Sheikh Salim meninggal dunia


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..

Seniman negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.44 petang tadi ( 29 Disember 2016 ) akibat sakit tua.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang-orang beriman, soleh dan amal ibadah serta kebajikannya diterima Allah SWT.

Al-Fatihah.

Soalan yang mungkin ditanya masa interview untuk hantar borang nikah



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. 

Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


Soalan yang mungkin akan ditanya masa interview untuk hantar borang nikah di kebanyakkan tempat :

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.


1. Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.

3. Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul


Sumber  :   Ustaz Abdullah Khairi

Kecik Hyper Act dah "bercerai"


Kecik masih lagi bujang, belum berkahwin. Bercerai itu maksudnya jodoh beliau tiada lagi kerana telah diberhentikan dari Kumpulan Hyper Act, namun tiada dinyatakan sebab terjadinya begitu.

Kecik atau nama sebenarnyaMohamad Fauzi Kamarudin merupakan penyanyi kedua kumpulan Hyper Act selepas Ronnie, kini secara sah bukan lagi vokalis kumpulan suam-suam milo berkenaa, berdasarkan pengakuan yang dibuat di Twitter peribadinya.

Berikut adalah screenshot pengakuan Kecik yang dilihat "kecik hati" (loghat Melaka) dengan pemberhentiannya ini namun mencuba untuk redha dengan ketentuan ini :


Biodata Kecik :

Nama Sebenar : Mohamad Fauzi Kamarudin
Nama Popular : Kecik, Kecik Ogie, Kaido Ogie
Peranan : Vokalis utama kumpulan Hyper Act
Tarikh Lahir : 1993
Umur : 23 tahun (2016)
Asal : Jitra, Kedah
Pendidikan : SMK Pulau Nyoir, Jitra, Kedah
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Status : Belum berkahwin
Pengalaman : Penyanyi busking kepada dua buah kumpulan iaitu Rocha dan Ordinan Orkes
Populariti : Lagu Takkan Pergi, ost drama Cinta Si Wedding Planner

Info menarik Kecik Hyper Act
  • Kecik adalah vokalis baru kumpulan Hyper Act mengantikan Ronnie Hussein yang bergerak secara solo pada masa ini.

  • Kecik pernah menghadiri uji bakat Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 namun tidak berjaya satu ketika dulu.

  • Kecik dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Hyper Act yang dicungkil bakat menerusi program Pencarian Vokalis Hyper Act anjuran Era FM dan program H! Live. Kecik berjaya mengenepikan 1,260 peserta lain yang turut bersaing. Antara finalist ialah daripada Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.

  • Kecik mempunyai tona suara halus dan mampu membawa emosi dalam penyampaian. Ini menjadikan vocal Kecik sesuai dengan imej muzik yang Hyper Act.

  • Lagu Takkan Pergi adalah lagu pertama dendangan vokalis baru, Kecik. Lagu ini merupakan ciptaan Hyper Act sendiri dan lirik ditulis oleh Frozen.

  • Peminat kumpulan Hyper Act terpegun dengan lagu terbaru Takkan Pergi nyanyian Kecik. Malah, ramai yang berpuas hati dan memuji persembahan Kecik dalam lagu berkenaan sehingga anggota kumpulan itu sendiri pun terkejut dengan sambutan luar jangkaan daripada peminat. Malah, lagu berkenaan mendapat sambutan kerana menjadi lagu tema drama bersiri Cinta Si Wedding Planner.

Promosi Kursus Asas Komputer penghujung tahun 2016


Promosi Kursus Asas Komputer ini sesuai untuk pelajar lepasan sekolah menengah yang telah menamatkan peperiksaan SPM ataupun bagi pekerja kilang, syarikat swasta, agensi berkaitan kerajaan ataupun juga individu yang ingin memperbaiki dan menambah pengetahuan dalam asas penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

Kursus Asas Komputer ini dijalankan secara jangka pendek dan "personal coaching", sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk menghadiri kelas yang panjang dan yang merasa segan untuk belajar dalam kelas yang ramai.  Personal Coaching bermaksud seorang peserta dalam satu sesi.

Bakal peserta boleh memilih tarikh yang diinginkan dan maklumkan pada penganjur agar dapat disesuaikan dengan jadual. Jika tarikh yang dipilih sesuai, maka buat pembayaran deposit sebagai tempahan untuk tarikh berkenaan.

Berikut adalah maklumat yang perlu bakal peserta tahu :

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER

Jangka masa kursus2 HARI ( Lebih Kurang : 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua )
(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI AWAL.

Sesi pagi bermula pukul 9.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada pagi sahaja)

*Bayaran  :  RM180.00 
(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in atau ATM Transfer dua hari sebelum kelas bermula

Subjek  :

👍  pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

 👍 perkakasan & perisian komputer  
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

 👍 penggunaan Microsoft Words, Power Point & Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat jadual rekod)



MAKLUMAT PENTING :


👉 Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus
👉 Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.
👉 Sila tunjukkan bukti pembayaran deposit (slip ATM) melalui aplikasi Whatsapp ( O12 3l2 37O5 )
👉 Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal sahaja.

👉 Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Panel Penasihat Industri, Unifield International College iaitu Encik Ahmad Zaki.

Alamat & Nombor Telefon Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
Batu 20 1/4,
Tanjung Rimau Dalam,
78000 Alor Gajah, Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Whatsapp / Wechat)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)


Blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT :

http://kelas-ict.blogspot.my

Syed Azlan meninggal dunia (komposer & penyanyi)



Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi, 12 November 2016.

Perkara ini dimaklumkan melalui status Facebook sepupunya, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu.

Arab sinonim dengan kumpulan duo, Arab & Aidit yang pernah lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar semalam (12/11/2016). 

Syed Azlan pernah menjadi pegawai Artiste and Repertoire (A&R) dengan Universal Music selepas meninggalkan karier nyanyiannya.


Sumber : Astro

Bengkel Inovasi Perniagaan, 22 - 23 Oktober 2016


Pada 22 hingga 23 Oktober 2016, saya telah menghadiri undangan ke Business Innovation Workshop (Bengkel Inovasi Perniagaan) di SMART Intelligent Learning Lab, Multimedia University (MMU), Melaka.  Ia adalah anjuran Faculty of Business dengan pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.

Kerjasama ini adalah projek khidmat masyarakat MMU Melaka (infaq dan waqaf) yang bertujuan mengumpul dana bagi baik pulih penghawa dingan makmal komputer sekolah berkenaan.

Bengkel Inovasi Perniagaan mempunyai tujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu baru dalam dunia perniagaan yang diharap dapat membantu meningkatkan dayasaing para usahawan tempatan.

Kuliah disampaikan oleh Dr. Mohd Rizal Bin Tan Sri Abdul Razak.


Ber 'wefie' bersama Ketua Fesilitator, Dr. Mohd Rizal Bin TanSri Abdul Razak

Bersedia pemakaian jubah untuk 'mini convocation'

Sijil disampaikan oleh Dr.Zauwiyah Binti Ahmad (Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Multimedia)

Wefie peserta Bengkel Inovasi Perniagaan 22 - 23 Oktober 2016

Adakah anda dipilih menerima set decoder MYTV secara percuma?


MYTV adalah projek kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd telah dilancarkan pada Jun tahun 2015, dilihat bakal menjadi persaingan hebat kepada Astro.

Siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


Ia dilihat penyelesaian terbaik terhadap rungutan orang ramai ke atas mutu perkhidmatan Astro yang kurang memuaskan disamping caj yang tersembunyi dan melampau.

Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

Klik Link dibawah dan masukkan No. Kad Pengenalan untuk semak kelayakan Penerimaan Dekoder MYTV secara Percuma :

Penipuan syarikat telekomunikasi yang mungkin anda tidak tahu


Sebenarnya banyak penipuan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon mudah alih.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

"Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu"

"Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?"

#1 Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

#2 Kehilangan Kredit Pra-Bayar – TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

#3 Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

#4 Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

#5 Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

#6 Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

#7 Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa tindakan kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi ? Bertuah la kalau nak mengaku ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.

***Kami difahamkan jika anda mempunyai isu dengan servis dan telah membuat aduan kepada TELCO terbabit tetapi masih gagal menyelesaikan masalah atau aduan tersebut tidak mendapat respon, anda boleh membuat aduan kepada pihak Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia ataupun pada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

USM cipta aplikasi jejak lokasi jemaah tersesat di Mekah


PULAU PINANG, April 2016 – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan inovasi yang berupaya membantu mengatasi masalah jemaah haji tersesat melalui aplikasi yang dipanggil Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Tersesat di Tanah Suci.
Ketua Penyelidik yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Prof Madya Muhammad Rafie Mohd Arshad berkata, sistem berasaskan pengoperasi android itu amat mudah digunakan dan amat sesuai untuk digunapakai oleh pengendali jemaah haji dan umrah.
Katanya, sistem penjejakan itu beroperasi dengan hanya memerlukan tablet dan telefon pintar serta penggunaan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sistem penentu kedudukan global (GPS).
“Tablet akan bertindak sebagai Pelayan-Pusat Kawalan yang mengendalikan penerimaan SMS kecemasan (SOS SMS) bagi mendapatkan bantuan dari jemaah yang mendaftarkan nombor mereka dalam sistem.
“Tablet pelayan juga akan mengendalikan pengagihan tugas penjejakan lokasi jemaah kepada para petugas yang berada di lapangan yang mana petugas ini akan menyemak kedudukan GPS pada peta dan terus memberikan bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual bagi memperincikan produknya yang dipamerkan bersempena Persidangan Haji Serantau 2016 yang disertai kira-kira 130 peserta dari beberapa negara antaranya Arab Saudi, Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki hadir merasmikan seminar berkenaan yang menjadi platform menghimpunkan kepakaran dan ilmuan bagi menjana idea baru untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan haji.
Diskusi sempena persidangan antara lain melihat amalan terbaik yang boleh dikongsi bagi mengurangkan permasalahan yang berlaku ketika musim Haji khususnya dari segi kesihatan dan kepesatan jemaah Haji.
Hadir sama ke persidangan itu ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei, Dr. Norarfan Zainal dan wakil-wakil dari kementerian dari dalam dan luar negara.
Selain USM, universiti lain yang terlibat dalam projek Kluster Penyelidikan Haji itu ialah Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Menurut Muhammad Rafie lagi, aplikasi tersebut adalah inovasi terkini kerana sebelum ini beliau dan pasukannya telah membangunkan beberapa sistem lain yang dapat membantu mempermudahkan urusan haji dan umrah para jemaah.
Antara yang telah dibangunkan termasuk Aplikasi Mudah Alih Panduan Umrah atau M-Umrah, Jelajah Maya Madinah, Penjejak Lokasi, Mekah dan Sistem Penjejak Lokasi Mekah GPS.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut mengakui aplikasi yang dibangunkan amat signifikan dan sangat membantu dalam urusan pengendalian jemaah haji dan umrah, termasuk M-Umrah yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna.
Beliau berkata aplikasi yang dibangunkan penyelidik USM menerusi geran Kluster Penyelidikan Haji sebanyak RM9 juta itu juga mampu mengintegrasikan maklumat dan teknologi semasa serta menyediakan maklumat persekitaran kepada jemaah.
Tambahnya, usaha itu bagi membantu mempermudahkan ibadat jemaah haji dan umrah terutama dalam kalangan mereka yang pertama kali mengerjakan ibadat tersebut.
“Dengan aplikasi M-Umrah misalnya, para jemaah boleh mendapatkan panduan mengenai cara-cara mengerjakan ibadat umrah daripada persediaan di tanah air sehingga selesai.
“Semua aplikasi itu juga dibangunkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara percuma serta versi pro yang berbayar termasuk dalam bahasa Indonesia,” katanya.
SUMBER – USM

Paralimpik Rio : Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara


ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua, ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.



Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.

Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.

Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).


Sumber : astro AWANI

Elakkan 'daun maut' di jalanraya


Sebelum ini pelbagai kes berlaku yang melibatkan pengguna jalanraya terutamanya di lebuhraya dan laluan motorsikal di laluan utama bandaraya. 

Ada kenderaan yang mengalami kerosakkan dan sering menjadi mangsa kereta penunda yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj melampau pada "mangsa kemalangan".

Pelbagai tipu daya yang mereka lakukan bagi "mencipta kemalangan dan kerosakkan kenderaan". Antaranya ialah meletakkan daun berpaku atau berskru di atas jalanraya.  Oleh itu para pengguna jalanraya perlu lebih prihati serta peka pada keadaan persekitaran jalan yang dilalui dan juga lebih fokus pada pemanduan.










Mengesan lokasi telefon mudah alih sekiranya hilang



Tips apabila kehilangan handphone yang dimaklumkan oleh Sukarelawan Pencegahan Dadah Dan Jenayah Malaysia (SPDJM) cawangan Johor Baharu.


Jika anda kehilangan telefon bimbit, ia boleh cuba dijejaki kembali.

Setiap telefon bimbit mudah alih ada keunikan nombor IMEI iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail *#06#  pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan *15 digit IMEI no.* yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu menghantar e-mel 15 digit nombor IMEI berkenaan kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, *Tips apabila kehilangan handphone daripada  sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia(SPDJM) cawangan johor baharu*

jika handhpone hilang..Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.

Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu *International Mobile Equipment Identity*yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail *#06#  pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan *15 digit IMEI no.* yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu *E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net* beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.


Info tambahan :

- Sesetengah jenama telefon mudah alih ada menyatakan nombor IMEI ini pada pelekat pengilang pada bahagian dalam badan telefon berkenaan.

- Sama ada cara ini betul berkesan atau tidak, anda boleh cuba (atas risiko sendiri) ataupun anda juga boleh gunakan beberapa aplikasi pengesan GPS.

- Ada juga laman web yang menawarkan khidmat sebegini.

Ucapan Dealer OneXOX sempena kemerdekaan Malaysia ke 59 Tahun

Assalamualaikum....

Saya Dealer dari Alor Gajah Melaka (DYSD21131) mengucapkan salam merdeka sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 59 tahun.

Sejak sekian lama, selepas negara pasca merdeka, kita dilihat tidak lagi dijajah secara fizikal sebaliknya secara halus (mental).

Dalam aspek kehidupan seharian, telah beberapa dekat kita seolah dipaksa menggunakan perkhidmatan tertentu lantaran tiada pilihan ketika itu.

Namun ada sebilang anak bangsa yang bangkit melawan arus perdana dengan cuba membuat penawaran balas yang membolehkan bangsa kita mempunyai pilihan.

Contohnya bila nak ayam goreng, kita masih lagi ada Radix Fried Chicken (terutamanya di Kedah). Nak burger kita ada rangkaian restoran makanan segera milik Ramly Burger (walaupun tidak menyeluruh ke pelusuk negara).

Kini giliran ONEXOX pula yang membuat kemunculan sejak 2013 dengan memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih telus, tidak culas (insha Allah) dan lebih menjaga kebajikkan pengguna untuk semua bangsa.

Berkenaan dengan gangguan perkhidmatan beberapa hari menjelang hari sambutan ualngtahun kemerdekaan negara kita, ia adalah lumrah bagi mana-mana entiti perniagaan untuk mengalami masalah yang serupa.

OneXOX Sdn Bhd adalah MVNO ( Mobile Virtual Network Operator ) melalui Celcom yang merupakan penyedia prasarana telekomunikasi di Malaysia. Celcom kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan peningkatan upaya peralatan telekomunikasi mereka. Sekaligus pasti akan terjejas dalam waktu tertentu sepanjang proses yang berjadual ini.

Diharap pengguna OneXOX yang sedia ada memahami keadaan ini. Proses selenggara dan naik taraf adalah untuk kebaikkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.

Ya, benar... Ada ketika servis elok ada ketika terganggu. Itu adalah kerana kesan sampingan dari kerja naik taraf. Diharap masalah SEMENTARA yang satu ini TIDAK memadamkan 10 kebaikkan lain yang ditawarkan oleh kadsim OneXOX.

Moga Allah SWT merahmati kita semua...insha Allah.

Yang berharap,

Ahmad Zaki (OneXOX Authorized Dealer DYSD21131)
* Alor Gajah, Melaka.
* No.tel : 0123l237O5
 
 

Shafiee Jaafar (Pak Pie) meninggal dunia


Georgetown: Pelakon dan pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie disahkan meninggal dunia pada usia 85 hari di rumah anaknya di Teluk Bahang jam 9 malam tadi (11 Ogos 2016) dan anak perempuannya, Subariah Shafie mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

Subariah berkata, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya dan jenazah dibawa ke surau berhampiran untuk urusan pengebumian.

"Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat esok," katanya ketika dihubungi. 

Pelakon veteran sebelum ini pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.


Piagam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)


Berikut adalah 12 piagam yang menjadi asas pegangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.

6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;

7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.

8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.

9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

10. Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.

12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.


Sejarah pembinaan Jambatan Muar


Jambatan Sultan Ismail merupakan jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai Muar yang menghubungkan Bandar Maharani dengan Tanjung Agas.

Cadangan untuk membina jambatan Muar dan Batu Pahat itu telah dimasukkan di dalam Rancangan Malaya Kedua (1961-1966) oleh Jabatan Kerja Raya dan diumumkan oleh Menteri Kerjaraya ketika itu, Tun V.T Sambanthan. 

Pada tahun 1960 kerajaan menerima 25 tender dari 10 firma yang berminat di mana dua daripadanya merupakan syarikat dari Perancis yang berpangkalan di sini. Kerajaan terpaksa menunggu hampir 4 tahun bagi mendapatkan pembiayaan bagi membina jambatan tersebut.

Akhirnya, pada bulan Julai 1964 kerajaan telah mengumumkan dua buah syarikat tempatan iaitu Wing Co. Ltd dan Development Services Ltd telah memenangi tender berjumlah RM5.2 juta bagi kedua-dua buah jambatan Muar & Batu Pahat.


Bagi Jambatan Sultan Ismail Muar, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.25 juta bagi kerja-kerja pembinaannya. Kerajaan berjaya mendapatkan pembiayaan pinjaman dari Chase Manhattan Bank. Kerja-kerja pembinaanya telah dimulakan pada penghujung tahun 1965 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1967. Ianya dibina hanya 1.5 kilometer dari Tangga Batu iaitu Terminal Feri Penambang Muar.

Jambatan sepanjang 1,264 kaki (385 meter) dibina dengan keluasan 24 kaki (7 meter) bagi lorong kenderaan, 8 kaki (2 meter) bagi laluan motosikal/basikal, dan 5 kaki bagi lorong pejalan kaki. Ianya boleh menampung bebanan sebanyak 500 tan bagi setiap 100 kaki (30 meter).

Bagi menyiapkan jambatan ini, 4 pontun digunakan untuk membawa pembancuh konkrit, simen, pasir dan kren setinggi 120 dengan lif seberat 50 tan di mana sebanyak 2 buah jeti dibina khusus untuk memuatkan acuan rasuk konkrit.

Jambatan tersebut dibina di atas 48 cerucuk besi khas yang diimport dari Jerman dan diperkuat dengan 82 cerucuk konkrit. Dianggarkan lebih daripada 9,000 meter padu konkrit dan 2100 tan keluli serta tenaga kerja sebanyak 130 orang telah digunakan ketika pembinaan jambatan tersebut.

Dengan pembinaan jambatan ini, pengguna jalan raya dari Johor Bahru ke Melaka ketika itu telah menjimatkan lebih kurang 64 km berbanding melalui jalan Segamat-Tangkak-Jasin.

Untuk menangani kebanjiran lalulintas akibat dari pembinaan jambatan tersebut, 4 buah bulatan (roundabout) telah dibina dengan kos sebanyak RM1 juta iaitu Bulatan Jalan Yahya, Bulatan Jalan Bakri, Bulatan Jalan Sulaiman dan Bulatan Jalan Khalidi.

Jambatan Muar telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada hari Sabtu 16 April 1967 jam 10.30 pagi dan dinamakan secara rasmi sebagai Jambatan Sultan Ismail. 
Sejurus dengan perasmian jambatan tersebut, perkhidmatan feri atau Penambang Muar telah ditamatkan berkuatkuasa tengah malam Jumaat 15 April 1967.


Jambatan Sultan Ismail Muar merupakan jambatan kedua di Malaysia ketika itu yang mempunyai tol selepas Jambatan Yahya Petra di Kelantan. Sebuah plaza tol berharga RM80,000 telah dibina di Tanjung Agas bagi mengutip tol bagi menampung kos pembinaan jambatan tersebut.

Pada mulanya, kerajaan mengumumkan bahawa harga tol yang dikenakan adalah sebanyak RM0.25 bagi motosikal, RM0.75 bagi kereta dan RM1.75 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas.

Selepas pembukaanya harga tol telah dinaikkan kepada RM0.50 bagi motosikal, RM1.50 bagi kereta dan teksi manakala RM3.50 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas. Ini telah mengundang bantahan dari penduduk terutamanya pengusaha bas dan teksi di mana pada mulanya mereka memulaukan penggunaan jambatan tersebut.

Setelah pelbagai bantahan dibuat terutamanya daripada peniaga dan sektor industri, maka mulai 1 Julai 1971, Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengumumkan pengurangan tol kepada RM0.50 bagi kereta dan RM1.00 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas manakala bagi pengguna motosikal ianya adalah percuma.

Kemudian pada suatu lawatan Allahyarham Tun Abdul Razak ke Muar pada Mei 1975, beliau mengumumkan bahawa tol yang dikenakan bagi Jambatan Sultan Ismail Muar telah dimansuhkan.

Sumber : Muzium Muar

Dealer OneXOX di Kampung Tanjung Rimau Dalam


Selain dari menjadi usahawan pendidikan dan servis komputer, saya juga merupakan "Authorised Dealer" bagi kadsim OneXOX Sendirian Berhad (ONEXOX)di Kampung Tanjung Rimau Dalam.

Penduduk di sekitar Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka seperti di Pulau Sebang, Padang Sebang dan Gadek, boleh mendapatkan kadsim super jimat ini dengan hanya RM10.00 sahaja. Boleh kekalkan nombor lama ataupun guna sahaja nombor baru.

Dengan menggunakan kadsim ONEXOX, pengguna boleh mendapatkan manfaat seperti berikut :


Dengan ONEXOX selain dari menjadi pengguna biasa, anda boleh menjadi wakil pengedar atau penjual dengan modal permulaan hanya RM90.00 SAHAJA (bagi pengguna kadsim ONEXOX sedia ada) dan RM100.00 bagi pengguna baru.

Dalam pakej keusahawanan ONEXOX ini, anda mendapat :

SUB DEALER
  • Harga pakej Subdealer RM90
  • Akses penuh sistem pengedar (OneSys)
  • 5 keping simkad ONEXOX (Starter Pack / MNP)
  • Layak terima insentif 10% (1 Tier)

Setelah mendaftar, anda akan menerima email/sms ID & password untuk :

Onesys - Sistem ONEXOX yang anda gunakan untuk melihat insentif, hierarki, topup dan lain-lain.
http://onesys.onexox.my/index.php

Setelah anda menerima kesemua di atas, anda sudah boleh mulakan bisnes ini.

Jumlah modal atau jumlah kadsim untuk dijual, boleh ditambah mengikut kemampuan modal anda.

Sebagai subdealer, SETIAP pengguna yang anda daftarkan, anda akan menerima 10% incentive daripada nilai topup setiap customer anda. Contoh:

100 user x RM50 (andaian purata topup bulanan) = RM5,000 x 10% = RM500 incentive anda dapat yang akan dimasukkan ke akaun bank anda setiap 15hb-18hb bulan berikutnya.

INI TIDAK TERMASUK UNTUNG RUNCIT E-RECHARGE (jika anda masukkan modal untuk jual topup ONEXOX).

INSENTIF INI BERTERUSAN SELAGI PELANGGAN ANDA MENGGUNAKAN KADSIM ONEXOX.

Syarat kelayakan automatik ke status Dealer (Insentif 4 Tier) mesti ada 20 user aktif beserta minima topup RM5.00

Untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai plan penjimatan yang ada pada kadsim ONEXOX ini, buat temujanji dengan saya di kawasan berdekatan.

************************************
Ahmad Zaki (Authorised Dealer DYSD21131)

No.tel : 0l231237O5 (Whatsapp)

Al Quran ada jawapan misteri binaan Piramid Giza di Mesir


Piramid di Mesir termasuk dalam senarai 7 keajaiban di dunia. Ia terus menjadi misteri mengenai kaedah pembinaannya kerana pada zaman piramid mula dibina, belum ada teknologi untuk mengangkut batu besar.

Para ilmuwan barat akhirnya menemukan bagaimana cara membangun piramida di zaman ketika belum ada teknologi mengangkat batu-batu besar. New York Times pada 23 April 2008 menerbitkan hasil kajian terbaru para ilmuwan, yang menemukan bahwa piramid tidak hanya dibuat dengan batu alam tetapi juga dari olahan tanah yang dipanaskan.

Hasil kajian itu menguatkan penelitian Michel Barsoum dari Drexel University di Philadelphia yang menemukan bahawa sebahagian blok primadi dibuat dari tanah yang dibakar.

Journal of American Ceramic Society juga pernah menerbitkan hasil penelitian serupa yang menunjukkan bahwa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membangun piramid dan monumen yang tinggi. 


Penelitian itu juga menyimpulkan, tidak mungkin mengangkat batu seberat ribuan kilogram. Karenanya Firaun menggunakan batu alam untuk dasar piramid, sedangkan untuk bahagian atas ia menggunakan tanah yang dipanaskan hingga mengeras seperti batu.

Hasil penelitian Profesor Davidovits juga menunjukkan hal yang sama. Ia meneliti batu piramid terbesar dengan menggunakan mikroskop elektron. Yang mengejutkan, ia menemukan jejak reaksi cepat yang menunjukkan bahawa batu tersebut dibuat dari lumpur.

Kesimpulan para ilmuwan melalui serangkaian penelitian di abad 21 itu ternyata telah didahului oleh Al Quran 14 abad sebelumnya.

Al Quran menerangkan:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan Fir’aun berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka wahai Haman, bakarlah untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia termasuk orang-orang pendusta.” (Al-Qashash: 38)

Ayat ini menjelaskan bahwa teknik pembuatan bangunan tinggi yang dilakukan oleh Firaun adalah dengan membakar tanah liat. Hal yang sama seperti kesimpulan para ilmuwan.

Masya Allah... ayat ini hanyalah salah satu bukti keajaiban Al Quran. Bahwa Al Quran sesuai, bahkan mendahului pengetahuan. Tidakkah ini membuat kita semakin beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’a dan kitabNya serta Rasul-Nya?


Sumber : tarbiyah . net

Datuk Abdul Aziz Singah meninggal


Pelakon veteran Aziz Singah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser jam 11.30 malam tadi (1 Julai 2016) di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini. 

Perkara ini disahkan anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah. 

Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian dan Kemarau Cinta.

Betul ke simbol 'E' maksud minyak kenderaan dah habis?


Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:

1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Perkongsian berguna ini adalah daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib.



Kredit : himpunanceritalawak.com

Berapa modal nak mula bisnes air balang?


Assalamualaikum...

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

-  1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
-   3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
-   2 kerusi : RM 10-RM20
-   1 alas meja : RM30-RM40
-   1 senduk air gula: RM10 (maksima)
-   1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
-   1 unit bekas air gula: RM5-10
-   1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8 (Per pack )
-   Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
-   4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
-   1 dozen Straw: RM 5-6
-   Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM800
Tak sampai pun seribu ringgit!
.
.
.
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
-----------------------------
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.

Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.
.
.
.

POTENSI JUALAN & UNTUNG?
-----------------------------
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat  27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang =  RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung  atau hari hujan)...

RM305 X 25hari =  RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

Amacam? Berminat?

Kalau berminat nak tahu lebih details selok belok pasal bisnes air balang ni! Boleh klik link dibawah :



Promosi

Babab.net