Malaysia melarang kapal dari Israel berlabuh di mana-mana tempat di Malaysia

 

Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia pada 20 Disember 2023 mengenai kapal penghantaran barangan yang berpangkalan di Israel :

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM



Pemergian Dato' Muhammad Daud bin Kilau

 

BAGAN DATOH, 18 Disember - Penyanyi legenda, Datuk Dato' Muhammad Daud bin Kilau ( M. Daud Kilau ) meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada pukul 4.46 petang.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, berusia 52 tahun yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Menurut Zaini, ayahnya dimasukkan ke hospital selepas keadaannya tidak stabil akibat penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.

Awalnya, doktor mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki Allahyarham namun terbatal kerana tekanan darah tidak stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak, pada 19 Disember 2023.

Keputusan Liga Super : 17 Disember 2023

 

Empat perlawanan terakhir Liga Super berlangsung pada tarikh 17 Disember 2023 yang melibatkan pasukan NSFC bertemu Kuching City FC, Sabah FC bertemu KDA FC, Selangor FC menentang PDRM FC serta Terengganu FC bertemu Perak FC.

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


🏟️ Stadium Tuanku Abdul Rahman (9.00 malam)

NSFC FC 1 - 4 Kuching City FC

4'   Muhammad Shahrel Fikri ( NSFC )
44' Bruno Dybal ( Kuching City FC )
48' Yuki Tanigawa ( Kuching City FC )
55' Pedro Henrique ( Kuching City FC )
73' Bruno Dybal ( Kuching City FC )


🏟️ Stadium Likas (9.00 malam)

Sabah FC 2 - 0 KDA FC

7'    Irfan Fazail ( Sabah FC )
42'  Ramon ( Sabah FC )



🏟️ Stadium MBPJ (9.00 malam)

Selangor FC 3 - 1 PDRM FC

36'  Faisal Halim [ penalti ] ( Selangor FC )
45'  Brendan Seng Ling Gan ( Selangor FC )
71'  Fadi Mahmoud Awad Saleh ( PDRM FC )
88'  Richmond Boakye ( Selangor FC )


🏟️ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (9.00 malam)

Terengganu FC 3 - 0 Perak FC

7'    Ivan Mamut ( Terengganu FC )
17'  Engku Muhammad Nur Shakir ( Terengganu FC )
81'  Nor Hakim ( Terengganu FC )



Ibnor Riza bin Ibrahim meninggal dunia

 


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali 🤲🏻

Salam takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi popular era 1980-an, Allahyarham Ibnor Riza. Beliau meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), pada jam 3.30 petang, 17 Disember 2023.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama. 

Pada 16 Disember 2023, beliau dilaporkan kritikal dan masih ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember 2023.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin🤲🏻

#ibnorriza

Keputusan Liga Super : 16 Disember 2023

 
Tiga perlawanan berlangsung pada tarikh 16 Disember 2023 yang melibatka  pasukan JDT bertemu Penang FC, Kelantan FC bertemu Kelantan United serta KL City FC bertemu Sri Pahang FC.

Perlawanan antara JDT dan Penang FC diadakan lebih awal iaitu pada pukul 5.30 petang. Perlawanan lain berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN  PERLAWANAN


🏟️ Stadium Sultan Ibrahim (5.30 petang)

JDT 8 - 0 Penang FC

5'         Arif Aiman [ JDT ]
17'       Bergson da Silva [ JDT ]
33'       Bergson da Silva [ JDT ]
41'       Muhammad Akhyar Abdul Rashid [ JDT ]
43'       Heberty [ JDT ]
47'       Arif Aiman [ JDT ]
52'       Arif Aiman [ JDT ]
90'+6'  Arif Aiman [ JDT ]


🏟️ Stadium Sultan Mohammad IV (9.00 malam)

Kelantan FC 2 - 6 Kelantan United 

13'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
26'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
29'         Hafiy Haikal [ Kelantan United ]
49'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
60'         Ismahil Akinade [ Kelantan United ]
75'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
90' + 2'  Royizzat Daud [ Kelantan United ]
90' + 4'  Indra Putra Mahayuddin [ Kelantan United ]


🏟️ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (9.00 malam)

KL City FC 0 - 0 Sri Pahang FC



Keputusan perlawanan Akhir Piala Malaysia : 8 Disember 2023

 

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada hari Jumaat, 8 Disember 2023, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT 3 - 1 Terengganu FC
6'         Bergson da Silva ( JDT )
21'       Ivan Mamut ( Terengganu FC )
73'       Feroz Baharudin ( JDT )
90'+4'  Arif Aiman ( JDT )


#pialamalaysia2023 #malaysiacup

Urusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di UTC Melaka


Khusus untuk orang Melaka terutamanya di sekitar Banda Melaka dan kawasan Ayer Keroh yang ada urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Nak pergi JPJ Bukit Katil tapi ramai orang. Apa kata anda pergi ke JPJ Cawangan UTC Melaka 🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♂️. 


Dibuka setiap hari. Pada hari Isnin hingga Jumaat kaunter dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.30 malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, kaunter dibuka dari 8:00 pagi hingga 4:30 petang.


📌 Antara senarai urusan yang ditawarkan di JPJ UTC 
MELAKA adalah seperti berikut :






#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaRESPONSIVE
#MalaysiaMadani
#VisitMelaka2024
#UTCMelaka

Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat ketika berbelanja dengan eMADANI


Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Berikut merupakan aktiviti yang tidak boleh dibuat oleh penerima kredit eMADANI :

* Pemindahan ‘peer-to-peer’
* Penebusan tunai
* Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
* Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, iaitu MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.


Kesimpulan

• eMadani boleh digunakan untuk membeli barangan secara fizikal di kedai yang ada menggunakan kod QR bagi urusan pembayaran.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan