memerhatikan seketika warna-warni yang tampak menyerikan malam hari raya pertama.  Nanti saya akan upload gambar masak dodol dan suasa membakar bunga api (kalau mereka masih lagi "sudi" membakarnya malam esok).


(Gambar hiasan)
Gambar di atas bukanlah suasana di kampung saya tapi bunga api seperti inilah yang dibakar oleh "orang kampung"...
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net