Budak sekolah akan berkasut hitam tahun 2019


Mulai tahun depan (2019), semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peraturan baharu tersebut dibuat selepas mengambil kira keluhan ibu bapa selain mahu meningkatkan keceriaan pelajar.

"Mulai sesi tahun depan, semua pelajar (sekolah kebangsaan dan menengah) akan pakai kasut warna hitam," katanya ketika menjawab soalan hadirin pada program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di sini hari ini (19/07/2018).

Sumber : utusan online

Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia - 18 Julai 2018



Berikut adalah keputusan empat perlawanan yang telah berlangsung pada 18 Julai 2018, jam 9.00 malam  :

Melaka United  2 - 2  Pahang

Kuala Lumpur  1 - 5  Perak

Negeri Sembilan  3 - 1 Selangor

PKNP  0 - 1  PKNS FC

Keputusan Piala Dunia FIFA 2018 : Perancis - Croatia (Final)


Keputusan penuh perlawanan peringkat akhir World Cup 2018 antara France menentang Croatia :

FRANCE 4 - 2 CROATIA
18' France 
28' Croatia
38' France
59' France
65' France
69' Croatia

Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia dengan jumlah jaringan 4 berbalas 2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Luzhniki pada 15 Julai 2018. Perlawanan bermula pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Keputusan itu turut menyaksikan Perancis memusnahkan impian Croatia untuk menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya.

Liga Super Malaysia | 11 Julai 2018


Berikut adalah keputusan tiga perlawanan Liga Super Malaysia pada tarikh 11 Julai 2018 :

Kelantan 2 - 1 Selangor
35' Kelantan
78' Selangor
86' Kelantan

Pahang 0 - 0 PKNP

PKNS FC 5 - 3 Negeri Sembilan
11' PKNS FC
21' Negeri Sembilan
25' PKNS FC
31' PKNS FC
45' + 4' Negeri Sembilan
47' PKNS FC
50' Negeri Sembilan
90' PKNS FC



Peringkat Akhir Piala FA 2018 : Selangor dan Pahang


Keputusan perlawanan Final Shopee Piala FA Malaysia yang berlangsung pada 7 Julai 2018, Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9.00 malam :

KEPUTUSAN PENUH

SELANGOR 0 - 2 PAHANG
23' Pahang 
62' Pahang (penalti)

Suku Akhir Piala Dunia 2018 : Brazil vs Belgium


Keputusan penuh perlawanan bola sepak peringkat Suku Akhir FIFA World Cup 2018 antara Brazil bertemu Belgium :

BRAZIL 1 - 2 BELGIUM
 Fernandinho 13' (Belgium : gol sendiri Brazil) 
K. De Bruyne 31' (Belgium)
Renato Augusto 76' (Brazil) 

Resipi aiskrim potong kacang merah


BAHAN A
✅200gm gula pasir (jika tak suka manis sangat boleh kurangkan)
✅3 sudu besar susu tepung (tak kisah jenama apa)
✅350ml air

BAHAN B
✅2 sudu besar tepung ubi
✅2 sudu besar tepung jagung
✅1 sudu besar tepung gandum
✅50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C
✅80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
✅500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (pada resipi ini menggunapakai susu cair).
✅250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah atau nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
✅sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
✅ Daun Pandan untuk mewangikan adunan
✅ Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak

Cara-cara
1. Guna kaedah "memukul/mengacau" supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun boleh.

4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.



🍓 Sumber dari Facebook 👉 Nur Atikah ➡https://www.facebook.com/GoGojeS.by.Ika

Chatime memenangi saman ke atas Tealive


Sebanyak 161 lot kedai air minuman jenama Tealive diarah tutup oleh mahkamah dengan serta merta selepas pemilik jenama berkenaan gagal dalam rayuan mahkamah hari ni.

Selamat tinggal Tealive. Selama ini, ramai orang percaya yang jenama Tealive rebrand Chatime sedangkan ianya tidak benar.

Dahulu Chatime Malaysia dikendalikan oleh Loob Holding tapi lepas tu dorang bukak brand sendiri, Tealive sbb kontrak Chatime mereka di Malaysia ditamatkan.

Yang tidak eloknya Loob Holding telah mengatakan bahawa “Chatime renamed as Tealive” dan “Tealive replaced Chatime”. Jadinya Chatime Malaysia tidak berpuas hati, dengan kenyataan dari pihak Loob Holding sedangkan jenama Chatime masih lagi wujud di Malaysia. Tindakkan mahkamahpun diambil dan selepas naik turun mahkamah, Chatime menang kes ni. Begitulah serba sedikit fakta kes dua jenama air ini.

Buat masa ini kedai Chatime masih ada lagi cuma tak banyak sebab kedai-kedai sebelum ni telah 'ditukar' kepada Tealive kerana ia milik Loob Holding.

sumber: https://canlawreport.com/tealive-chatime-illegal/

Jamal Yunos telah diberkas oleh polis Indonesia


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos disahkan sudah ditangkap polis Indonesia hari ini (2 Julai 2018), kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam kenyataan berkata pemimpin Umno itu ditangkap pada 6.15 petang waktu Malaysia.

“Polis Malaysia telah dihubungi untuk menyelaras untuk membawa beliau pulang ke Malaysia,” katanya.

Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia atas bantuan pihak berkuasa negara itu.

Terdahulu, polis meminta kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan Jamal yang dipercayai melarikan diri ke sebuah kepulauan di negara jiran itu.

Jamal, 48, hilang dari Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi ikat jamin, selepas beliau didakwa atas 3 pertuduhan di depan seorang majistret pada 25 Mei lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Satu waran tangkap dikeluarkan ke atas Jamal selepas itu, tetapi beliau menafikan melarikan diri dari pihak berkuasa atau berada di luar negara, sebaliknya ia cuma salah faham kerana menyangka proses ikat jamin sudah selesai pada hari itu.

Separuh Akhir Kedua Piala FA - 1 Julai 2018


Keputusan perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua, Piala FA yang berlangsung pada 1 Julai 2018 yang melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak FC menentang Pahang FA. Pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan terikat satu sama.

PKNP 1 - 2 PAHANG
32' Pahang
75' Pahang
81' PKNP

Selangor dan Pahang akan bertemu di perlawanan peringkat akhir Piala FA

Babab.net

Popular Posts