Video majlis persaraan penguin perisik negara Norway


Suatu majlis ketenteraan telah diadakan bagi menghormati seekor penguin yang telah bersara dari perkhidmatan sebagai perisik bagi pihak tentera Norway.

Penguin berkenaan yang sebelum ini berada di sempadan negara Rusia dan Norway, telah diikat dengan kamera dan peralatan lain, berenang ke dalam laut untuk memantau kehadiran dan aktiviti kapal selam Rusia serta lain-lain Angkatan Tentera Rusia di sepanjang sempadan.

Kini penguin yang diberi nama Nils Olav, tinggal di Zoo di Edinburgh dengan faedah penuh/pencen (makan dan minum seumur hidup)


Nassier Wahab meninggal dunia


Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Semua segala amal dan sedekah jariah yang dibuat arwah diterima dan arwah diberi rahmat Allah SWT. Aamiin.

MELAKA FLORAL FESTIVAL 2019


Pameran Bunga dan Taman yang pertama di Melaka, bermula pada 22 hingga 24 November 2019 (Jumaat hingga Ahad), 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka

Perasmian oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob,Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Aktiviti :

1. Pameran Taman Mini:
    -Agensi Kerajaan
    -Agensi Swasta
2. Jualan
    -Bunga
    -Barang Pertanian
    -Buah-buahan
3. Pertandingan:
    -Orkid -22 Nov 2019
    -Gubahan bunga dan sirih junjung -23 Nov 2019
    -Mewarna 23 Nov 2019

Keputusan Malaysia lwn Indonesia : Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023


Berikut adalah keputusan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada 19 November 2019, 8.45 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia  2  -  0  Indonesia
30' Safawi Rasid [ Malaysia ]
73' Safawi Rasid [ Malaysia ]

Melaka Chocolate House di Bandar Hilir Melaka


MELAKA CHOCOLATE HOUSE ❗

Terletak di deretan bangunan merah (Stadhuys) berhadapan Muzium Belia Malaysia adalah salah satu produk pelancongan yang dikenali sebagai Melaka Chocolate House.  Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam semestinya akan menjadi persinggahan wajib bagi pelancong tempatan mahupun luar negeri.



Ketika ditemui TMK Muhammad Fikri Bin Mohd Ali yang juga Pengarah Eksekutif 'MCH' turut menyatakan tarikan utama pengunjung adalah Coklat Durian Musang King selain Daim,Milo dan pelbagai lagi.

Serta bakal menyajikan lagi satu produk adalah  Ais Kepal (Snow Ice) yang berkonsepkan coklat dengan pelbagai jenis seperti Daim, Tobleron,Milo dan sebagainya.



Turut meletakkan simbolik pelancongan adalah ukiran logo Visit Melaka yang dibuat khas menggunakan 100% coklat.🍫🍫




Info Menarik :

Lokasi : Deretan Bangungan Stadhuys (Berhadapan Muzium Belia Malaysia)
Masa : Setiap Hari (10 pagi - 10 malam)

Untuk pertanyaan : 0133333815 (Fikri)

Sumber : Melaka Kini

Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 : Malaysia - Thailand

Stadium Nasional Bukit Jalil | 14 November 2019 | 9.00 malam

Perlawanan kumpulan G antara Malaysia bertemu Thailand bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 20233.


KEPUTUSAN PENUH

Malaysia 2 - 1 Thailand
7' S. Chanathip (Thailand)
26' Brendan Gan (Malaysia)
57' Sumareh (Malaysia)


Video Perang Mulut Ramli MS dengan Nabil


Telatah Nabil bersama Jihan Muse semasa mengendalikan rancangan Gegar Vaganza telah menjadikan Gegar Vaganza "hidup" dan tidak membosankan. Ditambah lagi dengan Ramli MS (Tok Ram) yang "melayan" mereka, membuatkan suasana menjadi gamat dan ketawa pada hadirin dan penonton di rumah.

Berikut adalah beberapa keratan rakaman video Gegar Vaganza 6, yang memaparkan "perang mulut" antara Tok Ram dan Nabil serta Jihan :



Kredit : ZurPaly Official (Youtube)

KEMUDAHAN AWAM DI STADIUM SULTAN IBRAHIM


Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi di Iskandar Puteri mempunyai begitu banyak kemudahan untuk kegunaan para penyokong ketika melawat stadium ikonik ini.

Antaranya terdapat :

- 1 Ruang Kelab Penyokong Rasmi
- 5 Bilik Solat
- 5 Pejabat Jualan Tiket
- 29 Kedai termasuk gerai jualan cenderahati 'Official'
- 4 Restoran termasuk kafeteria
- 4 ‘Photobooth’ Interaktif


Sumber : JOHOR Southern Tiger

Jual Nasi Lemak : ok ke bisnes ni?


MENJUAL NASI LEMAK ADALAH SEKADAR SALAH SATU CONTOH PERNIAGAAN KECIL YANG BERPOTENSI BESAR. IA ADALAH GAMBARAN KASAR. BUAT KAJIAN TENTANG NASI LEMAK AGAR ANDA DAPAT MENGUASAI SELERA BAKAL PELANGGAN ANDA.

Bermula dari nasi lemak biasa, anda boleh menambah sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa "side dish" untuk nasi lemak berkenaan. Pilih lauk pauk tambahan yang sesuai dengan kemahiran anda memasak untuk dipakejkan dengan nasi lemak. Jika mampu, kekalkan identiti nasi lemak daun pisang kerana ia lebih baik untuk kesihatan dan aroma nasi lemak jadi lebih menyelerakan.

Namun jangan hanya berminat sebab pandang hasilnya tetapi fahamkan juga proses yang perlu dilalui sehingga ia berhasil.

(tapi orang kita nak benda mudah je...nak cepat kaya... mudah kelabu mata tengok gambar duit banyak berkepok-kepok terus nak masuk program yang diiklankan tanpa merujuk pada jabatan kerajaan yang berkenaan)

Tak perlu sertai money game, skim atau "seminar peluang buat duit" yang akhirnya tinggal kenangan pahit... Asalkan kita :

- Istiqamah dan berdoa pada Tuhan yang esa.

- Rajin dan peka buat kajian keperluan pasaran setempat / semasa

- Lokasi perniagaan yang sesuai dan selamat.

- Ambil lesen penjaja dari majlis tempatan sama ada sebagai penjaja stastik atau bergerak.

- Prihatin pada perubahan semasa pada kualiti makanan (jika berniaga makanan) atau perkhidmatan, layanan dan selera pelanggan

- Tahu risiko yang mampu ditanggung

- Displin menabung, berjimat cermat dan amanah (tidak culas)

kita mampu untuk menjana pendapatan yang memuaskan serta mencukupi keperluan hidup sebagai rakyat biasa.

Di bawah adalah rujukan tambahan mengenai potensi bisnes nasi lemak yang mampu mencapai pendapatan belasan ribu ringgit, yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook :


Kredit gambar nasi lemak :


Video tebing runtuh di Genting Highland


Satu kejadian cemas, tanah runtuh di Genting Highland yang berlaku pada petang semalam (5 November 2019), telah dapat dirakamkan videonya oleh pelawat yang melalui jalan berkenaan.

Dalam video berkenaan terlihat sebuah bas pelancong dan kenderaan lain (kereta atau van) berhenti beberapa meter dari kawasan tanah runtuh berkenaan. Ketika kejadian berlaku, hujan turun renyai-renyai.


Kredit : KhabirM

Malaysia Cup Final - 2 November 2019


Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2019, edisi ke 93 antara Kedah dan JDT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 November 2019. Perlawanan bermula jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

KEDAH  0  -  3  JDT
28' Leandro Velazquez ( JDT )
35' Safawi ( JDT )
58' Syafiq Ahmad ( JDT )


Statistik perlawanan :


Parking dan Public Transport sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019


Untuk lebih memudahkan pergerakan penyokong yang akan hadir ke PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019 Sabtu ini (2 November 2019), anda juga boleh menggunakan pengangkutan LRT dengan memarkir kenderaan anda di kawasan LRT berikut sebagai langkah alternatif untuk ke stadium dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Untuk makluman, sejumlah 3,542 ruang parkir disediakan di Stesen LRT sepanjang Ampang Line dan Sri Petaling Line. Pengguna dinasihatkan untuk menyediakan dan tambah nilai kad Touch 'n Go terlebih dahulu.

#PialaMalaysia2019

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2019

26 Oktober 2019 | 9.00 malam

Perlawanan pada malam ini melibatkan pasukan bola sepak Pahang bertemu Kedah di Stadium Darul Makmur dan Selangor melayan kunjungan JDT di Stadium Shah Alam.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang  5  -  5  Kedah
(Agregat 8 - 8)
8' Fernando Rodriquez [ Kedah ]
33' Dickson Nwakaeme [ Pahang ]
55' Jonathan Bauman [ Kedah ]
72' Lazarus Kaimbi [ Pahang ]
76' Lazarus Kaimbi [ Pahang ]
84' Baddrol Bakhtiar [ Kedah ]
93'+ Renan Alves [ Kedah ]
114'+ Herold Goulon - penalti [ Pahang ]
118'+ Fernando Rodriquez [ Kedah ]
122'+ Dickson Nwakaeme [ Pahang ]

*Kedah layak ke perlawanan akhir mengikut syarat kelebihan jaringan di tempat lawan

Selangor  0  -  3  JDT
(Agregat 1 - 5)
25' Safawi Rasid [ JDT ]
46' Safawi Rasid [ JDT ]
51' Safawi Rasid [ JDT ]

*JDT layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5 - 1

Apa itu Tathaiyur?


Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam.

Contoh-contoh Tathaiyur ialah :

* Ambil gambar tiga orang kononnya salah satu darinya akan pendek umur.

* Jumpa ular melintas di jalan, kononnya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

* Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

* Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.


* Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

* Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

* TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

* Diberak burung kononnya ada rezeki.

* Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

* Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

* Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

* Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam.

Kanta lekap untuk penglihatan gelap malam


Menurut sebuah firma syarikat dari Michigan, Amerika Syarikat telah dalam proses membina contact lens untuk mata manusia yang berupaya melihat dalam gelap tanpa cahaya. Ianya mampu melihat dalam full spektrum nightvision dan diperbuat daripada graphene.



Graphene adalah eletropi karbon yang dibentuk melalui atom. Menurut mereka pada mulanya ianya akan dibekalkan pada askar sahaja, namun jika ianya berguna kepada orang awam maka tidak mustahil mereka akan pasarkan.

Syarikat Pengeluar Cat Orang Melayu Islam di Malaysia


Bina Paint adalah jenama pengeluar cat bagi cat kalis air, cat gelanggang sukan, cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah.

Bina Paint adalah pengeluar cat milik orang Melayu yang diasaskan oleh Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosli Adam.

Encik Rosli mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam kontraktor yang pakar di dalam bidang kalis air, gelanggang sukan dan tangki air.


Menurutnya, ketika berhadapan dengan era kegawatan ekonomi pada 1997, dia sangat terkesan dengan keadaan ekonomi ketika itu kerana banyak menggunakan bahan-bahan import kalis air dan cat dari negara luar.

Bermula daripada itu, Rosli mendapat idea untuk membuka kilang sendiri dengan menghasilkan produk-produk yang diimportnya di dalam negara.

Pada masa sama, dia melihat potensi yang lebih besar sekiranya produk kalis air dapat dihasilkan di negara sendiri, sekali gus menjimatkan kos.

Dengan bermodalkan RM150,000, Rosli membuka kilang pertamanya di Bandar Baru Bangi pada 2000 yang mengeluarkan produk kalis air.

Produknya itu dilihat mendapat sambutan yang baik dan mendapat banyak projek daripada syarikat tempatan dan agensi kerajaan.

Melihat peluang lebih besar jika mengeluarkan cat sendiri, Rosli meluaskan segmen pengeluarannya dengan menghasilkan cat.

Selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tiga tahun, akhirnya pada 2009, Rosli dapat menghasilkan cat hiasan keluarannya sendiri.

“Kami melakukan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapatkan khidmat nasihat di dalam menghasilkan cat kalis air yang berkualiti.

“Sehingga benar-benar mencapai standard barulah kami yakin untuk mengeluarkannya"

Bina Paint mempunyai tiga kilang cat yang terletak di kawasan berhampiran yang dibelinya pada 2005 dengan harga pasaran ketika itu sebanyak RM450,000 dan selang beberapa tahun, syarikat itu turut membeli sebuah lagi kilang pada 2009 dengan bernilai RM650,000.
Pada 2013, bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah, Bina Paint telah membeli satu lagi kilang baharu dengan bernilai RM5.65 juta.

“Kami jangka kilang baharu itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Manakala, dua kilang lama akan dijadikan sebagai pusat jualan dan gudang penyimpanan cat,” katanya.

Tembusi 240 kedai perkakasan

Rosli berkata, tujuh tahun dalam industri ini adalah tempoh untuk syarikatnya mengukuhkan jenama di pasaran tempatan.

“Tidak ramai lagi yang tahu tentang cat Bina Paint, kami harap untuk menjalankan aktiviti promosi secara besar-besaran bagi memberikan pendedahan jenama kepada orang ramai.

“Kami harap dalam tempoh 10 tahun Bina Paint telah dikenali setanding dengan jenama antarabangsa yang lain,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Malaysia vs UAE : Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022


Saksikan pertembungan Malaysia menentang UAE dalam misi memburu kelayakan piala dunia FIFA 2022, Qatar (Perlawanan pusingan kedua kumpulan G), Selasa (10 September 2019) bermula pukul 8.30 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia  1  -  2  Emiriah Arab Bersatu
1' Syafiq Ahmad [ Malaysia ]
43' Ali Ahmed Mabkhout [ Emiriah Arab Bersatu ]
75' Ali Ahmed Mabkhout [ Emiriah Arab Bersatu ]

Program sarapan percuma untuk pelajar sekolah rendah



Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

Sumber :

Facebook YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Empat perkara membuktikan JDT menghargai bakat pemain muda


Pemain muda perlu wujud dalam kesinambungan mengekalkan empayar Harimau Selatan supaya terus kukuh. Seperti yang dititahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bahawa JDT tidak akan sesekali menjadi sebuah muzium. Dengan kiasan itu bererti barisan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan sentiasa berevolusi.

DYAM Tunku Mahkota Ismail berkali-kali menegaskan bahawa setiap pemain muda yang berpotensi dalam negara adalah aset yang berharga dan perlu dijaga sebaik yang mungkin. Kerana itu, JDT tidak sesekali akan mengabaikan dan mempersia-siakan kehadiran pemain muda ini malah berusaha membantu mereka untuk mengembangkan lagi sayap ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah beberapa elemen yang jelas kelihatan diinspirasikan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail khas untuk pemain muda yang menyarung jersi keramat Harimau Selatan.

1. PENDAPATAN YANG SETIMPAL

Pendapat yang setimpal adalah perkara subjektif. Namun perkara ini perlu diutamakan terlebih dahulu oleh mana-mana pemain muda. Pendapatan yang setimpal seiring dengan prestasi di samping perlindungan dan kebajikan yang terjamin perlu menjadi fokus demi jaminan masa hadapan.

Sejak kebelakangan ini, masalah utama pengurusan pasukan di Malaysia dan perlu perhatian serius adalah perlindungan dan kebajikan pemain. Banyak pemain yang menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa mengikat perut setelah berbulan-bulan gaji tidak dibayar.

Di JDT, pengurusan amat konsisten menjaga kebajikan pemain dan menjadikan perkara ini sebagai tangga paling utama dalam operasional organisasi. Para pemain Harimau Selatan sentiasa dijaga dan dilindungi dari setiap aspek kebajikan. Yang pasti, JDT tidak akan membenarkan sama sekali 'parasit' wujud menghancurkan sistem pengurusan.

2. KEPEKAAN ORGANISASI DALAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL 

JDT juga tidak akan melepaskan tanggungjawab sekiranya mereka dilanda kecederaan masa panjang seperti yang terjadi kepada Gary Steven Robbat, Syafiq Ahmad, Natxo Insa. Begitu juga pemain yang menerima hukuman serius oleh AFC seperti Farizal Marlias setelah digantung selama 12 bulan juga tetap tidak diabaikan sama sekali.

JDT juga pernah memberi peluang kedua bagi pemain yang mempunyai potensi dan bakat besar tetapi menerima musibah seperti yang berlaku pada Rozaimi apabila mengalami kecederaan selama setahun dan dilihat oleh kebanyakan pemerhati bola sepak bahawa masa hadapan pemain ini sudah berakhir.

Langit gelap yang menutupi kehidupan pemain itu kembali cerah apabila ditunjukkan jalan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail dengan mengambil keputusan drastik menerima Rozaimi ke kem JDT. Ini adalah contoh paling tepat dan boleh dijadikan bukti bahawa para pemain muda ini perlu yakin dengan perlindungan dan tanggungjawab sosial organisasi kelas pertama apabila berada dalam pasukan JDT.

3. DESTINASI TERBAIK DALAM PENGEMBANGAN KARIER

Pada masa ini, JDT adalah kelab yang dilihat sesuai untuk dijadikan destinasi impian bagi setiap pemain di dalam negara. Hakikatnya, menyarung jersi Merah Biru adalah satu kejayaan dan penghormatan tertinggi dalam karier setiap pemain muda di Malaysia.

Realitinya, JDT adalah indikator hala tuju terbaik untuk dijadikan tapak persediaan sebelum pergi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Pemain yang menyarung jersi JDT bertuah kerana dapat merasai nikmat sebenar kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional. Pengurusan efisyen, efektif serta fasiliti dan prasarana yang bertaraf antarabangsa menjadikan keupayaan dan prestasi pemain melonjak dengan pantas.

Pemain yang telah bergelar ahli Keluarga JDT juga amat bertuah kerana akan dikelilingi oleh penyokong yang akan menyokong tanpa prejudis, tidak kira menang atau kalah. Sokongan mereka boleh diolah menjadi satu motivasi untuk lebih berusaha dan bekerja keras untuk mencapai matlamat.

4. MENGEMBANGKAN SAYAP DALAM MENGEJAR IMPIAN

Kesemua pemain bola sepak mempunyai satu impian. Impian bermain dengan pasukan yang hebat dan ternama. Mereka juga pasti memasang impian untuk bermain dan bersaing di peringkat lebih tinggi dan berprestij. Bagi pemain muda, bermain dengan pemain-pemain yang berkualiti serta bertaraf dunia adalah satu kebanggaan.

Safawi Rashid, Akhyar Rasid dan beberapa pemain muda lain di JDT menjadi antara pemain muda yang bertuah setelah berjaya merasai atmosfera kejohanan tertinggi di Asia seperti Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pengalaman bertemu kelab hebat Asia seperti Kashima Antlers, Shandong Luneng Taisan FC dan beberapa kelab gergasi Asia yang lain menjadi suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dengan beraksi di peringkat tertinggi ini juga, nilai komersial pemain muda itu juga akan melonjak naik. Satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi adalah JDT merupakan satu-satunya kelab yang menjadi penanda aras dan cita-cita para pemain muda di tanah air.

 “Skuad kebangsaan akan datang bakal memiliki masa depan yang cerah sekiranya kita jaga pemain ini dengan perancangan yang betul”-DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Pertandingan "hashtag" ini rumah kita


PERTANDINGAN HASHTAG INI RUMAH KITA

Tema : Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama

Syarat dan Cara Penyertaan :

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia samada orang perseorangan, persatuan, NGO, Sekolah, MPKK, IPTA dan IPTS.

2. Hanya ambil gambar atau video dan upload ke Facebook, Instagram atau Twitter dengan letakkan hashtag #IniRumahKita beserta kapsyen yang menarik tentang tema kebersihan dan keindahan Negeri Melaka.

3. 5 pemenang akan dipilih setiap bulan dan pertandingan ini bermula 8 Ogos - 8 Disember 2019

4. Pemenang bulanan akan menerima hadiah istimewa YAB Ketua Menteri Melaka sediri. (InsyaAllah setiap bulan 5 pemenang akan menerima hadiah istimewa dari YAB Ketua Menteri Melaka ❤️)

5. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook rasmi YAB Ketua Menteri (Adly Zahari Official) dan Kerajaan Negeri Melaka.

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih
#IniRumahKita

Logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu menampilkan pelbagai ikon Malaysia seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna-warna bendera Malaysia.

Ia menggambarkan budaya, warisan, flora & fauna serta pengalaman yang ditawarkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo tersebut dicipta seorang pereka grafik kelahiran Melaka, Alfred Phua Hong Fook yang berjaya mengetepikan beratus penyertaan lain.

#VM2020
#TourismMalaysia
#Backpackerz

Liga Super Malaysia : 17 Julai 2019

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 17 Julai 2019 di Stadium Darul Makmur.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 3 - 1 Felda United

14' Lazarus Kaimbi ( Pahang )

28' S. Chanturu ( Felda United )

72' Herold Goulon ( Pahang )

88' Dickson Nwakaeme ( Pahang )

Liga Super Malaysia : 16 Julai 2019

Dua perlawanan Liga Super Malaysa berlangsung pada 16 Julai 2019, melibatkan JDT bertemu PJ City di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos dan Melaka United melayan kunjungan PKNS di Stadium Hang Jebat.

KEPUTUSAN PENUH

JDT 0 - 1 PJ City
64' Washington Brandao ( PJ City )


Melaka United 1 - 1 PKNS
54' Shukor Adan ( Melaka United )
80' Kpah Sherman ( PKNS )



Kemaskini PUBG Mobile Season 8


Tarikh pelepasan PUBG Mobile Musim ke 8 dijangka termasuk pelbagai kandungan baru dan pembentukan permainan seterusnya, yang akan tersedia untuk dimuat turun melalui kemas kini yang besar.

PUBG Mobile 0.13.5 beta diumumkan beberapa hari yang lalu dan terbuka kepada mana-mana pemain yang ingin mengujinya.

Berita terkini ialah PUBG Mobile Season 7 akan berakhir pada 15 Julai dan akan diikuti dengan kemas kini yang besar.

Patch 0.13.5 yang baharu itu dilaporkan akan dikeluarkan pada 16 Julai, walaupun tidak jelas apakah zon waktu ini diarahkan.

Oleh itu, ini bermakna kemas kini boleh jadi datang sedikit lewat kemudian di beberapa kawasan, seperti UK dan Amerika Syarikat. Ini akan diikuti dengan pelancaran Musim ke 8, termasuk New Royale Pass dan kandungan kosmetik khas yang lain.

Ini akan tiba pada hari Rabu, 17 Julai, di beberapa kawasan, bermakna pelancaran kemudiannya mungkin dalam masa-masa lain.

Harus diingat bahawa Tencent belum lagi mengeluarkan jadual rasmi mereka sendiri, yang bermaksud ini akan bersesuaian dengan apa yang sudah kita ketahui mengenai penghujung PUBG Mobile Season 7, yang dijadualkan berakhir pada pertengahan Julai.

Terdapat banyak kebocoran mengenai apa yang akan dimasukkan dalam PUBG Mobile Royale Pass untuk Musim 8.

Dataminers telah berkongsi pakaian baru, termasuk kulit udang baru, lengkap dengan tudung dan seluar pendek, serta topeng Laut Mariner dan Kulit Rawa Horror.

Elite Pass Plus akan kembali ke Musim 8 dan disertakan dengan ganjarannya sendiri yang akan disenaraikan oleh Tencent selepas pembebasannya. Musim ke 8 PUBG Mobile akan bertema laut, jadi mengharapkan ganjaran yang lebih besar.

Ini mengesahkan kemasukan senjata submachine PP-19, yang akan tersedia untuk diambil dan digunakan pada Erangel dan Vikendi.

Sistem Musim untuk PUBG Mobile mendapat baik pulih secara besar-besaran, menjadikannya lebih mudah untuk mengakses kandungan yang anda peroleh melalui bermain.

Perubahan lain termasuk pilihan Kadar Bingkai Tinggi yang ditambah kepada mod HDR untuk beberapa peranti taraf tinggi.

Pemain boleh memilikinya untuk prestasi yang lebih baik yang datang pada kos hayat bateri dan boleh didapati di menu Tetapan, di bawah Grafik.

Tencent telah berkata pada masa lalu bahawa mereka tidak biasanya menyenaraikan semua pembaikan bug dalam nota patch rasmi.

Walau bagaimanapun, di bawah ini merupakan sedikit catatan nota beta, termasuk satu pembetulan untuk pemain yang tidak dapat memindahkan avatar rakan sepasukan mereka dalam Team Deathmatch.

Nota penuh PUBG Mobile 0.13.5 beta patch boleh didapati di bawah :

Senjata Baru: PP-19

Pistol submachine ke-5. Api 9mm peluru. Turun di Erangel dan Vikendi.
PP-19 adalah senapan semburan 9mm yang boleh dilepaskan sebanyak 53 pusingan, tetapi ia tidak menyokong peningkatan majalah, jadi kapasiti tidak dapat ditingkatkan melalui lampiran.

Senjata ini boleh dilengkapi dengan skop dan lampiran muncung, dan boleh dilengkapi dengan semua skop dari Red Dot Sight atau Pemandangan Hologram ke Skop 6x, dan semua aksesori muzzle yang tersedia untuk senjata submachine.

PP19 mempunyai nilai kerosakan tunggal sebanyak 35 dan kadar api yang serupa dengan UMP. Saiz majalah lalainya memberikan keupayaan api menindas yang kuat, dan dengan lampiran yang lebih sedikit untuk ditambahkan. ia mempunyai kelebihan senjata lengan penuh semasa permainan awal. 

Kelebihan ini datang pada kos prestasi yang lebih lemah kemudian dalam perlawanan.

Peningkatan Sistem Musim

Antara muka musim telah direka semula untuk menjadikannya lebih intuitif dan lebih menarik.
Skrin hasil mod klasik telah diselaraskan. Perubahan Penilaian dan Tahap kini lebih kelihatan pada skrin.
Ganjaran musim 8 telah diselaraskan dalam S8. 

Keseluruhan pakaian Musim 8 kini boleh didapati di tiang Emas. Jangkauan peringkat Diamond untuk mendapatkan kemasan senjata eksklusif Musim. 

Jangkau Crown atau ke atas untuk mendapatkan kesan gabungan dan tag nama pasukan yang khas. Mencapai Ace atau ke atas untuk mendapatkan gelaran musim tetap.

Hadiah kini akan dihantar secara automatik kepada pemain pada akhir Musim.
Pemain akan mempelajari perubahan yang lebih terperinci daripada musim terdahulu pada permulaan setiap Musim.

Algoritma sistem ranking telah ditala untuk sedikit meningkatkan berat mata membunuh, jadi membunuh sekarang mempunyai impak yang lebih besar pada Tahap.

Peraturan pindah tier telah disemak semula. Bermula dari Musim 8, Tiers di bawah Emas dipindahkan dari musim ke depan.

Mesej Tier Warisan telah dibuat lebih jelas. Maklumat penetapan semula nilai untuk semua pelayan akan ditunjukkan dalam satu mesej, dan peraturan pindah tier akan diterangkan di laman web (pautannya akan dimasukkan dalam mesej).

Pemesejan promosi peringkat telah bertambah baik. Promosi bahagian dalam peringkat tidak akan ditunjukkan di lobi. Promosi tahap akan mendapat paparan yang lebih menarik.

Visual ikon tingkatan telah dipertingkatkan.


Penambahbaikan Lain

Kesan visual tajuk telah ditala.

Sesetengah pakaian mitos kini ditunjukkan dengan menggunakan senjata.

Tetapkan pepijat di mana pemain tidak dapat memindahkan avatar rakan sepasukan mereka dalam Team Deathmatch.

Liga Super Malaysia : 13 Julai 2019 ( Sabtu )


Sebanyak empat perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada malam 13 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Kedah - Perak, Kuala Lumpur - JDT, PKNP - Felda United dan Selangor - Petaling Jaya City. Perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Kedah 4 - 2 Perak
[ Stadium Darul Aman ]

29' Shahrul Saad ( Perak )
40' N.Thanabalan ( Kedah )
45' Renan Alves ( Kedah )
79' Ronaldo ( Perak )
89' Fernando Rodriguez ( Kedah )
93' Fernando Rodriguez ( Kedah )

Kuala Lumpur 0 - 4 JDT
[ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras ]

15' Gonzalo Cabrera ( JDT )
28' Diogo ( JDT )
61' Nazmi Faiz Mansor ( JDT )
70' Diogo ( JDT )

PKNP 1 - 1 Felda United
[ Stadium Majlis Perbandaran Manjung ]

52' S.Chanthuru ( Felda United )
81' Yasir Pinto ( PKNP )

Selangor 3 - 0 Petaling Jaya City
[ Stadium Shah Alam ]

43' Endrick ( Selangor )
56' Khyril Muhymeen ( Selangor )
61' Ifedayo Olusegun ( Selangor )


***************************

URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
( Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka )

Sila hantar mesej Whatsapp dahulu sebelum datang


Liga Super Malaysia : 12 Julai 2019 ( Jumaat )

Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini dalam pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 12 Julai 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu. Ia melibatkan pasukan Terengganu FC dan Pahang FA.

KEPUTUSAN PENUH

Terengganu FC 1 - 0 Pahang
42' Ahmad Syamim Yahya ( Terengganu )
51' Mohamadou Sumareh ( Pahang )

Liga Super Malaysia : 10 Julai 2019 (Rabu)


Keputusan dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang telah berlangsung pada Rabu, 10 Julai 2019 :

KEPUTUSAN PENUH

Kuala Lumpur 0 - 2 Felda United
41' Khairul Amri ( Felda United )
64' Zahril Azri ( Felda United )

Perak 3 - 2 Selangor
29' Taylor Regan (Selangor)
42' Fandi Othman - gol sendiri ( Perak )
45' Endrick ( Selangor )
45+3' Leandro Dos Santos - penalti ( Perak )
63' Careca ( Perak )

Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Julai 2019


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia yang ke 20 telah berlangsung pada malam 9 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Pahang dan PKNS, Melaka United dan PKNP serta Terengganu dan Kedah. Perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 3 - 2 PKNS
31' Herold Goulon (Pahang)
43' Muslim Ahmad (Pahang)
61' Kpah Sherman (PKNS)
67' Gabriel Guerra (PKNS)
89' Matthew Davies (Pahang)


Melaka United 2 - 1 PKNP

14' Giancarlo (PKNP)
42' Davy Angan (Melaka United)
59' Patrick Reichelt (Melaka United)


Terengganu FC 2 - 2 Kedah

5' Shakir Hamzah (Kedah)
33' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)
45+4' Baddrol Bakhtiar (Kedah)
90+3' Tchetche Kipre (Terengganu FC)



Liga Super Malaysia : 7 Julai 2019


Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini, melibatkan pasukan bola sepak Felda United dan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang Darul Makmur. Perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 1 - 2 Selangor
44' Sandro (Selangor)
51' Ifedayo Olusegun (Selangor)
64' Jocinei (Felda United)


Keputusan Liga Super Malaysia : Pusingan ke 19 - 6 Julai 2019


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia bagi pusingan ke 19 yang melibatkan 6 pasukan. Perlawanan berlangsung pada 6 Julai 2019, jam 9.00 malam :

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 2 - 0 Kuala Lumpur
( Stadium Darul Makmur )

57' Herold Goulon - penalti [ Pahang ]

94' Nor Azam Abdul Azih - [ Pahang ]


Perak 0 - 3 JDT
( Stadium Ipoh )

37' Leandro Velazquez [ JDT ]

48' Leandro Velazquez [ JDT ]


93' Akhyar Abdul Rashid [ JDT ]


PJ City FC 1 - 2 Melaka United
( Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya )

13' Pedro Henrique [ PJ City FC ]

37' Luka Milunovic [ Melaka United ]

45' Jang Suk-won [ Melaka United ]

Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Julai 2019

Berikut adalah keputusan dua perlawanan bola sepak ke sembilan belas, Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 5 Julai 2019 (Jumaat / 9.00 malam), melibatkan perlawanan antara Kedah - PKNP dan PKNS - Terengganu FC :

KEPUTUSAN PENUH

Kedah 1 - 1 PKNP
- Stadium Darul Aman -

51' Azammuddin Akil ( Kedah )
81' Giancarlo Rodrigues ( PKNP )

PKNS 1 - 2 Terengganu FC
- Stadium Shah Alam -

35' Sanjar Shaakhmedov ( Terengganu FC )
84' Kittiphong Pluemjai ( PKNS )
88' Nasrullah Haniff Johan ( Terengganu FC )

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Promosi URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
( Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka )



40 minit urutan kaki, anda akan dicaj hanya RM25.00 sahaja !


Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula sudah hampir menjadi pemain Harimau Malaya


Hasrat skuad negara untuk diperkuatkan lagi dengan kudrat pemain naturalisasi bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar nama Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut sumber dalaman, satu pertemuan di antara pegawai tertinggi FAM dan KDN telah diadakan pada Selasa, 2 Julai 2019, untuk badan induk itu menyerahkan segala dokumen berkaitan yang membabitkan dua pemain berkenaan.

Sebelum ini, ia sekadar spekulasi ekoran masalah membabitkan dokumen de Paula yang juga penyerang Kuala Lumpur selain Krasniqi tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia musim ini selepas ikatannya bersama pasukan Melaka terlerai, April lalu.

Namun, perkhabaran terbaru itu tampak sesuatu yang positif apabila ia sudah dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi selain turut menjadikan perancangan itu lebih serius dan juga bermakna, Harimau Malaya bakal mendapat dua tambahan pemain naturalisasi selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyebut seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara yang berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut, dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

FAM sebelum ini mengesahkan pendekatan membawa masuk pemain naturalisasi tersebut adalah antara pelan jangka pendek FAM dalam usaha memantapkan mutu serta kualiti skuad kebangsaan.

Badan induk itu juga berasakan kehadiran pemain naturalisasi perlu dilihat daripada sudut positif memandangkan negara ini ketandusan penyerang tempatan yang berprestasi tinggi tatkala menafikan pendekatan itu menutup peluang pemain tempatan, sebaliknya mewujudkan persaingan dan rangsangan kepada pemain kebangsaan.

Apa pun, jika perkara ini berjalan lancar dan mendapat lampu hijau daripada KDN, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, sudah pasti menjadi individu paling gembira kerana mempunyai kekuatan tambahan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 yang juga kelayakan Piala Asia 2023.

Kredit :
Zulhelmi Zainal Azam (stadiumastro.com)

Shopee Piala FA 2019 : Felda United vs Kedah (Separuh Akhir Kedua)


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala FA Malaysia 2019, Separuh Akhir Kedua antara Felda United menentang Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang Darul Makmur :

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 3 - 2 Kedah
(agregat 3 - 3)

26' Fernando Rodriguez - penalti ( Kedah )
37' Farhan Roslan ( Kedah )
65' Thiago Junio ( Felda United )
72' S. Chanthuru ( Felda United )
94' Hadin Azman ( Felda United )


Pasukan bola sepak Kedah mengesahkan kelayakan ke peringkat Akhir Piala FA Malaysia 2019 dengan agregat 3 - 3 ( jaringan gol di tempat lawan )

Kedah bakal bertemu Perak di pentas akhir Piala FA Malaysia 2019.


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Promosi URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
( Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka )

40 minit urutan kaki, anda akan dicaj hanya RM25.00 sahaja !


Shopee Piala FA Malaysia 2019 : Separuh Akhir Kedua


Keputusan perlawanan bola sepak, Separuh Akhir Ke 2, Shopee Piala FA Malaysia 2019 antara Perak dan Pahang di Stadium Perak pada 29 Jun 2019.

Sebelum ini pada Separuh Akhir Pertama, Pahang telah mendahului Perak dengan agregat 3 - 1.

KEPUTUSAN PENUH

Perak 3 - 0 Pahang
(agregat 4 - 3)

36' Brendan Gan ( Perak )
41' J. Partiban ( Perak )
43' Mohd Faisal - Pahang ( gol sendiri untuk Perak )


* Perak berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2019, menewaskan Pahang dengan agregat 4 - 3

---------------------------------------------------------------------------

Promosi urutan kaki di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka


Keputusan Liga Super Malaysia : 26 Jun 2019


Berikut adalah keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia bagi pusingan ke 18 yang berlangsung pada 26 Jun 2019, jam 9.00 malam.

Ia melibatkan pasukan Melaka United bertemu JDT di Stadium Hang Jebat, Kedah menentang PJ City di Stadium Darul Aman serta Terengganu FC melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

KEPUTUSAN PENUH

Melaka United 1 - 2 JDT
7' Nazmi Faiz (JDT)
27' Diogo (JDT)
83' Shukor Adan (Melaka United)


Kedah 3 - 2 PJ CITY
15' Baddrol Bakhtiar (Kedah)
49' Farhan Roslan (Kedah)
60' Brandao (PJ City)
66' Ganesh Gunasegaran (PJ City)
76' Fernando Rodriguez (Kedah)


Terengganu FC 3 - 1 Kuala Lumpur
37' Lee Tuck - penalti (Terengganu FC)
41' Darko Markovic (Kuala Lumpur)
76' Muhammad Faudzi (Terengganu FC)
83' Malik Abdul (Terengganu FC)


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan