Tugasan di Stadium Hang Tuah, Melaka

Syukur kepada Allah kerana saya telah mendapat kepercayaan untuk membuat liputan mengenai perlawanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 yang telah bermula sejak 16/05/2009 dan berakhir pada 10/06/2009, berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Perlawanan pada malam ini adalah perlawanan kumpulan A, antara pasukan OM Sakti Tampin dan Maybank FC serta pasukan KSMCA Cheng dan Cempaka FC.

Untuk mengetahui maklumat mengenai kejohanan ini, sila lawati laman blog http://creative-sports.blogspot.com

Adakah lengkap latihan yang ada pada kursus keusahawanan?

Sepanjang pengalaman saya dari awal pembabitan saya di dunia keusahawanan yakni dari mulanya saya menyertai mana-mana kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan, boleh dikatakan tidak lengkap atau hampir lengkap. Mengapa saya berkata demikian?.
Ini kerana dari apa yang saya perolehi melalui kursus-kursus tersebut, jika dibandingkan dengan apa yang telah dan sedang saya lalui, masih ada beberapa perkara yang tidak "diajarkan" cara-cara bagi menghadapi,mengatasi atau menyelesaikan sebarang perkara yang timbul.
Salah satu contoh, sepanjang penyertaan saya dalam kursus keusahawanan, tidak adapun penceramah yang memberi penerangan atau tunjuk ajar dalam hal-hal yang berkaitan urusan dengan pihak majlis daerah ataupun majlis bandaraya.
Apa yang diajarkan, apa yang diterangkan dalam kursus-kursus keusahawanan tidak "berapa terang". Ianya tidak sepadan dengan keadaan sebenar dunia keusahawanan. Dalam dunia keusahawanan, terutamanya pada usahawan-usahawan Melayu yang baru, urusan yang berkaitan dengan pendaftaran lesen perniagaan amat penting. Usahawan baru perlu memahami dan mengetahui dokumentasi yang harus disediakan sebelum atau semasa sesuatu perniagaan itu ditubuhkan dan dijalankan.
Asingkan segala dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pada fail khas yang berlainan supaya lebih kemas dan memudahkan apabila ianya perlu dirujuk kembali. Rajin-rajinlah membaca buku-buku motivasi perniagaan dan saya sarankan pada semua usahawan-usahawan baru atau mereka yang berhasrat menjadi usahawan ( berniaga ), supaya membaca buku yang bertajuk "Berani Gagal", hasil karya Billi Lim.

Kualiti perkhidmatan Saime Sulam Enterprise

Assalamualaikum, salam sejahtera..,


Minggu lepas, pada hari jumaat, saya pergi ke kedai Saime Sulam Enterprise, yang beralamat di G-06, Plaza Usahawan (MARA), Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, untuk menyulam nama syarikat saya pada pakaian rasmi untuk perniagaan.

Seperti yang telah dijanjikan, pada hari ini saya datang ke kedai tersebut untuk mengambil baju. Tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan. Kedudukan huruf-huruf yang disulam tidak sekata, nampak ketara sengetnya. Saya meminta syarikat tersebut menyulam nama syarikat saya dengan kesemuanya menggunakan huruf besar. Tetapi tidak semua huruf besar itu sama saiznya.

Saya pergi ke kedai yang diuruskan oleh Suhaimin Bin Jaafar itu atas cadangan Barkay Sports Centre. Saya mencuba dengan sehelai baju terlebih dahulu, untuk melihat kualiti kerja yang dibuat, tetapi mengecewakan. Saya sudah berikan maklumat yang diperlukan untuk beliau menyudahkan sulaman nama tersebut. Jika tidak memahami maklumat tersebut, boleh hubungi saya, tetapi beliau langsung tidak ada menghubungi saya untuk membuat sebarang pertanyaan mahupun pemastian.

Jika kerja menyulam nama pada sehelai baju tidak dapat dibuat dengan sungguh-sungguh dan "cantik", bagaimana pula dengan jumlah baju yang lebih banyak?. Agaknya lagilah kelam-kabut... Dengan kualiti kerja yang seperti ini, ia boleh menjejaskan nama sesebuah syarikat.

Saya dah takut nak berurusan dengan kedai tersebut. Masuk saja dalam kedai tu, saya tidak disambut dengan senyuman, sebaliknya dengan muka masam, terutamanya pekerjanya yang boleh dikategorikan sebagai "masam pahit". Bibir mereka itu seperti sudah kerosakan urat saraf, sampai tidak boleh bersenyum lagi...( agaknyalah...). Jika kualiti sulaman itu tidak berapa cantik, tetapi saya dilayan dengan muka yang senyum, nada suara yang berpatutan dan kelihatan kesungguhan berurus niaga di wajah mereka, nescaya saya akan sedikit "sejuk hati"...

Kualiti kerja Saime Sulam Enterprise tidak sepadan dengan penerangan yang ada pada kad bisnesnya iaitu "pakar sulaman berkomputer..."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan