Majalah PC keluaran November 2007



Antara yang menarik pada keluaran bulan ini :

m/s 14 ~ 50 Produk Terbaik tahun 2007

m/s 44 ~ Teknik High Dynamic Range

m/s 58 ~ Mengekstrak audio MP3 dari fail video

m/s 72 ~ Mencipta menu perisian mudah alih

m/s 74 ~ Memilih CPU untuk keseimbangan PC

Koleksi buku motivasi perniagaan



Di atas ini adalah antara koleksi buku-buku yang berkaitan dengan motivasi perniagaan yang penulis miliki. Dan yang pastinya jumlah koleksi ini akan bertambah dari semasa ke semasa kerana ilmu sentiasa berkembang tanpa had masa.

Program Komuniti Usahawan Digital (PKUD)

En.Nordin

En.Zulkifli

------------------------------------------------------------------

Program Komuniti Usahawan Digital ( PKUD ) telah dilaksanakan di Pusat GIATMARA Kota Melaka. Ia berlangsung pada 3, 4 dan 10 haribulan 11 2007. Program ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer ( PJSK ) iaitu Encik Mohd. Nordin Bin Salleh serta Encik Zulkifli Bin Ahmad Nazli.

Tujuan program diadakan untuk menerangkan kepada peserta tentang asas mengenai apa yang dimaksudkan dengan komputer, bagaimana ia berfungsi, panduan membeli komputer, implikasi serangan virus dan penggunaan internet serta aplikasi-aplikasinya yang boleh diadaptasikan ke dalam senario dunia perniagaan hari ini seperti penggunaan e-mail dan laman web.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan