Parking dan Public Transport sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019


Untuk lebih memudahkan pergerakan penyokong yang akan hadir ke PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019 Sabtu ini (2 November 2019), anda juga boleh menggunakan pengangkutan LRT dengan memarkir kenderaan anda di kawasan LRT berikut sebagai langkah alternatif untuk ke stadium dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Untuk makluman, sejumlah 3,542 ruang parkir disediakan di Stesen LRT sepanjang Ampang Line dan Sri Petaling Line. Pengguna dinasihatkan untuk menyediakan dan tambah nilai kad Touch 'n Go terlebih dahulu.

#PialaMalaysia2019

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2019

26 Oktober 2019 | 9.00 malam

Perlawanan pada malam ini melibatkan pasukan bola sepak Pahang bertemu Kedah di Stadium Darul Makmur dan Selangor melayan kunjungan JDT di Stadium Shah Alam.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang  5  -  5  Kedah
(Agregat 8 - 8)
8' Fernando Rodriquez [ Kedah ]
33' Dickson Nwakaeme [ Pahang ]
55' Jonathan Bauman [ Kedah ]
72' Lazarus Kaimbi [ Pahang ]
76' Lazarus Kaimbi [ Pahang ]
84' Baddrol Bakhtiar [ Kedah ]
93'+ Renan Alves [ Kedah ]
114'+ Herold Goulon - penalti [ Pahang ]
118'+ Fernando Rodriquez [ Kedah ]
122'+ Dickson Nwakaeme [ Pahang ]

*Kedah layak ke perlawanan akhir mengikut syarat kelebihan jaringan di tempat lawan

Selangor  0  -  3  JDT
(Agregat 1 - 5)
25' Safawi Rasid [ JDT ]
46' Safawi Rasid [ JDT ]
51' Safawi Rasid [ JDT ]

*JDT layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5 - 1

Apa itu Tathaiyur?


Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam.

Contoh-contoh Tathaiyur ialah :

* Ambil gambar tiga orang kononnya salah satu darinya akan pendek umur.

* Jumpa ular melintas di jalan, kononnya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

* Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

* Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.


* Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

* Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

* TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

* Diberak burung kononnya ada rezeki.

* Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

* Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

* Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

* Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan