Busana Muslim.., adakah menepati kehendak Islam?

Baru-baru ini, telah di adakan pertunjukkan Busana Muslim di negara kita. Fesyen yang digayakan oleh model-model pakaian tersebut, kononnya membawa imej keIslaman.

Tapi cuba anda perhatikan dengan teliti, bolehkah anda nampak dengan jelas bentuk dada, pinggang dan punggung model-model yang menggayakan Busana Muslim itu? Pastinya ia boleh dilihat dengan begitu "indah" sekali. Malah model-model itu tidak memakai tudung yang menutupi cuping telinga dan bahagian dada. Adakah ini menepati dan menurut ajaran syariah Islam?

Di manakah ciri-ciri keIslaman yang patut ada pada pakaian yang dipromosikan sebagai "Busana Muslim" itu? Apakah menutup aurat itu, cukup sekadar menutup rambut, memakai lengan panjang dan memakai kain labuh? Tiada gunanya dinamakan Busana Muslim sekiranya kita masih boleh melihat bentuk badan si pemakai dengan jelas dan ketara. Apakah pereka corak dan gaya pemakaian seperti ini mahu memberi peluang kepada sesiapa yang melihatnya untuk meneka saiz buah dada, pinggang serta punggung wanita yang memakainya.

Memang benar wanita masih boleh menjadi mangsa jenayah seks walaupun memakai pakaian yang benar-benar Muslim, tetapi perkara pokoknya ialah menepati etika pemakaian yang sebenar dalam Islam. Menutup atau menjaga aurat oleh wanita mahupun lelaki merupakan tanggungjawab penganut Islam. Sekiranya masih berlaku jenayah seks, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Malah yang lebih menjadi malapetaka, ada pereka fesyen Busana Muslim itu orang kafir yg sememangnya tidak memahami keperluan menutup aurat dalam Islam. Jadi, di manakah peranan para pereka fesyen yang menganuti Islam?. Apakah tanggungjawab anda sebagai khalifah dalam mendidik masyarakat melalui cabang fesyen pakaian?


 
 Adakah fesyen pakaian di atas mengikuti aturan dalam Islam atau sekadar mengikut rekaan pereka pakaian
yang hanya mementingkan kecantikkan semata-mata?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan