Kenali One XOX : simcard penjimatan prabayar dan keusahawanan


Kenali One XOX :

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

OUT THERE WE ARE ONE


Program keusahawanan 
(Inovasi Prabayar Terkini. Pilihan Tepat Untuk Berjimat)


Anda bakal memperolehi insentif bermula sebagai pengguna biasa, sub dealer, dealer dan pengedar.

Langkah-langkah untuk memulakan program keusahawanan One XOX :

Langkah 1: Dapatkan ID PENGEDAR ONEXOX

Pertama sekali, untuk menyertai program ini, anda perlu mendapatkan ID PENGEDAR terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan ID PENGEDAR anda wajib jadi pengguna One XOX Prepaid yang berdaftar dengan membeli simcard yang berharga RM10.00

Langkah 2: BERI MAKLUMAT PENDAFTARAN

Apabila anda sudah mendapat simkad ini, anda boleh terus guna untuk penjimatan . Untuk tujuan pendaftaran simkad sebagai usahawan, sila berikan maklumat2 berikut :

1. NAMA PENUH (SEPERTI DALAM IC)
2. ALAMAT LENGKAP (Alamat  pos & kediaman)
3. SALINAN IC - Depan / Belakang
4. NOMBOR TELEFON (Nombor telefon One XOX anda)


Langkah 3: Buat bayaran sama ada Pakej Usahawan RM278.00 atau Pakej Usahawan RM90.00

Sertakan bukti pembayaran.

Sila Like fan page Facebook Onexox Tanjung Rimau untuk sebarang urusan  :

https://m.facebook.com/profile.php?id=491178234397674









Sidang meja bulat pembangkang usaha selamatkan Malaysia



Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertemuan sidang meja bulat parti pembangkang esok (hari ini, 22 September 2015) bukan hanya untuk mewujudkan permuafakatan politik.

Bercakap dalam satu kenyataan, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia.

"Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara," Kata beliau melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini.

Katanya, walaupun berada di penjara namun beliau tetap bimbang dalam pelbagai isu yang melanda negara.

"Saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan."

Anwar turut menasihatkan dalam keadaan genting ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan maju ke hadapan.

"Ini untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya lagi.

PAS hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok (hari ini, 22 September 2015).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.

Malah PAS turut mendakwa mendapat tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan terlalu pendek.


Rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang baharu di Subang Jaya hari ini. Dihadiri pimpinan parti-parti pembangkang, NGO dan individu-individu.




Keprihatinan Raja Salman terhadap mangsa kemalangan di Mekah



Umumnya mengetahui tragedi kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, Makkah pada Jumaat kira-kira pukul 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Susulan dari tragedi kren tumbang, Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi umumkan :-

1. Bayar pampasan Riyal 1 juta ( = RM 1.14 juta) bagi waris si mati.

2. Bayar pampasan Riyal 1 juta bagi yang cedera dengan yang sebabkan kecacatan kekal.

3. Bayar pampasan riyal 500 ribu ( = RM573 ribu) bagi cedera yang lain.

4. Raja berikan jemputan khas seramai 2 orang dari waris si mati untuk tunai haji jemputan Diraja tahun 1437 H.

5. Membenarkan semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.

6. Benarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga pulang.

7. Syarikat pembinaan Ben Laden (pemilik kren dan projek), digantung dari semua yang sedang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi SEHINGGA semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang.

Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.

8. Dilarang semua anggota pekerja projek yang terbabit dari tinggalkan Saudi sehingga semua siasatan tamat.


*Terjemahan ringkas oleh https://www.facebook.com/DrZaharuddin

Sumber : www.alriyadh.com/1082991

Promosi

Babab.net