Cara membuat ikan pekasam


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat sendiri ikan pekasam. Boleh menjadi perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Tak perlu modal duit yang besar atau kedai. 

Untuk memasarkannya, terpulang pada idea anda sendiri. Anda boleh jual terus di Pasar Tani anjuran FAMA, pasar pagi atau pasar malam. Boleh juga letak di kedai makan atau kedai runcit yang hampir dengan kawasan tempat tinggal (ramai orang).

Bahan² :

- 1 kg ikan gelama atau lampam. Disiang dan dibersihkan.

- 200grm garam kasar.

- 30gram asam keping.

- 300gram beras (disangai dan dikisar). Sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Cara Membuat :

- Susun ikan dalam besen kecil, lalu taburkan garam bubuh asam keping.

- Susun ikan menjadi lapisan kedua.

- Tabur sekali lagi garam dan bubuh asam keping.

- Tutup dan biarkan tiga hari.

- Tengok ikan pd hari ke empat jika ikan sudah agak pejal dan berair, keluarkan ikan.

- Gaul ikan dengan beras sangai. Pindahkan ke balang.

- Taburkan 60 gram garam lagi. Tutupkan balang. Hari ke tujuh, insha Allah, pekasam sudah menjadi.

Related Posts:

  • Resipi Ice Cream Oreo Bahan-bahan : 2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady 2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder 1 paket biskut Oreo Cara Membuatnya : 1. Cara-cara nak buat senang sangat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dala… Read More
  • Resipi Pizza Sosej Sardin Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza… Read More
  • Resipi Apam Cornetto Bahan-bahan untuk membuat "Apam Cornetto" : 4 biji telur 2 cawan gula kastor (guna secawan pun boleh) 3 cawan tepung gandum 3/4 cawan air ais krim soda * nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette - telur, gula dan ova… Read More
  • Resipi Strawberry Crepe Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe? Bahan-bahan : -20gm tepung gandum -20gm tepung ubi -10gm tepung kastard -10gm tepung jagun… Read More
  • Resipi udang galah goreng bercili Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan