MELAKA FLORAL FESTIVAL 2019


Pameran Bunga dan Taman yang pertama di Melaka, bermula pada 22 hingga 24 November 2019 (Jumaat hingga Ahad), 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka

Perasmian oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob,Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Aktiviti :

1. Pameran Taman Mini:
    -Agensi Kerajaan
    -Agensi Swasta
2. Jualan
    -Bunga
    -Barang Pertanian
    -Buah-buahan
3. Pertandingan:
    -Orkid -22 Nov 2019
    -Gubahan bunga dan sirih junjung -23 Nov 2019
    -Mewarna 23 Nov 2019

Keputusan Malaysia lwn Indonesia : Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023


Berikut adalah keputusan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada 19 November 2019, 8.45 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia  2  -  0  Indonesia
30' Safawi Rasid [ Malaysia ]
73' Safawi Rasid [ Malaysia ]

Melaka Chocolate House di Bandar Hilir Melaka


MELAKA CHOCOLATE HOUSE ❗

Terletak di deretan bangunan merah (Stadhuys) berhadapan Muzium Belia Malaysia adalah salah satu produk pelancongan yang dikenali sebagai Melaka Chocolate House.  Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam semestinya akan menjadi persinggahan wajib bagi pelancong tempatan mahupun luar negeri.



Ketika ditemui TMK Muhammad Fikri Bin Mohd Ali yang juga Pengarah Eksekutif 'MCH' turut menyatakan tarikan utama pengunjung adalah Coklat Durian Musang King selain Daim,Milo dan pelbagai lagi.

Serta bakal menyajikan lagi satu produk adalah  Ais Kepal (Snow Ice) yang berkonsepkan coklat dengan pelbagai jenis seperti Daim, Tobleron,Milo dan sebagainya.



Turut meletakkan simbolik pelancongan adalah ukiran logo Visit Melaka yang dibuat khas menggunakan 100% coklat.🍫🍫




Info Menarik :

Lokasi : Deretan Bangungan Stadhuys (Berhadapan Muzium Belia Malaysia)
Masa : Setiap Hari (10 pagi - 10 malam)

Untuk pertanyaan : 0133333815 (Fikri)

Sumber : Melaka Kini

Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 : Malaysia - Thailand

Stadium Nasional Bukit Jalil | 14 November 2019 | 9.00 malam

Perlawanan kumpulan G antara Malaysia bertemu Thailand bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 20233.


KEPUTUSAN PENUH

Malaysia 2 - 1 Thailand
7' S. Chanathip (Thailand)
26' Brendan Gan (Malaysia)
57' Sumareh (Malaysia)


Video Perang Mulut Ramli MS dengan Nabil


Telatah Nabil bersama Jihan Muse semasa mengendalikan rancangan Gegar Vaganza telah menjadikan Gegar Vaganza "hidup" dan tidak membosankan. Ditambah lagi dengan Ramli MS (Tok Ram) yang "melayan" mereka, membuatkan suasana menjadi gamat dan ketawa pada hadirin dan penonton di rumah.

Berikut adalah beberapa keratan rakaman video Gegar Vaganza 6, yang memaparkan "perang mulut" antara Tok Ram dan Nabil serta Jihan :



Kredit : ZurPaly Official (Youtube)

KEMUDAHAN AWAM DI STADIUM SULTAN IBRAHIM


Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi di Iskandar Puteri mempunyai begitu banyak kemudahan untuk kegunaan para penyokong ketika melawat stadium ikonik ini.

Antaranya terdapat :

- 1 Ruang Kelab Penyokong Rasmi
- 5 Bilik Solat
- 5 Pejabat Jualan Tiket
- 29 Kedai termasuk gerai jualan cenderahati 'Official'
- 4 Restoran termasuk kafeteria
- 4 ‘Photobooth’ Interaktif


Sumber : JOHOR Southern Tiger

Jual Nasi Lemak : ok ke bisnes ni?


MENJUAL NASI LEMAK ADALAH SEKADAR SALAH SATU CONTOH PERNIAGAAN KECIL YANG BERPOTENSI BESAR. IA ADALAH GAMBARAN KASAR. BUAT KAJIAN TENTANG NASI LEMAK AGAR ANDA DAPAT MENGUASAI SELERA BAKAL PELANGGAN ANDA.

Bermula dari nasi lemak biasa, anda boleh menambah sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa "side dish" untuk nasi lemak berkenaan. Pilih lauk pauk tambahan yang sesuai dengan kemahiran anda memasak untuk dipakejkan dengan nasi lemak. Jika mampu, kekalkan identiti nasi lemak daun pisang kerana ia lebih baik untuk kesihatan dan aroma nasi lemak jadi lebih menyelerakan.

Namun jangan hanya berminat sebab pandang hasilnya tetapi fahamkan juga proses yang perlu dilalui sehingga ia berhasil.

(tapi orang kita nak benda mudah je...nak cepat kaya... mudah kelabu mata tengok gambar duit banyak berkepok-kepok terus nak masuk program yang diiklankan tanpa merujuk pada jabatan kerajaan yang berkenaan)

Tak perlu sertai money game, skim atau "seminar peluang buat duit" yang akhirnya tinggal kenangan pahit... Asalkan kita :

- Istiqamah dan berdoa pada Tuhan yang esa.

- Rajin dan peka buat kajian keperluan pasaran setempat / semasa

- Lokasi perniagaan yang sesuai dan selamat.

- Ambil lesen penjaja dari majlis tempatan sama ada sebagai penjaja stastik atau bergerak.

- Prihatin pada perubahan semasa pada kualiti makanan (jika berniaga makanan) atau perkhidmatan, layanan dan selera pelanggan

- Tahu risiko yang mampu ditanggung

- Displin menabung, berjimat cermat dan amanah (tidak culas)

kita mampu untuk menjana pendapatan yang memuaskan serta mencukupi keperluan hidup sebagai rakyat biasa.

Di bawah adalah rujukan tambahan mengenai potensi bisnes nasi lemak yang mampu mencapai pendapatan belasan ribu ringgit, yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook :


Kredit gambar nasi lemak :


Video tebing runtuh di Genting Highland


Satu kejadian cemas, tanah runtuh di Genting Highland yang berlaku pada petang semalam (5 November 2019), telah dapat dirakamkan videonya oleh pelawat yang melalui jalan berkenaan.

Dalam video berkenaan terlihat sebuah bas pelancong dan kenderaan lain (kereta atau van) berhenti beberapa meter dari kawasan tanah runtuh berkenaan. Ketika kejadian berlaku, hujan turun renyai-renyai.


Kredit : KhabirM

Malaysia Cup Final - 2 November 2019


Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2019, edisi ke 93 antara Kedah dan JDT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 November 2019. Perlawanan bermula jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

KEDAH  0  -  3  JDT
28' Leandro Velazquez ( JDT )
35' Safawi ( JDT )
58' Syafiq Ahmad ( JDT )


Statistik perlawanan :


Babab.net

Popular Posts