Saya menonton rancangan "Fenomena Seni" yang disiarkan di tv1 kerana tajuknya yang menarik minat saya iaitu berkisarkan tentang kumpulan-kumpulan muzik era tahun 80-an. Salah seorang panel jemputan ialah ManBai, yang pernah menjadi vokalis kumpulan Gersang.
Namun, apa yang mematikan "mood" saya untuk terus menonton rancangan tersebut ialah ManBai mengatakan sesuatu yang menunjukkan dia tidak boleh menerima kehadiran "trio" yang membawa muzik baru di Malaysia iaitu kumpulan muzik yang membawa rentak muzik rap ( muzik rentak baru selepas rock ) . ManBai mengatakan bahawa, "kita makan belacan, kenapa nak dengar muzik / lagu itu". Dia seolah-olah mengatakan muzik baru yang dibawa oleh trio berkenaan menenggelamkan muzik rock. Dengan erti kata lain, muzik baru iaitu rap bukan budaya Melayu. Ingin saya bertanya, muzik berentak rock itu berasal dari budaya Melayu kah? Berapa peratus darah Melayu yang mengalir dalam tubuh anda? Muka anda sendiri adakah menyerupai orang Melayu?
Sebelum ketibaan budaya muzik rentak rock, rentak lagu Melayu asli, seperti dondang sayang, zapin serta yang sezaman dengannya telah menguasai dunia hiburan kita pada masa itu. Namun, apabila tibanya budaya lagu rock, adakah artis ataupun penyanyi lagu-lagu Melayu asli itu mengeluarkan kata-kata marah secara terbuka berkenaan lagu rock? Adakah mereka yang veteran itu tidak boleh menerima hakikat yang lagu rentak rock telah menenggelamkan lagu-lagu Melayu asli? Adakah mereka marah dengan keadaan itu? Tapi bila tiba peralihan lagu-lagu berentak rock pada lagu-lagu berentak rap, ManBai marah pula... Lantas disebut "makan belacan" dalam komen beliau dalam rancangan siaran langsung "Fenomena Seni", yang dihoskan oleh Rosyam Nor.
Apa kes ni..? Lagu-lagu dari kumpulan Gersang ada juga yang "best", tetapi masih banyak lagi lagu-lagu dari kumpulan rock kapak, rock besi dan bermacam-macam jenis rock yang lebih sedap didengar jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari kumpulan Gersang... Belajarlah terima hakikat mengenai peralihan zaman. muzik rap memang bukan dari budaya Melayu, begitu juga muzik rock, yang pada zaman kemuncaknya, mempunyai imej yang kurang kemas seperti rambut panjang, pakaian ketat, koyak sana sini. Itu budaya bangsa yang makan belacan kah? Mungkin dengan "belacan" yang digunakan sebagai penguat hujah si ManBai itu, maka selepas ini sesuai juga beliau dipanggil "ManBai Belacan".
Peralihan jenis muzik mengikut zaman, ManBai Gersang tak boleh terima
By Admin at 2:26:00 pm
Related Posts:
Liga Super Malaysia : 15 Mei 2012 KEPUTUSAN PENUH Selangor 2 (38', 48') - 1 (46') Felda United Stadium Shah Alam, Selangor | 8.45 mlm Negeri Sembilan 3 (24', 66') - 1 (7') Perak Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi | 8.4… Read More
Cara bola sepak dihasilkan di kilang Adidas Bola sepak sudah diiktiraf sebagai sukan yang paling banyak dimainkan di dunia. Malah bola sepak adalah permainan pertama bagi kebanyakkan kanak-kanak lelaki walaupun spesifikasinya berbeza dari bola sepak ya… Read More
Hari Guru di Malaysia Secara umum, Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober setiap tahun. Sejak kepentingan guru-guru diiktiraf oleh UNESCO, ia menjadi suatu perayaan tahunan untuk menghormati guru atas sumbangan mereka yang khas dala… Read More
JOM UNDI ✓ : Final Piala FA 2012 : Kelantan - Sime Darby Pastinya perlawanan Piala FA pada tahun ini adalah unik kerana sesiapa sahaja yang menang akan menjadi pasukan baru dalam senarai pasukan yang pernah memenangi Piala FA Malaysia ini. Apakah Sime Darby akan menda… Read More
Mengapa baju doktor bedah berwarna hijau? Pernahkah kita terfikir, kenapa pakaian berwarna hijau menjadi pilihan doktor dan pembantunya yang bekerja dalam bahagian pembedahan?. Warna hijau dikatakan sangat sesuai pada doktor terutyamanya doktor bedah untuk… Read More