Selamat tiba tahun 2011 - suatu perubahan drastik perlu dilakukan

 

Assalamualaikum...

Tibanya tahun 2011, bermakna saya perlu menjalankan perancangan saya untuk "memformat" semula segala sistem yang ada dalam diri saya untuk menjadi yang terbaik di bumi Hang Jebat, Melaka.  Saya perlu membuat perubahan yang besar untuk saya lebih maju dalam perniagaan serta kehidupan peribadi.  Saya perlu melupakan perempuan yang telah banyak memberi kesedihan pada diri saya.

Ada yang mencadangkan bagi saya agar pada tahun baru ini saya dapat memiliki kenderaan sendiri. Ya, itu juga adalah perancangan yang amat baik namun saya masih ada lagi perkara yang lebih utama iaitu bisnes dan mencari jodoh @ teman istimewa.

Untuk bisnes dan teman istimewa telah saya jalankan usaha untuk memperbaiki dan mencari yang baru.  Pada tahun 2011 ini, jika mengikut struktur perjalanan yang dirancang, bakal dilihat penambahbaikkan serta pengembangan perniagaan ke tahap yang jauh lebih sempurna berbanding dengan tahun 2010.  Dengan menggunakan prinsip "kali ganda" pada perkhidmatan yang ditawarkan, diharap ia menjadi jawapan kepada kemajuan syarikat saya.

Soal jodoh merupakan soal kedua dalam hidup saya ketika ini.  Ya, allah SWT telah makbulkan doa saya untuk saya dapat mencari pengganti cinta saya yang telah hilang beberapa hari sebelum menjelang hari lahir saya pada 2.12.2010 yang lalu.  Tetapi usaha saya untuk mendapatkan gadis itu dan menjalinkan hubungan serius masih di peringkat cadangan dan "kertas kerja" sedang dibuat untuk dibentangkan serta dinilai oleh gadis berkeaan.  Diharap "kertas kerja" mengenai kehidupan semasa dan perancangan jangka masa panjang saya akan diterima dan dipersetujuinya.  Insya Allah, dengan kemurahan rezeki kurniaan Allah SWT.., cinta saya pada kali ini akan dimulai dengan ikatan pertunangan dan seterusnya ikatan perkahwinan. Atau juga terus sahaja kepada majlis akad nikah.

Soal membeli kenderaan jatuh pada keutamaan yang ketiga untuk tahun 2011 ini.  Saya tidak terlalu mendesak sangat untuk memilikinya.  Kerana sebagai seorang usahawan, saya perlu bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk maju dalam bidang perniagaan.  Percayalah tanpa ada memiliki kenderaan sendiri kita juga bisa mampu menjadi kaya dan juga bisa ke mana saja yang kita inginkan.  Semuanya bergantung kepada akal yang cerdas serta ketaqwaan kepada Allah SWT dan keimanan kepada Rasulullah, Muhammad SAW.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan