Car Boot Sale di Tampin, Negeri Sembilan


Penduduk di Tampin, Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tempat untuk membeli dan mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan sambil bersantai iaitu Car Boot Sale Tampin. 

Ia bertempat di tapak parkir kenderaan, Stadium Mini Tampin yang berhadapan dengan  Arena Benteng Tampin (deretan kedai makan minum). Pelbagai barangan ada dijual. Dari kategori produk kecantikan dan kesihatan, makanan ringan seperti aiskrim atau kerepek, patung "action figure" dan juga keperluan harian. Saya turut menyertai Car Boot Sale Tampin ini dengan menawarkan perkhidmatan urutan kaki, jualan kiub anti lipas dan tikus, jualan prabayar ONEXOX serta semburan serai wangi.

Car Boot Sale Tampin diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari jam 5.00 petang hingga lewat malam.

Nur Amisah meninggal dunia


Pelakon drama, Nur Amisah Binti Abdullah dijemput pulang ke Rahmatullah di rumahnya berusia 52 tahun, pagi tadi (18 Ogos 2018). Beliau meninggal dunia kerana semput akibat tonsil yang membengkak.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan