Festival Bolasepak AFC : 30 pemain akan dipilih


Festival Bolasepak AFC
FAM menyenaraikan 50 pemain Bawah umur 13 tahun untuk pemilihan dan latihan pusat sebagai persediaan menyertai Festival Bolasepak AFC di Kota Kinabalu, Sabah dari 31 Mei hingga 7 Jun, 2011.

Pemilihan pertama melibatkan 50 pemain akan diadakan dari 6 hingga 10 Mac dan 30 pemain yang dipilih akan mengikuti latihan pusat dari 1 hingga 30 Mei di Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Semua pemain yang disenaraikan diminta melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Khalid Shahdan pada 6 Mac 2011, sebelum jam 6.00 petang.

Pelajar yang disenaraikan untuk pemilihan Pasukan Bawah 13 tahun kebangsaan ialah :

1.       Mohamad Shyamierul Razmee Jazmi (SMK Tinggi Melaka)
2.       Muhammad Amir Ashraf Azahari (SMK Seksyen 11 Shah Alam)
3.       Linkeshwar Ravi (SMK Tun Hussin Onn, P.P.)
4.       Mohamad Faizal Abdul Halim (SMK Mutiara Impian, P.P.)
5.       Muhammad Syahmi Safari (SMK Jeram, Selangor)
6.       Muhamad Fareez Md Jaffery (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
7.       Muhammad Amirul Haziq Razmizal (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
8.       Muhamad Alfeeq Zharieq Jasmi (SMK Putera, Kelantan)
9.       Muhd Ghaffar Abd Rahman (SMK Putera, Kelantan)
10.   Mohammad Syafiq Heelmi Zainol Fikri (SMK Guar Perahu, P.P.)
11.   Syazwan Amsyar Suhaizar (SMK Merbong, Kedah)
12.   Mohd Akhmar Haikal Azhar (SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman, Kedah)
13.   Syed Ammar Daniel Syed Soffian (SMK Tunkju Anum Tunku Abd Rahman)
14.   Muhammad Shazwi Suhaimi (Penang Free School)
15.   Muhamad Iqbal Muhamad (SMK Permatang Pasir, P.P.)
16.   Muhammad Aizad Ilman Mokhtar (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
17.   Muhamad Haziq Nadzli (SMK Skn. Neg. Seri Titiwangsa)
18.   Aminul Ashraf Ibrahim (SMK Tabuan Jaya, Sarawak)
19.   Mohamad Adif Salim (SMK Tabuan Jaya)
20.   Abg Nurafirman Abg Nirazman (SMK Tabuan Jaya)
21.   Wan Fakhrul Firdaus Wan Rosli (Sek. Skn. Neg. SMK Bukit Nenas,Terengganu)
22.   Mohd Afif Azhar (SMK Islam Sri Seremban)
23.   Mohamad Aris Satiman (SMK Tunku Ampuan Durah, N.S.)
24.   Muhd Azhar Che Moktar (Sek Skn. Neg. SMK Seberang Temerloh)
25.   Syed Muhd Shahribul Al Quyyum (Sek. Neg. SMK Seberang Temerloh)
26.   Mohd Haikal Hasbul (Sek. Skn. Neg. SMK Seberang Temerloh)
27.   Muhd Shah Amirul Mohd Zamri (Sek. Skn. Neg. SMK Seberang Temerloh)
28.   Muhd Fareez (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
29.   Mohamad Farid (SMK Victoria, K.L.)
30.   Dinesh (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
31.   Mohd Aizad Ilman (SMK Seksyen 11, Shah Alam)
32.   Keeteeswaran Nadarajah (SMK Seremban Jaya 1)
33.   Muhammad Tohardie (SMK Putera)
34.   Mohamad Faisal Abdul Halim (SMK Mutiara Impian, P.P.)
35.   Muhd Saiful Niza Nasir (SMK Mutiara Impian)
36.   Abdul Lajid Yakub (SMK Badin, Tuaran)
37.   Mohd Ruzaini Rusli (SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah)
38.   Debbson Michael (SMK Datuk Peter Mojuntin)
39.   Malvin Saimon (SMK Datuk Peter Mojuntin)
40.   Jay Jethro So Sui Gum (SMK Sains Sabah)
41.   Ali Imran Alimi (Sek. SAkn. Ban Penawar)
42.   Najib Abdullah (Sek Skn. Ban. Penawar)
43.   Muhammad Hafiy Haikal Ismail (Sek. Skn. Ban. Penawar)
44.   Ahmad Ikhwan Hafiz (Sek Skn. Ban. Penawar)
45.   Muhammad Fauzan Maswadi (Sek. Skn. Ban. Penawar)
46.   Khairul Anuar Yusri Lani (Sek Skn. Ban. Penawar)
47.   Amir Azmi (Sek. Skn. Ban. Penawar)
48.   Mohd Alif Izman Shahdan (Sek. Skn. Neg Melaka)
49.   Mohamad Aideed Daim Mohd Fauzi (SMK Taman Daya)
50.   Akmal Nazmi Rozaidi (SMK Wangsa Maju, Seksyen 2)

Keputusan perlawanan kelayakkan Olimpik 2012 MALAYSIA vs PAKISTAN (pusingan pertama)


Malaysia membawa bekalan ke pusingan kedua yang boleh dikatakan sebagai "sedikit selesa" dengan memenangi perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik menentang Pakistan dengan jaringan dua berbalas kosong.  Kedua-dua jaringan dihasilkan pada separuh masa pertama oleh pemain-pemain bahagian tengah.

Pakistan bermain dengan 10 orang apabila salah seorang pemainnya melakukan kekasaran pada penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang telah berjaya menangkap bola di udara.  Sedikit mengecewakan Malaysia gagal mengambil peluang atas kekurangan pemain Pakistan pada separuh masa kedua.

Deretan peluang terhidang terutamanya pada penyerang Malaysia iaitu Mohd Fakri Shaarani yang juga merupakan pemain pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super.  Sekurang-kurangnya Malaysia sepatutnya mampu memenangi perlawanan dengan jaringan lebih dari lima gol.

Namun perlu diingatkan bahawa ini adalah pasukan muda yang dianggap pelapis kepada skuad yang sedia ada.  Diharap pasukan Malaysia ke sukan Olimpik 2012 ini akan meningkankan kualiti permainan dari satu perlawanan ke satu perlawanan dengan lebih berkesan dan efektif.

Berikut adalah senarai 18 pemain Malaysia yang didaftarkan untuk perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, malam ini (23/02/2011).  

NO
NAMA
NEGERI / KELAB
1.
KHAIRUL FAHMI B CHE MAT
KELANTAN
2.
AHMAD SHAKIR B ALI
KEDAH
3.
FAIZAL ABU BAKAR
KEDAH
4.
MOHD FAKRI B SHAARANI
NEGERI SEMBILAN
5.
GURUSAMY GOVANDAR A/L KANDASAMY
HARIMAU MUDA A
6.
MAHALI B JASULI
HARIMAU MUDA A
7.
MOHAMAD MUSLIM B AHMAD
HARIMAU MUDA A
8.
MOHD AFFIZE FAIZAL FAISAL B MAMAT
HARIMAU MUDA A
9.
MOHD FAIZAL B MUHAMAD
HARIMAU MUDA A
10.
SIVANESAN A/L SHANMUGAM
HARIMAU MUDA A
11.
MOHD IRFAN B FAZAIL
HARIMAU MUDA A
12.
WAN ZACK HAIKAL B WAN NOR
HARIMAU MUDA A
13.
WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA
HARIMAU MUDA A
14.
MOHD IZHAM TARMIZI B ROSLAN
HARIMAU MUDA A
15.
MOHAMMAD FADHLI B MOHD SHAS
HARIMAU MUDA A
16.
GARY STEVEN A/L ROBBAT
HARIMAU MUDA A
17.
MOHD FANDI B OTHMAN
HARIMAU MUDA A
18.
MOHD FERRIS DANIEL B MAT NASIR
HARIMAU MUDA A

Kemalangan di Jalan Hang Tuah Melaka

Assalamualaikum...

Saya sendiri menyaksikan detik-detik sebelum lori berkenaan terbabas dan rebah di persimpangan lampu isyarat Jalan Hang Tuah, Melaka, berhadapan dengan Bank Rakyat dan berhampiran dengan Kompleks Hang Tuah.  Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30pagi tadi ( 17 Februari 2011 ).  Bomba dan Ambulans telah datang ke tempat kejadian lebih kurang 5 minit kemudian.

Pada pandangan peribadi saya, melihat dari masa sebelum lori berkenaan kemalangan hingga detik-detik ianya rebah, ianya berlaku atas kecuaian dan kegopohan pemandu lori yang memandu terlalu laju kerana ingin mengejar masa di lampu isyarat sehinggakan lorinya itu "membuang" dan rebah ke sebelah kiri lori dan melanggar seorang dewasa yang berusia lebih kurang 50 tahun ke atas, yang dipercayai "orang pejabat" di pejabat berhampiran (memakai baju corak batik berunsur warna kebiruan) yang sedang berada di tepi jalan untuk melintas. 

Nasib baik lori berkenaan rebah sebelum ianya melalui tempat di mana "orang pejabat" berkenaan berdiri.  Maka impak dari pelanggaran itu tidak kuat dan mangsa itu boleh bangun dengan sendiri.  Kereta yang berada hampir di tempat kejadian itu mengalami kerosakkan di bahagian belakang.

Hari Valentine diberi sambutan meriah, hari Maulidur Rasul...?

Assalamualaikum...

 
*gambar hiasan : kegagalan pemimpin masyarakat zaman kini cuba ditutup dengan kemajuan dunia, Islam hanya terserlah dengan pembinaan masjid, perarakkan Maulidur Rasul dan semasa menguruskan mayat.  Dari segi penggunaan sepenuhnya sistem perundangan bagaimana pula?

Sebilangan masyarakat kita masih lagi yang memandang remeh pengertian "Hari Valentine" ataupun "Hari Kekasih".  Jangan hanya memandang perihal ini pada golongan remaja semata kerana orang dewasa dan tua juga ada yang menyambut.hari valentine.  Apabila tiba hari Maulidur Rasul, berapa ramai masyarakat Islam yang tahu pengertian disebalik sambutan yang saban tahun diadakan....?

Kenapa kalau memperkatakan masalah moral, remaja yang menjadi perhatian utama?.  Sedangkan masalah moral sejak zaman sebelum merdeka lagi sudah dilakukan oleh golongan dewasa. Selepas merdeka, gejala zina atau maksiat terus dipromosikan oleh golongan dewasa dan tua.  Selepas beberapa lama dalam awal tahun 90-an, iaitu kemuncak zaman "video tape", barulah remaja mencuba "aksi" yang selama ini hanya dilakukan oleh orang dewasa dan tua sahaja sebelum ini.  Remaja dari golongan itu memerhatikan masalah moral orang dewasa dan tua sebelum mereka sendiri yang terjebak.

Pagi tadi (pukul 7) saya menonton berita tv.  Masih juga ada pihak yang tak henti-henti memburuk-burukkan pihak lain.  Maklumlah pilihanraya kecil makin banyak sekarang ini. Pelbagai fitnah disebarkan demi memberi imej buruk pada pihak yang lain.  Contohnya pagi tadi berita mengenai peniaga Melayu di Pulau Pinang.  Bila Pakatan Rakyat (DAP) ambil alih, sibuklah orang-orang Melayu di sana muncul membuat "bising" dan aduan mengenai kemunduran, kemiskinan, tanah Melayu digadaikan, terpinggir dan macam-macam lagi permasalahan.  Sedangkan masalah orang Melayu di Pulau Pinang sudah lama berlarutan iaitu sejak Parti Gerakan memerintah.  Parti itu juga orang Cina di dalam Barisan Nasional, tapi kenapa tak dihebohkan dengan kerap seperti sekarang? Tanah Melayu tergadai dan digadaikan sejak lama dahulu.  

Masalah Melayu Pulau Pinang ialah masalah yang diwariskan sejak sekian lama.  Cuma apabila kini negeri itu diperintah oleh parti lain yang merupakan seteru kerajaan, hanya berita buruk sahaja yang diperbanyakkan sedangkan tidak pula diperhalusi berita mengenai kerajaan negeri yang kini (DAP) mendapatkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz.  Malah kerajaan negeri juga mengambil konsep "amal maaruf nahi mungkar...".  Baguslah orang Cina makin ramai yang mendekati dan memahami Islam terutamanya dari parti yang dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.  Kenapa ada pihak yang takut orang Cina tahu ajaran Islam?  Islam diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasullullah SAW untuk sekalian umat manusia, bukan hanya untuk orang Melayu.

~ ingatkan pada hari Maulidur Rasul hanya ada berita memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW sahaja, rupanya berita memburuk-burukkan orang lainpun masih diteruskan.. Ye tak ye.., pilihanraya kecil makin banyak... 

PERINGATAN : SAYA LANGSUNG TAK MENETAPKAN UNDI PADA MANA-MANA PARTI, HANYA MEMERHATI GELAGAT AHLI POLITIK

Libre Office gantikan Open Office

Assalamualaikum.

  

Siapakah yang pernah menggunakan perisian sumber terbuka "Open Office"?.  Ianya adalah sebuah perisian yang menyamai perisian Microsoft Office (Word, Power Point, Access dan Excel). Bezanya ia adalah dibangunkan dalam kategori "sumber terbuka" dan ianya boleh didapati secara percuma dengan memuat turun melalui laman web pengeluarnya.
 
Manakala perisian Libre Office adalah projek yang dibangunkan oleh Document Foundation, yang mana sebelum ini mereka adalah pengaturcara perisian yang membangunkan OpenOffice tetapi menarik diri apabila pengambil-alihan Sun Microsystems oleh Oracle.  Antaramuka pengguna bagi Libre Office adalah menyamai keluaran Open Office sebelumnya.

Setelah sesi perbincangan antara pengaturcara dan pihak Oracle, Document Foundation telah ditubuhkan, dan dibawahnya. Bersama-sama dengannya, Ubuntu dan beberapa nama besar yang lain turut mengumumkan sokongan kepada perisian LibreOffice.

Perisian Libre Office versi terkini sedia untuk dimuat-turun bagi pengguna Windows, Mac OS X dan Linux.  Ianya boleh didapati pada laman web Document Foundation secara percuma.

Artis Islam berlakon dalam filem yang ditaja syarikat arak?

Assalamualaikum...

Walaupun antara kita sebagai manusia yang beragama Islam, sedar haram meminum arak, namun ada juga yang masih tidak sedar atau buat-buat tidak sedar bahawa tidak semestinya arak itu hanya haram jika meminumnya. Ianya tetap jatuh pada hukum "HARAM" dalam faktor-faktor tertentu.

Jika anda bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang arak sedangkan anda seorang Islam (melainkan anda telah murtad), gaji dari pekerjaan pengawal keselamatan di kilang arak tetap haram.  Begitu juga jika seseorang artis berlakon dalam filem atau drama atau menyanyi sekalipun dalam produksi yang ditaja oleh syarikat arak.  Wang hasil "kerja seni" itu juga menjadi haram.

Contoh terkini, lihat gambar poster di bawah ini.  Siapakah artis yang anda kenal? Jika anda kenal artis itu, apakah anda tahu dan yakin apa agamanya?  Dah sengkek sangat ke sampai sanggup berlakon dalam filem / drama yang ditaja atau melibatkan syarikat arak?

Lihat benar-benar.., apakah artis itu pelanduk dua serupa dengan Aflin Shauki?

Kenangan LTDL 2011 di Restoran El Izzat's Melaka

Assalamualaikum...

Saya sempat menyaksikan para peserta LTDL 2011 yang sampai ke peringkat ke 9 yang memulakan perlumbaan di Jalan Hang Tuah, Melaka pada tarikh 31 Januari 2011 lalu. Laluan peringkat ke 9 mengambil jarak sejauh 151.7 kilometer dan menamatkan perlumbaan di Nilai, Negeri Sembilan. "Jemaah" pelumbaan lewat tiba di hentian lebih kurang dua jam akibat hujan yang turun berterusan beberapa hari sebelumnya dan semasa hari perlumbaan.


Peserta dan pegawai perlumbaan yang sampai dari Jasin (pada peringkat ke 8), berehat seketika semasa di Jalan Hang Tuah (jalan yang menempatkan bangunan Kompleks Hang Tuah dan kedai saya di dalamnya).  Ada dikalangan pelumba serta pegawai yang tumpang duduk di Restoran El Izzat's (restoran 24 jam). Rakyat termasuk pekerja restoran berkenaan mengambil peluang bergambar dengan peserta yang dikenali seperti Anuar Manan bagi mengabadikan kenangan LTDL 2011.


Sebelum para pelumba dan jemaah tiba, beberapa jalan disekitar kawasan berkenaan ditutup bagi memastikan kelancaran perjalanan LTDL 2011.  Dan kesesakkan di Jalan Hang Tuah masih lagi berterusan selama beberapa jam selepas rombongan perlumba mula bergerak ke venue berikutnya iaitu di Nilai, Negeri Sembilan.

 
Semasa proses kemas mengemas dijalanakan sepanjang Jalan Hang Tuah.

Promosi

Babab.net