Resepi apam balik keropok (rangup)

 

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. 

Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Bahan-­bahan

Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 1/2 cawan air
7) 1/2 sudu teh serbuk penaik
 
Bahan untuk taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) 1/2 cawan coklat urai
5) 1/2 cawan gula pasir
 
Cara

1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api yang kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 atau 6 bahagian atau mengikut sesuka hati anda.

Related Posts:

  • Pemakanan bayi sebelum berumur dua tahun   Anak adalah rezeki yang terbesar bagi pasangan suami isteri.  Ia adalah kurniaan Allah SWT yang paling bernilai dan merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan kesungguhan bagi memastikan anak… Read More
  • Kepelbagaian makanan tradisional negeri Kelantan Salam sejahtera..... Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang … Read More
  • Nasi Goreng Kampung = sanggupkah menunggu 45 minit? Perut sudah lapar, lantas kaki melangkah membawa badan dan anggota yang lain menuju ke kawasan deretan gerai makanan dan minuman, yang didirikan atas tapak bekas perhentian teksi, berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka.  … Read More
  • Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Assalamualaikum... Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi d… Read More
  • Resepi roti jala dan kuah pencicah Roti jala adalah menjadi sajian pilihan untuk jamuan ringan di majlis-majlis tertentu ataupun dijadikan makanan sarapan pagi atau petang.  Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsikan resepi penyediaan roti jal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan