DS Anwar Ibrahim tidak dibebaskan hari ini


KUALA LUMPUR : Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan hari ini.


Namun, Naib Presiden PKR dan anak Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah Anwar Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, beliau menafikan pembebasan ayahnya. 



Menurutnya, Anwar tidak akan dibebaskan hari ini. Soon to be released, it's just a matter of days. How I wish it was today," kata anak sulung beliau itu dalam mesej ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI hari ini.



Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.



Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.



Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.



Pihak Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respon lanjut daripada beliau berhubung perkara ini.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Babab.net

Popular Posts