Video pendek pesanan Tun Dr Mahathir 2018


Tun Dr. Mahathir ada melakukan kesalahan semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dikatakan ada makan duit komisyen dari projek pembangunan. Namun seteruk manapun beliau, projek berkenaan wujud dan nampak pada pandangan mata zahir kita.  Apa yang ada kini hanyalah legasi pembangunan terdahulu hasil dari Wawasan 2020 yang Tun Dr. Mahathir sasarkan untuk Malaysia.

Tun Dr.Mahathir pun sudah minta maaf pada Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terus. Dato' Seri Anwar Ibrahim pun telah lama memaafkan Tun Dr. Mahathir iaitu sebelum beliau dimasukkan semula ke dalam penjara.

Tontonlah video pesanan sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke 14 dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Moga kita mendapat pengajaran yang bermanfaat untuk pembangunan rohani dan jasmani rakyat Malaysia. Soal dosa dan pahala Tun Dr.Mahathir Mohamad yang lain, biarlah Allah SWT yang mengadili dan menghitungnya. Mungkin ada permohonan kemaafan yang tidak kita ketahui.


Pilihan Raya Umum ke 14 : Simbol Gajah pilihan Azwan Ali


Azwan Ali, tiba di pekarangan Dewan Dato Ahmad Razali kira-kira jam 7.15 pagi semalam, 28 April 2018 bersama penyokong dan pencadangnya. 

Beliau telah mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi kerusi di DUN Bukit Antarabangsa sebagai calon Bebas pada PRU-14. 

Azwan Ali akan bertanding untuk menentang abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. - @malaysia1news

* logo sotong lebih sesuai...

Video ahli UMNO Taboh Naning berang Latipah Omar masih dipilih


Dari percakapan yang dirakamkan di dalam video, menunjukkan bahawa ahli UMNO / BN tempatan (penduduk tempatan di Dun Taboh Naning, N05) tidak berpuas hati dengan pemilihan YB Latipah Omar sekali lagi bagi mewakili Dun Taboh Naning pada Pilihanraya Umum ke 14 yang bakal berlangsung 9 Mei 2018.

Kehendak mereka pada pilihanraya umum kali ini ialah calon yang bertanding dipilih dari anak tempatan Taboh Naning.



Ucapan Tun Dr Mahathir di Langkawi pada 15 April 2018


Berikut merupakan rakaman video ucapan calon Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pulau Langkawi semasa program Jelajah Pakatan Harapan ke seluruh Malaysia...


Semak maklumat pengundi untuk PRU 14



Umumnya telah mengetahui bahawa pada 9 Mei 2018 adalah hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke 14 bagi negara Malaysia. Walaupun ia dibuat pada pertengahan minggu dan diberi cuti umum peristiwa pada tarikh berkenaan namun dilihat ia masih memberi kesukaran untuk sebilangan rakyat Malaysia yang diperantauan untuk balik mengundi.

Namun demi melaksanakan tanggungjawab dan hak rakyat negara merdeka serta demokrasi berparlimen, maka terdepat sekelompok rakyat yang sanggup ambil cuti tanpa gaji lebih awal kerana mereka merasakan inilah masanya untuk membuat perubahan bagi membina semula negara Malaysia ke landasan yang sewajarnya.

Untuk menyemak daftar pemilih (pengundi) secara atas talian, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan laman web di bawah :


Jika anda membukanya melalui telefon pintar, anda digalakkan untuk setkan paparan pelayar web kepada paparan "desktop site" ataupun memuat turun aplikasi seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Video komen Tun Dr. Mahathir mengenai pembubaran sementara PPBM



Di bawah ini merupakan video yang merakamkan maklumbalas Tun Doktor Mahathir pada keputusan pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang telah mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa 5 April 2018.


Kenapa Pakatan Harapan guna logo PKR untuk PRU 14


Berikut adalah video penerangan mengenai keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 :



Babab.net

Popular Posts