Pemergian Dato' Muhammad Daud bin Kilau

 

BAGAN DATOH, 18 Disember - Penyanyi legenda, Datuk Dato' Muhammad Daud bin Kilau ( M. Daud Kilau ) meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada pukul 4.46 petang.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, berusia 52 tahun yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Menurut Zaini, ayahnya dimasukkan ke hospital selepas keadaannya tidak stabil akibat penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.

Awalnya, doktor mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki Allahyarham namun terbatal kerana tekanan darah tidak stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak, pada 19 Disember 2023.

Related Posts:

  • Siapa si Biden ni?CALON Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.Memetik laporan… Read More
  • Piala Malaysia : 8 November 2020 Dua perlawanan berlangsung pada 8 November 2020, 9.00 malam yang melibatkan pertembungan antara Selangor menentang Melaka United serta UiTM bertemu Kelantan.KEPUTUSAN PENUH PERLAWANANSelangor 2 - 1 Melaka Unit… Read More
  • Piala Malaysia : 6 November 2020 Tiga perlawanan Piala Malaysia (format kalah mati) berlangsung pada 6 November 2020  yang melibatkan perlawanan JDT dengan Kuching City FC, Kedah dengan Pahang serta Pulau Pinang dengan Felda United.KEPUTUSAN PENUH… Read More
  • Dari berkerja di atas awan kini berniaga bawah pokok Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak kepada seluruh penduduk dunia terutamanya dari segi ekonomi. ‘Serangan’ virus itu melumpuhkan pelbagai sektor termasuk sektor penerbangan yang terpaksa menamatkan perkhidmatan pe… Read More
  • Piala Malaysia : 7 November 2020 Dua perlawanan berlangsung pada 7 November 2020, 9.00 malam yang melibatkan pertembungan antara Perak menentang Kelantan United serta Terengganu menentang Petaling Jaya City FC.KEPUTUSAN PENUH PERLAWANANPerak 4 - 0… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan