Peliknya...haiwan apakah ini?

 

Assalamualaikum.........

Andakah anda tahu haiwan yang aneh ini?  Fizikal dan cara haiwan ini bergerak juga amat pelik dan agak menyeramkan.  Namun bagi anda yang meminati siri animasi "Pokemon" ( Poket Monsters ), pasti anda dapat mengecam dan tahu apakah nama haiwan ini...
Haiwan ini diberi nama "Sloth". Sloth merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berkuku dua) dan Bradypodidae (sloth berkuku tiga), sebahagian yang lain hampir menyerupai sejenis haiwan yang diberi nama Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pergerakan Sloth amat terbatas dan lambat.  Ia tidak boleh bergerak pantas, melainkan hanya dengan memanjat pokok-pokok atau merangkak dengan perlahan-lahan.  Ia juga berpotensi menjadi antara haiwan yang jinak sekiranya dilayan dengan baik.

   
wah... macam keluarga bahagia je...  :-)



Haiwan yang diberi nama Pilosa

Keputusan perlawanan bola sepak Malaysia - Bahrain : Kelayakan Sukan Olimpik

Tarikh: 27 November 2011
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 8.45 malam

Keputusan Penuh

MALAYSIA               2   |   3                  Bahrain
Nazmi Faiz Mansor
Mahali Jasuli


AMARAN
" jika anda tidak mampu untuk menyokong ketika kalah, 
jangan bersorak ketika menang..."

Sekali lagi Malaysia menghadapi tugas getir bagi memastikan kelangsungan perjuangan dalam pusingan kelayakan bola sepak Sukan Olimpik bagi kumpulan C.

Corak permainan Malaysia tampak menyakinkan dengan menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan satu gol hasil dari gerakan lincah dan bijak oleh Nazmi Faiz Mansor dan diikuti dengan gol kedua dari Mahali Jasuli dalam separuh masa kedua.

Kemenangan seolah-olah seperti sudah berada dalam genggaman apabila seorang pemain Bahrain mendapat kad merah dan dikeluarkan dari permainan kerana melakukan terjahan kasar terhadap pemain Malaysia.  Namun dilihat pemain Bahrain mula bermain dengan corak kasar dan keras, menyaksikan beberapa pemain penting dalam skuad Harimau Muda terpaksa dikeluarkan.

Maka detik inilah bermula saat kejatuhan skuad Harimau Muda yang sudah sangat keletihan dan mengalami pelbagai kepincangan.   Pemain gantian juga ada yang tidak cergas sepenuhnya dan masih belum mampu memberi sumbangan yang secukupnya bagi mempertahankan kelebihan gol untuk Malaysia.

Dalam komen dari jurulatih skuad Harimau Muda iaitu Ong Kim Swee selepas tamat perlawanan menyatakan pasukan ini perlu rehat yang mencukupi bagi memulihkan semangat dan tenaga "anak muda" ini.  Beliau telah kehilangan semua "key player" dan ramai pemain yang telah mengalami kecederaan.

Diharap Ong Kim Swee serta seluruh skuad Harimau Muda tabah dengan dugaan ini dan kembali bangkit dengan lebih ampuh selepas ini.  Saya sememangnya rasa sangat kecewa dengan kekalahan ini namun tidak membenci atau menyalahkan pemain-pemain negara kita.  Ada hikmahnya atas dugaan ini yang bermula sejak Sukan SEA 2011 lalu.

Usah kuatir dan kecewa Harimau Muda dengan kekalahan ini.  Saya dan beberapa lagi rakyat Malaysia masih berbangga dengan pingat Emas Sukan SEA 2011 yang lalu.

Tengok bola berebut, Beli BlackBerry pun berebut juga? Sampai ada yang ke hospital...!!!


 
Masyarakat Indonesia kelihatan berasak-asak mahu masuk 
ke arena jualan BlackBerry Bellagio pada harga 50% diskaun.


 Juga masyarakat Indonesia bersesak-sesak masuk untuk 
menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium


Keributan, kegopohan, keghairahan yang melampau

Assalamualaikum....

Seperti yang sedia maklum, semasa perlawanan peringkat akhir bola sepak Sukan SEA 2011 yang lalu, ada penonton dari kalangan orang-orang Indonesia sendiri cedera, lemas dan mati di dalam keriuhan dan kegopohan mereka menonton aksi perlawanan akhir dengan negara Malaysia yang dicemari oleh sikap penyokong bola sepak Indonesia yang sebilangannya tiada semangat kesukanan... Tidak dinafikan ada juga rakyat Indonesia yang baik dan berfikiran terbuka...

Dan pada tarikh 25/11/2011 lalu, Indonesia menjadi negara yang pertama di dalam dunia diperkenalkan dan dilancarkan jualan model terbaru Blackberry iaitu BlackBerry Bellagio, masyarakat mereka sekali lagi memperlihatkan corak pemikiran yang cetek dan sikap yang sememangnya kasar.

Terdapat pengunjung yang cedera sehingga memaksa pihak polis membuat keputusan untuk menutup pintu masuk ke pusat jualan tersebut.. Polis menyatakan lebihkurang 90 orang mangsa yang memerlukan rawatan perubatan di lokasi ketika itu.  Lebih ramai pihak berkuasa dikerah bagi menyuraikan pengunjung pusat jualan produk berkenaan.


~ p/s :

1. Jangan salah anggap mengenai artikel ini.  Ia hanya memaparkan apa yang telah terjadi, bukan sesuatu yang direka-reka. 

2. Jika ada yang hatinya terguris sama artikel ini, ketahuilah bahawa perasaan saya lebih terguris di atas cara orang-orang di Indonesia melayan ahli sukan dari Malaysia.  Perbuatan mereka lebih teruk dan lebih  kejam jika dibandingkan dengan artikel ini.

Keputusan Malaysia lawan Syria : Perlawanan Bola Sepak (Kumpulan C) Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 (Zon Asia)



KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA DAN SYRIA

MALAYSIA     0     VS     2     SYRIA


Assalamualaikum....


Harimau Muda kalah... Namun apalah yang nak diharapkan pada skuad kita ini selain bermain dengan kesungguhan dan buat yang sehabis baik setelah mereka bekerja keras dan "lelah" dalam Sukan SEA 2011 yang lepas.  Kasihan juga pada mereka ini, dengan banyak dugaan semasa di Indonesia ditambah lagi keletihan yang belum hilang terpaksa berakhir lagi diperingkat antarabangsa, sudah pastinya memeritkan para pemain.  Namun atas dasar profesional kerjaya, mereka wajib mempunyai sikap "berani gagal".

Walaupun kegembiraan memenangi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 yang telah berlalu seakan disentap dengan kekalahan pada Syria, namun kita perlu berbangga kerana mereka dilihat telah berusaha sedaya mungkin dan dapat juga memberi saingan yang baik pada pasukan Syria.  Buktinya Malaysia dapat mengikat kedudukan seri 0 - 0 pada separuh masa pertama.

Beberapa pemain skuad emas Sukan SEA 2011 dan termasuk pemain-pemain yang dipanggil semula, beraksi agak baik.  Khairul Fahmi juga bertindak cemerlang dengan menafikan beberapa cubaan pemain Syria dari membolosi gawang Malaysia dengan bilangan gol yang besar.   Insya Allah Harimau Muda ini akan mencapai keputusan yang lebih "elok" pada perlawanan berikutnya...

Kesan (impak) wanita mendedahkan aurat lebih besar dan kuat berbanding lelaki dedahkan aurat

eiii... lelaki dedahkan aurat la....

Assalamualaikum....

Adakah gambar lelaki dedahkan aurat semasa bersukan atau lebih tepat lagi berseluar pendek semasa bermain bola sepak "bisa" menggoda" nafsu dan menggelodak jiwa anda? (tuju pada perempuan aje tau..).  Apakah dengan nampaknya lutut "buruk" seorang lelaki yang bermain bola sepak itu hati mudah tergoda?


Lihat sebentar gambar di atas, bukan sahaja lelaki yang renggang pautan imannya, malah ada perempuan juga yang terliur melihatkannya...  Pastinya kesan sampingan perempuan mendedahkan aurat lebih dasyat jika dibandingkan dengan lelaki, walaupun dua-dua dalam kategori berdosa.  Kesannya apabila tidak mengikut jalan dan panduan Islam, maka akan terjadinya seperti  yang diperakui dalam lagu Rossa iaitu "Hey Ladies", pada baris lirik :  "Bila wanita sudah beraksi dunia hancur...".

Atas sebab inilah pihak yahudi dan juga kristian yang bersetongkol dengan yahudi mensasarkan untuk merosakkan perempuan-perempuan Islam dari segi fesyen dan kecantikan. Diciptanya gincu, bahan dan alat solek serta baju-baju yang semakin hari semakin tak cukup kain. Dengan itu lebih mudah untuk menawan dan meruntuhkan sesebuah negara Islam dari berperang secara fizikal.  

Dan Malaysia ini sudah masuk ke perangkap yahudi yang direka semacam ini khas untuk menjajah negara Islam cara halus...  Yang sudah mabuk dengan nikmat dunia dari perangkap ini, beria-ia menidakkan cubaan orang Islam yang tertentu untuk melaksanakan hukum hakam Islam sepenuhnya di dalam Malaysia, menolak dengan alasan-alasan yang jelik lagi dangkal.


**p/s : Ahli sukan lelaki dan perempuan Islam perlu menutup aurat. Tinggalkan acara sukan yang dah tak dapat nak "cover line" aurat kamu itu seperti acara renang dan gimnastik.... (lebih cenderung pada wanita dan kewanitaannya...)

Pembawa hadiah pingat di peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA 2011 berpakaian tak senonoh?

 

Salam sejahtera...

Anda lihatlah bagaimana pemakaian si pembawa hadiah yang bertudung seperti pada gambar di atas.  Adakah menepati ciri pemakaian seperti yang disyariatkan dalam ajaran Islam?.  Negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia pun "nga bisa ikut'in peraturan Islam, terusnya gi mana negara kita?" (saje guna ayat loghat tanah seberang).  Walaupun pakai stokin hitam, namun masih lagi tidak senonoh atau tidak sopan bagi seorang perempuan Islam.  Kalau pembawa hadiah yang pakai tudung itu sebenarnya paderi perempuan (sister), saya mohon maaflah.., tetapi naluri saya kuat mengatakan ia adalah perempuan Islam.

Atlit yang bertanding juga perlu menjaga aurat dan mengamalkan "sistem berpakaian dalam Islam".  Jangan kerana nak kejar pingat di dunia, dapat anugerah jahanam di akhirat kelak.  Terlangsungnya ini mengingatkan saya pada kes perempuan Islam di salah sebuah negeri di dalam Malaysia yang baru-baru ini berdegil menyertai pertandingan ratu cantik walaupun sudah diberi tazkirah dan nasihat oleh pihak berwajib di negeri berkenaan.  Kata salah seorang dari mereka, rugi jika tidak masuk kerana sudah buat persediaan awal.

Perempuan-perempuan itu berasa rugi tidak masuk pertandingan yang mendedahkan aurat mereka sebaliknya bangga menambah koleksi "pingat dosa" yang mana pertandingan itu merendahkan mertabat perempuan.  Lebih cintakan dunia dari akhirat.  Mereka ini walau diberi nasihat yang berbakul-bakul sekalipun, mereka tidak mengendahkannya kerana tiada kesedaran dan tiada "nur Islam" dalam fikiran mereka.  Mereka rasa rugi tak buat dosa, dan rasa tak perlu nak buat pahala.

Pertandingan "ratu cantik atau ratu dosa" ini sebenarnya dirancangan dan diadakan oleh pihak Kristian sejak dari zaman perang salib lagi bagi menjadi salah satu senjata merosakan akhlak umat Islam secara halus.  Mereka menyerang minda umat Islam pada perkara atau jalan yang disukai umat Islam.  Umat Islam yang leka akan terperdaya dan masuk perangkap puak Kristian ini.

Apakah ini hasil kemerdekaan Malaysia yang lebih 50 tahun?  Inilah malapetaka untuk umat Melayu di negara Islam Malaysia.  Kes buang bayi dan lain-lain jenayah makin menjadi-jadi.  Pendapatan halal haram bercampur-campur.  Pihak berkuasa masih degil untuk tidak melaksanakan sistem perundangan Islam atas alasan belum bersedia dan tidak sesuai di Malaysia sebaliknya mengekalkan sistem yang diwarisi dari penjajah Kristian.

Bila ada pihak bersuarakan untuk melaksanakan hukum "hudud", mereka berkata ia cakap-cakap politik.  Sedangkan dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W, agama tidak boleh dipisahkan dengan politik kerana tanpa panduan dari agama, politik manusia boleh berada dalam kesesatan.  Siapa yang tolak hukum Islam, maka dikuatiri imannya tergelincir dari hidupnya.

Malaysia lawan Indonesia : Keputusan Peringkat Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

 
Stadium Gelora Bung Karno



KEPUTUSAN PENUH



MALAYSIA                       1       1                   INDONESIA
Minit 35                                                           Minit 5
(Asraruddin Putra Omar)                                   (Gunawan)


Sepakan Penalti :

MALAYSIA  4      3  INDONESIA


Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Bau-bau kemenangan Malaysia semakin kuat apabila penjaga gol muka bajet Korea iaitu Khairul Fahmi Che Mat berjaya menampan sepakan penalti terakhir dari pemain Indonesia.  Kapten pasukan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar dengan muka biasa-biasa, berjaya melepaskan sepakan padu untuk memberikan pingat emas sukan bola sepak kepada Skuad Harimau Muda.  Emas sukan bola sepak dianggap "ibu" segala pingat di Sukan SEA ini.

Walaupun sepakan dari Baddrol Baktiar itu berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia, tetapi di atas kekuatan yang ada pada sepakan dari kapten Harimau Muda ini, bola bergolek masuk ke dalam gawang gol Indonesia.  Siapa kata rezeki tidak datang bergolek...kan..kan.. kan...?

**p/s :  

1. Kali ini barulah saya dapat dengar dengan jelas lagu "Negaraku" dinyanyikan.  Tidak ada lagi gangguan bunyi dan lain-lain perbuatan dari penyokong Indonesia yang biadap.

2. Semua yang bermain untuk acara bola sepak Sukan SEA 2011 kali ini adalah wira tetapi apabila tibanya babak penentuan pemenang melalui sepakan penalti, fokus wira lebih tertumpu pada penjaring sepakan penalti terutamanya yang menjadi kunci kemenangan iaitu penjaga gol Khairul Fahmi dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

3. Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia (Harimau Muda), dibawa pulang lebih awal berbanding deligasi sukan Malaysia yang lain dengan menggunakan pesawat sewa khas kerana memerlukan rehat secukupnya di mana Harimau Muda akan menentang Syria dalam pusingan kelayakan Olimpik, Rabu ini.

Pengulas sukan Indonesia di stesyen TVRI mengatakan Baddrol Bakhtiar pemain berbahaya

 
Pengulas sukan yang saya maksudkan berada di sebelah kanan, bercermin mata.


Assalamualaikum....
Saya telah mengikuti siaran langsung perlawanan bola sepak antara Vietnam dan Indonesia, yang mana berkesudahan Indonesia layak ke peringkat akhir dengan mengalahkan Vietnam dengan jaringan dua berbalas kosong hasil penyudah Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Pengulas (komentor) sukan yang menjadi tetamu di stesyen televisyen TVRI memaklumkan bahawa ini merupakan peluang terbaik untuk Republik Indonesia membalas atas kekalahan yang lalu dan sebelum mengakhiri siaran tersebut, beliau sempat menyatakan bahawa kapten pasukan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar adalah pemain berbahaya pada pasukan Indonesia di final nanti.

Oleh itu saya mengharapkan agar Baddrol Bakhtiar lebih berjaga-jaga dengan corak permainan keras dan kasar yang mungkin digunapakai oleh skuad Garuda (dah kalah nanti garu kepala daa..).  Pemain lain dalam pasukan Harimau Muda perlu sentiasa peka atas setiap gerakan yang diusahakan oleh Indonesia dengan "man to man marking" yang lebih ketat dan jitu bagi merantai pergerakkan pemain Garuda agar mereka "nga bisa terbang tinggi..".

Malaysia lawan Myanmar : Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Malaysia layak ke peringkat akhir


Malaysia   1      Myanmar    0
Fakri Saarani 
minit ke 85

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana Malaysia berjaya memenangi perlawanan bola sepak bertemu Myanmar tanpa perlu mengharungi masa tambahan 15 minit atau penentuan sepakan penalti.

Gol kemenangan skuad Harimau Muda ini dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada separuh masa kedua, minit ke 85 hasil dari gerakan tersusun dan kemas dari bahagian tengah padang.  Mungkin hasil dari kritikan peminat bola sepak Malaysia di blog dan facebook, membakar semangat beliau untuk memberikan hadiah terindah buat seluruh rakyat Malaysia dengan gol kemenangan ini.


Seperti yang pernah dilalui oleh pasukan Harimau Muda pada dua tahun lalu di Sukan Sea Loas 2009, dugaan serta cabaran yang dialami oleh pasukan Harimau Muda kali ini tidak kurang getir dan hebatnya.  Dengan masalah kecederaan, penggantungan kad kuning, "keadilan" pengadil yang tidak konsisten, ketiadaan jurulatih Ong Kim Swee di bangku pemain simpanan, ditambah lagi dengan provokasi penyokong "sepakbola" Indonesia serta pihak media massa negara berkenaan, saya dapat katakan bahawa laluan berliku pasukan bola sepak Malaysia ini amat memeritkan pemain muda kita namun ia sebenarnya dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pada mereka untuk perlawanan seterusnya dan kebaikkan di masa hadapan.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, mutu bola sepak Malaysia sedikit demi sedikit merangkak naik dan kita dapat menyaksikan Malaysia kini mempunyai pilihan pemain berpotensi yang banyak untuk sesuatu perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa.  

Bakat-bakat bola sepak ini perlu sentiasa dijaga dan digilap dengan baik serta teliti agar pembangunan keupayaan mereka ini berterusan dan tidak dikotori oleh unsur-unsur negatif seperti masalah displin, pengaruh politik kotor dan ketidakadilan dalam proses memilih pemain bagi mewakili negara. Mereka juga perlu mempunyai idola dari kalangan pemain bola sepak Harimau Malaya terdahulu terutamanya dari zaman Raja Bola Sepak Asia iaitu Ghani Minhat dan zaman Super Mokh, Mokhtar Dahari...  Unsur-unsur Islam perlu diterapkan terutamanya untuk pemain beragama Islam agar "rezeki" yang mereka perolehi dari sukan bola sepak menjadi rezeki yang diberkati Allah SWT dan halal sepanjang masa.  Solat jangan dilupakan..!




**p/s : 
  1. Mesti bengang giler penyokong sepakbola Indonesia, berbulu je tengok pemain kita meraikan kemenangan ke atas Myanmar dan layak ke peringkat akhir.
  2. Sesungguhnya dengan segala provokasi yang dilakukan oleh Indonesia membuktikan mereka takut akan keupayaan atlit kita di temasya sukan SEA kali ini...

Cerita akhir zaman : Haiwan laksana manusia, Manusia laksana haiwan

 


video
 Lihatlah video yang menyayat hati ini dengan bermuasabah diri dan sama-samalah kita 
mengaudit qalbu masing-masing, di manakah tahap kita ketika ini...


Assalamualaikum....

Semoga pada hari Jumaat yang mulia dan penuh kerahmatan ini, kita beroleh petunjuk, hidayah dan kasih sayang dari Allah SWT agar kita mampu menghabiskan sisa-sisa umur hidup ini di atas muka bumi yang fana dengan jalan yang baik dan diredhai olehNya...

Gambar di atas ini mengisahkan perbezaan perbuatan makhluk di akhir zaman antara anjing dan manusia.  Kelihatan gambar di sebelah kiri adalah seekor anjing berusaha menarik bangkai "kawannya" ke tepi yang mati dilanggar lori di sebuah lebuhraya yang sibuk.  Anjing yang hidup itu bersusah payah menyelamatkan bangkai kawannya itu dari dilanggar lagi oleh kenderaan. Anjing itu memandang ke kiri ke kanan seperti ingin meminta bantuan dari sesiapa yang sudi.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan perbuatan yang dipercayai dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat semasa mereka menceroboh Iraq suatu ketika dahulu.  Tentera-tentera tersebut memijak, memukul dan mengasari seorang tua yang sudah tidak berdaya menahan kebiadapan" tentera-tentera anjing dari "Negara Uncle Sam" itu.

Bergenang air mata saya apabila menonton video yang menyentuh perasaan ini.  Di kala dunia semakin tiba di "penghujung zaman", manusia semakin kejam dan berprilaku seperti haiwan.  Semakin banyak manusia yang munafik dan tidak mengikut lunas-lunas kemanusiaan dan ajaran keagamaan yang baik.  Kekejaman seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh orang kafir, malah orang Islam juga ada melakukannya.  Jangan kata ianya hanya berlaku di luar negara, kejadian seperti ada berlaku di Malaysia tetapi ianya disembunyikan dari siaran media massa arus perdana.
 

 
Berhimpun secara aman tetapi disebabkan orang awam itu berlainan "pandangan politik", orang awam rakyat Malaysia itu dikasari laksana rakyat Palestin dibelasah askar Yahudi Zionis.

Keputusan perlawanan ke lima bola sepak Sukan SEA 2011 (Kumpulan A) : Malaysia - Indonesia


Salam sejahtera....

Syukur kepada Allah SWT  kerana pasukan bola sepak Harimau Muda telah berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan satu gol pada minit ke 17, hasil dari gerakkan dan percubaan Syahrul Azwari Ibrahim.

Seperti "skrip" perlawanan sebelum ini, saya perhatikan Malaysia bermain dalam "nada" yang meyakinkan pada separuh masa pertama tetapi sedikit menurun pada separuh masa kedua, namun kali ini pasukan kita berjaya menyerap tekanan dan pertahanan Malaysia yang mendapat kerjasama yang baik dengan pemain bahagian tengah berjaya mengekalkan rentak bertahan yang baik "bangat" sih.... :-)

Dalam perlawanan kali ini, pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Nazmi Faiz Mansor dilihat dapat mengekalkan mutu permainan yang memberangsangkan dan dapat menjalankan tugas selaku "life wire" dengan baik untuk bahagian tengah pasukan bola sepak Malaysia.

Sedikit menggusarkan apabila ketua jurulatih Malaysia iaitu Ong Kim Swee diarahkan oleh pengadil perlawanan untuk tidak berada di tepi padang kerana banyak kali membuat banyak bantahan atas keputusan pengadil.  Namun beliau yang berada di tempat duduk penonton masih lagi berhubungan dengan penolong jurulatihnya menggunakan "walkie talkie" untuk memberi arahan dan panduan buat pemain Malaysia.

Tahniah Malaysia kerana dalam mengalami kecederaan pemain utama serta provokasi media massa dan penyokong Indonesia, masih dapat bermain dengan baik tanpa membuat kesilapan "bodoh".  Malaysia yang kini menjadi juara kumpulan A akan bertemu dengan pasukan Myanmar (naib juara kumpulan B) di perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2011 pada tarikh 19 November 2011.

Segmen Satu Gambar Bercerita : saiz badan


Assalamualaikum....

Melalui gambar di atas, dapatlah kita tahu bukan mudah untuk pemain bola sepak Asia terutamanya di Malaysia bersaing dengan pemain di peringkat yang lebih tinggi terutamanya jika ingin bersaing dengan pemain di benua luar Asia.  Namun pemain bola sepak yang bertubuh kecil juga mempunyai kelebihan tersendiri. 

Jika para pemain bola sepak Malaysia menumpukan segenap perhatian pada aspek teknikal dan taktikal bola sepak serta tersangat rajin membuat latihan tambahan seperti yang pernah dilakukan oleh Arwahyarham Mokhtar Dahari, insya Allah graf pencapaian dan mutu sukan bola sepak Malaysia akan terus "mencanak" ke puncak kejayaan.

Segmen "Lebih Dari Satu" Gambar Bercerita : kad pengenalan

  
    
Revolusi kad pengenalan di Malaysia

Salam sejahtera....

Dalam artikel hari ini, saya ingin berkongsi info mengenai kad pengenalan di Malaysia.  Satu kad yang wajib ada di dalam beg duit anda selain dari kad bank dan kad nikah (kalaulah ada...).

Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. 

Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesahihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.

Untuk memenuhi keperluan keunikan kad pintar ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengenali, mencipta, dan membangunkan prasarana untuk menghasilkan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Projek ini bermula pada tahun 1996 sebaik sahaja Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mengilhamkan wawasan Kad Pintar Pelbagaiguna ini.
Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan yang pertama di dunia telah dilancarkan pada 5 September 2001 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelancaran rasmi tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inisiatif MSC negara kerana ianya merupakan aplikasi perdana Koridor Raya yang pertama dilancarkan secara rasmi.

Keputusan perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011 (Kumpulan A) : Malaysia - Kemboja


Assalamualaikum....

Syukur kepada Allah SWT kerana pasukan bola sepak Harimau Muda telah berjaya memenangi perlawanan bola sepak kali ini ke atas pasukan bola sepak Kemboja dengan jaringan empat berbalas satu.

Persembahan pasukan Malaysia pada separuh masa pertama kelihatan meyakinkan dengan mendahului tiga gol sebelum waktu rehat.  Di bahagian tengah, kelihatan Nazmi dan Baddrol Bakhtiar memainkan peranan penting dalam merencana gerakan pasukan bola sepak Malaysia. Pada separuh masa pertama, saya tertarik dengan cara gerakan dan kreativiti Nazmi yang bergandingan baik dengan ketua pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar.

Walaupun Nazmi masih muda, berumur 17 tahun, namun beliau kelihatan matang dalam setiap gerakan.  Pertahanan Malaysia di separuh masa pertama beraksi baik, cuma Malaysia masih lagi bermasalah di bahagian serangan.  Dengan Izzaq Faris yang cuma mampu menjaringkan gol melalui tandukkan pada awal permainan dan beliau kurang mendapat bola dari bahagian tengah.

Percubaan Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti ke arah pintu gol Kemboja berhasil apabila penjaga gol Kemboja gagal menangkap bola yang melantun ke tanah dan terus menerjah jaring gol.  Kapten pasukan bola sepak Malaysia ini sekali lagi menambah koleksi jaringan pasukan Malaysia dengan jaringan penalti.  Tamat separuh masa pertama, statistik penguasaan permainan ialah Malaysia 67% dan Cambodia 33%.

Pada separuh masa kedua, Malaysia seakan tidak meningkatkan mutu permainannya dan terdapat kelonggaran di bahagian tengah dan pertahanan.  Pasukan Kemboja dilihat telah memperbaiki permainan dengan serangan pantas dan lebih tersusun serta kualiti hantaran mereka lebih baik dari separuh masa pertama. Hasilnya, mereka berjaya menjaringkan gol di saat pemain Malaysia dilihat seperti kepenatan dan tidak lagi mempergayakan gerakkan cantik dan berkesan.

Menuju ke waktu penghujung permainan, pasukan Malaysia kembali meningkatkan serangan.  Wan Zahrul berjaya mengambil peluang di kala kealpaan pemain Kemboja dengan melakukan "turning" yang baik dan berjaya membuat rembatan, di mana bola itu melambung serta menjunam ke arah sudut gol sebelah kanan Kemboja.  Penjaga gol Kemboja, Sou Yaty seperti terkena "gam gajah" kerana tidak mampu untuk membuat sebarang pergerakkan bagi menyelamat gawang golnya.


**p/s : Pada pendapat saya pasukan Harimau Muda ini semakin meningkat mutu permainan mereka dari satu perlawanan ke satu perlawanan.  Diharap pasukan ini sentiasa dapat bersatu sebagai pasukan yang ampuh dari segenap sudut dan berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2009 lalu.

Timbalan Perdana Menteri adalah bapa Najwa? Najwa "Cinta Muka Buku" ke?

 
Inikah contoh pakaian yang boleh diikut oleh perempuan Islam?


Bukan Najwa "Cinta Muka Buku", tetapi Najwa Muhyiddin Yassin yang menang anugerah Lagu Inggeris Terbaik dan Artis Baru Terbaik dalam AIM 2011 yang disiar secara langsung melalui Astro Ria.  Sewaktu pengumuman, pengacara hanya menyebut nama Najwa.  Najwa pun tidak memberi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri itu. Najwa hanya memberi penghargaan kepada ibu dan kaum keluarganya sahaja.

Kasihan Najwa dan Muhyiddin Yassin , kerana masing-masing tidak mahu mengaku bapa dan anak.  Apakah kerana jika nama bapanya disebutkan sekali, imej perjuangan TPM dalam dunia Melayu dan Islam akan ternoda? (strategi politik). Apakah kemenangannya disebabkan kedudukan bapanya?. Saya tak pun menyedari kewujudan artis ini yang saya tahu Najwa Latif je... Ingatkan Najwa "Cinta Muka Buku" yang menang, tetapi rupanya.....


**p/s :  Saya tak tengok anugerah hiburan macam ni... kurang minat, hanya dengar lagu di radio, tu pun jika ada tumpang kereta kawan atau makan di restoran atau kedai makan....

Laman web Gengblogger kembali pulih...?


 

Assalamualaikum...
Baru hari ini, waktu malam bertarikh 12 November 2011, saya lihat widget sidebar dari Gengblogger sudah kembali kepada paparan yang normal.  Sayapun cuba login ke laman web Gengblogger dan berjaya membuat "ping" artikel blog saya sesudah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Dalam tahun ini, sudah beberapa kali laman web Gengblogger bermasalah.  Nampaknya baru hari ini ianya kembali pulih dan berfungsi normal.., tetapi sampai bilakah ianya dapat bertahan?.  Sama-samalah kita lihat.  Jangan lupa berdoa agar laman web ini dapat bertahan dan menangkis segala nasalah yang cuba menyerang kerana laman web inilah yang menjadi medan untuk para blogger "menghidupkan" blog masing-masing serta menjadi platfom untuk kita menghubungkan silaturrahim sesama blogger.

Sweet Memories Contest by Mimie


Assalamualaikum...

Pada hari ini saya telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh blogger Mimi Mariana.  Peraduan ini mengkehendaki para peserta memuatnaik satu keping gambar kenangan indah pemilik gambar berkenaan dengan sesiapapun.

Berikut adalah gambar yang saya pertandingkan pada peraduan ini :

 
* 31 Oktober - 3 November 2011 *

 Info :

Gambar ini dirakamkan di dalam dewan seminar di Hotel Riverview, Muar, Johor sempena acara penutupan  dan penyampaian sijil penyertaan kursus.  

Saya ( baju hijau ) mewakili anggota Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad yang lain ( seramai 4 orang termasuk saya ) sedang menerima sijil penyertaan dari Puan Afizah Abdul Jalal sebagai wakil dan juga pensyarah di Maktab Koperasi Malaysia Wilayah Selatan.

Seminar kali ini sangat "best" sebab peserta kursus dibawa melawat ke beberapa koperasi dan pertubuhan peladang bagi meninjau projek perniagaan yang sedang dijalankan.  Tempat yang kami lawati sepanjang kursus berkenaan ialah di Koperasi Felda Kahang Timur Berhad, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad, Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri dan Kek Seri Tanjung ( Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Berhad ).

Promosi

Babab.net