Resipi Pau Sambal gebu


Bahan adunan doh Pau:

-400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
-1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
-2 sudu gula pasir
-1 sudu majerin
-2 sudu susu tepung
-Sedikit garam
-Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan petua menyediakan Pau yang lembut dan gebu :

-Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.

-Masukkan tepung ke dalam mangkuk, buat lubang, masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.

-Biarkan doh dalam 30 minit. Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin yang terperangkap dalam adunan doh.

-Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.

-Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.

-Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.

-Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

-Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus jika nak.

-Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

-100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
-3 ulas bawang merah.***
-2 ulas bawang putih (tak letak pun takpe)
-1 sudu garam
-5 sudu gula pasir
-1 sudu asam jawa adabi
-1 sudu udang kering*** (boleh ganti dengan ikan bilis)
-minyak masak untuk menumis
-1 ulas bawang besar potong dadu.(tak bubuhpun takpe)

Cara memasak sambal untuk buat inti Pau

-Blender bahan bertanda ***

-Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.

-Masukkan gula,garam,asam jawa.

-Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.

-Biarkan sehingga kering.
tutup api.

*resipi dari makhluk Allah. Moga dimurahkan rezeki

Ya Tuhan...Rupanya Kementerian Kewangan yang bayarkan hutang 1MDB


KEMENTERIAN Kewangan sudah menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion.

“Perkara ini mengesahkan rasa curiga umum mengenai 1MDB yang selama ini mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah membayar hutang menerusi program rasionalisasi yang berjaya sedangkan Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB.

KEMENTERIAN Kewangan sudah menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion.

“Perkara ini mengesahkan rasa curiga umum mengenai 1MDB yang selama ini mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah membayar hutang menerusi program rasionalisasi yang berjaya sedangkan Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB.

“Lebih buruk, senarai pembayaran hutang terkini itu hanya membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

“Itu belum lagi mengambil kira hutang berbilion ringgit yang akan matang bermula tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan di Putrajaya, sebentar tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa.

Mengulas lanjut, Lim berkata, pihaknya juga perlu melunaskan bayaran faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta pada 30 Mei ini.

Selain itu katanya, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan di antara September hingga November ini.

“Saya dimaklumkan Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun ini. Beliau sehingga hari ini menegaskan yang 1MDB mampu membayar hutangnya.

“Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda supaya memberi penjelasan sama ada 1MDB masih mampu membayar hutang yang akan berakhir minggu depan.

“Saya juga telah meminta untuk berjumpa dengan Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi penjelasan kepada kementerian mengenai situasi semasa dalam 1MDB,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Nik Omar : The New Rising Star in Malaysia


Anak bekas Musyhidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, di sini berikutan keputusannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Namun adik beliau iaitu Nik Abduh tidak dibenar beliau menjadi imam dan menyampaikan kuliah di situ atas alasan ianya keputusan keluarga (kononnya la...☺)

Bapa lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH ialah apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.


Rakyat Malaysia yang mungkin  pertama kali melihat Nik Omar di pentas politik, apabila beliau berucap, ramai yang berasa kagum dan suka dengan gaya dan hikmah kata-kata yang diucapkannya persis arwah bapanya dahulu.

Berikut adalah salinan komen di Facebook "Anwar Ibrahim" berkenaan dengan Nik Omar Nik Aziz, ketika beliau berjumpa dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim  :










Menteri Persekutuan Malaysia telah sah jawatan


SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
_____________________________

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Menteri Persekutuan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan.

Majlis istiadat telah berlangsung pada pukul 5.30 petang hari Isnin, bersamaan 21 Mei 2018 di Istana Negara.

Ahli-Ahli Parlimen yang telah dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan mengangkat sumpah jawatan hari ini adalah seperti  berikut:

TIMBALAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

PPBM:
2. MENTERI DALAM NEGERI:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

3. MENTERI PENDIDIKAN:
Dr Maszlee Malik

4. MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR:
Puan Rina Harun

PKR:
5. MENTERI WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail 

6. MENTERI HAL EHWAL EKONOMI:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali

7. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Puan Zuraida Kamaruddin 

DAP:
8. MENTERI KEWANGAN:
Lim Guan Eng 

9. MENTERI PENGANGKUTAN:
Anthony Loke Siew Fook 

10. MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
Gobind Singh Deo 

11. MENTERI TENAGA MANUSIA:
Kulasegaran s/o V. Murugeson 

AMANAH:
12. MENTERI PERTAHANAN:
Haji Mohamad bin Sabu 

13. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Haji Salahuddin Ayub 

14. MENTERI KESIHATAN:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad 

Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan untuk berbuka puasa bersama dengan barisan Menteri Persekutuan yang baru dilantik di Istana Negara sejurus selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan selesai.

Kadar bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2018


Kewajiban mengeluarkan Zakat Fitrah tiap tahun yang di wajibkan kepada seluruh umat Islam bukan sekadar ritual simbolik tanpa ada makna dan bukan hanya menjadi penutup ibadah puasa Ramadhan saja. 

Selain bertujuan untuk membersihan jiwa, perintah zakat fitrah juga mengandung pesanan sosial. Seorang muslim yang baik, setidak-tidaknya mahu berkongsi rezeki berupa makanan atau yang berkadaran dengannya untuk meringankan beban hidup orang miskin, terutama pada Hari Raya Idul Fitri, agar mereka dapat merasakan kesenangan bagi kelangsungan hidup.

Berikut merupakan kadar zakar fitrah bagi semua negeri di Malaysia bagi tahun 2018 :

JOHOR RM 7.00

KEDAH RM 7.00

KELANTAN RM 7.00

MELAKA RM 6.70

NEGERI SEMBILAN RM 6.50

PAHANG RM 7.00

PERAK RM 7.00

PERLIS RM 7.00

PULAU PINANG RM7.00

SABAH RM 7.00

SARAWAK RM 7.00

SELANGOR RM 7.00

TERENGGANU RM 7.00

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN RM 7.00

Kakitangan status kontrak lantikan politik ditamatkan perkhidmatan


KERAJAAN hari ini memutuskan kontrak perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan awam lantikan politik akan ditamatkan serta-merta.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya mendapati terlalu ramai pegawai kontrak dilantik bagi keperluan politik dan pentadbiran pada pemerintahan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, penamatan kontrak pegawai dan kakitangan kontrak itu penting bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan sekali gus mengelak pembaziran.

“Kami mendapati, seramai 17,000 pegawai dan kakitangan awam berstatus kontrak dilantik dan ada antara mereka sudah tamat kontrak, dan akan ditamatkan kontrak.

“Terlalu banyak pegawai kontrak dilantik sama ada untuk keperluan politik dan keperluan pentadbiran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kerajaan akan menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu kerana ia boleh membebankan perbelanjaan kerajaan.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, ada antara kakitangan kontrak termasuk pemandu peribadi dan kakitangan berjawatan rendah akan dipertimbangkan semula dalam kerajaan dan mereka tidak akan ditamatkan kerja.

“Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.

“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayaan mereka. Proses itu akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan segera," katanya.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memaklumkan mereka tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan terdapat penjawat awam berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, pihaknya tidak menerima aduan sama ada secara lisan atau bertulis, sekali gus enggan membuat spekulasi sama ada dakwaan itu benar atau palsu.

Namun, katanya, beliau tidak menafikan kemungkinan ada pekerja yang dilantik atas kapasiti politik, ditamatkan perkhidmatan susulan individu yang melantik mereka sudah tidak lagi berada dalam kerajaan baharu.

Katanya, kakitangan lantikan politik pula bukan bawah CUEPACS dan adalah perkara biasa jika ditamatkan tugasan kerana kerajaan baharu ini mesti mahukan penasihat dan petugas mereka sendiri.

Isu pemberhentian penjawat awam berstatus kontrak diberhentikan timbul susulan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Video komen Nik Omar selepas kekalahan dalam PRU 14


Tutur kata yang sangat berhikmah dan sopan dari Nik Omar Nik Aziz dari sebelum pilihan raya umum ke 14 hingga selepas tamat pilihan raya umum berkenaan memikat hati rakyat dari pelbagai kaum. 

Ramai juga yang mencadangkan agar beliau dilantik dalam kerajaan bagi memangku jawatan berkaitan hal ehwal agama Islam lantaran keluhuran akhlak yang ditunjukkan.


* Nik Omar Nik Aziz yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke empat belas, tewas dalam pertembungan tiga penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan.

D.A.P menatang perlembagaan? Bagaimana Islam di Pulau Pinang?


Memalukan umat Islam yang lain apabila ada segelintir orang Islam sendiri yang sebar fitnah... Macam mana dakwah mahu disampaikan jika kita menjauhkan diri ?

Tonton video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas dari Dr. Danial Bin Zainal Abidin tentang parti D.A.P di Pulau Pinang :

Video ini dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14

Kenyataan media terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim


Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Mei 2018, selepas kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad :

Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu KEADILAN kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan  yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Saya telah juga sampaikan pandangan  saya kapada  pimpinan KEADILAN untuk mempastikan Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita.

Anwar Ibrahim

13 Mei 2018

Video rakyat serbu Tun Dr Mahathir di masjid


Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bersemuka dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyaksikan beliau diserbu selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara semalam, 11 Mei 2018.

Ulangtahun yang suram buat UMNO



KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Majlis makan malam sempena ulang tahun UMNO yang ke-72, yang dihadiri para pemimpin dan anggota parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, berlangsung dalam suasana suram.

Ini merupakan majlis pertama yang diadakan UMNO selepas Barisan Nasional (BN) dikalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Rabu lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan anggota UMNO.

Najib tidak memberikan sebarang ucapan mahu pun melayan pertanyaan daripada pihak media yang mengekori beliau sepanjang majlis itu.

Selesai makan, beliau memasuki surau lelaki PWTC dan menggunakan laluan khas di situ untuk ke tingkat atas Menara Dato Onn...


* hidup rakyat sudah lama suram lantaran pemimpin yang menggunakan kekayaan negara untuk kepentingan segelintir orang sahaja.

Kenapa angkat sumpah PM ke 7 dibuat pada pukul 9.30 malam?


Ramai yang salah faham apabila Tun M ke Istana Negara pukul 4.40 tadi dianggap sebagai upacara angkat sumpah jawatan PM.

Sebenarnya petang semalam adalah upacara menghadap sembah atau mat saleh kata "an audience" with YDP Agong. Bukan Tun M saja yang mengadap malah semua ketua atau wakil parti komponen PH yang menyokong Tun M sebagai PM turut dipanggil mengadap. Seperti yang disebut sebelum ini, ia adalah proses untuk baginda benar benar mengenalpasti dan meyakini bahawa Tun M adalah individu yang paling banyak mendapat sokongan ahli dewan rakyat untuk mengetuai kerajaan.

Selepas sesi mengadap dengan semua ketua parti komponen PH selesai dan baginda telah meyakini bahawa Tun M punya sokongan yg cukup untuk mengetuai kerajaan maka barulah baginda bertitah untuk majlis mengangkat sumpah jawatan PM dilakukan pada pukul 9.30 malam. Kenapa 9.30 malam? Sebab YDP Agong ni memang selalunya event dia start lepas selesai solat isyak kecualilah ada maslahah tertentu. Jadinya,  solat Maghrib dan Isyak habis dalam pukul 9.00 lepas tu bersiap-siap so jadilah 9.30. Kira ngam la timing tu.

Jadi janganlah disebarkan cerita yang bukan-bukan kata YDP Agong ada muslihat la, kerek la lantaran dilihat seperti sengaja melambat-lambatkan pertabalan. 

Baginda hanya ingin memastikan Malaysia ini diserahkan  kepada individu yang benar-benar cukup syaratnya. Jangan risau, baginda pun cintakan Malaysia dan rakyatnya sama macam kita juga.

Allahu Akbar !

Kredit : -tokjeng-

Nombor telefon YB ADUN & Parlimen Kerajaan Negeri Melaka 2018


Untuk warga Melaka yang ingin mengetahui nombor telefon "Yang Berhormat" bagi Ahli Parlimen serta Dewan Undangan Negeri yang baru di kawasan masing-masing, sila rujuk maklumat di bawah : 

Parlimen :

1. Alor Gajah
~ YB Mohd. Redzuan Yusof  No.tel : 019 - 331 6933

2. Tangga Batu
~ YB Rusnah Aluai
No.tel : 019 - 656 8339

3. Hang Tuah Jaya
~ YB Shamsul iskandar
No.tel : 019 - 341 3312

4. Kota Melaka
~ YB Khoo Poay Tiong
No.tel : 016 - 337 8317

DUN :

1. Rembia
~ YB Muhammad Jailani Khamis
No.tel : 012 - 636 2002

2. Gadek
~ YB G. Saminathan
No.tel : 017 - 284 3031

3. Machap Jaya
~ YB Ginie Lim Siew Lin
No.tel : 016 - 718 3453

4. Durian Tunggal
~ YB Mohd. Sofi Abdul Wahab
No.tel : 019 - 682 1318

5. Paya Rumput
~ YB Mohd. Rafiq Naizamohideen
No.tel : 012 - 222 3959

6. Klebang
~ YB Gue Teck
No.tel : 019 - 626 6543

7. Pengkalan Batu
~ YB Norhizam Hassan Baktee
No.tel : 012-635 5366

8. Ayer Keroh
~ YB Kerk Chee Yee
No.tel : 0112 - 661 9217

9. Bukit Katil
~ YB Adly Zahari
No.tel : 013 - 368 0632

10. Kesidang
~ YB Seah Shoo Chin
No.tel : 012 - 616 8608

11. Kota Laksamana
~ YB Low Chee Leong
No.tel : 013 - 359 1434

12. Duyong
~ YB Damien Yeo Shen Li
No.tel : 016 - 633 0644

13. Bandar Hilir
~ YB Tey Kok Kiew
No.tel : 012 - 618 0880

14. Teluk Mas
~ YB Fendi Ahmad
No.tel : 013 - 770 0455

15. Bemban
~ YB Dr. Wong Fort Pin
No.tel : 016 - 269 1176


DS Anwar Ibrahim tidak dibebaskan hari ini


KUALA LUMPUR : Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan hari ini.


Namun, Naib Presiden PKR dan anak Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah Anwar Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, beliau menafikan pembebasan ayahnya. 



Menurutnya, Anwar tidak akan dibebaskan hari ini. Soon to be released, it's just a matter of days. How I wish it was today," kata anak sulung beliau itu dalam mesej ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI hari ini.



Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.



Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.



Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.



Pihak Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respon lanjut daripada beliau berhubung perkara ini.

Pelabur semakin yakin dengan kerajaan baru


KUALA LUMPUR, - Jumlah pelabur asing ke Malaysia dijangka meningkat berdasarkan keyakinan mereka terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Pembangunan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Dr Syed Ali Alattas yang menyokong sepenuhnya pimpinan baharu kerajaan Persekutuan itu, berkata dengan tadbir urus yang baik, telus serta bebas daripada rasuah memberi kepercayaan kepada pelabur asing melabur di negara ini.

"Keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia dalam pelbagai industri mampu memajukan negara selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Mereka (pelabur) tidak akan melabur di negara yang kurang stabil, " katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai manifesto PH, antaranya menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengembalikan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Syed Ali berkata rancangan tersebut adalah realistik dan mampu dilaksanakan.

- Sumber : Bernama

Jari hitam (sempena PRU) sukar dibersihkan...kenapa?


Tahukah anda, jari yang bercelup dengan dakwat dalam proses membuang undi tidak akan dapat dibersihkan dengan air, "makeup remover", cuka, dan juga sabun. Namun ada yang mengatakan ianya dapat dibersihkan dengan penggunaan clorox.

Biasanya dakwat yang digunakan ketika pilihanraya menggunakan dakwat kekal atau dipanggil sebagai ‘indelible ink’. Dakwat jenis ini dianggap istimewa ia kerana mengandungi bahan yang dinamakan sebagai ‘silver nitrate’.

Silver nitrate ini dalam bentuk larutan yang memberikan kesan pada kulit bertukar menjadi warna biru atau ungu gelap (lebih kepada hitam).

Jadinya bila ada silver nitrate ini, memang sangat sukar pudar sehinggalah 2 atau 3 hari barulah hilang sedikit demi sedikit. Warna dakwat tersebut bukan hanya di permukaan jari sahaja, ia juga dah terperangkap dalam sel kulit kita.

Namun, jangan risau, walaupun sudah terperangkap dalam sel kulit, ianya tidak akan di bawa ke dalam sistem tubuh yang lain. Jadi InshaaAllah tiada kesan yang bahaya. Walaupun jari kelihatan hitam, JAKIM sudah pastikan ianya sah untuk bersolat. Jadi, usah rasa ragu-ragu.

Kredit :
Nur Aliah Mohd Nor (Facebook)

Rafizi mengundur diri : Mesej terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14


Di dalam video yang dirakamkan dan dimuat naik ke laman web Youtube pada malam sebelum tibanya pilihan raya umum ke 14 Malaysia, Rafizi yang merupakan mantan ahli parlimen memberi pandangan terakhir beliau untuk rakyat Malaysia.

Beliau memilih untuk melalui jalan berliku dengan berani membuat pendedahan maklumat  yang berprofil tinggi dalam senario politik di Malaysia. Semuga beliau serta ahli keluarganya tabah dalam ujian ketika melakukan kebaikkan itu.

Klik video di bawah ini :


Video Syed Mohd Asri berkempen untuk Syed Saddiq

Siapakah Syed Mohd Asri yang menyokong kempen Syed Saddiq sebagai calon Ahli Parlimen Muar, Johor? Jika menyebut nama sebenarnya mungkin ada yang tidak tahu siapalah gerangannya. Namun bila di Usop Wilcha, pasti ramai yang mengingati watak berkenaan melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem-filem sinambungannya selepas itu.

Dalam video kempen ini, Usop Wilcha menyeru warga Muar untuk menyokong calon Pakatan Harapan iaitu Syed Saddiq untuk kawasan P146 Muar.


Restoran mamak tertayangkan video lucah ?

 

Satu video yang sedang berlegar di internet menunjukkan suasana di sebuah restoran mamak. Ia dirakamkan oleh salah seorang pengunjung restoran berkenaan.

Apa yang membuatkan pengunjung di sana gempar seketika ialah video lucah yang memaparkan aksi persetubuhan lelaki dan wanita di layar besar bersebelahan restoran berkenaan.

Namun tiada maklumat lanjut berkenaan dengan lokasi restoran mamak itu.


Tindakbalas calon PH yang dinafikan hak bertanding di Rantau


Perbetulkan sebelum Rabu atau kita jumpa di mahkamah

Calon Pakatan Harapan DUN Rantau Dr S Streram memberi Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga jam 5 petang, Rabu ini (2 Mei 2018) untuk memperbetulkan kekecohan pada hari pencalonan sehingga menyaksikan beliau gagal mendaftar sebagai calon.

Katanya, jika suruhanjaya itu gagal berbuat demikian beliau akan memfailkan saman tort misfeasans dalam jawatan awam ke atas pegawai pengurus pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu surat tuntutan kepada SPR hari ini.

Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.

Peguamnya, Mohd Haniff Khatri Abdulla, berkata SPR harus memperbetulkan kesilapan yang dilakukan itu kerana undang-undang seolah-olah melarang cabaran terhadap kehilangan kelayakan untuk bertanding.

"Masalah bukan ditimbulkan oleh Streram kerana dia memenuhi semua syarat dengan membayar deposit pada Rabu sebelum hari penamaan, dan juga mengisi borang seperti yang diperlukan.

"Tidak memakai tag SPR bukan bermakna hilang kelayakan. Ia hanya satu prosedur tetapi ini tidak membatalkan kelayakan seseorang daripada bertanding," katanya.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Dr Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas mendakwa dihalang masuk ke pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.

Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi DUN Rantau.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

* Sumber : malaysiakini.com

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan