Sidang meja bulat pembangkang usaha selamatkan Malaysia



Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertemuan sidang meja bulat parti pembangkang esok (hari ini, 22 September 2015) bukan hanya untuk mewujudkan permuafakatan politik.

Bercakap dalam satu kenyataan, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia.

"Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara," Kata beliau melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini.

Katanya, walaupun berada di penjara namun beliau tetap bimbang dalam pelbagai isu yang melanda negara.

"Saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan."

Anwar turut menasihatkan dalam keadaan genting ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan maju ke hadapan.

"Ini untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya lagi.

PAS hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok (hari ini, 22 September 2015).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.

Malah PAS turut mendakwa mendapat tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan terlalu pendek.


Rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang baharu di Subang Jaya hari ini. Dihadiri pimpinan parti-parti pembangkang, NGO dan individu-individu.




Related Posts:

  • Booth keIslaman di Jom Heboh sepiBila hal berkaitan agama, tak ramai yang nak ambil tahu., kurang sangat sambutan. Tapi bila tiba tang hiburan, bukan main berasak-asak, berpusu-pusu pergi tengok, tak panggilpun ramai yang datang, sanggup berhujan d… Read More
  • Lagi cerita "paku dulang paku serpih.."Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN PKMB (ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو) menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, Selangor yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian PKMB… Read More
  • Keputusan perlawanan Piala Malaysia (Malaysia Cup) 17 September 2010  Selangor PKNS  0  -  1  Kelantan Sabah  2  -  2  Terengganu Kedah  2  -  0 Perak T-Team  4  -  0  Perlis ATM  1  -  1  Jo… Read More
  • Laman web Gengblogger masih bermasalah?Salam sejahtera, Saya memeriksa di enjin carian Google berkenaan dengan laman web Gengblogger dan ini yang saya dapat : Cuba perhatikan pada gambar di atas pada bahagian yang saya tandakan dengan garis hitam. Ini menunjuk… Read More
  • Dodol Melaka di AidilfitriSalam sejahtera... Seperti yang telah dijanjikan dalam artikel yang lalu, saya "muat naik" beberapa gambar berkaitan dengan keadaan semasa pembikinan dodol sehari sebelum hari pertama raya Aidilfitri.  Ini aje yang semp… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan