Aziz Sattar (Bujang Lapok) meninggal dunia


Al-Fatihah...

"Berakhirlah sudah kisah perjalanan trio Bujang Lapok. Dimulai dengan pemergian P. Ramlee pada 1973, kemudian S. Shamsuddin pada 2013, dan kini Aziz Sattar pada 2014....."

Dalam usia 89 tahun, pelakon veteran yang sangat popular dengan lakonan-lakonan filem arwahyarham P.Ramlee seperti sequal filem "Bujang Lapok" iaitu Aziz Sattar (Datuk) telah meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor dalam pukul 2.00 pagi, 6 Mei 2014.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei 2014 lalu akibat diserang penyakit jantung. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Sandakiah berkata, keluarganya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini (6 Mei 2014).


Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok menjadi antara watak yang menjadi bualan dalam dunia seni lakonan Melayu sejak era 1950an.

Sejarah ringkas :

Bintang lagenda ini yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Allahyarham juga pernah mengarah beberapa buah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Allahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah
dikurniakan tujuh orang anak.

Allahyarham juga telah berkahwin buat kali kelima pada 16 Disember 2006 dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.



Kemaskini :

 
Antara yang hadir di Masjid Al Amin Bandar Tun Hussein Onn Cheras utk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

Related Posts:

  • Syed Azlan meninggal dunia (komposer & penyanyi) Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi, 12 November 2016. Perkara ini dimaklumkan mel… Read More
  • Dengar lagu Satu Kalimah : Meremang bulu roma dia Video ini dirakam oleh seorang wanita luar negara yang me-"review" lagu yang didengarinya. Mungkin untuk follower laman web sosialnya. Dalam video berkenaan kita dapat saksikan reaksi beliau yang teruja dan sangat suka… Read More
  • Mohamed Zain meninggal dunia Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin (nama sebenar Mohamed Zain Shamsuddin) , 82 disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya jam… Read More
  • Mus May koma - masuk hospital Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan  dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu. Isterinya yang dikenali sebagai Sue ketika dihubungi mStar Online me… Read More
  • Kecik Hyper Act dah "bercerai" Kecik masih lagi bujang, belum berkahwin. Bercerai itu maksudnya jodoh beliau tiada lagi kerana telah diberhentikan dari Kumpulan Hyper Act, namun tiada dinyatakan sebab terjadinya begitu. Kecik atau nama sebenarnyaMo… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan