Apa itu Tathaiyur?


Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam.

Contoh-contoh Tathaiyur ialah :

* Ambil gambar tiga orang kononnya salah satu darinya akan pendek umur.

* Jumpa ular melintas di jalan, kononnya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

* Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

* Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.


* Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

* Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

* TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

* Diberak burung kononnya ada rezeki.

* Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

* Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

* Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

* Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam.

Related Posts:

  • Video bekas Mufti beri teguran kepada Sajat Bekas mufti wilayah persekutuan yang kini merupakan Menteri Agama Malaysia iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri  telah memberi teguran kepada Muhammad Sajjad yang telah membuat video dan pada video berkenaan Sajj… Read More
  • Apa itu Tathaiyur? Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam. Contoh-contoh Tathaiyur ialah : * Am… Read More
  • Kiamat dan Yahudi Heradi Walaupun pelbagai pemerhatian dan kesimpulan dilakukan berdasarkan penyelidikan sains, namun tiada fakta tepat menemukan bilakah bakal berlaku hari kiamat. Bagaimanapun, pendakwah terkemuka, Datuk Dr. Danial Zai… Read More
  • Manfaat Surah Al-Kausar Berikut merupakan maklumat berkenaan kebaikkan mengamalkan bacaan surah yang paling pendek iaitu Al Kausar : 1. Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara, INSYAALLAH akan beri pertolongan oleh Allah ke… Read More
  • Mas Kahwin dan Wang Hantaran : ada yang keliru ? Ada yang masih keliru tentang perbezaan Wang hantaran dan mas kahwin. Pada pasangan yang bakal berkahwin anda perlu tahu kedua-duanya mempunyai perbezaan. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan