Kereta terbakar di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka


Semalam (27 Mei 2017), ketika baru sahaja kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, orang ramai di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka yang berhampiran dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTC Melaka dan Wisma Air, dikejutkan dengan sebuah kereta terbakar di jalanraya, berdekatan persimpangan lampu isyarat dari Jalan Tun Ali menuju Jalan Hang Tuah, Melaka.

Melalui sumber perkongsian,  kejadian berlaku sekitar pukul 11.45 malam dan jenama kereta yang terbakar ialah Myvi.

Sebelum pihak bomba tiba, kelihatan seorang lelaki berlari menuju ke kereta berkenaan untuk cuba memadamkan api yang makin marak.

Berikut di bawah adalah video pendek yang dirakamkan oleh pengunjung ataupun peniaga di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, Melaka :





Liga Super Malaysia 24/05/2017


Sebanyak enam perlawanan berlangsung pada hari ini ( 24 Mei 2017 ).


KEPUTUSAN PENUH


Felda United  3  -  0  Malacca United 

Kedah  3  -  0  T-Team 

Kelantan  2  -  2  Penang 

Perak  0  -  0  Sarawak FA 

PKNS FC  0  -  1  Johor DT 

Selangor  0  -  2  Pahang 

Pengalaman menaiki Grab Car di Melaka


Pada 16 May 2017 yang lalu, buat pertama kalinya saya mencuba untuk menaiki Grab Car dari kawasan Mydin Hypermarket Pulau Sebang, Melaka ke Kampung Tanjung Rimau Dalam (daerah Alor Gajah).

Setelah menghidupkan fungsi GPS dan aplikasi Grab di telefon pintar OPPO Neo5 16gb, saya memasukan maklumat yang diperlukan. Dalam kurang seminit saya mendapat respon dari pemandu Grab Car yang ada berdekatan.


Dipendekkan cerita saya berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Grab Car yang dipandu oleh Encik Emran. Tambang murah, kereta bersih, selesa dan wangi.


Berikut adalah undian saya untuk Grab Car yang kali pertama saya naik ini :

Disebabkan Mydin Hypermarket Pulau Sebang tidak 'muncul' di peta, maka saya setkan lokasi naik di Stesyen Minyak Shell (tapi naik depan Mydin)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Komen saya berkenaan isu keselamatan :

Pada pandangan saya, sama ada penumpang mahupun pemandu, perlu berhati-hati dari sebarang kemungkinan. Jenayah boleh berlaku dari pihak penumpang atau pemandu.

Cadangan saya terutamanya pada perempuan / wanita, jika nak naik Uber atau Grab Car, pastikan anda bukan berseorangan sebaliknya naik ada kawan yang bersama anda. Risikonya lebih pada perempuan yang berseorangan (sama ada naik Uber/Grab Car mahupun pengangkutan awam yang lain).

Kita (lelaki juga boleh menjadi mangsa jenayah) berhak  menolak untuk menaiki kenderaan jika merasa curiga (cth : terdapat penumpang lain di dalam kenderaan Uber / Grab / Teksi).

Kita boleh membuat aduan pada syarikat Uber / Grab / Teksi jika tidak berpuas hati pada perkhidmatan yang digunakan. Jika keadaan memerlukan, laporkan pada pihak berkuasa.

Kemudahan Uber, Grab atau Teksi sangat memudahkan pengguna jalanraya. Jika berlaku jenayah, yang patut dipersalahkan ialah pemandu itu sendiri (jika dilakukan oleh pemandu).

Cadangan tambahan :

* untuk keselamatan, sama ada anda naik Uber, Grab atau Teksi, anda hidupkan fungsi GPS dan merakam video pada telefon anda (jika telefon anda berkeupayaan sedemikian).

* hidupkan fungsi² berkenaan selagi anda masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

Final Piala FA 2017

Final | 20 Mei 2017 - 9.00 Malam| Stadium Shah Alam

PAHANG  2  -  3  KEDAH

20' (Ken Ilso) Kedah
45'+1' (Baddrol Bakhtiar) Kedah
45'+5 (Heo Jae-won) Pahang
73' (Baddrol Bakhtiar) Kedah
80' (Mohamadou Sumareh) Pahang



Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM

#EraBaharu

Resipi Ais Krim Coklat Berkacang


Bahan-bahan :

- 500ml whipped dairy cream
- 400ml susu cair full cream
- 200g dark cooking chocolate, potong dadu
- 50g dark cooking chocolate, cairkan
- 150g gula pasir
- 50 gram coklat
- 4 biji kuning telur
- 1/2 sudu teh vanila
- Sediakan kacang cincang sebagai topping

Cara-cara :

1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk, masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus di kacau supaya coklat larut. Diamkan sampai mendidih kemudian angkat.

2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sampai kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur td. Pastikan seluruh bahan sebati kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana hingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan seketika.

3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sampai mendidih, kemudian masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus di kacau. Masak hingga coklat larut bersama dengan krim. Lalu Angkat.

4. Tuangkan adunan susu telur kedalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Jika perlu, pakailah mixer supaya kedua adunan sebati dgn sempurna.

- setelah proses mixer-

5. Ambil cetakan agar-agar atau es krim stik, tuang adunan es krim kedalam cetakan.

6. Ambil stik es krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap cetakan serta letakkan sebaik mgkin agar tidak bergesel. Kita dapat memakai kertas karton yang di lubangi sesuai dengan letak lubang cetakan. Posisikan sedemikian rupa sampai stik es krim blh diselipkan pada lubang karton serta letaknya berada pada bagian tengah masing-masing cetakan.

7. Setelah itu masukkan cetakan es krim kedalam freezer sampai adunan padat.

8. Sesudah padat serta beku, keluarkan es krim dari cetakan dan celupkan kedalam dark cooking chocolate yang sudah dicairkan terlebih dahulu serta taburi dengan kacang cincang.

9. Masukkan kembali ke dalam freezer supaya lapisan coklatnya mengeras.


Kredit : SA Ahnaf

Resipi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian


Bahan Perapan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa


Bahan untuk kuah :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam


Cara Memasak :

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.

2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.

4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

5. Angkat.

6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.

7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

9. Siap!

JDT lwn Ceres Negros : AFC Cup 2017

Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin | RABU, 17 MEI 2017 - 8.45 malam

Keputusan penuh perlawanan Separuh Akhir Pertama Zon Asean untuk Piala AFC 2017, antara wakil Malaysia dan Philipina di Larkin.

JOHOR DARUL TA'ZIM (MAS) 3 - 2 CERES NEGROS FC (PHI)

18' Gonzalo Cabrera (JOHOR DT)
21' Fernando Rodríguez (CERES NEGROS FC)
25' Bienvenido Marañ (CERES NEGROS FC)
44' Safiq Rahim (JOHOR DT)
67'  Hazwan Bakri (JOHOR DT)


2017 AFC CUP | 17TH MAY 2017


* Keputusan telah dikemaskinikan dari semasa ke semasa menggunakan internet dari ONEXOX Prepaid

* Siaran langsung di Fox Sports Saluran 812 & 832 HD

-------- °°°°° -------- 

2017 AFC CUP I 17TH MAY 2017

(Asean Zone Semi-Finals 1st Leg)

JOHOR DARUL TA'ZIM (MAS) vs CERES NEGROS FC (PHI)
Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Stadium, Larkin, 8.45 pm

* Live on Fox Sports Channel 812 & 832 HD

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

Resipi Kuih Denderam


Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram".

Bahan-bahan :


- 1 peket tepung beras (500grm)
- 400gram gula merah
- 230ml air

Cara membuat :

- Masak gula merah dengan air sampai mendidih sehingga gula hancur.

- Tuang (tapis) air gula yg masih panas itu ke dalam tepung.


- Gaul sebati, tutup bekas dan perap selama 6 jam ke atas.

- Uli semula tepung untuk pastikan tepung tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras (Kalau lembik tambah tepung sedikit sambil uli. Jika keras tambah air panas sedikit sambil uli)


- Sebelum nak mencanai, lapik  plastik di tempat untuk mencanai, sapu minyak pada pemukaan plastik berkenaan dan peralatan yang lain supaya adunan tidak melekat serta memudahkan kerja.

- Kemudian anda boleh mula canai dan menekap acuan pada adunan.

- Goreng dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Selepas itu, kecilkan sedikit api dan mulakan menggoreng.

- Masa yang diperlukan untuk menggoreng itu tidak lama. Apabila kuih sudah naik ke pemukaan minyak terus terbalikkan 2 atau 3 saat dan terus angkat.

- Anda perlu toskan minyak yang ada pada kuih yang telah siap dimasak itu.



Resipi Agar-Agar Kering Bergula


Biasanya pada zaman ini, ada sebilangan masyarakat kita dah tak kuasa nak buat sendiri kuih untuk jamuan tetamu yang berziarah di hari raya ataupun di hari² yang biasa.

Paling mudah ialah membeli kuih yang "ready made". Namun jika penjual atau pengeluar kuih raya berkenaan telah kita sendiri kenal pasti yang produknya memang terbaik, tidak jadi masalah. Yang jadi halnya jika "kuih tunjuk²" yang dibeli itu mempunyai rasa yang pelik, aneh atau tak sedap.

Pada artikel kali ini, dipaparkan resipi membuat makanan ringan yang "easy to make". Boleh menjadi salah satu sajian menarik di hari lebaran nanti.


Bahan-bahan :

°60 gm agar-agar bertali
°1300 ml air
°150 gm gula batu - diketuk halus
°1200 gm gula pasir
°Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning atau ikut kesukaan anda)

Cara-cara Membuat :

• Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.

• Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

• Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

• Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

• Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


* Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.


Kredit : Shiema Yunus

Resipi Kuih Serabai


Kuih ini suatu ketika dahulu kerap dihidangkan semasa kenduri arwah. Oleh sebab itu ia juga digelarkan sebagai "kuih orang mati". 

Dinamakan sebagai "Kuih Serabai" kerana bentuk rupa permukaan kuih berkenaan seperti serabai (kurang cantik, berlubang-lubang seperti muka orang berjerawat)

Bahan A (dikisar)
- 3/4 cwn nasi sejuk
- 1 cawan air

Bahan B
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan gula
- mauripan 1 sudu kecil
- 1 cwn air suam
- 1/2 cawan santan pekat

Cara Membuat :

- Campur semua bahan A dan B
- Perap selama 2 jam.

Cairan manis (dicicah dengan kuih)

Bahan-bahan :

- 1 keping gula melaka
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan santan
- secubit garam
- daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

- Cairkn gula melaka dengan air menggunakan api yang kecil (perlahan).

- Masukan tepung gaul hingga sebati.

- Kemudian masuk bahan-bahan yang lain.

- Masak sampai mendidih.


Kredit resipi : Sulizawati Linn Hassan‎ 

Resipi Kuih Lopes


Bahan-bahan :

- 500gm pulut

- 1 sudu makan air kapur

- 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya)

- Sedikit pewarna hijau (masukkan ke dalam pati pandan)

- Sedikit garam (masukkan ke dalam pati pandan)

- Air secukupnya

- Daun pisang yang lebar

- Tali (untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam)

Cara membuat :

1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.

2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.

3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.

4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau berterusan.

5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.

7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.

8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.

9. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat.

Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.

10. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.

11. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.

12. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.

13. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.

14. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.

15. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Bahan air gula melaka:

° 300gm gula melaka
° 250ml air - tambah jika perlu
1/2 tsp tepung beras/gandum - untuk memekat

Cara membuat :

1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.

2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.

Masukkan semula ke dalam periuk.

3. Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.

4. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Resipi Dodol Asli


Bahan :

1000 gm tepung beras
300 gm tepung pulut
1.5L santan kelapa
500 ml air
200 gm gula pasir
800 gm gula merah/melaka
150 ml minyak jagung
3 helai daun pandan

Cara Membuat :

1. Gaulkan santan dengan tepung pulut dan tepung beras dalam jug

2. Jerang kuali dan panaskan air 500ml bubuh daun pandan

3. Bila mendidih tuangkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit, kacau rata

4. Bila mendidih masukkan minyak jagung, gula pasir dan gula merah

5. Kacau terus sambil kawal api, teruskan sehingga adu nan liat, kenyal dan berkilat.

6. Sejukkan sebelum dipotong

======================

*Petua membersihkan kuali setelah selesai masak dodol :

1) Panaskan kuali yang diisi air separuh atau hampir penuh sehingga menggelegak.

2) Kemudian ambil beberapa genggam (batang) pokok Senduduk yang agak rimbun (banyak) daun dan kacau kuali yang dah panas itu dengan pokok berkenaan.

- Insha Allah, sisa dodol akan tertanggal dengan mudah.

Gaya rokers bersuara merdu


Subhanallah, bacaan ayat suci Al-Qur'an yang merdu dari seorang lelaki, walaupun gayanya seperti artis Rokers, tapi suaranya, MasyaAllah... best... 😱

Dia membaca surah Al-Fatihah dan surah Az Zumar ayat 73-75. 

Tapi kalau dia ini tidak pegang rokok masa baca Quran lagi molek. 😊



Kredit pada : Minangkabau Negeri 9 Malaysia


Resipi Pulut Mangga


Bahan-bahan :

(untuk pulut mangga)

● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga

(untuk kuah santan)

● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan :

(untuk pulut)

1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.

Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

(untuk kuah santan) :

1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.

Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang sedikit masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.


Cara membuat lobak asin


Bahan-bahan :

-1kg isi lobak putih (bersihkan dan potong)
-Garam kasar - 200 gm
-Cuka mkn - 1/2 cwn
-Gula 250 gm

Cara membuat :

1. Sediakan besen yang bersih dan bubuh garam

2. Ramas garam dengan lobak hingga rata

3. Biarkan satu malam

4. Keesokkan harinya, jerang 400 ml air dan masukkan cuka dan gula.

5. Bila sudah mendidih, tuangkan ke dalam besen yang terdapat lobak dan gaul segera hingga rata

6. Biarkan 3 hari lagi

7. Kemudian toskan. Masukkan dalam bidai dan jemur beberapa hari hingga kering dan bertukar warna.

Cara membuat ikan pekasam


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat sendiri ikan pekasam. Boleh menjadi perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Tak perlu modal duit yang besar atau kedai. 

Untuk memasarkannya, terpulang pada idea anda sendiri. Anda boleh jual terus di Pasar Tani anjuran FAMA, pasar pagi atau pasar malam. Boleh juga letak di kedai makan atau kedai runcit yang hampir dengan kawasan tempat tinggal (ramai orang).

Bahan² :

- 1 kg ikan gelama atau lampam. Disiang dan dibersihkan.

- 200grm garam kasar.

- 30gram asam keping.

- 300gram beras (disangai dan dikisar). Sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Cara Membuat :

- Susun ikan dalam besen kecil, lalu taburkan garam bubuh asam keping.

- Susun ikan menjadi lapisan kedua.

- Tabur sekali lagi garam dan bubuh asam keping.

- Tutup dan biarkan tiga hari.

- Tengok ikan pd hari ke empat jika ikan sudah agak pejal dan berair, keluarkan ikan.

- Gaul ikan dengan beras sangai. Pindahkan ke balang.

- Taburkan 60 gram garam lagi. Tutupkan balang. Hari ke tujuh, insha Allah, pekasam sudah menjadi.

Mesej dari syarikat penerbitan komik Upin Ipin kepada kartunis Ujang

Status di Facebook Kartunis Ujang

Lagi satu isu "hangit" yang berlaku. Isu pemecatan kartunis Ujang sebagai penasihat Komik Upin Ipin. 

Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di 'wall' Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan mereka terikat dengan kontrak dari Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. 

Karenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.

Berikut adalah sebahagian mesej yang diterima oleh Ujang dari wakil pihak syarikat penerbitan berkenaan :



* harap tiga pihak yang terlibat iaitu Les Copaque, Nyla Sdn Bhd dan Ujang dapat selesaikan dengan cara yang molek kerana orang kita cepat "terbakar" dengan hal macam ini.

Petua dan amalan memasuki rumah atau bangunan baru


Berikut merupakan petua dan amalan yang digalakkan bagi penganut agama Islam ketika ingin memasuki (menetap) di dalam rumah baru atau rumah (premis / kedai) yang dah lama terbiar kosong :

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 

Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut :

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). 

Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. 

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Keputusan Liga Super Malaysia : 6 Mei 2017

Sabtu, 6 Mei 2017 | 9.00 malam

Keputusan Penuh :


T-Team 3 - 0 Perak
9' T-Team
72' T-Team
76' T-Team

Pahang 2 - 3 Kelantan
17' Kelantan
70' Pahang
72' Kelantan
78' Pahang
79' Kelantan

Melaka United 1 - 1 Johor DT
59' Johor DT
87' Melaka United



Resipi Pembuatan Belacan


Bahan dan cara penyediaan :

1) Ikan, udang kecil atau udang geragau (boleh campur) disiang dan dibersihkan dicampur dengan garam dgn nisbah 20% dan digaul rata.

2) Letakkan adunan bergaram itu ke dalam nyiru dan diratakan setebal 1.0 – 1.5 inci, kemudian dijemur sehingga adunan menjadi separuh kering.

3) Adunan yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain muslin dan dimasukkan ke dalam tong kayu atau besen kemudian diperam selama tiga hari.

4) Kemudian, keluarkan dan jika masih lembab, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan menjadi halus dan ia dibungkus semula dengan kain muslin dan dimasukkan ke dalam tong semula dan ditekan supaya menjadi padat, kemudian diperam selama 3 hari lagi

5) Ulangi langkah 3 dan 4 bagi menghasilkan aroma belacan yang menyengat.

6) Belacan ditekan dalam acuan kayu untuk berbentuk kemudian boleh dibungkus.

Komen yang bermain api : hina agama Islam di Facebook


Satu perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan dan isu sensitif antara kaum telah berlaku di Austin Perdana, Johor Bahru. Kesnya dikatakan bermula apabila seorang cina telah membunyikan hon secara berterusan di laluan hadapan sebuah masjid ketika solat Jumaat berlangsung. Kononnya sebab jalan berkenaan sesak. Selepas itu berlaku pergelutan antara jemaah di masjid dengan si pelaku.

Beberapa video rakaman semasa kejadian telah dimuat naik di internet. Pelbagai komen diberi, yang mengulas pada kes berkenaan. Namun ada satu komen di Facebook yang menggunakan nama Peter Chung Yun Fook telah membuat komen yang keterlaluan. Sila rujuk gambar di bawah :




Namun, ada pengguna Facebook yang lain cuba untuk meneutralkan keadaan dengan membalas komen berkenaan :


Pada pendapat saya pula, hal ini (bunyi hon kereta dan komen keterlaluan) mungkin berlaku kerana :

1) rendahnya kesedaran sivik dan moral menjadi punca tercetusnya pergaduhan dan provokasi.

ATAU

2) kemungkinan diupah oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan dan ketegangan hubungan antara kaum dan agama, lebih-lebih lagi apabila menghampiri Pilihan Raya (strategi politik).

Sudah ada papan tanda notis pemberitahuan bahawa jalan ditutup sementara pada hari Jumaat

Pada bahagian komen di status Facebook "page" berkenaan, ada beberapa komen lain yang bersifat perkauman yang menghina agama Islam dan bangsa Melayu, namun komen di atas saya rasakan antara yang keterlaluan dan tidak patut dibuat oleh rakyat sebuah negara yang majmuk.

Iklan di televisyen sudah banyak kali keluarkan berkenaan dengan "adab kat mana....?"

#adabkatmana


Resipi Coleslaw


Bahan-bahan :

1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam
⅛ sk serbuk lada hitam

Cara Penyediaan :

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no.2.

4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Kredit : ‎Afrina Zulqarnaen‎ - Masak Apa Hari Ni

Monyet pun boleh jadi boroi berlebihan


THAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong.

Kelibat Uncle Fatty boleh dilihat di sebuah pasar di Bangkok dan akibat dari tabiaat itu, perutnya membuncit secara melampau.

 

Tinjauan oleh pihak hidupan liar negara itu baru-baru ini mendapati Uncle Fatty dilihat memakan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi oleh pengunjung di pasar terbabit.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan. "Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.

Apa kaitan 1 Mei dengan bangsa Yahudi


Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja.

Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei?

Kenapa tidak 1 Jun,Julai atau Ogos? Adakah ada kaitannya dgn peristiwa di bawah?

Peristiwa 1 : Sempena Hari Penubuhan Illuminati

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati?

Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi.
Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu,ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia.
Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis,Amerika,Rusia dan revolusi-revolusi lain.

Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia(Beltane Day)

Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night.

Pada tarikh ini,pengamal² ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei.

Pada hari kemuncak ini (1 Mei),terdapat dakwaan pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan.

Sehingga kini,Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia

Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini.
Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.

Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu.
Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto.
Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi.

Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan.
Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller

Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan.
Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.

Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan.

Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77. Ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.

Pada 1962,Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.

Dikatakan dia merupakan pengamal kehidupan seksual songsang. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya.

Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta

Tepat jam 6.27 petang,George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke atas Iraq secara rasmi.

Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln,San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya.
Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar,kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi sya tertarik dengan kenyataan sebuah blog iaitu dajjal.wordpress.com.

Blog tsebut lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi. Benarkah begitu?

Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio 1 May 1989

Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular.

Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be” -Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak.

Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam

Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis.

Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology,The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust

Pada tahun 2008, hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei.

Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.

Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi),sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun 2008, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

Kesimpulan

Di atas adalah 8 peristiwa penting yg dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia.

Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu,penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.

Mungkinkah cuti Hari Pekerja itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu?

PS : Artikel ini adalah berasaskan teori konspirasi.. Maka baca dan perhalusi. Anda semua lebih bijak membuat penilaian akhir..😊

Sumber asal : sentiasapanasblogspot

Kredit : ziefenz zee

Resipi Takoyaki


Takoyaki merupakan ringan dari negara Jepun berbentuk bebola yang berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali khas takoyaki.

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1 1/2 cawan air
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit garam

Campur semua bahan dan kacau sebati.

Bahan inti :

- Isi ayam, sotong, udang, sosej yg direbus (dipotong kecil²) terlebih dahulu

- Kobis dicincang halus
Daun bawang dihiris halus

Cara memasak :

- Panaskan kuali acuan takoyaki. Jika tiada, anda boleh juga gunakan acuan kuih cara.

- Masukkan adunan tepung ke dalam acuan hingga penuh semua permukaan.

- Letakkan inti dan sayur.

- Gunakan lidi satey untuk memusingkan takoyaki.

- Buatkan separuh bulat hingga garing dan pusingkan lagi hingga menjadi bulat sepenuhnya.

- Apabila sudah garing, keluarkannya dari acuan dan letak mayonese atau sos takoyaki dan taburkan serbuk kepingan ikan (bonito) yang boleh di dapati di Pasaraya Aeon (Jusco)


Kredit : Nor Juairiah Rashid‎ 

Promosi

Babab.net