Lagu & lirik "Ahmad" nyanyian Arrora Salwa


Assalamualaikum....

Sebenarnya lagu ini dah beberapa bulan terdengar di siaran radio.., baru-baru ni aje tergerak hati nak beri penghargaan khas untuk lagu ni dalam blog saya. 

Penyebab utama lagu ni saya suka ialah kerana nama saya bermula dengan "Ahmad".  Jadinya banggalah juga nama sendiri selalu disebut-sebut.  Liriknya mudah menerejah ke "kotak perasaan" kita. Suara penyanyi lagu ini pun best juga didengar.  Lagipun jarang nak ada lagu-lagu yang menggunakan nama seseorang lelaki sebagai tajuk lagu.  Selalunya nama perempuan je... 

Dan mungkin pada mereka yang suka berfikiran dan berniat kotor macam sebilangan surat khabar arus perdana yang "kaya" dengan fitnah dan berita lucah,  dengan mudah dan meletakkan otak mereka pada lutut, akan mengatakan lagu ni lagu lucah sebab ada bunyi "ah..ah..".  Anda ialah apa yang anda fikirkan.  Bagi saya sendiri lagu ini tidak lucah sama sekali kerana saya ada tafsiran yang lebih positif mengenainya...

Berikut merupakan lirik lagu "Ahmad" :

Tajuk Lirik Lagu: Ahmad (Ah Ah Ahmad)
Artis: Aurora Salwa



Hai Ahmad..
mmm… hoooo..
Ahmad.. mmmmm
Ahmad.. mmmmm


Pertama kali si aku malu-malu
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
 

Ah Ah Ahmad..

Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya
 

Ah Ah Ahmad..

Dialah Idola
Dialah Superstar
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yang ku nanti
Selalu terpuji
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..


Ahmad… Yang selalu dihatiku
Ahmad.. Luluhkan keangkuhanku
Ahmad.. Ingin aku cepat-cepat

Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad.. Peribadinya sederhana
Ahmad.. Tiada banyak bicara
Ahmad.. Ku tak mahu lama-lama

Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad..
Ah Ah Ahmad..
Ah Ah Ahmad..
Ah Ah Ahmad..


Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya
 

Ah Ah Ahmad..

Dialah Idola
Dialah Superstar (Superstar)

Dia yang ku nanti
Selalu terpuji
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..


Ahmad… Kau selalu dihatiku
Ahmad.. Luluhkan keangkuhanku
Ahmad.. Ingin aku cepat-cepat

Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad.. Peribadinya sederhana
Ahmad.. Tiada banyak bicara
Ahmad.. Ku tak mahu lama-lama

Mendekat kepadaku dengan segera..

Ahmad… Yang selalu dihatiku
Ahmad.. Luluhkan keangkuhanku
Ahmad.. Ingin aku cepat-cepat

Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad.. Peribadinya sederhana
Ahmad.. Tiada banyak bicara
Ahmad.. Ku tak mahu lama-lama

Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad.. Ahmad


**p/s: erm... entah siapalah gadis yang nak tujukan lagu ni pada saya dan terlangsungnya menjadi isteri saya untuk selamanya...   Satu persoalan yang sedang saya usaha untuk merungkaikan jawapannya.

Reaksi Sir Alex Ferguson terhadap kekalahan MU pada Barcelona - Ada lipas di bahu?

Sir Alex Ferguson dari Manchester United menunjukkan wajah kekecewaannya selepas kemenangan 3-1 Barcelona pada perlawanan akhir European Cup.

 
Nak dijadikan cerita kelakar, semasa ditemubual oleh wartawan yang membuat liputan secara langsung, tiba-tiba ada lipas di bahu beliau dan wartawan itu membuangkannya.  Berikut adalah video temubual antara beliau dan wartawan sejurus selepas tamat perlawanan tersebut :
video

Jumlah artikel 222 - still stick to Nuffnang


Assalamualaikum...

Jumlah artikel dalam blog ini sejak mula ianya dibina sehingga kini berjumlah 222.  Tahun 2010 dan 2011 adalah tahun yang ligat artikel diterbitkan dalam blog ini.

Saya mula membina blog ini sejak penghujung 2006 atau awal 2007 (mengikut artikel terawal bertarikh 18/01/2007) atas sebab terdorong dengan artikel yang diterbitkan oleh Majalah PC yang memaparkan panduan membina blog menggunakan platfom "blogger.com".  Nama "smskey" diambil sempena nick name bisnes jual beli topup prepaid melalui sms yang saya sertai.

Dan sejak awal dan kini, tujuan saya membina blog adalah untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta pengetahuan yang bersesuaian untuk dikongsi di arena internet. Saya menyertai program pengiklanan Nuffnang pun sebagai penambahan aktiviti kerana niat asal ber blogging tetap diutamakan.

Walaupun sekarang ni ada pelbagai isu mengenai Nuffnang yang menimbulkan "ketegangan" pada peserta program ini, malah ada juga yang meninggalkan terus Nuffnang dan menyertai program yang dianjurkan oleh syarikat lain, namun saya masih lagi "lekat" bersama Nuffnang, seperti lekatnya saya dengan stesyen Sinar.fm sejak awal siaran mereka.  They all are the best community for my self...

Simbolik Freemason dalam persembahan Jambu Maharaja Lawak minggu ke 9... ye ke?




 Assalamualaikum....

Isu "Freemason" kini mendapat tempat di kalangan pengguna internet.  Telah banyak sumber-sumber yang menerangkan maksud "freemason" dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Saya tertanya-tanya, apakah persembahan kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak kali ini akan dikomen dan ditegur oleh blogger-blogger lain yang begitu mendalami hal-hal sebegini?.  Sebelum ini telah didedahkan mengenai simbolik gerakkan Freemason ini di Malaysia dan banyak juga simbol-simbol, ukiran serta rekacorak bangunan dikaitkan dengannya.

Bagaimana pula dengan Jambu? Dalam tak sedar dan tak perasan isu sebegini atau "apepun tak kisah...."?  Mesti ke nak menggambarkan orang asli di Amazon tu guna kepala kambing?.  "Apepun tak boleh...."?


**p/s : ada pertubuhan silat di Malaysia yang menggunakan simbol naga yang membentuk bulatan... Kebetulan yang tidak disedari..?

Search di Restoran El Ezzat's 24 Jam - Konsert Lagenda Double Trouble


Assalamualaikum...

Gambar di atas diambil ketika kumpulan Search singgah di Restoran El Ezzat's 24 Jam yang berada di Jalan Hang Tuah, berdepan dengan Kompleks Hang Tuah, Melaka, dalam rangka promosi konsert "Double Trouble" Search dan Wings yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 27 Mei 2011 jam 9.00 malam.  Bagi "menggempaukan" konsert berkenaan, pihak penganjur mengadakan cabutan tiket bertuah dengan hadiah yang menarik iaitu sebuah Perodua Viva, dua buah motosikal Modenas Kriss dan lima buah Apple I-Pad.

Mengikut temubual antara Amy Search dan akhbar Harian Metro, konsert Double Trouble di Melaka kali ini merupakan konsert terakhir mereka dan kumpulan Wings beraksi bersama dalam sebuah konsert khas atas nama Double Trouble.

Mereka bercerita sebab-sebab menganuti ajaran Islam



Assalamualaikum...

Beruntunglah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam.  "Celik mata" saja dah didik dengan ajaran Islam dan suasana keIslaman.  Kita harus bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam adalah salah satu rahmat yang besar dari Allah S.W.T.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan kita yang masih tercari-cari haluan dan hakikat kehidupan yang sebenar?  Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk mengkhabarkan keindahan serta kebenaran ajaran Islam yang diturunkan pada Rasullullah S.A.W kepada mereka yang belum mengenal Islam..?

Di bawah ini saya kongsikan video yang menceritakan mengenai dua orang yang sebelum ini menganuti agama lain, telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T untuk melihat kebenaran Islam.  Mereka adalah Syam bekas vokalis kumpulan Kamikaze dan seorang wartawan wanita yang pernah ditahan oleh Taliban iaitu Yvonne Ridley.

 

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia (ibu pelakon, Faizal Hussein)








Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.  Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.  "Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi".

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.  Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.  Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

** sumber dipetik dari mStar Online

Keputusan undian masuk semula Maharaja Lawak 2011

 
 
 Assalamualaikum....

Dalam rancangan Maharaja Lawak minggu ke lapan, melalui pengacaranya iaitu AC Mizal, mengumumkan bahawa Kumpulan R2 telah diundi masuk semula untuk bertanding setelah tersingkir beberapa minggu lalu.

Undian telah dijalankan sejak minggu ke tujuh Maharaja Lawak melalui Facebook dengan cara pengiraan jumpa "Like" pada gambar peserta yang telah dikeluarkan dari pertandingan.  Suka saya membaca respon dari blogger "Mak Dara".  

Komen beliau :  "Wow... Tetiba bukak aje MAHARAJALAWAK Mak Dara terkejut bila AC Mizal mengumumkan bahawa Kumpulan R2 telah diundi masuk semula ke MAHARAJALAWAK setelah tersingkir beberapa minggu lalu...   Tapi takpe.. tak kisah le sapa pun yang diundi masuk jangan undi si Amir je cukup le hehehe... R2 pun ok what.. memang best jugak lawak2 diorang...".

Segmen Satu Gambar Bercerita : Basikal

 
Ultraman pun dah mula berbasikal..., anda bila lagi?

Assalamualaikum....
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas sehinggalah menjadi reka bentuk yang biasa dilihat pada hari ini.

Semasa zaman pendudukan Jepun suatu ketika dahulu, dikala mereka "mendarat" di Kota Bahru, Kelantan, tentera mereka bergerak untuk memulakan explorasi menawan Semenanjung Tanah Melayu dengan berbasikal secara konvoi.

Basikal juga terlibat dalam sejarah peperangan di Semenanjung Tanah Melayu


Suatu ketika dahulu perkhidmatan penghantaran surat oleh posmen menggunakan basikal

"Posto...posto" adalah teriakkan yang begitu dinantikan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1800 yang datang membawa surat dengan berbasikal. Manakala perkembangan Pos Malaysia sekitar 1820 hingga 1990. Awal pernubuhannya hanyalah di beberapa negeri selat sahaja seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Isu ciplak idea peserta Maharaja Lawak

 

Assalamualaikum...
Isu ciplak idea atau bahan lawak dari sumber lain ke dalam persembahan sendiri oleh peserta Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak sebenarnya adalah satu isu subjektif.

Kebanyakkan idea yang timbul asalnya juga dari pemerhatian mahupun penelitian terhadap pengalaman masing2 sama ada melalui pendengaran, pembacaan dan tontonan. Cuma yang membezakannya ialah cara serta mutu olahan hasil dari pemerhatian pengalaman itu ke satu bentuk "bahan baru" dalam persembahan.
 
Mungkin kita tidak tahu ada lawak peserta Maharaja Lawak menggunakan "story" jenaka / lawak yang pernah dibuat orang lain, tetapi kita sendiri tak tahu, lantas menganggap ianya persembahan idea yang asli, bukan cilok mana2...  Hakikat sebenarnya.....?

Contoh konsepnya ialah "nasi". Nasi adalah dari bermacam macam jenis beras. Bila ianya dimasak, lebih kurang sama je rupa. Tetapi dengan pengolahan yg pelbagai dan kreatif, maka terhasillah nasi ayam, nasi goreng dan bermacam macam jenis nasi lagi. Begitu juga dengan lawak para peserta...

Aim (R2) & Pak Cu (XN3) - undian masuk semula Maharaja Lawak 2011

 

 Assalamualaikum....

Sesiapa yang mengikuti perkembangan rancangan Maharaja Lawak, akan mengetahui bahawa bagi minggu ke 8, akan ada keputusan undian masuk semula yang tertinggi pada peserta Maharaja Lawak yang telah tersingkir pada episod sebelumnya.  Antara peserta yg menjadi perhatian ialah kumpulan R2 dan XN3.  Setakat pada masa artikel ini ditaip, kumpulan XN3 mendapat 2,646 undian dan kumpulan R2 mendapat 24,531 undian.  

Undian masuk semula sedang berlangsung dan dijalankan di akaun rasmi facebook Maharaja Lawak.  Cara membuat undian masuk semula Maharaja Lawak ialah dengan meng klik "LIKE" pada gambar peserta Maharaja Lawak yang tersingkir.  Undian terbanyak melayakkan peserta berkenaan untuk bertanding semula di atas pentas Maharaja Lawak.  Ada yang mempertikaikan keputusan pihak Astro membuat undian masuk semula ini.  Bermacam-macam kesimpulan dan tanggapan berkenaan dengan hal ini.  Namun bagi saya ianya mengingatkan saya pada apa yang pernah berlaku pada Mawi semasa beliau bertanding dalam program realiti televisyen Akademi Fantasia musin ke 3 dahulu.  It's all about the money....

Sebenarnya saya adakalanya terkeliru dengan anggota kumpulan R2 dan XN3 iaitu antara Aim serta Pak Cu.  Raut wajah hampir-hampir nak sama (ada lah sikit), saiz badanpun lebih kurang saja.  Kalau tak ingat dengan teliti, mesti penonton tersalah undi...

Sifat ehsan terhadap makhluk Allah S.W.T


Assalamualaikum...

Sudah lama saya simpan gambar ini.  Baru kini tergerak fikiran dan jari jemari ini untuk menerbitkan artikel mengenainya...

Terharu dan tersentuh sanubari saya melihat gambar ini yang menunjukkan seorang tua yang sanggup meredah banjir dalam usahanya menyelamatkan haiwan yang mungkin belaannya.  Orang tua itupun dah acup-acup je bergerak merentasi banjir tu.  Lalu teringatkan kisah semasa di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka.

Semasa di kampung, dalam tahun-tahun sebelum saya bersekolah rendah (kenangan sewaktu kanak-kanak), ada membela kucing, ayam dan angsa.  Semuanya jinak dan baik, walaupun ada masanya kucing tu tak menolak ikan...  Masa ada di kampung, suka nak beri ayam-ayam makan. ayam berkenaan akan mengekori saya bila terlihat saya membawa tin yang berisi jagung.  Adakalanya ayam itu akan naik ke atas bahu saya sewaktu mengcangkung (kerana waktu tu beri ayam makan atas tapak tangan).

Pernah menjadi kisah, seperti yang diceritakan oleh makcik saya, dahulu di rumah kampung saya tu ada satu pasangan haiwan yang bersahabat baik.  Haiwan itu ialah seekor kucing dan ayam, namun saya lupa jantina haiwan berkenaan.

Sewaktu tiba masa makan, kucing tu seringkali dilihat menjemput seekor ayam yang menjadi sahabat baiknya itu di pintu lalu membawa ayam tersebut ke dapur untuk makan bersama-sama.  Namun semasa arwah nenek nak buat kenduri, ayam tu pun disembelih untuk dibuat lauk jamuan.  Ini menyebabkan kucing itu sangat bersedih.  Tak lama lepas kenduri diadakan, kucing tu pun menghilangkan diri, membawa hati yang lara kerana sahabatnya telah tiada. Tidak pula kucing itu bersahabat dengan ayam-ayam yang lain. Saya sendiri yang mendengar kisah ini dari makcik saya pun berasa sedih dan bersimpati atas kucing tersebut.  Kejadian seperti kucing dan ayam ni jarang berlaku.  Angsa yang cacat kakinyapun ada kisahnya yang sempat saya alami sebelum angsa berkenaan mati kerana usia tuanya.  Mesti ada hikmah dan keistimewaan haiwan berkenaan yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Pengajarannya.., sedangkan haiwan berlainan jenis boleh hidup baik-baik, inikan pula kita sesama manusia, sama agama, sama negara.  Demi kekuasaan, kekayaan, kebendaan, manusia sanggup membuat fitnah demi fitnah untuk menjatuhkan manusia lain.   Kenikmatan dan rezeki kurniaan Illahi dibolot sewenang-wenangnya.  Sudahlah menuduh manusia lain dengan bermacam-macam variasi fitnah, sedangkan diri mereka sendiri sebenarnya adalah jahat yang mungkin menyamai tahap Jin Ifrit...

Maksud tersirat Hari Ibu : budaya dan resam orang kafir


Assalamualaikum...

Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat tanpa meneliti perkara yang terselindung disebaliknya.  Kenapa mesti ditetapkan hari sebegini, sedangkan ianya adalah sangat berbeza keadaannya dengan peristiwa besar yang lain seperti hari kemerdekaan atau ulang tahun perkahwinan.  Tidak patut diadakan hari ibu atau bapa kerana setiap hari mereka adalah ibubapa kita selama-lamanya.  Setiap hari kita harus mengenang usaha ibu bapa kita untuk menjadikan keluarga kita sesempurna yang mungkin.  Islam tidak mengajar umatnya mencipta dan menyambut hari sebegini.  Ini merupakan budaya yang dikosmetikkan oleh orang barat (kristian) bagi menyebarkan budaya mereka secara halus pada orang Islam yang naif.

Yang sedihnya ada orang Islam yang bermati-matian mempertahankan budaya yang dicipta oleh orang kafir, sedangkan banyak lagi isu-isu agama Islam yang tidak atau kurang diendahkan, apatah lagi mempertahankan Islam secara khusus.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diselaraskan dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

COOP Fest 2011 Zon Selatan

Assalamualaikum...

Pada 30 April hingga 2 Mei 2011 lalu, melalui Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad, syarikat saya telah menyertai festival koperasi tersebut yang diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka. Festival yang bertemakan "1 Komuniti, 1 Koperasi" ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

    

  

 **Rasa gembira kerana berjaya menarik perhatian YB Dato' Sri Ismail Sabri untuk "berpatah" kembali ke booth Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad untuk mendengar penerangan dari saya, walaupun hanya untuk lebih kurang 30 saat..

** Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad merupakan sebuah koperasi yang ditubuhkan melalui Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. Rata-ratanya terdiri dari kalangan usahawan lepasan GIATMARA, terutamanya dari negeri Melaka.

Promosi

Babab.net