Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang


Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa.  Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk melancong dan merehatkan minda.

 1) Agro Technology Park MARDI


Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.

Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.00. Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.


 2) Taman Rama-Rama


Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini.

Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

 3) Ladang Teh BOH



Bagi anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi. Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi tarikan adalah ladang teh BOH.

Apabila anda berada di ladang teh ini, anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.

 4) Cactus Valley


Jika anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun.

Di cactus valley ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga, terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.


5) Big Red Strawberry Farm


Big Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland! Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.

 6) Lavender Garden


Lavender garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun 2013.terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam.

Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap.


 7) KEA Farm di Brinchang


Kea Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan cenderahati, buah, bunga ataupun sayuran yang sangat segar.Selain itu juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak dengan para pengunjung.

Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih kurang dalam 3 km. Kea farm sangat dekat dengan kawasan yang menarik seperti Rose Center, Bee Farm dan juga taman rama-rama. Anda pasti akan membeli banyak barangan apabila berkunjung disini.

 8) Ladang Lebah


Bee Farm sangat dengan  Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan Equatorial Resort.Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati terutamanya bagi kanak-kanak.  Bee Farm mempunyai muzium  mini, pasar sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.

Disamping itu juga, anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari pagi hingga pada malam hari.


 9) Fragrance Nursery


Fragrance Nursery merupakan tempat bagi mereka yang menggemarkan bunga kerana Fragrance Nursery adalah tapak penyemaian bunga. Bunga-bunga disini kebanyakkan akan diimport ke negeri-negeri lain di Malaysia.Anda juga boleh memetik bunga yang anda inginkan jika anda hendak membelinya. Selain daripada bunga, terdapat juga buah strawberi dan aggur yang boleh anda beli. Fragrance Nursery merupakan tempat menarik di Cameron Highland kerana merupakan paling awal menghasilkan buah anggur.


 10) Muzium Time Tunnel


Muzium Time Tunnel yang terletak di Brinchang ini berada di tingkat bawah di dalam Ladang Strawberry Kok Lim. Ianya dibina adalah untuk mengekalkan memori sejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri.Muzium ini memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron Highland.

Beliau seorang yang sangat sukakan benda-benda yang antik atau barangan lama. Muzium ini sangat sesuai dilawati pada mereka yang ingin mengetahui sejarah tentang Cameron Highland. Untuk memasuki muzium ini,dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Muzium Time Tunnel dibuka pada 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari.


Cara Solat Sunat Dhua

 


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
 
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan