Ribut Di tapak Pasar Tani UTC, Melaka (6 September 2012)

 

Di atas ini merupakan salah satu gambar yang sempat diambil selepas kejadian ribut berlaku di tapak Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah, Melaka...

Kejadian berlaku semalam ( 6 September 2012 ), bermula sekitar 10.30 malam dengan langit mendung beserta angin kencang yang belum pernah berlaku di kawasan ini.  Semasa kejadian berlaku, hanya ada 5 orang yang berada di tapak Pasar Tani UTC, Melaka iaitu empat orang peniaga (termasuk saya) dan seorang urus-setia.

 
 

Kami yang berada di tempat kejadian berusaha menyelamatkan barang-barang niaga masing-masing dan rakan-rakan seperniagaan kami.  Ribut seperti ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah kewujudan pasar tani di Jalan Hang Tuah, Melaka ini.

Gerai yang dimiliki oleh Tuan Guru S.B Afeid Haji Buang, iaitu Yang Di Pertua SIKUME (Silat Kunci Melayu Melaka), yang berdekatan dengan gerai saya mengalami kerosakan yang serius, namun beliau sempat menyelamatan barang-barang niaganya.  Khemah urus setia juga mengalami kerosakan.  Namun saya dan urus setia sempat menyelamatkan peralatan audio / video milik FAMA Negeri Melaka.


** sederet gerai yang berhadapan dengan gerai saya habis rosak, namun syukur pada Allah SWT, gerai saya dan gerai-gerai lain yang sederet dengan gerai saya tidak mengalami kerosakan yang serius...

Saya berada di dalam gerai saya semasa ribut itu merosakan deretan gerai hadapan itu...

Promosi

Babab.net