Lima lokasi penginapan bajet bawah RM 200 semalam di Pulau Langkawi


Langkawi merupakan satu daerah dalam negeri Kedah. Ia terdiri dari gugusan pulau-pulau yang terletak di Selat Melaka berhampiran negeri Perlis. Pulau Langkawi yang terkenal dengan berbagai kisah mitos dan lagenda seperti Mahsuri, Lagenda Tasik Dayang Bunting dan Puteri Telaga Tujuh ini ialah antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Ia juga adalah pulau bebas cukai sejak tahun 1987. Selain tarikan alam semulajadi, pulau ini turut menjadi tumpuan  untuk membeli-belah. 

Berikut adalah maklumat mengenai penginapan bajet rendah sebagai pilihan kepada mereka yang ingin melancong ke Pulau Langkawi :

PARETTO SEAVIEW HOTEL, LANGKAWI




LANGGURA BARON RESORT, LANGKAWI





CASA FINA FINES HOMES HOTEL, LANGKAWI





BEST STAR RESORT, LANGKAWI





THE CABIN, PULAU LANGKAWI





Akibat membiarkan anak sendirian di dalam bilik


Seorang ibu muda terkejut ketika menemukan anaknya yang berusia tiga tahun tak bergerak di tempat tidurnya. Sudah menjadi kebiasaan nya setiap pagi ibu muda itu memang selalu meninggalkan anaknya bermain sendirian di kamar tidur, sementara dia sibuk membersihkan rumah nya  dari cuci baju, cuci pinggan, dan bersih persekitaran rumah nya. 

Menurutnya bilik tidur adalah tempat yang selamat bagi si kecil. Tapi pagi itu ibu muda ini dikejutkan dengan pemandangan yang luar kebiasaan. Dia melihat anaknya terkaku dan tak bergerak di samping ditepi katil dengan terpercik warna merah merata-rata tempat. Bermula dari mulut hingga ke kaki anaknya itu, bahkan sampai di bantal dan cadarnya. Dalam keadaan panik ibu muda itu berlari ke arah ananaknya.

Tapi apakan daya. Semuanya sudah terlambat. Gincunya sudah tidak boleh diselamatkan lagi, sementara anaknya tertidur nyenyak setelah penat bermain. 

Zainal Ariffin meninggal dunia


Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo, 62 tahun, yang menderita kanser esofagos telah menghembuskan nafas terakhirnya kurang lebih pada pukul 1.30 petang Rabu, 14 November 2018.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isteri arwahyarham Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal, berusia 52 tahun. Jenazah dikebumikan pada hari ini (Rabu 14/11/2018), selepas solat Isyak di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo dikatakan tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Namun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu. Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.



Pada 12 November 2018 , hari Isnin, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah. 

Sumber : mstar online

Keputusan AFF Suzuki Cup 2018 : Malaysia - Laos


Perlawanan kedua Kumpulan A bagi Kejohanan Bola Sepak ASEAN antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, 12 November 2018.

Keputusan masa penuh

Malaysia 3 - 1 Laos

minit 7'   P. Kongmathilath (Laos)

minit 15' Mohd Zaquan Adha (Malaysia)

minit 86' Norshahrul ldlan (Malaysia)

minit 90 + 2' Norshahrul ldlan (Malaysia)








Sebab sebenar Zamani bermasalah pada lagu pertama di Separuh Akhir GV5


Zamani dianggap antara penyeri rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ke 5 ini. Pelbagai kisah dan drama berlaku di pentas GV5 sehingga membuatkan masyarakat membicarakan mengenainya secara online dan offline dengan hangat.

Pada malam Separuh Akhir Gegar Vaganza 5 yang berlangsung pada 12 November 2018, Zamani mendapat dua lagu iaitu "Dekat Padamu"-nyanyian asal oleh Yusri KRU dan "Di Matamu" yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi.

Namun sesuatu yang menggusarkan hati peminat Zamani Slam berlaku pada lagu pertama, di mana Zamani kelihatan gagal menyanyi mengikut "key" yang sesuai dan seakan lupa lirik. Namun pada lagu kedua beliau kelihatan cemerlang dengan menyanyikan lagu "Di Matamu" dengan gayanya tersendiri dan dipuji oleh Dato Ramli MS (Tok Ram). 

Zamani memperoleh tempat ke 5 dari lapan peserta yang bertanding dan sekaligus layak ke peringkat akhir GV5. Kejayaan yang tidak disangka itu membuatkan Zamani beriaksi spontan dengan bersujud syukur di tengah pentas.

Bagi menjernihkan suasana, Zamani telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam satu temubual tidak rasmi semasa kudapan malam selepas pertandingan berkenaan berakhir.

Sila tonton video temubual berkenaan di bawah ini :



Kredit video : Asal Artis

Pencuri dibaringkan dalam keranda di Shah Alam



Video di bawah ini dikatakan berkenaan dengan kes pecah kereta di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam waktu solat Jumaat pada 9 November 2018.

Sebahagian jemaah telah berjaya menangkap pencuri berkenaan dan membaringkannya pada keranda sebagai pengajaran untuk si pencuri berkenaan.



Bangkit berusaha setelah gagal : kesanggupan berniaga tanpa kedai


Gambar di atas adalah antara alat bantuan berniaga yang saya ada dan mampu sediakan. Berniaga kecil je, takde cukup duit nak menyewa premis. Percubaan untuk terus berusaha dalam perniagaan setelah mengalami kemerosotan dan beberapa kegagalan.

Kini saya open booth dengan menawarkan khidmat urutan kaki dan pendaftaran ONEXOX Prepaid / Postpaid di Car Boot Sale Tampin dan Kompleks Pentadbiran Daerah Tampin. Selain itu masih lagi menjalankan kursus jangka pendek berkaitan komputer di UTC Melaka.

Cabaran dan dugaan

Selain dari cabaran serta dugaan berkenaan dengan modal duit, persepsi orang lain (tanggapan) terhadap usaha saya ini ada kalanya memberi kesan pada semangat. Ada sebilangan orang memandang rendah pada perniagaan yang dilakukan di tepi jalan, tepi bangunan dan di tapak meletak kenderaan. Namun selagi mereka tidak mengalami kepayahan dan kejatuhan, mereka mungkin tidak dapat mengerti keadaan diri saya ini.

#usahawankecil
#yakinboleh

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan