Tukang Kasut : Kerja nampak kecil, Pendapatan besar


Rezeki adalah perkara yang subjektif.  Datangnya boleh dari pelbagai arah yang mungkin tidak disangka.  Rezeki dalam perniagaan juga mempunyai perspektif berbeza bergantung pada pengalaman dan ilmu seseorang.

Ada yang menganggap nak lebih kaya, lebih memiliki harga ialah dengan menjalankan perniagaan yang memiliki premis yang besar, bergaya dan bisnes yang "glamour". Lantaran itu perniagaan kecil-kecilan terutamanya menjaja di tepi jalan atau premis yang kecil dipandang sepi.

Namun cerita dan video yang ingin saya kongsikan di bawah ini merupakan salah satu bukti nyata bahawa rezeki untuk hidup mewah dan rasa senang serta mencukupi itu TIDAK SEMESTINYA datang dari bisnes yang bermodalkan puluhan atau jutaan ringgit.  Rezeki adalah milik Allah SWT.  Hanya padaNya jualah tempat kita meminta dan bergantung harap setelah berusaha.


Saya Tukang Kasut

SEORANG lelaki mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isteri, hanya dengan mengumpul pendapatannya hasil membaiki kasut.

Jamaluddin Hamdan, 49, dari Kuching, Sarawak bekerja sebagai tukang kasut di RH Plaza yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Kuching.

Bermula sekadar hobi, namun lama-kelamaan ia menjadi minat dan mendatangkan hasil lumayan bagi dirinya dan keluarga.

Menurut Jamaluddin kepada sebuah portal, niatnya hanya mahu membantu orang lain di samping mencari pendapatan untuk diri sendiri.

“Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang selepas tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mendatangkan pendapatan.

“Kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut terutama jenama mahal rosak sikit takkanlah nak buang,” katanya.

Tambahnya, sesetengah hobi tidak mendatangkan pendapatan namun sebaliknya pula dengan membaiki kasut.

Walaupun sudah lapan tahun menjadi tukang kasut, satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan olehnya ialah solat Dhuha selain lima solat yang wajib.

“Rezeki Allah yang bagi jadi jangan tinggal solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor, mohon agar rezeki dimurahkan.

“Kerja macam mana pun kalau tak solat rezeki yang diperoleh tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu. Yang penting mohon pada yang Esa dan jangan sombong serta bongkak,” katanya lagi.

Jamaluddin tidak menafikan bahawa ramai beranggapan pekerjaan sebagai tukang kasut selalu dipandang remeh tetapi baginya sumber yang halal itu lebih penting.

“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe, rata-rata tak nak kerja kotor macam ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

video

Resipi Nasi Beriani


Bahan A:
1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
100 gm daun pudina (dipotong kasar)
100 gm daun ketumbar
1 liter air
1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
4 sb. minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
garam secukup rasa
1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan B:- (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris halus)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj. buah pelaga
daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Benarkah Anwar Ibrahim 'menikam' hakim?




Ya, ia kisah yang benar tetapi Dato' Seri Anwar Ibrahim menikam lima hakim dengan ucapan yang pedas dan tepat.  Kalau hakim ini berhati batu, tiada sifat insan, tak tahulah apa nak jadi...

Berikut adalah ucapan beliau semasa di dalam mahkamah :

"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelik ini – insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia.

Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman.
Kalian menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukar ganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat.

Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan.

Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik. Mahasiswa undang-undang dan kalangan profesor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus.

Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif?

Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat negara ini Saya berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat. Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. Allah SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"



Manfaat dan Kelebihan ONEXOX

 


Assalamualaikum (salam sejahtera)...

"Ringkasan penerangan mengenai One XOX (atau biasa ditulis dengan "ONEXOX") bagi mereka yang belum mengenali One XOX :

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera  dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri...."

Saya telah menjadi authorised dealer ONEXOX sejak 22 September 2015. Saya telah menjadi pengguna terlebih dahulu sebelum saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan telekomunikasi dengan ONEXOX.  Caj panggilan dan sms ONEXOX adalah rendah dan membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan harian prepaid.

Berikut adalah kelebihan serta manfaat penggunaan prabayar (prepaid) dari ONEXOX :

service 1
Murah Hanya dengan RM10 anda telah mampu meraih penjimatan berganda.

service 2
Flexi Akaun 2 dalam 1 Dengan Akaun Dedikasi dan Akaun Utama anda boleh merancang dan memaksimumkan penjimatan.

service 3
Short Call (Voicemail) Caj panggilan terendah dipasaran. Hanya 5sen ke semua rangkaian untuk panggilan bawah 10 saat.

service 4
1800 SMS PERCUMA 150 SMS Percuma sebulan (1800/setahun) ke sama rangkaian dan boleh dianjak kehadapan.

service 5
Kadar Istimewa FnF (Family and Friends)
Anda boleh menyenaraikan 10 nombor FnF dari Semua Rangkaian termasuk Fix Line untuk kadar caj istimewa!!

service 6
Tempoh Sah Kredit 28 Bulan Kekalkan nombor anda dan atau beli nombor baru nikmati tempoh sah kredit 2 tahun 4 bulan secara automatik.

service 7
Insentif User-Get-User Syarikat memperuntukkan sehingga 6% dari penggunaan rakan yang anda perkenalkan kepada peserta UGU.

service 8
Full Internet Speed Internet full speed sepanjang langganan dan tiada caj Pay Per Use yang mengambil kredit anda apabila kuota bandwidth tamat.

service 9
Peluang Kerjaya Laluan sebagai Pengedar Rasmi dan berpotensi menjana income pasif sehingga 21% dari penjualan kasar syarikat.


Sekiranya berminat untuk bertukar prabayar anda kepada cap ONEXOX, hubungi saya :

Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim 
(Authorised Dealer - DYSD21131)
No.tel : 0l231237O5
(Melaka)

Video ucapan syahadah remaja berbangsa Philippines di Program Grand Finale Dr Zakir Naik


Di bawah adalah video yang merakamkan seorang remaja berumur 19 tahun, bernama Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman beberapa hari yang lepas.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, Offshore Engineering Ranaco. Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah, 3 kul dan Kursi sejak berumur 13 tahun.


video



*Sumber dari PAS Putrajaya

Rupa Suspek Cubaan Bunuh Komando Sungai Udang, Melaka

 

Polis Melaka dikatakan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang anggota komando ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

 
Wajah terkini mangsa yang sedang dirawat. Manga akan di bawa dari 
Hospital Alor Gajah ke Hospital Besar Melaka.
 
Pada masa sama, Shaikh Abdul Adzis meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis.

Akhbar hari ini melaporkan anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang di sini ditemui dalam sungai itu dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Mangsa dilaporkan ditemui penduduk kampung dalam sungai itu dan berjaya diselamatkan mereka yang kemudian menghubungi polis. Menurut sumber, di bawah adalah wajah dalang yang terlibat dalam memukul Komando di Sungai Timun :



Auto-Blogger Malaysia

http://fazroliqbal.blogspot.my/2016/03/segmen-auto-blogger-malaysia.html 

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak aktif berblog dan join apa-apa segmen seperti ini.  Namun hari ini tergerak hati nak sertai segmen Auto-Blogger Malaysia yang dibuat oleh pemilik blog Fazrolfairytalesland.

Antara manfaat yang diperolehi dengan menyertai segmen seperti ini ialah meningkatkan "backlink" yang baik untuk trafik ke blog dan juga membentuk komuniti blogger di Malaysia.

Bagi para blogger yang berminat untuk sertai, boleh klik gambar di atas. Masih sempat lagi untuk join. Esok ( 20 April 2016 ) tarikh tamatnya.

Sedaukan diri sebelum mengundi



Tanpa diketahui siapa pengarah video pendek ini, namun mesej yang disampaikan sangat jelas untuk kesedaran bakal pengundi agar lebih sedar, peka dan prihatin terhadap isu yang sedang berlaku di dalam negara. Video ini dipercayai disasarkan kepada pengundi muda.

anda tonton dan nilaikan sendiri kebenaran dalam mesej yang disampaikan.

Klik video di bawah :


Lima Fakta Terkini Berkaitan Johor Darul Ta'zim


Berikut merupakan fakta terkini berkaitan dengan JDT dalam dunia bola sepak :

• JDT merupakan pasukan pertama peringkat kumpulan dalam Piala AFC 2016 yang mengumpul 12 mata setakat ini sekaligus menjadi pasukan pertama telah layak ke pusingan seterusnya.

• Pemain JDT telah menjaringkan 44 gol sepanjang 16 perlawanan dan hanya dibolosi 10 gol setakat ini.

• S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan, Marcos Antonio dan Jorge Pereyra Díaz telah beraksi di atas padang lebih dari 1000 minit.

• Meskipun mempunyai jadual yang padat pada bulan April, JDT masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dan hanya seri dua perlawanan.

• 21 gol dijaringkan oleh pemain import manakala 23 gol pula dijaringkan oleh pemain tempatan.

Raja Kondom Dunia Ada Di Malaysia?






Raja Kondom, GOH SIANG memiliki KILANG KONDOM TERBESAR di dunia terletak di Pontian, Johor.

Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah terletak di Pontian, Johor. Karex, pengeluar kondom beberapa jenama antarabangsa dan jenama mereka sendiri, Carex, kini adalah penyumbang lebih 15 peratus dalam pasaran kondom dunia dengan menghasilkan lebih 10 juta kondom sehari. Purata pendapat mereka saja lebih RM200 juta setahun!

Selain di Pontian, Karex kini ada dua buah kilang lagi iaitu di Port Kilang dan Hatyai, Thailand. Dengan besarnya jumlah kondom dan keuntungan yang mereka peroleh, Goh Siang kini dikenali sebagai Raja Kondom Dunia dan telah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan harta lebih RM860 juta!

Segalanya bermula pada tahun 1988 apabila bapanya, Huang Chiat membuka kilang pertama mereka dengan menggunakan nama Banrub. Syarikat ini mencatatkan keuntungan besar daripada pelanggan mereka di benua Asia dan Afrika. Di Asia kerana populasinya yang besar manakala Afrika kerana di sanalah banyak berlaku epidemik HIV/AIDS. Turut menyumbang kepada kejayaan syarikat ini bila kerajaan China memperkenalkan polisi satu keluarga hanya satu anak. Hampir separuh daripada kondom yang dihasilkan oleh mereka dibeli oleh agensi-agensi antarabangsa untuk diedarkan secara percuma pada golongan miskin.

Nak tahu besar tak besar kilang Karex di Pontian ini, mereka ada 1,000 orang pekerja, beroperasi 24 jam sehari di kilang yang luasnya 3.4 hektar dan membekalkan kondom kepada 100 buah negara di seluruh dunia!

Carex juga telah mempelbagaikan produknya termasuk menghasilkan kondom pelbagai warna, kondom berperisa, cecair/ lubricant dan bagi menembusi pasaran Eropah, mereka dah menghasilkan kondom 'glow in the dark' yang bercahaya ala-ala Star Wars!

Dengan kegigihan syarikat ini dalam menggunakan 'kesempatan' pertambahan penyebaran penyakit berjangkit, mengandung tanpa nikah dan sebagainya, Karex dijangka akan terus kekal sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dan Goh Siang akan terus kekal sebagai Raja Kondom Dunia dalam dekad yang akan datang!

Teguran TMJ kepada Menteri Belia Dan Sukan, FAM serta persatuan bola sepak


Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh TMJ, yang diterbitkan pada akaun Facebook Johor Southern Tigers :


KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini. Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab. Saya berikan anda contoh berdasarkan fakta dan rekod daripada pasukan teknikal kelab kami. Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan. Mengapa? Tanya diri sendiri dan lakukan penyelidikan sendiri. Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Saya sudah memberitahu anda semua banyak kali bahawa kita semua perlu duduk dan berbincang apakah cara terbaik untuk kita meningkatkan pasukan kebangsaan kita dan bolasepak di negara ini. Tetapi semua orang lebih mementingkan  poket mereka sendiri dan sudah terlalu selesa. Tiada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang bolasepak kita. Anda sebagai menteri perlu mengadakan mesyuarat dan memastikan FAM dan kelab-kelab yang mengambil bahagian agar memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan lagi sukan bolasepak. Pertama, FAM perlu memberikan lebih hak penyiaran kepada semua pasukan yang bertanding di Malaysia dan tidak menyimpan sebahagian daripada hasil tersebut untuk diri mereka sendiri. Kedua, FAM perlu konsisten dalam membuat segala keputusan mereka. Ketiga, mereka perlu menggunakan kepakaran asing dan tidak terlalu sombong demi kebaikan mereka. Akhir sekali, melaksanakan program pembangunan belia  dan mewajibkannya kepada semua kelab-kelab di Malaysia.

Tanggungjawab, integriti dan perpaduan akan membawa kita ke arah kejayaan. Bukan sentiasa memberi alasan. Kita boleh menyalahkan pemain, kelab, FAM, penyokong tetapi itu tidak menyelesaikan apa-apa. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan kami telah pun melakukan cara sedemikian. Sekarang saya telah berikan langkah penyelesaian yang mungkin dapat membantu memperbaiki bolasepak negara kita. Kita tidak harus hanya bergantung semata-mata kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN). PPBN adalah baik, tetapi sewaktu kita membina asas untuk masa hadapan, kita juga perlu memberikan tumpuan dalam  memperbaiki masalah yang kita ada hari ini.

Jika kita semua tidak memperbaikinya sekarang, ia akan terus menjadi masalah untuk masa hadapan. Kita semua bertanggungjawab atas kegagalan bolasepak negara kita. Sekarang kita mempunyai pilihan. Untuk membaikinya atau membiarkannya. Pilihan terpulang kepada anda. Saya hanya berkongsi pendapat ikhlas saya untuk negara kita. Ini adalah apa yang penyokong bola sepak di negara ini mahu. Demi rakyat Malaysia yang sayangkan bolasepak dan pasukan kebangsaan, saya ada satu nasihat untuk Menteri Belia dan Sukan, FAM dan Persatuan Bola Sepak. Nasihat saya kepada anda adalah, berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Berikan apa yang mereka mahu. Ini kerana jika anda tidak mempunyai apa-apa kebolehan untuk memperbaiki sistem Zaman Batu ini dan jika anda tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk membawa perubahan yang positif, maka anda tidak patut duduk di mana anda berada sekarang.

Kita mahu orang orang yang boleh menyumbang kepada bolasepak negara kita. Kita perlukan aset, bukan liabiliti. Kepada mereka yang hanya tahu bagaimana memakai sut tetapi tidak berupaya untuk melaksanakan apa-apa. Sila berundur sekarang. Masa adalah emas. Akhir sekali, mengapa saya mengambil berat? Bolasepak bukan sumber pendapatan saya. Saya boleh berada di mana-mana saya mahu di dunia ini dan menikmati kehidupan saya, tetapi mengapa saya ada di sini menyuarakan mengenai bolasepak atau politik? Ia adalah kerana saya berkhidmat kepada rakyat. Tanggungjawab saya adalah untuk mendengar suara mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk "orang besar" di Negara ini untuk melakukan perkara yang sama kerana ini adalah rumah kita. Jika ianya kotor, ia adalah tanggungjawab kita untuk membersihkannya. Hentikan mencari alasan.

Dan sebelum saya lupa, dalam hal RM100 juta hilang dari KBS, saya akan amat berbesar hati jika anda boleh menderma seberapa yang ada untuk JDT. Itupun jika masih ada baki. Terima kasih diucapkan kepada "orang-orang besar dan penting" Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Promosi

Babab.net