Kucing minta tolong dari manusia


Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan dikatakan ia dijinakkan pada sekitar 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan binatang yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi satu video yang amat menarik dan mencuit hati pada sesiapa yang digelar "pencinta kucing"...Di dalam video ini menyaksikan seekor kucing yang meminta pertolongan dari "tuannya" untuk membuka bekas yang mengandungi makanan...


Keputusan Liga Super Malaysia 10 Julai 2012

 
Tujuh perlawanan yang berlangsung pada malam ini adalah perlawanan yang ke 25 bagi acara bola sepak Liga Super Malaysia 2012.  Dengan kejuaraan telah diketahui dimiliki oleh Kelantan dan naib juara menjadi milik Singapore Lion,  perebutan tempat ke tiga menjadi semakin sengit.

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 1 - 0 Kelantan

Johor FC 2 - 0 Terengganu

Negeri Sembilan 1 - 1 Kuala Lumpur

T-Team 2 - 1 Singapore Lions

 Perak 1 - 2 Kedah

 Selangor 3 - 2 Sabah

 Sarawak 0 - 0 PKNS FC

Facebook Page Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad

 

Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad atau "KOGIAT Melaka" adalah sebagai landasan Kelab Usahawan Giatmara Melaka menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan dan pembekalan.  Buat permulaan, KOGIAT Melaka mensasarkan penyampaian perkhidmatan dan pembekalan di seluruh negeri Melaka, namun secara sedikit demi sedikit mengembangkannya ke negeri-negeri berdekatan dengan Melaka.  

Untuk maklumat terkini, pihak KOGIAT Melaka telah membuat rangkaian "homestay" dengan kerjasama beberapa pemilik homestay di sekitar Melaka untuk menyertai "networking" koperasi.

Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad kini telah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera.

Berikut adalah maklumat pendaftaran berkenaan :

NO SIJIL : K22108940041031938
NO RUJUKAN PENDAFTARAN : 357-02187534
TEMPOH SAH LAKU : 11/06/2012 - 10/06/2015

Kod Bidang :

010201 - ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG / KERTAS KOMPUTER)

020101 - PERABUT

020201 - MESIN-MESIN PEJABAT

050200 - PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

080100 - BAHAN MINUMAN

080200 - MAKANAN MENTAH BASAH

080300 - MAKANAN MENTAH KERING

080400 - MAKANAN DALAM TIN/BOTOL/BUNGKUS

080501 - MAKANAN BERMASAK ISLAM

180100 - MESIN DAN KELENGKAPAN BENGKEL

Kelab Usahawan Giatmara Melaka dan  Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad beroperasi di alamat Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.  Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keperluan melanggan perkhidmatan koperasi ini atau ingin menyertai "networking" koperasi (tertakluk kepada yuran atau syarat tertentu, sila hubungi Pengerusi, Encik Mas Ramizu (013 649 5618) atau SetiaUsaha, Puan Nur Hafizah (012 668 1686).

Facebook Page bagi Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad boleh dicapai dengan klik pautan di bawah ini :

Keputusan bola sepak Liga Super Malaysia 7 Julai 2012

 

Enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang menjadi lonjakan penentu kejuaran musim ini.


KEPUTUSAN PENUH

Kelantan 6 - 0 Perak

Kuala Lumpur 0 - 4 Selangor

Sabah 1 - 3 Terengganu

Kedah 0 - 2 Negeri Sembilan

PKNS FC 0 - 1 Felda United

T-Team 1 - 1 Johor FC

Burung "bersujud" mendengar bacaan Al Quran, manusia pula?

 
Burung bersujud apabila mendengar bacaan Al Quran di Masjidil Haram


"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera..". - Al-Insaan , 12  

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya telah menunjukkan "rasa merendah diri" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan berserah sepenuhnya, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan...."
 
Sedangkan syaitan pun pernah bersujud pada Allah SWT.. Inikan pula manusia yang dimuliakan olehNya dengan dikurniakan akal dan iman untuk menjadi khalifah di bumi.  Syaitan cuma tidak sujud pada Nabi Adam... Jika kita manusia ini tidak sujud, yakni mematuhi perintah Allah SWT..., maka siapalah kita ini?.

Di akhir zaman ini sekelompok manusia dilihat sujud kepada harta, pangkat serta kuasa.  Kerana itulah sebesar-besar perkara yang mereka inginkan sepanjang hidup mereka yang mencari makan dalam arena politik.  Mereka sanggup memfitnah, membuat sumpah dan bukti palsu bagi memburuk-burukkan dan menjahanamkan orang lain.  Dengan berani mengambil hak orang lain dan menafikan hak orang yang sepatutnya mendapatkan sesuatu manfaat.  

 
Merekalah dalang sebenar yang menjejaskan dan menghina institusi Raja / Sultan Melayu

Mereka ini juga sanggup berselindung disebalik "nama agama" atas tujuan meraih undi untuk menyelamatkan cengkaman kuasa mereka dalam pemerintahan dan pemerasan kelompok mereka di negara ini.  Mempromosikan Islam hanya dari segi kosmetik sahaja dan dalam masa yang sama membenarkan persembahan artis luar negara yang membawa budaya yang merosakan akhlak pemuda pemudi di Malaysia.  

Jika benar mereka memperjuangkan Islam, maka pasti kita hari ini dapat melihat sistem perundangan Islam digunapakai sepenuhnya setelah beberapa puluh tahun negara kita merdeka. Namun kita hari ini melihat negara kita masih menggunakan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah yang mana ianya diibarat seperti "bom jangkamasa".  Menuduh seseorang berzina, berkhalwat dan liwat bukan mengikut syariat Islam.  Bagi mereka Al Quran digunakan sebagai "alat bersumpah" dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mereka "menegakkan benang yang basah....".

video

Keputusan Liga Super Malaysia 3 Julai 2012

 
Enam perlawanan berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan Johor FC, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Sarawak menjadi "tuan stadium" menyambut kunjungan Sabah, Kelantan, PKNS, Kedah, Kuala Lumpur dan T-Team.

 KEPUTUSAN PENUH
3 Julai 2012 (Selasa) 

JOHOR FC 2 - 1 SABAH
minit : 3' - Johor FC
minit : 35' - Sabah
minit : 45' - Johor FC

NEGERI SEMBILAN 2 - 3 KELANTAN
minit : 15' - Negeri Sembilan
minit : 46' - Kelantan
minit : 62' - Kelantan
minit : 68' - Kelantan
minit : 85' - Negeri Sembilan

PERAK 1 - 2 PKNS FC
minit : 45' - Perak
minit : 80' - PKNS
minit : 82' - PKNS 

SELANGOR 1 - 1 KEDAH
minit : 58' - Selangor
minit : 88' - Kedah

TERENGGANU 2 - 1 KUALA LUMPUR
minit : 17' - Terengganu
minit : 34' - Kuala Lumpur
minit : 85' - Terengganu

SARAWAK 0 - 1 T-TEAM
minit : 32' - Terengganu

Kelayakan Bola Sepak Piala AFC Bawah 22 tahun (3 Julai 2012) : Malaysia - Myanmar

 

Perlawanan peringkat kumpulan yang menentukan peluang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya.  Dua pasukan teratas kumpulan akan layak secara automatik ke Piala AFC bawah 22 tahun 2013.


KEPUTUSAN SEMASA

Malaysia 1 - 2 Myanmar
minit 33' - Myanmar
minit 52' - Myanmar
 minit 89' - Malaysia

Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia

 

Sleeq sekali lagi mempertaruhkan bakat mereka dalam lagu kolaborasi dengan Najwa Latif. Sleeq mengambil keputusan memilih Najwa Latif kerana mereka menginginkan seorang penyanyi yang tampak ringkas dan segar. Personaliti dan peribadi Najwa amat sesuai untuk lagu mereka yang berjudul “Untuk Dia”. 

Lagu ini sebenarnya ialah lagu yang terkandung dalam album pertama Sleeq namun telah diberi nafas baru dan diremixkan bagi membezakan antara lagu lama dan lagu baru. Lagu ini dibuat semula bagi memenuhi permintaan peminat yang menginginkan lagu itu dikeluarkan di Malaysia.


Video dan Lirik "Untuk Dia" :

video

Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala apabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL

Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Sedang berputus asa? Lihat gambar ini...


Sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai daya upaya yang berbeza-beza, pasti kita pernah dibelenggu dengan rasa putus asa.  Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan ditempuhi, rasa putus asa tiba-tiba menyelinap di fikiran. Adakalanya perasaan sebegitu membuatkan kita berasa berada dalam kehampaan dan kerugian. 

Apabila seseorang itu mengalami kegagalan yang berterusan, rasa berputus asa itu semakin mencengkam qalbu dan ianya akan menjadikan mereka yang berputus asa itu insan yang tidak ingin bangkit dan tidak terus mencuba lagi setelah gagal. Kita wajib untuk terus berjuang bagi mencapai apa yang kita mahu di dalam hidup ini.  Kita tidak patut berputus asa sekiranya masih belum berjaya.


Soichiro Honda (gambar di atas), selaku pengasas Honda Corporation iaitu sebuah syarikat gergasi dalam dunia permotoran pernah mengatakan : "Apa yang orang nampak dari pada kejayaan saya hanyalah 1% dari padanya tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99%, yaitu kegagalan-kegagalan saya...".  

Pastinya beliau pada peringkat awal mengalami kegagalan demi kegagalan dalam usaha membangunkan legasi syarikatnya yang bermula dengan motorsikal.  Jika beliau berputus asa, sudah tentu kita pada hari ini tidak akan dapat melihat motorsikal dan kereta jenama Honda di atas jalanraya.

Dalam hadis Sahih Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah".  Putus asa melambangkan kelemahan.  Putus asa melambangkan jiwa yang rapuh.  Oleh itu JANGAN putus asa apabila apa yang dicita, apa yang dicari masih tidak dapat dicapai.  

Sebenarnya apabila kita gagal mendapatkan apa yang dikehendaki, ia bukan bermakna kita gagal keseluruhannya.  Ia hanyalah kerana kita menemukan jalan atau kaedah yang kurang berkesan untuk ke arah kejayaan. Oleh itu usaha yang berterusan, doa yang penuh rasa keikhlasan dan rendah diri pada Allah SWT serta beristiqamah setelah melakukan kerja, insya Allah.., kejayaan menanti kita di penghujung jalan.

Allah SWT akan sentiasa mengingati dan membantu hambaNya jika hambaNya itu sentiasa mengingati Allah SWT, berusaha dan berdoa secara berterusan. Percayalah janji Tuhan, bukannya janji dari YB semasa kempen pilihanraya.  Mereka hanya berminat untuk mempertahankan kuasa semata bukannya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

Promosi

Babab.net