Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca"


Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat tertentu yang menjalankan program pengiklanan di internet, sebenarnya telah memberi peluang kepada para pengguna komputer dan internet meraih potensi pendapatan yang tiada hadnya.

Selain dari kemampuan program pengiklanan ini menjana pendapatan, para usahawan pengiklanan atau affiliate memerlukan satu kelompok pengkalan data pengguna internet sebagai sasaran mereka untuk membuat promosi secara konsisten. Maksudnya mereka akan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengumpulkan para pelawat laman web dan blog mereka ke dalam satu senarai khas bagi tujuan promosi ini. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan laman web sosial seperti Facebook.

Teknik gabungan Facebook, blog/laman web dan skrip aturcara "like" telah digunakan bagi tujuan ini.  Pemilik laman web atau blog mengambil kesempatan di atas minat para pelawat ke atas informasi yang mereka tawarkan dengan meletak syarat supaya para pelawat mengklik butang "like facebook" sebelum meneruskan pembacaan.

Melalui pemerhatian saya, terdapat lebih dari dua jenis atau jenama skrip automatik seperti ini dan ada antaranya menetapkan jika pengguna tidak mahu mengklik butang "like facebook", mereka perlu menunggu dalam beberapa waktu sebelum artikel yang diinginkan dapat dibaca. Ada yang perlu menunggu sekejap ada pula yang perlu menunggu beratus-ratus saat.  Dan jika mereka klik ke artikel lain, tanpa mengklik butang "like facebook" sebelum ini, mereka masih perlu sekali lagi menunggu beratus-ratus saat sebelum ianya dipaparkan.

Ini adakalanya merimaskan pengguna internet dan pelawat.  Jika individu yang membuat teknik seperti ini adalah dari kalangan mereka yang telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti Chef Li (penulis buku Jutawan Senyap) dan Irfan Khairi (penulis buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar), pasti para pelawat tiada keberatan untuk mengkliknya.  Namun jika hanya "insan biasa" dan informasi yang ditawarkan di blog hanyalah berkisarkan tentang hiburan dan bahan kurang ilmiahnya, jangan bermimpi untuk menggunakan teknik ini, tak kena cara akan dapat sumpah seranah seperti di bawah ini  :


Contoh salah seorang blogger yang dapat "free" sumpah seranah dari pelawat

Namun bagi para blogger yang menggunakan teknik seperti ini, adalah sama seperti seorang pendesak. Tiap teknik ada pro dan kontra namun untuk lebih mewujudkan suasana harmoni, para blogger atau mereka yang memasang skrip seperti ini disarankan meletakkan lebih pilihan kepada pelawat dengan meletakkan butang "x" pada tetingkap skrip berkenaan atau mengurangkan masa menunggu kepada jumlah yang tidak menjenuhkan untuk menunggunya.

Salah satu contoh skrip yang digunakan. Tiada butang "x" diletakkan pada tetingkap

Kecoh Stacy sudah bersyahadah, ye ke?

 

Gempar apabila dikhabarkan juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Difahamkan dalam sebuah blog, Stacy telah  memeluk agama Islam kerana tertarik melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu.  Cerita ini tersebar dan menjadi buah mulut dan perhatian para wartawan.

Namun, selepas meneliti dan membaca beberapa artikel, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah gadis yang nama sebenarnya ialah Stelly. Nama asal Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam.

Penawar penyakit Diabetis dibongkarkan


Walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan benar seperti janji Allah SWT, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". 

Untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah seperti berikut :
  • Ambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air.
  • Air dimasukan secukupnya, tidak terlalu banyak, kerana jika tomato bersaiz besar ia menjadi banyak dan kemungkinan sukar untuk dihabiskan).
  • Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan sukar untuk diminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan.

Ejen Jualan untuk Web Hosting, Streamyx & Unifi (Freelance / Full Time)

 
TMBIZ NETWORK adalah syarikat perundingan perkhidmatan IT yang menawarkan pelbagai perkhidmatan Hosting dan STREAMYX / UNIFI. Bermula dari perundingan strategi yang betul untuk melaksanakan melalui produk untuk semua pengguna peribadi atau perniagaan. TMBIZ NETWORK sedang mencari Freelance / Part Time / Full Time ejen atau penjual semula (reseller) dari setiap negeri di Malaysia.

Tanggungjawab Agen:
 
• NETWORK MANAGEMENT SYSTEM iaitu anda boleh merekrut dan menguruskan downline anda atau prospek (pelanggan) perniagaan.
 
• Sehingga 3 peringkat downline program bonus insentif.
 
• OVERRIDING COMMISSION SYSTEM utama di mana anda boleh mendapat komisen utama dari downline anda.
 
Reseller boleh menguruskan aplikasi sendiri dan mendapatkan alat yang berguna & pautan melalui portal pengurusan penjual semula.
 
Real time updating, di mana anda boleh melihat status terkini permohonan dalam masa nyata.
 
Kadar komisen tinggi, purata RM100 kepada RM200 bagi setiap urusniaga atau lebih.
 
Mendapat komisen tahunan. (terma & syarat dikenakan)
 
Waktu kerja fleksibel, tiada kuota & sasaran jualan diperlukan.
 

Pendaftaran untuk menjadi agen reseller adalah melalui laman web.  Sila sediakan salinan kad pengenalan. Bahagian depan dan belakang kad pengenalan hendaklah berada dalam satu muka, buat "scan" (imbasan) serta jadinya imej scan berkenaan dalam format "jpg"

Sila klik "PENDAFTARAN" di bawah ini untuk melayari laman web pendaftaran ejen :

NJOI : siaran TV setelit prabayar di Malaysia


Sebelum ini ada sebuah syarikat perkhidmatan TV satelit kedua di Malaysia selepas Astro.  Ia juga mempunyai fungsi menarik dan setara dengan Astro, namun kini syarikat berkenaan tidak meneruskan segmen pernigaan berkenaan dan meneruskan bisnes mereka dalam bidang penerbitan isi kandungan penyiaran.  

Namun kini anda mempunyai satu pilihan tambahan selain siaran Astro iaitu NJOI.  Walaupun ianya hanyalah merupakan sebahagian cabang perniagaan Astro, tetapi ia mempunyai keunikkan yang tiada dalam langganan Astro.  Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan bayaran secara prabayar. Dengan Prabayar Njoi, anda boleh menikmati pelbagai saluran premium mengikut keselesaan anda bermula dari hanya RM2 untuk 2 hari.

Dilancarkan pada Disember 2011, Njoi ialah perkhidmatan satelit TV " percuma" yang pertama di Malaysia. Njoi memberikan penonton Malaysia akses kepada siaran pendidikan, informasi dan hiburan yang berkualiti termasuk sukan dan muzik melalui 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa caj bulanan.

Njoi boleh didapati pada harga RM308 untuk sekali pembayaran di mana-mana pengedar Njoi yang sah dan RM100 dikenakan untuk caj pemasangan. Pelanggan akan menerima:

a) 1 Decoder NJOI
b) 1 Unit Alat Kawalan Jauh
c) 1 Unit piring satelit luar-rumah
d) 1 Kad Pintar
e) Prabayar Njoi (bernilai RM40 ** )
 
**Saluran premium Prabayar Njoi (bernilai RM40) untuk menonton rancangan-rancangan HEBAT!
** Semua baucar prabayar akan diaktifkan dalam masa 48 jam selepas akaun NJOI diaktifkan.

Pakej Njoi mengandungi dekoder, satelit, kad pintar dan alat kawalan jauh. Njoi memberi hiburan, informasi dan rancangan pembelajaran yang berkualiti tinggi. 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa yuran bulanan.
Saluran-saluran Njoi adalah dari Astro, saluran pembelajaran berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR, dan SPM. Saluran hiburan seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, CCTV , Bernama TV, Iview, Tvi, TV1, TV2, Astro Xiao Tai Yang dan 20 saluran radio.

 

Perkhidmatan Njoi boleh didapati di seluruh Malaysia. Ini adalah satu detik penting bagi Astro untuk dikenali sebagai perkhidmatan no.1 dirumah anda sama ada dengan Njoi TV satelit percuma atau dengan Astro TV Satelit. Kedua-duanya menyiarkan rancangan-rancangan berkualiti sama ada hiburan, informasi, sukan dan pembelajaran.
Njoi boleh didapati di seluruh negeri di Malaysia.  Klik peta di bawah untuk mengetahui senarai pengedar perkhidmatan ini :

Fesyen pamer buah mempelam,kain jarang


"Buah mempelamku masak di atas dahan, ibu suruh beri kepada kawan-kawan.....". Begitulah keratan lirik lagu yang diajar semasa saya di sekolah rendah dalam darjah satu atau dua.  Tetapi itu buah mempelam halal yang boleh dipegang, dilihat dan dirasa tanpa was-was.  Isu dalam artikel ini berkaitan dengan "buah mempelam di badan....", bukan di dahan....

Fesyen kini makin mengurangkan jumlah penggunaan kain dan benang kerana pakaian semakin ketat dan juga semakin jarang.  Tudung yang pada asalnya seperti yang disyariatkan Islam adalah menutup penuh bahagian "mempelam" perempuan.  Sebaliknya zaman makin maju, tudung semakin labuh ke belakang, singkat di depan, seperti yang dipakai oleh penyanyi remaja terkenal dengan lagu "Cinta Facebook" (sekadar salah satu contoh).

Ada perempuan tahap ketelusan pandangan mata pada kain iaitu baju dan kain sudah ok tapi tudung pula singkat nampak dada. Ada yang bertudung biasa-biasa tetapi pakaian yang dipakai tersangatlah ketat sehingga menampakkan lekuk-lekuk di badan mereka yang "solid-molid". Lebih memeranjatkan mereka yang badannya seperti gajah Court Mammoth pun nak juga pakai ketat-ketat.  Yang memakai fesyen baju kurung tetapi boleh nampak dengan mata kasar di dalamnya pakai "tube".  Ada yang berkain tetapi tidak pakai kain dalam. Bila lali di kawasan yang cahaya kuat memancar, maka akan nampaklah "rahsia taman tersembunyi" yang mengerikan.

Sekarang ini, keluarlah ke mana-mana, dengan mudah anda akan dapat lihat perempuan-perempuan memakai pakaian yang boleh membangkitkan syahwat bukan sahaja kepada lelaki, ia juga terkesan pada nafsu perempuan bersifat lesbian.  Seperti keadaan di Bazar Ramadhan di Jalan Hang Tuah, Melaka dalam bulan lalu juga ada senario ini.  Sesiapa yang nak cuci mata pasti pandangan anda akan meliar memandang perempuan yang bangga mempernampakan lekuk-lekuk di tubuh mereka. Tak kira yang langsing atau yang gemuk, yang cantik mahupun muka yang macam tak siap...

Dalam pada terpandang buah itu dan ini, saya tersempak seorang gadis Melayu bertudung yang manis wajahnya.  Tetapi yang malangnya ada lelaki warga asing (rupa seperti bangla) berjalan beriringan dengan gadis berkenaan sambil melingkarkan tangannya di bahu gadis Melayu itu. Cara dan "bahasa badan" mereka bukan seperti orang yang dah berkahwin.  Entah apa yang gadis ini pandang pada bangla tu. Muka tak depun amcam pelakon kacak hindustan tetapi lebih kepada beruk kena belacan.  Entah berapa kali jugalah bangla itu dah menjamah gadis Melayu itu.

Kepada gadis Melayu di khususnya di Melaka dan amnya di Malaysia, janganlah guna alasan berkawan rapat dengan bangla atau mana-mana lelaki bukan Melayu sebab lelaki Melayu tak romantik, tak pandai menjaga hati, kasar dan lain-lain yang buruk.  Saya beri peringatan ini kerana dah berapa ramai gadis-gadis Melayu yang dah dirosakan akhlak, yang dah hilang dara malah yang murtadpun ada angkara berkawan dengan bangsa asing ini. Berhati-hatilah... jangan sampai kes pelajar suatu ketika dahulu iaitu Siti Aisyah yang murtad bermula dengan berkawan dalam "study group" dengan lelaki bangsa asing di universiti, berulang lagi.


**p/s :
  • kepada lelaki bangsa Melayu, dah dapat awek Melayu tu jagalah elok-elok. Janganlah belum nikah korang dah tebuk.
  • jaga pergaulan dan letakkan sasaran untuk berkahwin sebagai matlamat hubungan anda.

Apa itu kucing hetero chromia?


Kucing hetero chromia ialah kucing yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza. Heterro Chromia selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas lah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seerkor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.



Kucing yang suka naik Robotic Vacum

 

Kucing adalah haiwan yang menjadi belaan dan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.  Baginda begitu menyayangi kucing dan beberapa peristiwa kucing belaan baginda iaitu yang bernama Muezza menunjukkan kucing adalah antara haiwan yang dimuliakan dan mejadi "teman" untuk orang Islam.  Berbeza pula dengan anjing yang dilihat khusus untuk orang kafir.

 
Dalam artikel kali ini pembaca akan dapat melihat video yang akan mencuit hati dengan gelagat si kucing yang menaiki vakum robotik yang bergerak secara automatik.  Kucing berkenaan kelihatan selamber dan tenang menunggang peralatan elektronik itu.


Fesyen shawl terbaru Aidilfitri 2013



Hari raya saban tahun menyaksikan pelbagai rekaan dan corak terkini digayakan pada pakaian seperti baju kurung dan tudung.  Namun dalam artikel saya kali ini, saya ingin kongsikan satu teknik terkini dalam fesyen bertudung jenis shawl yang dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan wanita bertudung pada raya tahun 2013 ini.  Ada kemungkinan ia belum lagi meluas ke seluruh Malaysia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Adakah anda perempuan pertama yang akan menggayakannya di tempat tinggal atau di kampung anda?

Cara mengesan kanak-kanak yang cuba menipu duit raya

 

Saban tahun, pada pagi hari raya, kanak-kanaklah yang akan berasa gembira kerana mereka dapat "bersiar-siar" di sekitar kampung (jika keluarga mereka beraya di kampung) dan singgah untuk beraya di mana-mana rumah yang berkenan.  Tujuan utama dan yang paling diharapkan adalah duit raya.  Malah ada kanak-kanak yang tidak segan silu berkata kepada tuan rumah yang mereka tidak mahu makan atau minum, tetapi mahu duit raya sahaja.

Tapi ada kanak-kanak yang menggunakan taktik kotor untuk mendapat lebih duit raya, lebih-lebih lagi apabila tuan rumah tidak mengenali anak siapa, cucu siapa yang baru balik kampung.  Mereka akan datang berkali-kali ke rumah sasaran dengan kawan-kawan yang berlainan.  Ada juga yang datang dua tiga kali dengan pakaian yang berganti.

Namun kini ada satu cara yang diadaptasi dari proses pengundian pilihanraya umum yang berlangsung beberapa bulan lalu bagi mengatasi masalah kanak-kanak yang minta duit raya lebih dari sekali.  Cara ini pasti akan berjaya dalam mengesan taktik kanak-kanak berkenaan.  Caranya adalah seperti pada gambar di bawah :

 



P/s :

- Kanak-kanak wajib dididik dengan konsep ziarah raya yang sebenar. Hari raya bukan hari kutip duit raya. Jika Tuan rumah nak beri duit raya, terima dan ucap alhamdulilah...


**kredit gambar kepada http://nizarimi.wordpress.com dan sumber facebook


Sakit kepala boleh berjangkit


Sakit kepala yang dialami terjadi atas beberapa faktor seperti kurang waktu tidur, masalah dari segi makanan dan minuman, tekanan perasaan dan lain-lain masalah kesihatan dalaman.  Sakit kepala boleh mendatangkan mudarat dan mengganggu tugasan atau kerja harian anda.

Namun di negara India, sakit kepala boleh mendatangkan risiko kehilangan nyawa dan mengakibatkan pergaduhan serta memporak-porandakan hubungan dengan masyarakat setempat.  Untuk lebih jelas lagi, sila tonton video di bawah ini :

video

Video & lirik lagu Kalau Aku Kaya



Lirik Lagu: Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

{Altimet}
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

{Awi Rafael}
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

{Awi Rafael}
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

video

Fatwa mengenai ajaran Syi'ah

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengadakan dua kali sidang (24-25 September 1984 dan 5 Mei 1996) membahaskan isu ajarah Syi‟ah di Malaysia. Keputusan diambil mengharamkan ajaran Syi‟ah. Dan semua negeri juga telah mengambil keputusan yang sama seperti yang diputuskan di peringkat kebangsaan.

Walaupun begitu, pekembangan mutakhir dakyah dan provokasi kumpulan Syi‟ah didapati semakin mengancam akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan perpaduan umat Islam. Mereka telah berani menubuhkan apa yang mereka gelar sebagai Majlis Syi‟ah Malaysia dan mendakwa bahawa penganut Syi‟ah di Malaysia sudah mencecah sekitar 200-300 ribu orang.

Fakta-Fakta Umum Perbandinagan Sunni-Syi‟ah:

Jumlah Penganut di seluruh dunia:

Sunni = 1.4 bilion (90% daripada keseluruhan umat Islam)
Syi‟ah = 162 juta (10% daripada keseluruhan umat Islam)

Negara Utama didiami Sunni - Syi‟ah:

Sunni, di kebanyakan negara-negara Islam dunia
Syi‟ah, Iran (93% berbanding Sunni), Iraq (67% berbanding Sunni), Yaman, Bahrain (70% berbanding Sunni), Azerbaijan (70% berbanding Sunni)

Hari Perayaan Utama:

'id al-Fitri + Adha dan Syi‟ah + Ashura

PERBEZAAN ASASI DENGAN SUNNI :

•Al-Qur‟an
•Al-Hadith
•Al-Shahabah
•Ijma‟
•Rukun Iman dan Rukun Islam
•Imamah
•Ahl al-Bayt
•Al-Taqiyyah
•Mut‟ah
•al-„Ismah
•al-Raj‟ah

Perbezaan antara Sunni dan Syi‟ah tidak hanya berlaku dalam hal-hal furuk, tetapi pada perkara-perkara yang membabitkan usul. Hal ini tentunya, daripada perspektif Sunni, terpaksa menyimpulkan bahawa Syi‟ah adalah menyeleweng dan sesat.

Oleh itu, aliran Syi‟ah amat tidak wajar dibiarkan bertapak dan berkembang di kawasan Sunni seperti di negara Malaysia kerana ia akan mengundang perpecahan yang akan membawa kepada kemunduran ummah.


Dipetik dari sumber : Al-Azim.com

Promosi

Babab.net