Bilangan rakaat dalam solat tarawih : berapakah yang seperlunya?

 

Assalamualaikum....
Tentunya menjadi perbualan di kalangan kita tentang jumlah rakaat untuk solat tarawih yang dibuat di masjid.  Jika sesuatu kawasan itu terdapat beberapa surau atau masjid yang berupaya dan diberi kebenaran menjalankan solat sunat tarawih, ada segelintir yang memilih surau atau masjid yang mempunyai bilangan rakaat yang sedikit, imam mana yang "membawakan" solat berkenaan dengan "laju".  Kebiasaannya jika jemaah yang rata-ratanya terdiri dari golongan warga tua, maka solat sunat tarawih itu akan dikerjakan dalam jumlah rakaat yang minima.  Namun persoalan yang terbit dari kalangan kita ialah berapakah jumlah sebenar rakaat yang patut dibuat dalam solat sunat tarawih ini...

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.  Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.  Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah.  Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang tarawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh Al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadhan.

Related Posts:

  • Ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah SWT Rahmat yang Allah sebut di dalam al-Quran itu sebenarnya ialah untuk kita nikmati sebagai tanda kasih-sayangNya kepada kita. Berikut ini beberapa panduan bagaimana kita boleh memperolehi rahmat yang Allah sediakan itu… Read More
  • Solat Ghaib untuk mayat yang tidak dijumpai Hadith mengenai solat ghaib jenazah : Dari Abu Hurairah r.a katanya : Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, la… Read More
  • Maulidur Rasul : budaya bida'ah Assalamualaikum..... Sesetengah pihak di Malaysia ini lebih mengagungkan budaya atau perayaan "luar" dari Islam. Antaranya seperti pengisian menyambut tahun baru dengan mengadakan acara hiburan dan menjemput artis-ar… Read More
  • Sejarah dan Rahsia Kesihatan Dalam Solat  Assalamualaikum... Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk "memandu" manusia ke arah jalan kebenaran. Umat nabi Muhammad yang juga dikenali sebagai umat akhir zaman, telah diperi… Read More
  • Fakta menakjubkan mengenai "wudhu" (air sembahyang) Assalamualaikum..... Prof Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psychiatrist dan neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Beliau mengemukakan satu fakta yang sangat mengujakan iaitu pusa… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan