Setinggan musnah di Putatan


Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan, Sabah, pagi 28 Mac 2017. Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer itu pada jam 9.29 pagi.

Menurut pihak bomba, kesemua rumah dengan anggaran berkeluasan 100 kaki panjang dan 100 kaki lebar itu musnah dalam kejadian berkenaan. Anggota bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 3 pancutan 200kaki dari jentera scania dan 1 aliran 1 pancutan 200 kaki dari jentera Water Tanker untuk memadam kebakaran. 

Operasi yang melibatkan 17 orang anggota dari balai bomba Penampang dan 13 anggota dari balai bomba Kota Kinabalu serta seorang pegawai penyiasat itu berjaya dikawal pada jam 10.03 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.


Sumber dari : Sayang Sabah 

Lahad Datu di landa gempa bumi


Satu gempa bumi lemah telah berlaku pada jam 06:26 pagi pada tarikh 29/03/1 di kedudukan 4.8 Utara 118.5 Timur dengan magnitud 3.4 dan kedalaman 10km di Lahad Datu, Sabah. 25km Timur Laut Kunak, Sabah.

Gegaran mungkin dirasai di kawasan Lahad Datu. Tiada ancaman tsunami. - MalaysiaMet.

Titah ucapan sulung TMJ sebagai Presiden FAM


Berikut adalah titah ucapan sulung DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum penutup Kongres Tahunan Ke-53 FAM yang telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, hari ini.

Tunku Ismail yang bakal genap berusia 33 tahun pada 30 Jun ini telah disahkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 pada kongres hari ini selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri, dua hari lalu.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kami telah tiba ke tahun yang baharu, era yang baharu. Tetapi tidak semestinya yang berada di dalam bilik ini (dewan kongres) harus berasa selesa.

Yang pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang menang pada pemilihan hari ini. Tapi apa yang lebih penting adalah untuk kami sedar bahawa ini adalah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kita semua.

 Jangan lupa tuan-tuan dan puan-puan, bola sepak adalah hak milik rakyat dan kami yang berkhidmat dalam mana-mana organisasi bola sepak, berkhidmat kepada rakyat di dalam negara ini.

Jadi saya menyeru dan juga memberi nasihat yang ikhlas kepada semua yang berada di dalam bilik ini untuk sentiasa menjaga sikap integriti, profesionalisme dan juga dedikasi dari segi menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Saya akan sentiasa memantau dan juga sedia memberi nasihat kepada mana-mana ahli gabungan yang memerlukan saya membantu mereka dan berkongsi pandangan di mana saya akan sentiasa berada di situ.

Tapi apa yang lebih penting sekarang ini, kita harus bersikap realistik iaitu yang pertama adalah dedikasi dan kita punya keazaman untuk mencapai sasaran-sasaran kita.

Cara saya bekerja, awak semua perlu mengikut saya punya momentum sekarang ini. Yang mana berada di meja atas ini (barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang baharu), harus sentiasa bersedia pada bila-bila masa saja dengan tanggungjawab yang telah diberikan.

Selain daripada itu, kami juga ada pelan jangka masa pendek dan pertengahan, termasuk juga pelan jangka panjang untuk bola sepak tanah air. Saya juga mempunyai perancangan yang mana saya akan kongsikan sebentar lagi dengan barisan exco-exco saya dan juga pihak media.

Tetapi apa yang penting, sekali lagi saya memberi nasihat kepada semua yang berada di dalam bilik ini mengenai ketelusan, keikhlasan dan sikap integriti kita semasa menjalankan tugas kerana saya mahu semua rakyat Malaysia rasa yang mereka bersama kita semua untuk membangunkan dan memulihkan imej bola sepak tanah air.

Jadi apa yang mustahak adalah persepsi orang ramai terhadap organisasi tersebut. Untuk mendapatkan persepsi yang baik dan juga keyakinan yang baik, kita perlu menjadi contoh kepada yang lain iaitu menerusi cara kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita. Itu adalah yang paling mustahak.

Tahniah sekali lagi kepada semua dan jom kita bekerja!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
PRESIDEN FAM
SABTU, 25 MAC 2017

Sumber : laman sesawang FAM



Apa kegunaan Carousell ?

Tangkap Gambar, Senarai, Jual. Begitulah "trademark" bagi sebuah flatfom atas talian yang turut menyediakan aplikasi untuk aktiviti jualan dan belian secara on line.

Carousell menyediakan pasaran secara mudah alih yang membuatkan proses menjual, membeli atau melanggan barangan serta perkhidmatan semudah mengambil dan memilih gambar. 

Mereka berada dalam misi untuk menjadikan  proses pembelian serta penjualan dalam talian menjadi lebih mudah kepada semua pengguna telefon pintar di samping mewujudkan masyarakat yang selamat, ramah dan membantu pengguna dalam aktiviti harian !

Saya juga telah mendaftar sebagai pengguna dan peniaga di Carousell. Cari nama ict_niaga di dalam Carousell ye... 😁

Carousell boleh dimuat turun secara percuma pada peranti iOS atau Android dengan melawat Apple App Store atau Android Google Play Store.

Video pembantu rumah di Singapura dirasuk


Satu rakaman video CCTV dikatakan sedang viral di negara jiran kita iaitu Singapura, yang menunjukkan seorang pembantu rumah ( perempuan ) kelihatan seperti telah dirasuk.

Tuan rumah berkenaan telah memuat naik di laman media sosial, video pembantu rumahnya berkelakuan aneh selepas keluar dari bilik air.

Dari segi keadaannya dipercayai telah dirasuk oleh makhluk halus (jin / syaitan). Video berkenaan bertarikh 22 Mac 2017.

Untuk menonton, sila klik video di bawah :


Komposer Johan Nawawi meninggal dunia


Komposer terkenal Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya (SJMC), awal pagi Jumaat (24 Mac 2017).

Memetik laporan mStar online, berita itu disahkan oleh pengurus kepada Nora iaitu Lisa Aryanti Tahir.

Johan yang berusia 52 tahun, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Jenazah akan dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, Syakir Iman, 24 tahun, Syakir Alif, 18 tahun, Putri Nor Dahlia, 13 tahun, dan Putri Nor Fathehah, 5 tahun.


Biodata ringkas :

Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. 

Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau adalah berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. 

Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

Tunku Ismail - Memenangi jawatan Presiden FAM


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut kerusi panas itu.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini (23 Mac 2017), Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap sukan bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.

"Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.

"Komitmen ditunjuk TMJ boleh jadi aset penting FAM.

"Sokongan perkenan duli Sultan Johor juga penghormatan pada bola sepak Malaysia," katanya.

Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis


Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 Mac 2017.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurut Berita Harian, lelaki berusia 30-an dengan berbekalkan kayu golf memecahkan dinding cermin di premis syarikat telekomunikasi berkenaan yang bertempat di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari. Amukan keduanya di premis telekomunikasi yang sama di Jalan Keranji.

Bagaimanapun si pelaku berjaya ditahan lebih kurang jam 5 petang, pada hari yang sama.


Cara membuat Fountain Machine untuk air minuman



Fountain Machine atau mesin pancutan untuk air minuman sering kelihatan di restoran makanan segera seperti di Mc Donald dan KFC.

Dengan kreatif dan kerajinan, kita juga mampu membuat mesin ala-ala "fountain machine" di rumah dengan menggunakan bahan berkos yang tidak mahal. 

Dalam video yang dikongsikan dalam artikel ini, bahan yang digunakan untuk membuat badan mesin berkenaan adalah daripada card board atau kotak. Boleh juga diubah kepada bahan lain yang lebih tahan lasak seperti papan lapis ataupun kepingan besi.



Tujuh ciptaan canggih yang mungkin anda tidak tahu kewujudannya


Semakin hari teknologi dalam kehidupan manusia semakin berkembang dan canggih. Ia selaras dengan keperluan semasa yang terdorong oleh pencarian penyelesaian masalah yang dihadapi oleh manusia.

Video di bawah merupakan antara ciptaan peralatan canggih dan sangat membantu urusan pekerjaan atau kehidupan seharian kita.



Resipi Kek Lapis Keju


Bahan-bahan :

1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)

1 Cawan susu segar

250gm Cream cheese

100gm Whipping cream non-dairy

3 Sudu besar gula castor

1 Sudu besar gelatin halal

50 ml air panas

Hiasan :

Chocolate rice

Cara-cara pembuatan :

1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.

2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

3. Sediakan bekas / loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jangan sampai lembik.

5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.

6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.

7. Bekukan dalam 1 ke 2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.


Sumber dari Google

Mohamed Zain meninggal dunia


Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin (nama sebenar Mohamed Zain Shamsuddin) , 82 disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya jam 5.45 petang semalam (1 Mac 2017).

Anak keduanya, Putera Hang Jebat berkata, bapanya disahkan meninggal dunia setibanya di klinik berkenaan.

"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia,"katanya.

Dilahirkan di Taiping, Perak Shamsuddin, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an.

Nokia 3310 : Lagenda muncul kembali


Setelah pelbagai cerita mengenai telefon lagenda jenama Nokia 3310 tersebar, Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona.

Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang baharu (dan moden), mudah dan masih mengekalkan sistem keypad yang sama. Selain itu, 3310 juga didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori microSD.





Menurut laporan, bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mod standby dan 22 jam untuk masa berbual.

Dari segi sistem pengoperasian pula, ura-ura yang dilaporkan oleh portal tempatan Wiser.my sebelum ini ternyata benar apabila Nokia 3310 diumum tidak dikendalikan oleh Android tetapi menggunakan sistem asal yang telah ditambah baik.

Secara ringkasnya, Nokia 3310 adalah telefon backup sempurna buat mereka yang mahu mencari telefon kedua.

Berkenaan harga pula, telefon terbabit dijual pada harga $52 (RM230).


Sumber : FB Wiser.my & Siakapkeli

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan