Adakah lengkap latihan yang ada pada kursus keusahawanan?
By Admin at 10:35:00 pm
Sepanjang pengalaman saya dari awal pembabitan saya di dunia keusahawanan yakni dari mulanya saya menyertai mana-mana kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan, boleh dikatakan tidak lengkap atau hampir lengkap. Mengapa saya berkata demikian?. Ini kerana dari apa yang saya perolehi melalui kursus-kursus tersebut, jika dibandingkan dengan apa yang telah dan sedang saya lalui, masih ada beberapa perkara yang tidak "diajarkan" cara-cara bagi menghadapi,mengatasi atau menyelesaikan sebarang perkara yang timbul. Salah satu contoh, sepanjang penyertaan saya dalam kursus keusahawanan, tidak adapun penceramah yang memberi penerangan atau tunjuk ajar dalam hal-hal yang berkaitan urusan dengan pihak majlis daerah ataupun majlis bandaraya. Apa yang diajarkan, apa yang diterangkan dalam kursus-kursus keusahawanan tidak "berapa terang". Ianya tidak sepadan dengan keadaan sebenar dunia keusahawanan. Dalam dunia keusahawanan, terutamanya pada usahawan-usahawan Melayu yang baru, urusan yang berkaitan dengan pendaftaran lesen perniagaan amat penting. Usahawan baru perlu memahami dan mengetahui dokumentasi yang harus disediakan sebelum atau semasa sesuatu perniagaan itu ditubuhkan dan dijalankan. Asingkan segala dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pada fail khas yang berlainan supaya lebih kemas dan memudahkan apabila ianya perlu dirujuk kembali. Rajin-rajinlah membaca buku-buku motivasi perniagaan dan saya sarankan pada semua usahawan-usahawan baru atau mereka yang berhasrat menjadi usahawan ( berniaga ), supaya membaca buku yang bertajuk "Berani Gagal", hasil karya Billi Lim.
Related Posts:
Bercumbuan beramai-ramai di kenduri rumah bos Gambar hiasan Dipendekkan cerita, sila ikuti dialog antara dua orang sahabat yang salah seorang daripadanya menceritakan pengalaman mengalami percumbuan bos dan isteri bos... Misha: Kau pergi tak?Ida: Pe… Read More
Cara Solat Sunat Dhua Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan… Read More
Teguran TMJ kepada Menteri Belia Dan Sukan, FAM serta persatuan bola sepak Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh TMJ, yang diterbitkan pada akaun Facebook Johor Southern Tigers : KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH Saya tidak b… Read More
Raja Kondom Dunia Ada Di Malaysia? Raja Kondom, GOH SIANG memiliki KILANG KONDOM TERBESAR di dunia terletak di Pontian, Johor.Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah… Read More
Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa. Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk mel… Read More