Malaysia lawan Myanmar : Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Malaysia layak ke peringkat akhir


Malaysia   1      Myanmar    0
Fakri Saarani 
minit ke 85

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana Malaysia berjaya memenangi perlawanan bola sepak bertemu Myanmar tanpa perlu mengharungi masa tambahan 15 minit atau penentuan sepakan penalti.

Gol kemenangan skuad Harimau Muda ini dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada separuh masa kedua, minit ke 85 hasil dari gerakan tersusun dan kemas dari bahagian tengah padang.  Mungkin hasil dari kritikan peminat bola sepak Malaysia di blog dan facebook, membakar semangat beliau untuk memberikan hadiah terindah buat seluruh rakyat Malaysia dengan gol kemenangan ini.


Seperti yang pernah dilalui oleh pasukan Harimau Muda pada dua tahun lalu di Sukan Sea Loas 2009, dugaan serta cabaran yang dialami oleh pasukan Harimau Muda kali ini tidak kurang getir dan hebatnya.  Dengan masalah kecederaan, penggantungan kad kuning, "keadilan" pengadil yang tidak konsisten, ketiadaan jurulatih Ong Kim Swee di bangku pemain simpanan, ditambah lagi dengan provokasi penyokong "sepakbola" Indonesia serta pihak media massa negara berkenaan, saya dapat katakan bahawa laluan berliku pasukan bola sepak Malaysia ini amat memeritkan pemain muda kita namun ia sebenarnya dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pada mereka untuk perlawanan seterusnya dan kebaikkan di masa hadapan.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, mutu bola sepak Malaysia sedikit demi sedikit merangkak naik dan kita dapat menyaksikan Malaysia kini mempunyai pilihan pemain berpotensi yang banyak untuk sesuatu perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa.  

Bakat-bakat bola sepak ini perlu sentiasa dijaga dan digilap dengan baik serta teliti agar pembangunan keupayaan mereka ini berterusan dan tidak dikotori oleh unsur-unsur negatif seperti masalah displin, pengaruh politik kotor dan ketidakadilan dalam proses memilih pemain bagi mewakili negara. Mereka juga perlu mempunyai idola dari kalangan pemain bola sepak Harimau Malaya terdahulu terutamanya dari zaman Raja Bola Sepak Asia iaitu Ghani Minhat dan zaman Super Mokh, Mokhtar Dahari...  Unsur-unsur Islam perlu diterapkan terutamanya untuk pemain beragama Islam agar "rezeki" yang mereka perolehi dari sukan bola sepak menjadi rezeki yang diberkati Allah SWT dan halal sepanjang masa.  Solat jangan dilupakan..!




**p/s : 
  1. Mesti bengang giler penyokong sepakbola Indonesia, berbulu je tengok pemain kita meraikan kemenangan ke atas Myanmar dan layak ke peringkat akhir.
  2. Sesungguhnya dengan segala provokasi yang dilakukan oleh Indonesia membuktikan mereka takut akan keupayaan atlit kita di temasya sukan SEA kali ini...

Related Posts:

  • Senarai pasukan Liga Malaysia 2014   Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga yang berdaftar di dalam Liga Malaysia bagi musim 2014, kelolaan FAM (Football Association of Malaysia) : Normal 0 21 fals… Read More
  • Aplikasi Android Liga Malaysia 2014 Aplikasi khusus untuk sistem Android ini direka bagi memudahkan peminat dan penyokong Liga Malaysia mengetahui jadual dan keputusan perlawanan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier, Liga FAM, Piala Presiden, Piala FA … Read More
  • Jadual Liga Super Malaysia Januari 2014 Liga Malaysia telah dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 17 Januari 2014 yang menemukan pasukan Pahang dan  Lions XII. Pada perlawanan berkenaan Pahang mengatasi pasukan dari Singapura itu dengan jumlah g… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia 18 Januari 2014 Berikut merupakan keputusan perlawanan Astro Liga Super Malaysia yang bertarikh 18 Januari 2014 : KEPUTUSAN PENUH  - 4.45 ptg - Selangor  2  -  0  T Team - 8.45 mlm - ATM  2&nb… Read More
  • Keputusan Liga Super 25/01/2014   Lima perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada hari ini. Perlawanan antara PKNS FC dan ATM telah berlangsung pada semalam (24 Januari 2014), dengan dimenangi oleh PKNS FC dengan jaringan 1 berbalas 0 dari ATM… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan