Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka


Assalamualaikum...

Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawah anjuran Giatmara Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan negeri Johor.

Semasa saya mendaftarkan nama perniagaan pada tarikh 07 / 07 / 2007 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan MITC, ia turut berlangsungnya pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di dewan MITC. Di kesempatan itu saya bertemu dengan para usahawan SDSI yang mempunyai "booth" promosi. Di sini dapatlah saya menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah penjenamaan dan pemasaran perniagaan.

Buat sementara waktu, saya menjalankan bisnes ini di rumah sementara saya dalam proses untuk membuat pinjaman perniagaan pada pihak MARA,TEKUN ataupun mana-mana organisasi yang dirasakan sesuai dan dapat membantu mengembangkan lagi bisnes saya. 

Tetapi itu masih dalam pertimbangan, belum tentu lagi saya jadi buat pinjaman dengan mana-mana institusi berkenaan kerana untuk perniagaan baru, adalah sangat berisiko tinggi untuk gagal membayar semula seandainya membuat pinjaman dengan mereka.  Oleh itu saya sangat berhati-hati dalam hal ini.

Dalam perancangan, saya akan membuka premis perniagaan di Tampin, Negeri Sembilan kerana di situlah saya bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tampin ( sekolah rendah ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin ( sekolah menengah ).


KEMASKINI
06/02/2014

Saya kini beroperasi di Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah (a.k.a Kompleks Hang Tuah), Melaka

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan