Gambar perlawanan Piala Sumbangsih musim 2011 : Selangor dan Kelantan


 
~ kredit pada TV1 yang menyiarkan siaran langsung

Masalah displin dari kalangan penonton yang hadir di stadium masih lagi tidak berubah. Dengan lontaran "objek" ke kawasan padang serta pembakaran bahan letupan, bercahaya dan bahan pengeluaran asap, fenomena berkenaan masih lagi membelenggu Liga Malaysia.  Malah, sinaran laser yang bermula semenjak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu turut kelihatan semasa perlawanan ini.

Mutu bola sepak Malaysia sekurang-kurangnya adalah juga memperlihatkan perubahan, tetapi penonton bola sepak di Malaysia masih lagi tahap kampung dan budak-budak sekolah.  Mereka ini sibuk mengutuk dan mengeji para pemain bola sepak kebangsaan Malaysia bila pasukan negara kalah, tapi sebaliknya mereka sendiri masih lagi jauh ketinggalan dari segi peradaban manusia dalam ketamadunan tahap tinggi.

Apabila melihatkan pasukan Selangor mula meningkatkan daya serangan, mulalah diganggu dengan pelbagai cara bagi menjejaskan rentak perlawanan. Ini adalah idea serta taktik busuk dari penyokong berkenaan.  Nampaknya minda mereka masih lagi kuno dan berselut. Tapi bila dah menang tu, tak adalah apa-apa kemudahan awam dan kenderaan yang dibakar.

Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia 2011 : 29/01/2011

 
~ Logo baru Liga Super ( Liga Malaysia ) musim 2011 ~


Keputusan perlawanan :

Jadual perlawanan pembuka tirai 2011 Liga Super Malaysia

Kesemua perlawanan berlangsung pukul 8:45 malam kecuali perlawanan antara Terengganu bertemu Sabah yang telah berlangsung lebih awal iaitu pada jam 4:45 petang. Kesemua keputusan perlawanan akan dikemaskini...



Persiapan skuad bola sepak Malaysia - Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 29 Jun 2011

 

Assalamualaikum...

Latihan bersama pasukan bola sepak tempatan bagi skuad bola sepak kebangsaan Malaysia sebagai persiapan untuk menghadapi pusingan kelayakkan Piala Dunia 2014 akan diadakan bermula 2 Feb 2011 hingga 10 Feb 2011, bertempat di Wisma FAM Kelana Jaya.  Perlawanan persahabatan antarabangsa pula akan diadakan pada 9 Feb 2011 bertempat di Stadium KLFA, Cheras.

Pemain-pemain yang dipilih untuk menjalani latihan dan pemilihan adalah seperti berikut :

Tawaf : syarat sah & perkara-perkara sunat.


Tawaf adalah perlakuan mengelilingi ka'abah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam dan hanya dilakukan di Masjidil Haram di Mekah.

 Syarat sah bertawaf :

  • Suci daripada hadas dan dalam keadaan berwuduk
  • suci badan / pakaian / tempat tawaf daripada najis
  • Menutup aurat seperti mana dalam sembahyang
  • Bermula daripada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf jika tawaf  Wada’  / Sunat/  Nazar
  • Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  • Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan lain
  • Cukup 7 kali keliling dengan yakin
  • Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan
Antara perkara-perkara sunat semasa Tawaf :
  • Berjalan kaki
  • Beridtiba' (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan), sunat bagi lelaki pada tawaf yang diiringi dengan saie
  • Mengucup Hajarul Aswad ketika permulaan tawaf
  • Istilam Hajarul Aswad atau melakukan isyarat tangan dengan tapak tangan ke arah Hajarul Aswad
  • Melakukan ramal (berlari-lari anak)
  • Berturut-turut mengelilingi Ka'abah sehingga tujuh pusingan
  • Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
  • Berdoa atau berzikir semasa tawaf
  • Melakukan solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai bertawaf.
~p/s: jika ada kesilapan pada mana-mana bahagian dalam penulisan saya ini saya dahului dengan memohon keampunan dari Allah SWT. Saya cuba yang terbaik dengan mengambil rujukkan dari beberapa sumber yang dirasakan boleh dipercayai.  Anda dinasihatkan berguru dengan "guru agama" yang bertauliah dan bebas dari pengaruh busuk politik.

Terkini mengenai Fairuz Selamat (bekas vokalis Q-Face dan Antz)

Youtube



Assalamualaikum...

Saya mengikuti lagu nyanyian Fairuz Selamat sejak beliau berada dalam kumpulan Q-Face.  Semasa beliau dalam kumpulan Antz, saya dah tak ikuti sangat. Pada zaman kumpulan Q-Face terdapat juga saingan dari beberapa kumpulan muzik remaja yang lain yang terkenal dengan "suara sengau" tapi vokal Fairuz Selamat ini lain dari yang sedia ada ketika itu. Suaranya yang terkini semakin baik dan mantap seiring dengan usia beliau yang mencecah 25 tahun (3 tahun muda dari saya).

Antara lagu "best" dari Q-Face nyanyian Fairus Selamat ialah "Cinta Tak Sehaluan" dan "Izinkanlah".

Pada saya, saya sukalah juga dengan vokal si Fairuz ni. Dan saya bajet tak ramai lelaki yang minat sebab suara dia ni macam "manja-manja" dan "jiwang karat", but i still like it....

Berikut adalah mesej yang dibalas oleh Fairuz Selamat pada saya melalui laman web youtube :

Piala Asia AFC Qatar 2011 : Keputusan perlawanan kumpulan A

Assalamualaikum...

Perlawanan antara Uzbekistan dan China bersiaran langsung di TV1.  Dalam separuh masa kedua, jurulatih China diarahkan oleh pengadil perlawanan untuk keluar dari kawasan bangku pemain simpanan kerana kata-katanya mengganggu perlawanan dan tugas penjaga garisan.

Tarikh Perlawanan : 16 Januari 2011

 


Pasukan Uzbekistan dan Qatar layak ke suku akhir kerana menduduki tempat pertama dan kedua peringkat kumpulan A.

Piala Asia 2011 : keputusan perlawanan Iran dan Korea Utara

Tarikh Perlawanan : 15 Januari 2011

IRAN  1    KOREA UTARA   0

 Gambar ehsan dari RTM

Dalam perlawanan yang "laju" serta penuh taktikal ini, salah satu unsur yang menarik perhatian ialah penyokong Korea Utara yang sangat-sangat berdisplin.  Mereka langsung tidak seperti sesetengah penyokong Malaysia dan kebanyakkan penyokong Indonesia.  

     
 Bandingkan keadaan penyokong Korea Utara dan penyokong Iran

Penyokong Korea Utara kesemuanya memakai kemeja dan bertali leher.  Mereka juga dikatakan apabila bertepuk tangan, mereka akan melakukannya dengan serentak.  Kebanyakkan mereka duduk semasa menyaksikan perlawanan pasukan kebangsaan negara mereka.  

Sampah sarap atau sebarang objek tidak kelihatan dibuang ke kawasan padang walaupun jarak antara tempat duduk penonton dan padang adalah sangat dekat disamping tiada longkang besar atau pagar tinggi bagi memisahkannya.  Kalaulah semasa perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lepas antara Malaysia dan Indonesia seperti ini, "botumbok lah jawab ea..."

Statistik blog - aliran trafik dari dunia siber

Assalamualaikum...

Sesekali nak juga tahu prestasi blog, terutamanya dari mana mereka datang.  Ia bersangkut-paut dengan keberkesanan "pemasaran" dan promosi blog kita ke dalam "pasaran" siber ini.  Sekaligus mempengaruhi kadar trafik ke blog masing-masing.

Berikut adalah penyata trafik blog saya dari tarikh 16 Desimber 2010 hingga 14 Januari 2011 (setakat jam 9.00pagi) :

 


Orang lain tak boleh, puak ni aje yang boleh?

Assalamualaikum...

Isu ini sudah beberapa minggu berakhir, tetapi tak ramai yang memberi ulasan yang sewajarnya, namun sebagai memberi "backup" pada "Tuan Guru", saya paparkan perbandingan yang sepatutnya dinilai dengan sebaik-baiknya oleh semua orang.  

PERHATIAN.., saya bukan pengundi yang memangkah parti "Tuan Guru".

Ada beberapa pihak.yang mempertikaikan Menteri Besar Kelantan memberi rumah pada penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang beraksi cemerlang terbilang semasa kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu.  Sehinggakan ada satu penulis (entah datangnya dari celah mana) dalam ruangan khas surat khabar arus perdana membuat komen menyindir yang membawa maksud untuk memperlekehkan dan memburukkan nama Menteri Besar tersebut.

Menteri Besar Kelantan dari Pakatan Rakyat  ketika menyampaikan hadiah pada Khairul Fahmi. 


Sebaliknya, ada juga menteri besar dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu yang memberi "kurniaan" yang agak hebat pada para pemain yang berasal atau bermain di Terengganu. Namun tiada pula sindiran atau kritikkan negatif diberikan dalam surat khabar berkenaan. Memang berat sebelah.... Kenapa ye? dacing rosak ke...?


 
Menteri Besar Terengganu dari PKMB memberi hadiah pada ENAM orang pemain skuad bola sepak Malaysia


 
Yang ini lagilah hebat, mencecah jutaan ringgit nilainya, tapi tidak adapun penulis dalam akhbar arus perdana yang nak mengutuk atau memberi reaksi negetif mengenainya...

AJL menilai lirik dan lagu (gubahan muzik), bukan hanya penyanyi


Pada mereka yang tidak "restu" keputusan AJL 25, adakah anda lebih berpengalaman dan lebih pakar dari M.Nasir selaku ketua juri?.  Kalau ya, anda pakatlah ramai-ramai dari kalangan puak anda, guna duit sendiri bikin lain punya pertandingan.  Boleh pilih artis yang anda suka...



 Assalamualaikum..

Pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu tu sememangnya dari asalnya mempertandingkan kekuatan lirik dan susunan muzik sahaja melainkan diwujudkan kategori khas seperti persembahan terbaik dan vokal terbaik.

Suara Ana taklah sedap sangat tapi dia menang sebab lirik dan lagu yang dia gubah. Dia antara penyanyi muda yang berbakat besar kerana dia mampu menjadi komposer, penulis lirik dan penyanyi. Sama juga seperti Yuna.

Kalau orang yang tak suka pertandingan yang hanya mencari pemenang "Besar" melalui lirik dan lagu, JANGAN tengok AJL TV3...  Bikin sendiri punya pertandingan.

Keputusan & kesimpulan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25 TV3

 
09 Januari 2011



Keputusan AJL 25 :

Persembahan Terbaik ( RM10 000.00 + piala ) :
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik ( RM10 000.00 + piala ) :
Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ketiga ( RM12 000.00 + piala ) :
Hafiz - Noktah Cinta

Naib Juara ( RM15 000.00 + piala ) :
Black & MUH - Drama King


Juara ( RM35 000.00 + piala ) :
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Kesimpulan (ringkasan) AJL 25 :
(berkenaan penyanyi dan ciri-ciri yang menyerlah.. bolehla..)
Yuna - Props latar yang menarik, menyatukan suasana dengan lagu yang dibawa
Tomok - Pemilihan warna pakaian dan gaya penampilan
A.P.I - Gimik peperangan dalam mesej yang terkandung dalam lagu
Shahir - Berjaya bermain dengan emosi dan lirik
Black & MUH - Vokal yang baik dan susunan muzik yang menarik
Hafiz - Vokal yang stabil dan gimik persembahan
Ana Raffali - Gimik yang "berseni"
Faizal Tahir ( dua lagu ) - Gimik persembahan yang menjemput pelakon seperti Dato' Aziz Satar dan Nor Khairiah serta lain-lain, vokal yang agak mantap dan gimik "kebasahan"
Adira - Warna pakaian dan gimik "terangkat" (diangkat sebenarnya...)
Bunk Face - Susunan dan penyampaian muzik
Black - Vokal yang terkawal
Hujan - Ermm... "sorry, no comment"
Stacy - Pakaian yang "menyelerakan", gaya ala-ala Jepun yang menampakkannya "cute" dan kombinasi warna pakaian dan tarian yang menarik

6 punca utama virus memasuki dan merosakkan sistem komputer


Assalamualaikum...

Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet.

Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang "update" (kemaskini) perisian anti virus.

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan pada rakan-rakan blogger mengenai laluan dan punca utama virus tersebar dan menjangkiti komputer :-
  
1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui "attachment" yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / "attachment".

2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak "muat turun" sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.

3.  Klik Iklan 
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai "skrip virus".  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila "cursor" tetikus berada pada pautan tersebut
 
4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda "download", pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 

5.  Melayari Laman Web Lucah 
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.

6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat "melawan" serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari...

Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu "kerja kursus" mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.

Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini "definisi virusnya" dengan kerap.  Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.

Selamat tiba tahun 2011 - suatu perubahan drastik perlu dilakukan

 

Assalamualaikum...

Tibanya tahun 2011, bermakna saya perlu menjalankan perancangan saya untuk "memformat" semula segala sistem yang ada dalam diri saya untuk menjadi yang terbaik di bumi Hang Jebat, Melaka.  Saya perlu membuat perubahan yang besar untuk saya lebih maju dalam perniagaan serta kehidupan peribadi.  Saya perlu melupakan perempuan yang telah banyak memberi kesedihan pada diri saya.

Ada yang mencadangkan bagi saya agar pada tahun baru ini saya dapat memiliki kenderaan sendiri. Ya, itu juga adalah perancangan yang amat baik namun saya masih ada lagi perkara yang lebih utama iaitu bisnes dan mencari jodoh @ teman istimewa.

Untuk bisnes dan teman istimewa telah saya jalankan usaha untuk memperbaiki dan mencari yang baru.  Pada tahun 2011 ini, jika mengikut struktur perjalanan yang dirancang, bakal dilihat penambahbaikkan serta pengembangan perniagaan ke tahap yang jauh lebih sempurna berbanding dengan tahun 2010.  Dengan menggunakan prinsip "kali ganda" pada perkhidmatan yang ditawarkan, diharap ia menjadi jawapan kepada kemajuan syarikat saya.

Soal jodoh merupakan soal kedua dalam hidup saya ketika ini.  Ya, allah SWT telah makbulkan doa saya untuk saya dapat mencari pengganti cinta saya yang telah hilang beberapa hari sebelum menjelang hari lahir saya pada 2.12.2010 yang lalu.  Tetapi usaha saya untuk mendapatkan gadis itu dan menjalinkan hubungan serius masih di peringkat cadangan dan "kertas kerja" sedang dibuat untuk dibentangkan serta dinilai oleh gadis berkeaan.  Diharap "kertas kerja" mengenai kehidupan semasa dan perancangan jangka masa panjang saya akan diterima dan dipersetujuinya.  Insya Allah, dengan kemurahan rezeki kurniaan Allah SWT.., cinta saya pada kali ini akan dimulai dengan ikatan pertunangan dan seterusnya ikatan perkahwinan. Atau juga terus sahaja kepada majlis akad nikah.

Soal membeli kenderaan jatuh pada keutamaan yang ketiga untuk tahun 2011 ini.  Saya tidak terlalu mendesak sangat untuk memilikinya.  Kerana sebagai seorang usahawan, saya perlu bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk maju dalam bidang perniagaan.  Percayalah tanpa ada memiliki kenderaan sendiri kita juga bisa mampu menjadi kaya dan juga bisa ke mana saja yang kita inginkan.  Semuanya bergantung kepada akal yang cerdas serta ketaqwaan kepada Allah SWT dan keimanan kepada Rasulullah, Muhammad SAW.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan