Kurangkan kos pada masa yang sesuai

Kurangkan kos pada masa yang sesuai

Assalamualaikum...

Sememangnya dalam perniagaan, kita memerlukan semangat dan fikiran yang luar biasa dari mereka yang makan gaji.  Cabaran yang dihadapi berkali-kali ganda dari mereka yang tidak berniaga.  Sekiranya mereka yang berniaga cuma ikut-ikutan sahaja, kemungkinan besar mereka ini tidak akan bertahan atau meneruskan perniagaan yang diusahakan apabila menghadapi masalah dan kesukaran.

Minat dan kesungguhan perlu ada dalam setiap perkara yang kita usahakan.  Jika tidak, seseorang itu akan mudah mengalah apabila menghadapi kesukaran dalam perniagaan.  Sekarang sudah masuk tahun kedua saya membuka kedai di Kompleks Hang Tuah, Melaka.  Hampir melepasi "3 tahun sumpahan" bagi usahawan-usahawan yang baru dalam dunia perniagaan.  Jika nak diikutkan, syarikat saya sudah berusia lebih dari tiga tahun, tapi tahun awalnya saya memulakan perniagaan di rumah.

Bulan Julai nanti saya perlu membuat keputusan penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat saya di premis yang disewa dari MARA Melaka.  Saya terpaksa mengorbankan salah satu perkhidmatan syarikat saya bagi mengurangkan kos operasi.  Pada fikiran saya, ianya lebih baik dari pada terus mengalah dengan cabaran yang datang.

Berniaga ini bukan mudah untuk berjaya.  Kita kena tempuhi ranjau berliku, kesusahan yang berangkai sebelum mencapai kegemilangan dan kenikmatan dalam perniagaan.  Sekiranya ini dapat dilakukan, maka ianya telah menepati maksud tersirat yang ada dalam perkataan keramat iaitu "USAHAWAN".
Peralihan jenis muzik mengikut zaman, ManBai Gersang tak boleh terima

Peralihan jenis muzik mengikut zaman, ManBai Gersang tak boleh terima

Saya menonton rancangan "Fenomena Seni" yang disiarkan di tv1 kerana tajuknya yang menarik minat saya iaitu berkisarkan tentang kumpulan-kumpulan muzik era tahun 80-an. Salah seorang panel jemputan ialah ManBai, yang pernah menjadi vokalis kumpulan Gersang.

Namun, apa yang mematikan "mood" saya untuk terus menonton rancangan tersebut ialah ManBai mengatakan sesuatu yang menunjukkan dia tidak boleh menerima kehadiran "trio" yang membawa muzik baru di Malaysia iaitu kumpulan muzik yang membawa rentak muzik rap  ( muzik rentak baru selepas rock ) .  ManBai mengatakan bahawa, "kita makan belacan, kenapa nak dengar muzik / lagu itu".  Dia seolah-olah mengatakan muzik baru yang dibawa oleh trio berkenaan menenggelamkan muzik rock.  Dengan erti kata lain, muzik baru iaitu rap bukan budaya Melayu.   Ingin saya bertanya, muzik berentak rock itu berasal dari budaya Melayu kah? Berapa peratus darah Melayu yang mengalir dalam tubuh anda? Muka anda sendiri adakah menyerupai orang Melayu?

Sebelum ketibaan budaya muzik rentak rock, rentak lagu Melayu asli, seperti dondang sayang, zapin serta yang sezaman dengannya telah menguasai dunia hiburan kita pada masa itu.  Namun, apabila tibanya budaya lagu rock, adakah artis ataupun penyanyi lagu-lagu Melayu asli itu mengeluarkan kata-kata marah secara terbuka berkenaan lagu rock? Adakah mereka yang veteran itu tidak boleh menerima hakikat yang lagu rentak rock telah menenggelamkan lagu-lagu Melayu asli? Adakah mereka marah dengan keadaan itu?  Tapi bila tiba peralihan lagu-lagu berentak rock pada lagu-lagu berentak rap, ManBai marah pula... Lantas disebut "makan belacan" dalam komen beliau dalam rancangan siaran langsung "Fenomena Seni", yang dihoskan oleh Rosyam Nor.

Apa kes ni..?  Lagu-lagu dari kumpulan Gersang ada juga yang "best", tetapi masih banyak lagi lagu-lagu dari kumpulan rock kapak, rock besi dan bermacam-macam jenis rock yang lebih sedap didengar jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari kumpulan Gersang...  Belajarlah terima hakikat mengenai peralihan zaman. muzik rap memang bukan dari budaya Melayu, begitu juga muzik rock, yang pada zaman kemuncaknya, mempunyai imej yang kurang kemas seperti rambut panjang, pakaian ketat, koyak sana sini.  Itu budaya bangsa yang makan belacan kah?  Mungkin dengan "belacan" yang digunakan sebagai penguat hujah si ManBai itu, maka selepas ini sesuai juga beliau dipanggil "ManBai Belacan".

Busana Muslim.., adakah menepati kehendak Islam?

Baru-baru ini, telah di adakan pertunjukkan Busana Muslim di negara kita. Fesyen yang digayakan oleh model-model pakaian tersebut, kononnya membawa imej keIslaman.

Tapi cuba anda perhatikan dengan teliti, bolehkah anda nampak dengan jelas bentuk dada, pinggang dan punggung model-model yang menggayakan Busana Muslim itu? Pastinya ia boleh dilihat dengan begitu "indah" sekali. Malah model-model itu tidak memakai tudung yang menutupi cuping telinga dan bahagian dada. Adakah ini menepati dan menurut ajaran syariah Islam?

Di manakah ciri-ciri keIslaman yang patut ada pada pakaian yang dipromosikan sebagai "Busana Muslim" itu? Apakah menutup aurat itu, cukup sekadar menutup rambut, memakai lengan panjang dan memakai kain labuh? Tiada gunanya dinamakan Busana Muslim sekiranya kita masih boleh melihat bentuk badan si pemakai dengan jelas dan ketara. Apakah pereka corak dan gaya pemakaian seperti ini mahu memberi peluang kepada sesiapa yang melihatnya untuk meneka saiz buah dada, pinggang serta punggung wanita yang memakainya.

Memang benar wanita masih boleh menjadi mangsa jenayah seks walaupun memakai pakaian yang benar-benar Muslim, tetapi perkara pokoknya ialah menepati etika pemakaian yang sebenar dalam Islam. Menutup atau menjaga aurat oleh wanita mahupun lelaki merupakan tanggungjawab penganut Islam. Sekiranya masih berlaku jenayah seks, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Malah yang lebih menjadi malapetaka, ada pereka fesyen Busana Muslim itu orang kafir yg sememangnya tidak memahami keperluan menutup aurat dalam Islam. Jadi, di manakah peranan para pereka fesyen yang menganuti Islam?. Apakah tanggungjawab anda sebagai khalifah dalam mendidik masyarakat melalui cabang fesyen pakaian?


 
 Adakah fesyen pakaian di atas mengikuti aturan dalam Islam atau sekadar mengikut rekaan pereka pakaian
yang hanya mementingkan kecantikkan semata-mata?

Coretan Sukan Malaysia ke 13 2010, Melaka Bandaraya Warisan Dunia

sukan malaysia atlit melaka acara berkampung pelancongan meriah

Berakhir sudah kejohanan Sukan Malaysia ke 13, tahun 2010 di Melaka.  Banyak pencapaian yang membanggakan dengan rekod baru dicipta dalam acara yang dipertandingkan.

Sebelum mereka pulang ke negeri masing-masing, para atlit dan pegawai sukan yang datang ke Melaka ini mengambil kesempatan untuk melancong dan merayap ke tempat-tempat yang menarik sekitar Melaka.  Dan pastinya fenomena sukan seperti ini dapat menjana ekonomi rakyat negeri Melaka ke tahap yang lebih tinggi dari hari-hari yang biasa.

Kini, segalanya telah berakhir, ada yang pergi membawa khabar suka, tak kurang juga membawa khabar duka.  Yang pastinya, Sukan Malaysia di Melaka ini meninggalkan kenangan serta sampah sarap yang bertaburan di setiap tempat acara.  Namun, ia juga menjadi rezeki bagi sesetengah orang yang kreatif untuk menukarkan sampah sarap itu menjadi sumber kewangan yang juga agak lumayan...


"Sukan membentuk persaudaraan dan jati diri"

Solat 5 waktu dan Sukan Malaysia

Solat 5 waktu dan Sukan Malaysia

SukMa ( Sukan Malaysia ) ke 13 secara rasminya akan bermula esok iaitu 10 Jun 2010 dan tamat pada 19 Jun 2010.  Namun ada acara telahpun bermula seperti bola sepak.  Dengan itu, kebanjiran para ahli sukan dan pegawai pengiring ke Melaka dari seluruh Malaysia menunjukkan keharmonian dan keamanan yang dimiliki negara kita, di mana rakyatnya dapat melakukan pelbagai aktiviti tanpa rasa ragu akan ancaman keselamatan.

Dalam kesibukkan ahli sukan mahupun mereka yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan ini, jangan lupa menunaikan tanggungjawab anda untuk bersolat.  Alasan kesibukkan kerja tidak boleh diterima kerana itu adalah alasan yang dibisikkan oleh "sifat malas" dan suka bertangguh-tangguh.  Tiada apa yang lebih penting melainkan solat 5 waktu. 

Usaha serta kejayaan anda dalam SukMa lebih bermaknya sekiranya anda selaku atlit beragama Islam dapat menyempurnakan solat dengan baik.  Maka dengan itu, insya Allah segala yang dikerjakan oleh anda serta pasukan negeri masing-masing mendapat keberkatan Allah S.W.T... 

Tiada kejayaan yang lebih bermakna melainkan solat ada bersama dengannya...

Tragedi di Gaza, Palestin - Salah umat Islam sendiri


Sejarah kekejaman dan hasad dengki Yahudi Zionis berakar umbi sejak zaman kelahiran Nabi Yusof A.S lagi.  Tetapi kenapa mereka sehingga kini makin kejam dan berani membuat onar dalam kehidupan umat Islam di Palestin?  Malah penganut agama lain juga berani membuat sesuatu yang jahat kepada umat Islam.  Kenapa permasalahan ini berlaku?

Ia makin galak berlaku kerana sikap umat Islam sendiri yang tidak membentuk jaringan ukhwah sesama Muslim. Punyalah banyak negara Arab di sekitar Israel, tapi satupun tidak dapat menyekat keganasan Yahudi Zionis ke atas Palestin.  Masing-masing mahu menjaga kepentingan sendiri sehingga membiarkan saudara seagama diperlakukan dengan begitu kejam.  Negara maju dan moden seperti USA pun dikawal oleh segolongan Yahudi Zionis.  Banyak bahagian-bahagian penting dalam pentadbiran USA dikuasai Yahudi Zionis.  Ada juga yang menjadikan syarikat tertentu yang berkonspirasi dengan Yahudi Zionis sebagai penasihat "gaya, mutu dan keunggulan" pentadbiran negara.  Secara tidak langsung ia memberi dana kepada Yahudi Zionis untuk membunuh umat Islam.

Contohnya di Malaysia, ada rakyatnya begitu mudah menerima produk ataupun perkhidmatan dari orang kafir ( bagi yang tidak tahu, maksud "kafir" ialah mereka yang menganuti agama selain Islam ).  Tanpa ragu dan dengan penuh yakin mereka makan atau menggunakan perkhidmatan orang kafir dengan tiada banyak soal.  Di sini saya ingin tekankan dan fokus dari segi aspek pemakanan.

Dari pemakananlah yang menjadi punca hati tidak bersih, solat tidak kusyuk dan masalah kesihatan.  Saya pernah melihat keadaan yang berlaku di Petaling Jaya dan Melaka, di mana seorang mahupun lebih dari seorang wanita Islam (setakat yang saya nampak) membeli buah-buahan potong dari penjaja  tepi jalan dan penjaja itu merupakan orang kafir.  Walaupun buah-buahan itu halal, tetapi orang yang menyediakan itu bukan dari golongan yang dibolehkan menyediakan makanan untuk umat Islam.  Tahap kesucian serta kebersihan peralatan yang digunakan sangat-sangat diragui.  Kita tidak tahu, entah-entah pisau yang digunakan untuk memotong buah-buahan itu juga digunakan untuk memotong daging babi ataupun bahan haram yang lain.


Ada sesetengah golongan orang Islam yang mempunyai banyak soal bila diperkenalkan dengan barangan atau jenama yang dibuat oleh orang Islam sendiri, bak kata rakyat jelata "banyak songeh".  Bermacam-macam hal yang dipersoalkan.  Kita wajib menyokong jenama umat Islam walauapapun kekurangan pengeluaran mereka.  Dan ini yang dibuat oleh orang kafir.  Mereka tidak pernah nak meminggirkan barangan yang dikeluarkan oleh bangsa mereka sendiri.  Telah lama kita menyumbang dan memajukan perniagaan orang kafir.  Hasil dari kekayaan dari perniagaan mereka itu, ada yang digunakan untuk membantu gerakan anti Islam.

Oleh itu mulai hari ini, kita sama-sama memilih barangan buatan orang Islam.  Beli buah-buahan yang disediakan oleh orang Islam.  Makan di gerai atau premis orang Islam.  Ataupun anda tidak kisah makan buah-buahan yang dipotong oleh kafir yang kadang-kadang pengotor.

Umat Islam sendiripun disarankan dengan serius agar membaca doa dan kalimah suci sebelum membuat makanan ataupun membuat sesuatu kerja agar ianya menjadi berkat.  Berkat bukan sahaja untuk soal makanan tetapi hasil dan sumber pendapatan yang diperolehi.

Dilema hala tuju impian

Dilema hala tuju impian

Tika ini saya berada di persimpangan dalam usahaniaga yang sedang saya jalankan.  Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak meyakinkan serta perubahan suasana masyarakat hari ini membuatkan saya berfikir sejenak sama ada mahu meneruskan hasrat untuk membuat pinjaman perniagaan ataupun tidak.

Harga barang semakin naik, terlangsungnya diikuti dengan kenaikkan caj perkhidmatan.  Adakah nanti sampai masanya harga gula sekilo gram akan mencecah harga RM10.00?.  Selepas ini apakah kita satu Malaysia akan mendengar berita mengenai keluarga yang makan cicak rebus, lantaran kenaikkan harga bahan makanan...?  Apakah nanti di Malaysia akan mengalami kepupusan spesis biawak?

Persoalan yang sukar dan perit untuk dijawab...
1 lagi kemajuan dicapai

1 lagi kemajuan dicapai

Perkara pening dalam tahun ini, yang berlaku di sebuah negara yang dikatakan negara Islam :

  1. Fitnah makin subur
  2. Saksi dan pengakuan yang direka
  3. Setiap kali ada pilihanraya kecil, pasti ada yang keluar parti
  4. Harga barang semakin naik, subsidi dirancang untuk dihapuskan, tetapi untuk projek Formula 1 ada pula wangnya...
  5. Ketirisan dalam perbelanjaan / urustadbir ekonomi
  6. Lesen atau cukai judi, penjualan arak dan pusat hiburan sebagai sumber pendapatan negara
  7. Halal bercampur haram

Agak-agaknya, negara mana yang terdapat senario ini..?

    Promosi

    Babab.net